Harga Giler di Jalan Jalan Japan Memang Real

Assalamualaikum


Shopping dengan Marshaliza memang tak boleh dipisahkan...hihi. Truly Marsha memang suka shopping sebab shopping ni antara akviti yang boleh buat Marsha release bila stress. Marsha teringin sangat nak shopping kat satu tempat ni. Dah banyak kali tengok kawan-kawan blogger, fb dan instagram update shopping kat sini. Nama kedai dia ialah Jalan Jalan Japan. Memang teringin sangat sebab dah viral harga dia #HargaGiler. Jadi memang teringin nak shopping dekat sini. Real #HargaGiler ke tak Jalan Jalan Japan ni? Jom tengok | Harga Giler di Jalan Jalan Japan Memang Real

Harga Giler di Jalan Jalan Japan Memang Real

Last week kebetulan lepak kat KL umah adik di Cheras, Marsha ambil peluang ke Jalan Jalan Japan outlet kedua di Malaysia yang berlokasi di 1 Shamelin Mall, Cheras. Sebenarnya Jalan Jalan Japan di 1 Shamelin Mall, Cheras ini telah diperbesarkan 25% dari keluasan asal pada tahun 2019 ni. Sangat teruja nak shopping tau! Jadi dari Laman Midah, Cheras ke 1 Shamelin Mall hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk sampai.

Hampir Sampai


Jalan Jalan Japan di 1 Shamelin Mall ini berada di tingkat 3, 1 Shamelin Mall, Cheras. Kalau korang nak tahu, Jalan Jalan Japan ialah store yang menjual barangan 'preloved' yang berkualiti. Ada bermacam-macam item yang ada. Dari sekecil-kecil barang hinggalah barang yang bersaiz besar. Memang apa yang korang nak cari mesti ada lah kat sini. Macam-macam ada.

Pelbagai barangan yang ada kat sini tau antaranya ialah fesyen lelaki, fesyen wanita, pilihan kanak-kanak, barangan bayi, barang dapur, alatan meja, alat-alat golf dan juga alatan outdoor seperti khemah dan banyak lagi. Plan shopping Marsha kat Jalan Jalan Japan kali ini ialah untuk shopping barangan anak-anak seperti baju dan juga mainan,

Outlet Jalan Jalan Japan

Outlet Jalan Jalan Japan sekarang ni yang dah beroperasi ada 4 iaitu:

  1. One City, USJ
  2. 1 Shamelin Mall, Cheras
  3. CenterPoint Seremban dan
  4. M3 Mall, Gombak
Satu lagi outlet akan dibukan pada 28 Disember 2019 ini ( Sabtu ) di KIP Mall, Bangi.  Jadi orang-orang yang tinggal berhampiran boleh la ke pembukaan outlet Jalan Jalan Japan yang ke 5 ni nanti.


Pengalaman Shopping di Jalan Jalan Japan, 1 Shamelin Mall, Cheras

Pertama kali menjejakkan kaki di Jalan Jalan Japan ni berada di bahagian pintu utama mata Marsha dah berpinar. Banyak sangat barangan yang ada dan ianya diluar 'expectation' Marsha. Kedai dia sangat luas dan ia memang akan mengambil masa ber jam-jam untuk Marsha explore semua. Tapi itu bukan yang Marsha bimbangkan tapi Marsha pikir mesti macam-macam yang Marsha grab nanti...hahaha

Disebakan plan utama Marsha untuk beli barangan anak-anak, jadi di bahagian lain Marsha hanya window shopping sahaja. Tetapi bila di bahagian kanak-kanak, Marsha memang lepak berjam-jam untuk dapatkan barangan yang sesuai untuk anak-anak. Marsha plan nak belikan baju untuk Kakak Anith dan Baihaqi. Kira treat dorang sebab layan je ibu dia yang suka jalan ni...hihi. 

Betul ke #HargaGiler real? Betul korang. Baju-baju anak-anak average harga dalam RM3 - RM10 je ikut saiz dan juga kualiti. Memang patutlah Marsha berejam dok bahagian kanak-kanak. Lawakan baju kait yang Baihaqi pakai ni? Semua cantik lagi tapi harganya hanya RM10 sahaja. Memang terus je Marsha masuk bakul sebab dah berkenan.

Bahagian Baju Kanak-kanak




Oh ya kalau bahagian baju kanak-kanak, dah ada separatekan baju dan umur jadi senang kita nak cari saiz untuk anak-anak kita. Tak perlu cek satu satu sebab dah diletakkan satu tempat untuk umur tertentu. Ada juga Marsha grab baju RM3 tau tapi sangat cantik kualitinya.


Cantik tak cardigan yang kakak Anith pakai? Tu pun RM10 dan kualiti tip top. Apa lagi grab lah untuk kakak Anith. Sama juga baju berbunga purple kat bawah ni pun menjadi pilihan kakak Anith. Seronok pula tengok kakak Anith pilih baju kesukaan dia.



Marsha pun ada grab baju sejuk untuk Baihaqi. Baju sejuk ni ada hood sekali. Lawa kan? Baihaqi pun suka. Terus nak pakai baju sejuk tu.



Bahagian Beg Kanak-kanak

Kanak-kanak punya item pun ada banyak bahagian tau. Bukan baju je ada, ada juga bahagian beg untuk kanak-kanak. Kakak Anith berkenan beg yang dia pose kat bawah tu. Harga hanya RM10 sahaja. Memang mampu milik. Kalau kat luar for sure RM30-RM40 mesti tak lari.



Baihaqi pula nak beg hijau yang dia galas tu. Comel je tengok dia galas. Kesana kemari dia galas beg tu. Boleh la amik untuk Baihaqi guna buat jalan-jalan. Kalau korang nak tahu, beg kanak-kanak kat Jalan Jalan Japan ni semua lawa-lawa. Ada juga travel bag tau semua comel.


Ceria Baihaqi shopping kat Jalan Jalan Japan

Bahagian Aksesori Kanak-Kanak

Kanak-kanak pun ada aksesori? Eh mestilah ada...tapi aksesori kanak-kanak simple je. Yang perempuan macam bangle atau barang perhiasan. Yang lelaki ada topi. Bab aksesori ni Marsha berkenan satu topi (cap) untuk Baihaqi. Tengoklah Baihaqi pose pakai topi tu....macam rappers dah...hihi.

Comel je pakai topi


Bahagian Mainan Kanak-kanak

Bahagian ini, mana-mana kanak-kanak pun sangat suka. Tengoklah reaksi Baihaqi bila masuk bahagian ni. Senyum lagi meleret. Dah siap pilih yang mana dia berkenan. Harga mainan dekat sini pun berdasarkan kualiti dan saiz. Ada yang besar harga Rm20 ke RM40. Yang kecil ada RM1 hingga RM15. RM1? Tak caya? Memang wajib percaya. Ada mainan yang RM1 sahaja. Kalau kat luar memang tak dapat tau.


Baihaqi tengah pilih kereta idaman hati

Koleksi untuk peminat Ultraman

Best ni kalau peminat Ultraman tengok

Di bahagian mainan kanak-kanak pun Marsha ambil masa yang lama. Biasalah bila dah rambang mata kan..hihi. Akhirnya Marsha grab 1 kereta untuk Baihaqi, 1 lori untuk Tufael dan koleksi Thomas & Friends. Semuanya masih elok dan nampak macam baru.

Kalau korang nak cari barangan bayi pun ada kat sini, ada jual stroller dan car seat juga. Jadi korang kena datang sendiri ke Jalan Jalan Japan di mana-mana outlet untuk dapatkan item yang korang cari. Macam-macam ada...serius! Kena datang sendiri baru best.

Car Seat di Jalan Jalan Japan

Ok dari jam 2 petang sampai lah ke 5 petang baru lah Marsha berpuashati dengan item yang di ambil dan boleh ke kaunter bayaran. Cashier pun sangat mesra. Seronok nak membayar. Sangat terkejut damage Marsha ialah hanya RM100 dengan satu beg plastik besar. Anak-anak happy je dapat macam-macam.



Puas hati betul dapat shopping kat Jalan Jalan Japan. Nanti datang KL lagi mesti nak datang lagi shopping kat sini. Dok berejam pun tak puas...hihihi




Marsha ada abadikan video masa shopping kat Jalan Jalan Japan, 1 Shamelin Mall ni. Jom tengok



Korang pun mesti teruja kan? Pengalaman shopping kat Jalan Jalan Japan, 1 Shamelin Mall, Cheras ni memang best. Recommended sangat untuk korang. Memang confirm real #HargaGiler !!

Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

10 Comments

  1. ramai orang kata best shopping JJJ ni, nanti kak ana nak pii juga lah MArsha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib pegi Kak AJ..memang syok dok dalam tu sampai tak sedar dah ber jam-jam...hihi

      Delete
  2. Kalau zaza pun gila jgk kak ahaha.. Ada gak tgk rkn2 ckp mmg murah kat sini

    ReplyDelete
  3. Memnag best pergi sini.rambang mata nak pilih barang sebab ada yang murah giler..berkualiti pulak tu

    ReplyDelete
  4. kita tengok pun leh jadi gila kak. Hahahaha.. Tapi murah2 juga ye kt sini.

    ReplyDelete
  5. Harga punya murah mcm ni, mmg serbu lah. Seronok shopping..

    ReplyDelete
  6. Saya ni pun meroyan bila shopping kat JJJ ni kak... Hahaha.. Stress tengok barang yang dijual

    ReplyDelete
  7. Macam best ja shopping kat sini.. nanti ingat nak pergi jugak lah..

    ReplyDelete
  8. Nora pun suka shopping dekat JJP ni. Banyak barang blh beli kalau kita pandai pilih kan.

    ReplyDelete
  9. Ana pernah masuk sekali. Konon nk tgk2 je sekali berjam2 duduk dlm tu. Hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us