Assalamualaikum
Ramadan minggu ke-2 hampir meninggalkan kita. Ada beberapa hari sahaja lagi. Seperti biasa bila tiba Ramadan, pelbagai resepi akan di google atau di cari dekat blog-blog. Marsha pun adalah antara yang akan cai resepi dekat blog-blog. Tapi tahun ni masa Ramadan Marsha tengah berpantang. Jadi suami lah yang ambil alih tugas didapur dan sediakan menu berbuka untuk diri sendiri serta Kakak Anith & menu pantang untuk Marsha. Setakat ni, belum lagi berbuka diluar atau beli di PARAM. Suami masih ketung-ketang didapur...hihi. Sebab nak makan pun kami bertiga je pun. Baihaqi sikit-sikt je. Tufael minum susu ja...hihi.
Bercakap tentang resepi ni, entri kali ini Marsha nak share beberapa resepi yang best. Resepi ini diilhamkan dari produk Ayam Brand™. Jadi jom baca | 8 Resepi Ayam Brand™ Yang Mudah, Cepat & Sedap
8 Resepi Ayam Brand™ Yang Mudah, Cepat & Sedap
Mustahil sape yang tak kenal jenama terkenal Ayam Brand™ kan? Jenama yang terkenal dengan produk yang sihat, bebas bahan pengawet dan juga mudah disediakan. Jadi bersempena bulan yang mulia ini Marsha nak share 8 resepi menarik, mudah dan sedap yang telah dihasilkan oleh Ayam Brand™. Ada resepi yang baru dan ada resepi tradisional yang diolah dengan menggunakan produk Ayam Brand™. Jom kita tengok resepi yang menyelerakan ni.
1. Donburi Sardin
Donburi sardin yang mudah dan sedap bersama nasi lemak hanya menggunakan enam ramuan untuk dihasikan. Masak nasi dengan santan Ayam Brand ™, air, daun pandan dan garam di dalam periuk nasi. Kemudian hidangkan dengan sardin Ayam Brand ™ di dalam minyak zaitun. Siap.
Bahan-bahan :
1. 200g beras gandum panjang
2. Garam
3. 250ml air (1 cawan)
4. 4 helai daun pandan (diikat / disimpulkan)
5. Ayam Brand ™ Coconut Milk 200ml
6. Sardin Ayam Brand™ dalam Minyak Zaitun
Cara Penyediaan :
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk nasi dan masak.
2. Bila dah masak, buka penutup periuk nasi untuk kurangkan haba. Biarkan selama 10 minit.
3. Kemudian tutup suis dan biarkan nasi 'berehat' selama 20 minit lagi.
4. Menggunakan garfu, cerai-ceraikan nasi tersebut.
5. Sedia dihidang.
2. Bebola Nasi Perang Tuna
Korang kalau dah rasa sekali bebola nasi perang tuna ni, percayalah sebiji tak kan cukup. Korang boleh frozen kan bebola nasi ni juga tau untuk dijadikan stok makanan. Bila-bila rasa lapar boleh terus masukkan dalam microvace atau goreng dalam kuali.
Bahan-bahan :
1. 200g beras merah
2. 500 ml air
3. Garam 1 sudu teh
4. 185g Ayam Brand Chili Tuna
5. 150g parutan parmesan
Cara Penyediaan :
1. Masak nasi terlebih dahulu.
2. Bila nasi dah masak, sejukkan. Kemudian gaulkan dengan Ayam Brand Chili Tuna dengan nasi.
3. Perasakan dengan garam.
4. Kemudian bentukkan nasi tadi bulat-bulat. Saiz mudah gigit lagi elok.
5. Sebelum masak dalam oven atau goreng, golekkan bebola nasi tu dengan parutan keju parmesan. Kalau ada lebih, taburkan lebihan keju tadi ke atas bebola nasi.
6. Bakar selama 8-10 minit dengan suhu 200°C.
7. Sedia dihidang.
3. Kek Ikan Thai
Rupanya senang je nak buat Kek Ikan Thai ni. Ingat ke susah....dengan produk Ayam Brand™ ni semua boleh buat.
Bahan-bahan :
1. 3 tin Ayam Brand Tuna in Water 185g (ditapis)
2. 5 keping daun limau purut
3. 50ml santan Ayam Brand
4. 1 biji telur
5. ½ sudu sos ikan Thailand
6. 6 biji cili merah
7. ½ serbuk kari
8. Lengkuas - dihiris
9. 3 tangkai daun bawang - dihiris
10. 5g daun ketumbar - dihiris
Cara Penyediaan :
1. Kisar daun limau purut, cili, lengkuas, tuna yang ditapis, serbuk kari, santan, sos ikan thai dan telur sehingga menjadi pes.
2. Masukkan pes di atas ke dalam mangkuk dan campurkan dengan daun bawang dan daun ketumbar. Gaul rata.
3. Bentuk kan menjadi bentuk kek ikan dan simpan dalam peti sejuk seketika.
4. Nak makan, goreng menggunakan minyak masak kelapa Ayam Brand sehingga kekuningan.
5. Sedia dihidang. Enak dimakan dengan salad.
4. Udang Masak Kunyit
Udang Masak Kunyit ialah masakan yang menjadi kegemaran kebanyakan keluarga. Versi Ayam Brand dihasilkan dengan menggorengnya bersama rempah-ratus, pada masa yang sama mengekalkan rasanya yang sedap berkrim. Hanya memerlukan masa selama 15 minit untuk disediakan, hidangkan bersama nasi atau roti pita.
Bahan-bahan :
1. 1/2 kg udang - dibersihkan tanpa dibuang kulit.
2. 1 liter Ayam Brand Coconut Milk
3. 1 cawan air
4. 2 sudu ketumbar- dikisar halus
5 1 sudu besar jintan manis -dikisar halus
6. 1cm halia - dikisar halus
7. 1 cm lengkuas - dikisar halus
8. 1 cm kunyit hidup - dikisar halus
9. 5 sudu besar serbuk cili
10. Asam keping
11. Garam secukup rasa
Cara Penyediaan :
1. Panaskan periuk dengan api sederhana dan masukkan santan, halia, lengkuas, ketumbar, jintan manis, kunyit dan serbuk cili.
2. Tambah sedikit air dan asam keping. Biarkan mendidih.
3. Masukkan udang dan letak garam sesedap rasa.
4. Bila udang dah masak, tutup api dan sedia dihidang.
5. Roti Jala dengan Sardin
Roti Jala dengan Sardin akan memberikan rasa sedap sebagai sebahagian daripada hidangan Hari Raya korang. Menu ini diolah supaya hidangan Hari Raya korang tetap meriah dengan pelbagai juadah. Sekali-sekala tukar menu lain dari lain kan...hihi
Bahan-bahan :
1. 250g Tepung Gandum - diayak
2. 250ml Air
3. 4 biji telur ringan - dipukul
4. 1 ½ sudu teh garam
5. ½ sudu teh serbuk kunyit
6. Ayam Brand Coconut Cooking Oil
7. 270ml Ayam Brand Coconut Milk
8. 1 tin Ayam Brand Sardines in Tomato Sauces
Cara Penyediaan :
1. Masukkan tepung yang diayak bersama garam. Kemudian buat lubang di tengah-tengah tepung tu.
2. Dalam mangkuk lain. pukul telur, santan dan air sehingga sebati.
3. Kemudian tuang di tengah-tengah lubang tadi. Gaul rata bermula dari tengah.
4. Tambah serbuk kunyit untuk warna kuning keemasan. Gaul rata.
5. Panaskan kuali dengan api sederhana. Gunakan acuan roti jala dan mula buat bentuk gerakan membulat. Jangan terlalu tebal.
6. Bila roti jala dah masak, keluarkan dari kuali dan letak atas bekas yang rata.
7. Kemudian tambah 2 sudu sardin yang dihancurkan ke atas roti jala tadi dan gulung rapi.
8. Sedia dihidang.
Bukan juadah berbuka puasa sahaja. Dessert & Kuih Raya juga boleh dihasilkan dengan produk Ayam Brand™ ni tau...antaranya:
1. Cookies Cornflake Coconut
Bahan-bahan:
1. 1 mentega (unsalted), dilembutkan
2. 1 cawan gula
3. 6 sudu teh Susu Kelapa Ayam Brand
4. 2½ cawan tepung
5. 1½ sudu teh baking soda
6. ½ garam sudu teh
7. 2 sudu teh vanila
8. 2 telur, ringan dikacau
9. 3 cawan bijirin, dihancurkan
Cara Penyediaan:
1. Panaskan ketuhar hingga 350 darjah
2 Dalam satu mangkuk, campurkan mentega dan gula dengan santan. Kacau bersama selama satu minit sehingga campuran mentega dan gula ringan dan lembut.
3. Dalam mangkuk lain, kacau telur bersama-sama. Masukkan telur yang diaduk dalam campuran kelapa.
4. Masukkan vanila dan masukkan semua ramuan.
5. Dalam mangkuk yang berasingan, campurkan bahan kering - garam, tepung dan baking soda. Kacau dengan sekata dan masukkan dalam santan perlahan-lahan. Gunakan spatula untuk melipat semua doh bersama dan letakkan di dalam peti sejuk selama setengah jam.
6. Ratakan bijirin hancur dalam kuali. Dengan menggunakan sudu, jadikan doh ke dalam bola kecil dan bulatkan ke bijirin yang dihancurkan. Letakkan doh yang siap pada kertas bakar. Ulang.
7. Bakar sehingga keemasan dan keluarkan. Biarkan ia sejuk.
2. Roti Kukus Santan
Bahan-bahan :
1. 250g Butter - dicairkan
2. 8 keping roti di potong 2
3. 4 biji telur
4. 2 cawan kurma - dicincang halus
5. 60g Gula pasir
6. 4 sdt Kelapa parut kering - disangai
7. 1 sudu kecil paritan kulit buah oren (orange zest)
8. ½ sudu teh esen vanila
9. 350 ml Ayam Brand Coconut Milk
Cara Penyediaan :
1. Sapu mentega di bekas pembakar dan juga di semua roti (kedua-dua belah).
2. Masukkan 4 keping roti ke dalam bekas pembakar.
3. Tabur separuh kurma dan kelapa yang disangai ke dalam bekas.
4. Pukul telur, hirisan kulit oren, esen vanila dan santan. Kemudian tuang 1/3 ke dalam bekas tadi.
5. Masukkan 4 keping roti lagi dan ulang langkah 3 & 4.
6. Tekan roti perlahan-lahan supaya semua berendam.
7. Bakar di dalam ketuhar selama 20-25 minit.
8. Sejukan dan sedia dihidang.
3. Kuih Talam
Bahan-bahan:
Lapisan atas :
1. 30 g Tepung Beras
2. 30g Tepung Jagung
3. 50 ml Air
4. 250ml Santan Kelapa Ayam Brand™
5. 2 keping daun Pandan
6. ¼ sudu teh garam
Lapisan Bawah :
1. 300gm Ayam Brand™ Whole Kernel 425g
2. 250ml Santan Kelapa Ayam Brand™
3. 100gm gula (granulated)
3. 50gm tepung jagung
4. ½ sudu teh esen vanila
5. ½ sudu teh garam
Cara Penyediaan:
• Lapisan bawah:
1. Campurkan jagung dan santan sehingga sekata, tapis.
2. Campurkan dengan gula,
jagung jagung dan vanila sehingga sekata.
3. Tuang ¾ campuran ke dalam periuk khas yang dipanaskan yang telah digriskan dengan minyak masak.
4. Kukus untuk +/- 10 minit.
• Lapisan atas:
1. Panaskan santan kelapa dengan daun pandan pada api yang rendah sehingga mendidih.
2. Dalam mangkuk, campurkan semua bahan dengan baik. Tapis.
3. Masukkan adunan hingga rata dalam kuali. Kukus selama 20 minit sehingga dimasak dengan baik.
4. Biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan dari kuali.
5. Sedia untuk dihidang.
Haa....8 resepi semuanya Marsha share untuk korang. Senang je kan nak sediakan resepi-resepi gunakan produk Ayam Brand ni kan? Dah la senang, sedap pula tu. Korang pun boleh cipta sendiri resepi menggunakan produk Ayam Brand™ ni. Untuk resipi-resipi lain dari Ayam Brand™, korang boleh layari laman web rasmi Ayam Brand. Selamat mencuba!!
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
7 Comments
Salam perkenalan Marshaliza..
ReplyDeleteNampak sedap semua resepi yang dikongsi.. Tak sangka produk ayam brand boleh dipelbagaikan.. Paling suka udang masak kunyit dan kek ikan Thai..
By the way, thank you for sharing..
Sedap tu resepi kuih raya, biasa tak masukkan santan bila buat kuih..lepasni boleh cuba buat jugakla..
ReplyDeleteOkey semua resipi nampak sedap. Nanti nak try lah resipi yang akak share ni
ReplyDeleteproduk ayam brand tak pernah mengecewakan
ReplyDeleteSedap-sedap mata memandang semuanya. Produk ayam brand memang guna sejak dulu lagi
ReplyDeleteWah menarik semua resepinya kak :) Bolehlah try satu dua. Hihi
ReplyDeleteunik-unik resepinya...paling menarik roti jala sardin tu!
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)