Assalamualaikum
Rawatan Di Soul Beauty Mewah Dengan Harga Yang Berpatutan | Trend sekarang ni pusat atau salon kecantikan tumbuh bagai cendawan. Rambang mata mana nak pilih sebab terlampau banyak. Risau pula nanti takut pusat kecantikan yang kita pilih tidak serasi atau tidak menepati citarasa. Nak 'maintain' cantik ni seeloknya buat facial atau rawatan di salon kecantikan 2 bulan sekali. Jadi untuk 'maintain' kecantikan dan kesihatan kulit kita kena mendapatkan rawatan di salon kecantikan yang betul.
Setelah puas 'survey' salon kecantikan yang 'in budget' serta melihat review yang positif, Marsha telah memilih Salon Kecantikan Soul Beauty kali ini untuk rawatan kulit wajah Marsha yang kering dan mempunyai bintik hitam putih serta kusam. Dah lama tak tak buat rawatan di salon kecantikan. Gaya hidup yang agak sibuk membuatkan Marsha tak sempat nak manjakan diri di salon kecantikan. Setelah berhubung melalui panggilan telefon di branch yang Marsha pilih iaitu di Pulau Pinang, Marsha telah menetapkan tarikh untuk dapatkan rawatan di sana.
Serba Sedikit Tentang Soul Beauty
SOUL BEAUTY adalah sebuah syarikat pakar penjagaan kecantikan. Bagi mereka, "Kecantikan" bukan sekadar upgrade pada rupa, malah dalam masa yang sama upgrade warna jiwa kita.
Penciptaan SOUL BEAUTY menunjukkan hasil kecantikan yang muktamad. Misi SOUL BEAUTY ialah untuk membantu lebih ramai wanita menuju kecantikan, lebih berkeyakinan, membentuk kemuliaan mereka sendiri dan menikmati kehidupan.
SOUL BEAUTY adalah salon kecantikan yang popular tau! SOUL BEAUTY mempunyai 7 outlet yang mostly berada di KL/Selangor dan di utara di Pulau Pinang. Jom kita tengok senarai outlet SOUL BEAUTY yang ada:
- Puchong
- Damansara
- Ampang
- Mid Valley
- Klang
- Seremban
- Penang
Pengalaman Marsha Mendapatkan Treatment Di Soul Beauty
Awal entri tadi Marsha dah story kan Marsha dah booking tarikh untuk buat rawatan. Pilihan Marsha pula adalah di outlet di Pulau Pinang sebab MIL Marsha ada kat Kulim. Jadi alang-alang balik kampung boleh lah lajak ke Pulau Pinang sekejap untuk treatment kulit wajah. Marsha booking jam 12 tengahari dan alhamdulillah Marsha sampai tepat pada masa. Excited betul!
Lokasi SOUL BEAUTY outlet Pulau Pinang ni terletak di dalam M Mall Tingkat 2. Memang senang je cari pakai waze. 1st impression Marsha tiba di SOUL BEAUTY ianya SANGAT MEWAH! Tengok rekaan dalaman, tempat menunggu, bilik analisis kulit semua nampak mewah dan up to date. Layanan staff kat sana pun sangat mesra tahap 1st Class tau!
Marsha di asist oleh salah seorang staff dan dihidangkan dengan 'chinese tea' sementara menunggu beautician untuk buat analisis kulit dan tentukan rawatan yang sesuai dengan kulit Marsha. Tak lama kemudian, Marsha dibawa ke bilik untuk analisis kulit oleh beautician.
Akhirnya Marsha diputuskan untuk rawatan Omega Light Treatment dan untuk kulit Marsha yang kering ni beautician cadangkan ampoule atau serum yang digunakan ialah 'Plant Kaviar'. Seterusnya Marsha dibawa ke bilik rawatan untuk membuat persiapan diri dengan menukar baju dan sebagainya. Tak lama kemudian sesi rawatan bermula selama 2 jam. Dalam masa rawatan tersebut walaupun Marsha diberikan rawatan wajah, malah dalam masa yang sama beutician juga membuat massage di bahu. Memang meletup-letup bunyi akibat dari stress. Lepas urut tu terus rasa ringan kepala...hihi.
Sesi rawatan bermula secara normal iaitu dari pembersihan kulit wajah, proses buang bintik hitam serta putih, ampoule ( plant caviar ) dan akhir sekali dengan pemakaian mask. Akhirnya tamat 2 jam Marsha dengan beautician yang sangat peramah dan full if info tentang kulit wajah. Banyak tips yang Marsha dapat sesambil rawatan kulit wajah. Sepanjang rawatan sangat selesa. Harga pakej? RM688 tau.
Rawatan Yang Ditawarkan Di SOUL BEAUTY
3 Sebab Korang Perlu Pilih SOUL BEAUTY
Ada 3 sebab yang logik untuk korang pilih salon kecantikan SOUL BEAUTY ini sebab ianya lain dari lain.
1. Alatan Rawatan Terbaru Dari Korea
2. Servis Yang Mesra
3. Persekitaran 5 Bintang
Produk Terbaru SOUL BEAUTY
Alang-alang Marsha buat rawatan di SOUL BEAUTY ini, Marsha diperkenalkan dengan satu produk terbaru iaitu Repair Essence. Repair Essence ini mempunyai tekstur ringan yang menyerap dengan cepat dan melembutkan penampilan garis-garis kedutan untuk memberikan kulit yang licin dan awet muda. Ampoule yang best ini membantu mengembalikan pembaharuan kulit, menjadikan kulit lebih muda dan nampak glowing.
Marsha dah grab satu kotak untuk cuba dan memang rasa perubahannya iaitu kulit lebih tegang. Ianya tak melekit serta ringan. Kadang tu terlupa tengah pakai Repair Essence ni. Satu kotak mengandungi 5 X 5ml .
Terima kasih SOUL BEAUTY atas layanan 1st Class dan juga suasana salon yang HIGH CLASS. Memang seronok sangat buat rawatan kat sini. Korang memang perlu cuba. Siyes tak rugi. Siap massage hilang stress.
Terima kasih SOUL BEAUTY atas layanan 1st Class dan juga suasana salon yang HIGH CLASS. Memang seronok sangat buat rawatan kat sini. Korang memang perlu cuba. Siyes tak rugi. Siap massage hilang stress.
Promosi Terkini SOUL BEAUTY
Kalau korang nak tahu, SOUL BEAUTY tengah buat promosi pakej rawatan V-Shape LED MAGIC MASK hanya RM38 SAHAJA. (Harga Asal: RM688). Haaa...pakej promosi berbaloi-baloi ni untuk korang nak dapatkan V-Shape wajah korang.
Untuk maklumat lanjut tentang V-Shape LED MAGIC MASK korang boleh ke SINI.
Untuk maklumat lanjut tentang V-Shape LED MAGIC MASK korang boleh ke SINI.
Maklumat Lanjut
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
10 Comments
memang best sangat dapat me time kat spa ni kan marsha :)
ReplyDeletemcm best je ni, nanti nk try jugak
ReplyDeleteBestnya dpt buat treatment muka.. Kita sekarang tak berani nk buat sbb muka bru okay.
ReplyDeleteBetul bnyak salon kecantikan yangbada sekrg.. Nak kene pikih yg betul. Dan sellaunya nad akan baca blog org.. Aka
ReplyDeletewahh makin berseri2 muka sis..
ReplyDeleteMuka CR pun lbh krg sis Marsha. kulit kering dan ada whitehead.
Menarik treatmentny tapi jauhhh sgt pulak nak g..
promosi pakej rawatan V-Shape LED MAGIC MASK hanya RM38 SAHAJA menariknya.. murah betul nih kalau dekat nak pergi juga
ReplyDeleteEhh...ada kat Ampang jugak laa...nnt nak try g...berbaloi jugak la RM688 tu kalau treatment lama, mesin bagis
ReplyDeleteWah menarik nie Marsha, macam best ja rawatan nie. Siap ada harga promosi lagi ya..
ReplyDeletemacam best je.. pi Penang boleh pergi juga ni.. nk cuba
ReplyDeleteSeronok sekali sekala manjakan muka dan badan kan. Ada dekat ampang lah. Leh lah try nanti.
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)