Good Morning VSecret Spray Penyelesaian Gatal Di Bahagian Intim

Assalamualaikum



Gatal di bahagian intim adalah mimpi ngeri seorang wanita. Ia boleh membuatkan seseorang wanita tidak yakin dan merasa rendah diri dan sudah pasti tidak selesa. Dan ianya menjadi satu masalah yang agak malu kalau nak diceritakan. Tapi awas, ianya kalau tak dicegah, akan membawa kepada penyakit yang lebih serius. Bahaya!


Punca Gatal Di Bahagian Intim


Ada 3 sebab utama punca kegatalan di bahagian intim ni. Antaranya ialah:

1. Jangkitan Kuman

Jangkitan kuman akan terjadi bila kita tidak mencuci dengan betul bahagian intim kita. Sejenis yis yang dinamakan Candida yang secara lumrahnya terhasil dari tubuh kita dalam amaun yang sedikit. Tetapi jika berlaku sebarang perubahan pada tahap keasidan serta keseimbangan hormon tubuh, Candida boleh bertambah dan sekaligus mengakibatkan masalah pada bahagian intim. Jadi kita sebagai wanita memang perlu extra care bahagian intim kita.

2. Penggunaan Bahan Kimia

Ini akan terjadi jika korang kerap menyapu krim vagina atau mencucinya dengan pencuci yang mempunyai wangian. Ia akan mengganggu keseimbangan PH di bahagian intim dan akan mengundang kuman yang akan menyebabkan kegatalan.

3. Alergi

Kegatalan pada bahagian intim juga boleh terjadi jika korang ada alergi terhadap sabun, tisu tandas yang wangi dan juga pelembut kain.


Apa Yang Patut Korang Buat?

Rawatan kegatalan bahagian intim ini bergantung kepada punca sebenarnya. Kalau korang ke klinik doktor mungkin akan bagi ubat antibiotik ataupun krim yang sesuai. Jadi untuk mengelakkan masalah ini terjadi korang kena bertindak. Bertindak macamana tu?

Cegah dari awal

  1. Basuh bahagian intim dengan air biasa sehingga betul-betul bersih. Elakkan menggunakan sabun.
  2. Elakkan memakai krim atau pencuci bahan kimia pada bahagian intim korang sebab kalau tak sesuai ia akan menyebabkan kegatalan dan keradangan.
  3. Sentiasa lap bahagian intim dengan bersih dan kering di bahagian depan dan belakang untuk elakkan bahagian intim menjadi lembap.
  4. Pakai seluar dalam dari kapas (cotton) dan kerap tukar seluar dalam.
  5. Pakai pantiliner yang diperbuat dengan kain atau tidak menggunakan wangian.
  6. Gunakan produk kebersihan untuk bahagian intim yang tidak mengandungi bahan kimia.


Untuk cegah masalah ini dari awal, Marsha amalkan semua tips diatas. Kalau korang nak tahu Marsha menggunakan produk kebersihan bahagian intim dengan teknologi terkini yang tidak menyentuh kulit secara terus iaitu Good Morning VSecret Spray.

Good Morning VSecret Spray Penyelesaian Gatal Di Bahagian Intim

Produk kebersihan untuk bahagian intim yang sedia ada sudah diperkenalkan lebih dari 100 tahun dahulu. Lama kan? Ada pelbagai jenis. Tetapi kebanyakannya mengandungi bahan kimia, alkohol, wangian dan sabun yang boleh menjejaskan PH pada bahagian intim wanita. Bila ada masalah pada bahagian intim, ia akan menjadi penyebab utama penyakit lain pula.

Apa itu VSecret Spray?


Yang terbaru, GoodMorning VSecret Spray mampu menyelesaikan masalah yang kebanyakan wanita hadapi melalui cara yang terbaru iaitu dengan teknologi terkini – Teknologi ZeroTouchTM tanpa sentuhan terus di bahagian intim korang. Penggunaan VSecret Spray ini mampu bertahan 12-24 jam.



Mineral Aktif

Menggunakan cara lain dari biasa untuk melawan patogen berbahaya dengan tidak menggunakan bahan kimia toksik tetapi dengan Zink aktif yang dirumus secara unik, bahan semulajadi anti-mikrob yang membawa frekuensi tenaga yang mampu kekal 12-24 jam pada permukaan yang dirawat.

Tindakan antimikrobial teknologi – elektron bakiostatik


Mineral aktif akan melepaskan anion dan memecahkan sel membran patogen, memusnahkan struktur patogen untuk menghentikan replikasi sel. VSecret Spray akan menghilangkan bau selama 12-24 jam.


Perlindungan revolusi 12-24 jam

ZeroTouchTM memberi perlindungan yang amat luar biasa iaitu 12-24 jam. Menggunakan mineral berkualiti tinggi terbaik, VScecret Spray memberikan perlindungan pada permukaan yang dirawat dengan mineral aktif yang akan dicetuskan secara automatik dan diaktifkan untuk melindungi apabila ia bersentuhan dengan oksigen. Teknologi unik oleh GoodMorning ini akan membolehkan mineral itu kekal aktif selama 12-24 jam.

Memperbaiki peredaran darah


GoodMorning VSecret Spray ini mampu menjana inframerah jarak jauh secara semulajadi dengan mineral aktif apabila disembur pada seluar, dan akan mengeluarkan tenaga inframerah jarak jauh yang lebih ringan dan selamat secara konsisten.

Oleh itu, ia dapat membantu peredaran darah, menyediakan antioksidan dan meningkatkan proses pemyembuhan daripada jangkitan. Penggunaan GoodMorning VSecret Spray secara konsisten akan membantu meningkatkan kelembutan dan menyerikan di bahagian intim.

Kelebihan Good Morning VSecret Spray



  1. Memperoleh keyakinan feminin anda kembali
  2. Membantu untuk kekal aktif dan bermotivasi
  3. Memperbaiki V
  4. Memberi bahagian intim anda kesegaran selama 12-24 jam
  5. Menghapuskan bakteria yang menyebabkan bau
  6. Licin dan lembut
  7. Melegakan rasa tidak selesa
  8. Boleh bernafas & rasa segar


Paling best ianya :

√ Tiada sentuhan kulit

√ Tidak perlu dibilas/basuh

√ Tidak perlu disembur terus pada bahagian intim




Good Morning VSecret Spray juga tidak mengandungi :

X Alkohol

X Pewangi

X Sabun

X Kimia toksik

X Paraben

Cara Penggunaan:

Goncang botol dengan baik. Sembur 2 kali dan 30cm jauh dari pakaian dalam. Biarkan kering dan sedia untuk dipakai!



Pengalaman Peribadi Marsha Menggunakan Good Morning VSecret Spray

Marsha mencuba Good Morning VSecret Spray ini selama seminggu. Marsha berminat nak mencuba kerana ianya tidak bersentuhan dengan kulit secara terus dan ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kandungan lain yang berbahaya. 

Masa mengandung memang Marsha ada masalah kegatalan bahagian intim ni. Mungkin sebab perubahan hormon berlaku. Tetapi selepas bersalin masalah tu kurang dan masih ada rasa tidak selesa. Jadi Marsha memang nak sangat mencuba Good Morning VSecret Spray ni.


Alhamdulillah sepanjang mencuba tiada rasa yang pelik-pelik dan bahagian intim rasa lebih selesa. Biasa nya lepas masuk toilet untuk buang air kecil mesti rasa tak selesa tetapi kali ni tiada rasa tak selesa tersebut. 

Paling best Good Morning V-Secret direka dengan botol yang kecil dan mudah dibawa kemana sahaja. Hanya letak dalam handbeg sahaja. Jadi nak travel pun senang. Memang mudah sangat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Good Morning boleh rujuk maklumat dibawah

Website | Facebook | Instagram




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

4 Comments

  1. Ooo.. Sembur dekat seluar dalam ye.. Ingt dekat kemaluan kita.. Hehehe.. Ok la.. Mcm menarik. Rasa nak cuba je. Nad ni pun rasa tak selesa je

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Alhamdulillah dah mudah sekarang kan. Terus guna ja 😁

    ReplyDelete
  3. hok ni penting ni untuk kita sebagai wanita. kena jaga

    ReplyDelete
  4. Bagus jugak ya. Tapi mcm sis selalu guna air biasa aje..tak suka gunakan benda2 mcm ni..tapi bolehlah cuba gunakan nanti

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us