Assalamualaikum
The Alley Ipoh De Garden Satu-Satunya Kafe Bertema di Malaysia | Bubble Tea memang sangat viral lately kan. Buat peminat bubble tea memang tau tentang Kafe The Alley yang menyediakan menu bubble tea atau lebih dikenali sebagai boba yang sangat istimewa. Khas buat warga Ipoh, cawangan ke 2 The Alley Ipoh dah mula beroperasi di De Garden, Ipoh. Untuk pengetahuan korang, sebelum ni di Ipoh hanya ada 1 cawangan di Ipoh iaitu di SOHO, Ipoh. Tahun 2019, The Alley Malaysia mula melebarkan sayap mereka untuk menubuhkan cawangan ke 2 di Ipoh yang berlokasi di De Garden, Ipoh.
The Alley Ipoh De Garden Satu-Satunya Kafe Bertema di Malaysia
Bila sebut bubble tea atau boba, The Alley adalah antara nama yang tidak asing lagi dikalangan penggemar bubble tea atau lebih dikenali sebagai boba. Marsha juga antara peminat bubble atau boba tea ni. Jadi bila tahu The Alley akan buka cawangan ke 2 di De Garden, Ipoh memang sangat nantikan sebab lokasinya di tengah-tengah dan lebih dekat dengan rumah Marsha. Lokasinya sangat-sangat strategik tau.
Kalau korang nak tahu, The Alley De Garden, Ipoh sudah mula beroperasi pada 4 Ogos 2019. Soft Opening The Alley De Garden ni bermula 4 Ogos 2019 hingga 10 Ogos 2019 bertujuan untuk memperkenalkan bubble tea yang digilai ramai ni di lokasi baru iaitu di De Garden, Ipoh.
Istimewa Tentang The Alley De Garden, Ipoh
The Alley Ipoh De Garden mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang tidak ada di Kafe The Alley yang lain. Maksudnya ianya bukan hanya kafe yang biasa-biasa sama seperti Kafe The Alley yang lain. Malah ianya mempunyai kekuatan dan keistimewaan yang tersendiri. Nak tau apa keistimewaan The Alley De Garden Ipoh ni? Jom kita tengok 👇
SATU-SATUNYA Kafe The Alley Yang Mempunyai Tema di Seluruh Malaysia
Cantik kan design Kafe The Alley Ipoh De Garden ni? Ini yang Marsha maksudkan kafe yang mempunyai tema tersendiri. Bila masuk dalam Kafe The Alley De Garden Ipoh ni rasa best sangat. rasa macam nak lepak minum lama-lama je sebab rasa comfortable sangat.
Selain itu juga, design-design yang ada di dalam Kafe The Alley De Garden Ipoh ni sangat cantik dan instagramable! Buat peminat dan pengguna instagram, memang sesuai port untuk korang bergambar. Lawa tak gambar? Lawa kan??
SATU-SATUNYA Kafe The Alley yang Mempunyai Menu Kopi
Biasanya menu di setiap cawangan The Alley di Malaysia ini adalah sama iaitu TEH. Tetapi di The Alley De Garden Ipoh ni SATU-SATUNYA Kafe The Alley yang diberi nafas baru dan kelainan mempunyai menu KOPI. Haaa....jadi penggemar kopi korang boleh la terjah The Alley De Garden, Ipoh ni.
Korang boleh rasa menu Earl Grey Latte seperti kat bawah ni. Sedap rasanya!
Korang boleh rasa menu Earl Grey Latte seperti kat bawah ni. Sedap rasanya!
Jangan takut-takut nak order menu kopi sebab di Kafe The Alley De Garden ni sebab memang ada menu kopi. Tapi hanya di Kafe The Alley De Garden, Ipoh je tau! Bolehlah mengopi bersama famili dan yang tersayang.
Menarik di SOFT OPENING The Alley De Garden, Ipoh
Sempena SOFT OPENING The Alley De Garden Ipoh ni banyak sangat aktiviti menarik telah dijadualkan untuk peminat boba tea The Alley. Antaranya ialah:「SWAG SEVEN DAYS」
- B Box
- Face Drawing -Drummer Performance -Hip Hop
- Break Dance
- Magic Show
- Graffiti
Selain itu juga ada 'statue' KHAS dibuat oleh THE CULTURE sempena Soft Opening ni yang beratnya 200kg lebih. Berat tu dan seninya sangat indah. Korang memang wajib datang tengok sendiri sebab 'statue' ni akan ada di The Alley De Garden untuk hanya masa yang terhad sahaja.
Korang boleh layan simple video Marsha masa kat instagram Marsha kat bawah 👇
.Contest Sempena Soft Opening The Alley De Garden, Ipoh
Sempena Soft Opening yang berlangsung dari 4-10 Ogos 2019 ni ada contest tau kerjasama antara The Alley dengan Swaganz.
Jadi jangan lupa menangi hadiah edisi khas dari ‘The Alley x Swaganz’. Selfie/Wefie tema fesyen hitam dan putih akan diadakan sempena Soft Opening ini. The Alley akan memilih 50 pemenang selepas soft opening yang selama seminggu.
Bagaimana untuk sertai? Anda hanya perlu menghasilkan gambar yang paling ‘Swag’ di cawangan The Alley Ipoh De Garden. Kirimkan gambar korang di akaun Instagram atau Facebook anda sertakan sekali #thealleyipohdegarden #thealleyxswaganz #swag7hari dan layak menang hadiah edisi khas tersebut.
Ni Marsha dan blogger Cik En saje jer join amik pic je. Nanti nak datang lain ikut tema hitam putih. Kalau korang nak menang hadiah jangan lupa join tau!
Bila kat sana nanti jangan lupa pula cuba Brown Sugar Creme Brulee Milk yang ditawarkan The Alley memang sedap dan mesti try. Kalau korang penggemar bubble tea memang wajib try lah..hihi
Apa lagi korang yang memang berada di Ipoh ataupun nak turun Ipoh join Soft Opening 4-10 Ogos 2019 cepat-cepat datang dan boleh join banyak aktiviti menarik. Best sangat!! Tak rugi 💗
Maklumat Lanjut
Alamat:
The Alley Ipoh De Garden
GR15 & GR16, Ground Floor,
Zone B, No.3, Psrn. Medan Ipoh,
31400 Ipoh, Negeri Perak.
(Sebelah Haggen Daz)
Waktu Operasi Soft Opening:
4/8/19 - 10/8/19
12 tengah hari hingga 12 tengah malam(Last order 11.30 malam)
Marsha
Part Time BloggerNiche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
17 Comments
seriusly, marsya..sana sini citer pasal bubble tea..saya tak penah try...sedap benor ke..#sisyangketinggalanketapi..hehe..halah halah, kat ipoh pun tgh glamer bubble tea ni..tapi cntik la kafe ni..area ipoh yeak...ni kalau ajak adik ipar bongsu tu, confirm dia suka...
ReplyDeletememang viral minuman ni sekarang. merata-rata tempat dah ada. hehehehe
ReplyDeleteCantik btul dinding cafe yg ada rusa tu. Ohsem. Lain drpd yg lain!
ReplyDeleteSeriously, aida x minum lg air yg viral tea tu. Tak plak teringin, marsha. Kebetulan now sedang pantang air manis.
belum cuba lagi...nampak sedap sangat...mesti nak cuba nie...))
ReplyDeletemmg viral juga the alley ni .. saya sampai sekarang belum berpeluang untuk merasai boba tea ni. in shaa Allah jika diberi peluang , nak juga rasa. ;) terima kasih atas perkongsian ya
ReplyDeleteSejujurnya Ruby belum pernah lagi cuba minum bubble tea ni. Hee #kolotnyadaku. Hehe.
ReplyDeleteCafe ni look interesting. Minum minum sambil santai dan lepak dengan member atau family.
Ai buble nad pernh minum hnya tealive je..hehehe..wah syokla orang ipoh boleh rasa the alley ni..nad pun belum pernh rasa the alley ni
ReplyDeletewahhh The Alley dah melebarkan sayapnya ke ipoh. mudahlah org2 di bahagian utara semenanjung nak menikmati boba tea nanti. tp sy x berapa berkenan the alley.
ReplyDeleteTak pernah cuba the alley tapi ramai yg kata sedap dan best. Bolehlah nak try sekali
ReplyDeleteHehe
ramai member da try minum The Alley ni. Tapi sbb tak berminat sangat, so xde la try. Bila pergi perak, xtahu nak pergi kemana. Rasanya location ni boleh jd salah satu tempat untuk disinggah bila pergi perak. boleh la rasa pertama kali minum bubble tea.
ReplyDeleteSana sini cakap pasal Boba milk tea. Tapi kat alley kopi dia kaw tak k.marsha. syu ni jenis minum kopi pahit hehe. Tak biasa minum kopi manis
ReplyDeleteSedapnya bubble tea tu Marsha.. TB ni nama je dok ipoh.. tapi tempat2 macam ni tak pernah pi lagi.. lagi pun baru buka ye marsha? amboi.. dia lagi laju dari kita resmi dulu ekkk..
ReplyDeleteMouse mommy jugak boba milk tea fans!!! Untunglah org Ipoh jugak, makin banyak makanan sedap kat ipoh ni!
ReplyDeleteI need to plan a road with my girls to Ipoh. This cafe looks like an awesome place for girls day out.
ReplyDeleteYeyyy dekat dengan rumah kat ipoh.
ReplyDeleteAlamak,, tak sempat lagi nak mencuba The Alley ni. nt akan hunting gak ni nanti
ReplyDeleteBestnya. Sya pun dah cuba The Alley ni memang bagus and sedap lar.
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)