Assalamualaikum
Sesekali Mencari Kelainan Makan Dalam Sungai di Tempat Makan VIRAL, BBQ Lamb Kemensah KL | Marsha memang suka makan. Tambahan pula kalau menu lamb. Memang tak kuat hati nak tolak. Mencari lagi adalah...hahaha. Kalau ada je terjumpa viral kat mana-mana, Marsha sebolehnya akan cuba kesana rasa pengalaman. Bila dah viral tempat makan viral, BBQ Lamb Kemensah KL pastu makan dalam sungai pula memang hati memberontak nak cuba makan kesini. Akhirnya tercapai!!
Sesekali Mencari Kelainan Makan Dalam Sungai di Tempat Makan VIRAL, BBQ Lamb Kemensah KL
Sebenarnya bukan Marsha je yang suka makan. Encik husband dan anak-anak pun sama. Memang kami kalau ke mana-mana tempat mesti search google tempat makan sedap yang ada di kawasan tersebut. Kebetulan Marsha naik KL ni memang BBQ Lamb Kemensah dalam list makan Marsha kali ni. Marsha tertarik dengan tempat makan viral, BBQ Lamb Kemensah ni beberapa sebab:
Makan Dalam Sungai
Haa....banyak tempat yang menawarkan makanan western tetapi tak banyak tempat yang menawarkan pengalaman makan dalam sungai. Marsha memang belum pernah cuba lagi makan dalam sungai ni. Semestinya Marsha nak rasa pengalaman makan dalam sungai. Bila dah ada masa ke KL ni tu Marsha terus buat reservation di BBQ Lamb Kemensah.
Kali ni Marsha bawa adik Marsha sekali yang tengah pregnant. Kot dia mengidam kan. Takdelah teringat-ingat nak makan nanti...hihi
Sebenarnya makan dalam sungai tu kaki je berendam dalam sungai sejuk-sejuk. Best kan. Kalau korang tak nak makan dalam sungai, ada meja yang diletakkan di bahagian atas. Jadi korang boleh je pilih nak makan dalam sungai atau tak. Marsha memang nak makan dalam sungai...hihi
Menu Dibakar dalam Oven Bata Tanah Liat
Kalau korang nak tahu, rahsia keenakan masakan di BBQ Lamb Kemensah ni adalah oven bata tanah liat yg direka khas dan di buat dengan teliti agar asap tidak terlalu banyak di dalam oven sehingga daging akan berbau asap yg teramat tinggi.
Haa...itu juga yang membuatkan hati Marsha nak sangat-sangat mencuba masakan di BBQ Lamb Kemensah ni. Sebab masakan dia 'rare' dan tak terdapat di tempat makan yang lain. Gambar ni Marsha ambil dari FB BBQ Lamb Kemensah. Memang selalu stalk FB dorang sebab nak update terkini. Gigih kan?..hihi
Sebelum dihidang, staff BBQ Lamb akan memanaskan daging tersebut di grill menggunakan kayu arang supaya aroma asap masih kekal apabila di hidangkan. Memang rasa segarlah aroma dia bila dihidangkan. Untuk kali ni Marsha cuba Meat Set yang harganya RM150/set ( termasuk 4 pinggan nasi, 4 cocktail serta salad untuk 4 orang makan).
Menu di BBQ Lamb Kemensah ni banyak set :
- Seafoood Set
- Fish Set
- Meat Set
- Bird Set
- Skewer Set
Jadi korang boleh cuba mana-mana menu kegemaran korang. Harganya pula sangat berbaloi setanding dengan kualiti. Lepas ni Marsha nak repeat dengan set yang lain pula.
Lokasi Yang Menenangkan
Lokasi BBQ Lamb Kemensah KL ni adalah belakang Zoo Negara. Kalau korang masuk memang menghala ke dalam tau bukan betul-betul belakang Zoo Negara. Means memang suasananya suasana yang tenang berbukit. Tak serabut dengan hiruk pikuk kota dan lain-lain.
Haa...tengoklah suasana kat BBQ Lamb Kemensah ni. Tenang dan damai je kan. Takde rasa stress waktu nak menikmati makanan yang best. Jadi memang feeling best lah kat sini, suasana tenang pastu makan dalam sungai pulak tu. Marsha tak sangka kat KL yang sibuk ni ada tempat makan dalam sungai macam ni. Jomlah payung lagi skali menu...hihi
Kalau korang plan nak makan dalam sungai, Marsha suggestkan korang buat reservation dulu sebab makan dalam sungai ni paling HOT. Jadi tak de lah korang nak menunggu kan. Datang terus siap sedia. Nak sambut anniversary ke, birthday ke pun best sebab lain dari lain kan. Pakaian pula pakai yang bersesuaian tau!
Haa...tengoklah suasana kat BBQ Lamb Kemensah ni. Tenang dan damai je kan. Takde rasa stress waktu nak menikmati makanan yang best. Jadi memang feeling best lah kat sini, suasana tenang pastu makan dalam sungai pulak tu. Marsha tak sangka kat KL yang sibuk ni ada tempat makan dalam sungai macam ni. Jomlah payung lagi skali menu...hihi
Kalau korang plan nak makan dalam sungai, Marsha suggestkan korang buat reservation dulu sebab makan dalam sungai ni paling HOT. Jadi tak de lah korang nak menunggu kan. Datang terus siap sedia. Nak sambut anniversary ke, birthday ke pun best sebab lain dari lain kan. Pakaian pula pakai yang bersesuaian tau!
Maklumat Lanjut:
BBQ LAMB KL KEMENSAH
Jalan Taman Zooview,
Kampung Kemensah, 68000 Ampang
Kampung Kemensah, 68000 Ampang
Waze : BBQ Lamb KL Kemensah
Waktu Operasi :
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Sabtu, Ahad & Cuti Umum (12 tengahari – 10 malam)
Jumaat (4 petang – 10 malam)
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
3 Comments
Best kan makan kat sini...Akak dah pernah 2 kali makan kat sini..memang best..
ReplyDeleteTempat nampak sangat menarik! Thanks for sharing. Akan bawa keluarga saya pergi cuba.
ReplyDeletewah best nya. nasib baik kat Baling ada satu macam ni. boleh la pi terjah. hehehehe
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)