For The Cheese Lover, You Need To Check This Pizza Out!

Assalamualaikum

Bila encik suami ajak makan kat luar, favorite Marsha dan anak-anak ialah pizza. Pizza ni menjadi pilihan Marsha sekeluarga bila tekak nak tukar selera. Asyik makan nasi je kan. Makan berat pula tu. Marsha pun pasti korang pun mesti suka makan pizza kan, tambah-tambah kalau letak extra-cheese. Wow! Kalau cheese lover aka penggemar cheese ni ia memang wajib. Marsha pun cheese lover! Jangan tak tahu...hihi. Bukan Marsha je, encik suami dan anak-anak pun cheese lover. Lagi 'rich' cheese, lagi sedap lah pizza tu...hihi

Majoriti kedai pizza yang menjual pizza ni ada menawarkan extra cheese request untuk kepuasan pelanggan. Bab cheese memang Marsha sekeluarga akan kalah. Memang tak boleh nak tinggal. Aura dia memanggil-manggil...hihi. Korang kalau datang KL dan teringin nak makan pizza, dekat Kuala Lumpur ada beberapa restoran pizza. Jom kita tengok | For The Cheese Lover, You Need To Check This Pizza Out!


Restoren Pizza Yang HOT dan Halal di Kuala Lumpur


1. Pizza Hut

Pizza Hut antara restoren pizza yang telah agak lama bertapak di Malaysia. Malah dekat negara lain pun ada. Kira worldwide lah kan. Ia telah uprade banyak tau. Dari pizza biasa sekarang ni dah macam-macam jenis crust yang ada. 



Paling Marsha suka ialah 'stuffed crust' yang kita boleh request 'extra cheese' dan hasilnya memang kebabom buat penggemar cheese. Bila tarik cheese nya tu...tak putus!! Sangat best. Crust lain pun boleh buat extra cheese jadi kalau korang suka mana-mana jenis crust pun boleh request extra chesse. Bagi Marsha, kelainan crust yang dibuat oleh Pizza Hut menjadikan ia specialty dalam pembuatan crust.


2. Domino's Pizza

Dikenali sebagai Best Pizza Delivery in Malaysia. Domino's Pizza antara pizza yang suka Marsha delivery. Sambil bergolek-golek dengan anak-anak dirumah, Marsha order je di website. Website dia pun mudah dan sangat mesra pengguna.



Di Domino's Pizza ni menu yang paling Marsha suka ialah menu Half & Half. Jadi kita boleh order 2 menu dalam 1 pizza. Best kan? Boleh pilih yang mana menjadi favorite kita. Di Domino's Pizza juga kita boleh buat pizza kita sendiri dengan memilih topping yang disukai. Lagi satu menu yang Marsha suka ialah menu Samjeang....aura dia memanggil dengan pedas manis. Crust pula Marsha suka pilih crust New York dan tentunya request extra cheese...hihi


3. Vivo Pizza


Vivo Pizza ni agak baru bertapak di Malaysia. Tak seperti Pizza Hut dan Domino's Pizza. Tapi menu-menu pizza ia juga unik.  Di Vivo Pizza ni ada ditawarkan menu Smoked Salmon Pizza tau! Wah tak pernah Marsha jumpa hanya ada di Vivo Pizza je. Korang boleh la rasa nanti. 


4. Pizza San Francisco

Pizza San Francisco mempunyai menu unik dalam menyediakan gabungan rasa, dari resipi masakan Amerika ke masakan Itali tradisional. Pizza yang sangat unik dan di buat dengan segar.



Menu pizza yang paling Marsha suka ialah San Special. Ia menggabungkan dua pilihan dalam satu menu khas. Setengah calzone dengan salami ayam belanda dan separuh pizza dengan ayam cincang, tomato ceri, bawang putih, cili dan keju mozzarella. Dengar pun dah sedap. Ayam belanda tu memang rare tau dan sedap!! Kalau korang ke Pizza San Francisco ni wajib try menu special ni.



5. The Grato ®️ By Chef Yasser

Ini adalah restoren local yang menyediakan hidangan pizza. Pizza dia pun freshly bake. Kesemua menu-menu yang ada di The Grato ®️ semuanya homemade and made from scratch and resepi penuh  hanya dari seorang sahaja iaitu Chef Yaseer.





Pizza merupakan antara menu yang utama di The Grato ®️. Doh pizza yang diadun dengan suhu dan kandungan bahan yang betul supaya anda dapat menikmati rasa pizza yang sebenar-sebenarnya. Resepi sos pasta yang diolah dan dimasak dengan bahan segar memang kasi bestlah.

Jadi korang boleh lah merasa pizza unik yang dihasilkan oleh 5 restoren pizza ni. Gerenti puas hati! Nak senang korang order je pizza delivery dengan Food Panda. Harga berbaloi dan rider pun terbaik. Lagi satu caj penghantaran antara yang termurah tau! Dapatlah makan pizza dengan senang hati!


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

3 Comments

  1. Sedapnya makan pizza panas2 dengan keju yg banyak 😍

    ReplyDelete
  2. sha xtry lg..apasal smua entry psl mknan tgh2 mlm ni hahaha

    ReplyDelete
  3. rasa macam dah lama tak pii makan pizza2 nii hehe :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us