Assalamualaikum
Bila pergi buat umrah ziarah, destinasi yang kita akan pergi semestinya 2 Tanah Haram, 1 di Mekah dan 1 di Madinah. Kalau kat sana Mekah & Madinah memang dikenali sebagai Tanah Haram. Kali ni Marsha nak story tentang Madinah dan lebih khusus lagu tentang Raudhah dimana satu kawasan yang paling istimewa di dalam Masjid Nabawi yang semua umat Islam ingin duduk lama solat dan juga berdoa. Memang menjadi impian semua umat Islam di seluruh dunia.
Raudhah, adalah satu tempat yang dimuliakan. Kawasan seluas sekitar 22 meter panjang dan 15 meter lebar itu menjadi tempat yang wajib di ziarah oleh para jemaah umrah atau haji yang berziarah ke Masjid Nabawi. Mereka akan solat 2 rakaat dan berdoa. Raudah dikenali sebagai 'salah satu taman syurga'.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,
ما بين بيتي ومنبري رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ
"Di antara rumahku dan mimbarku ada raudhah min riyadhil Jannah (sebuah taman di antara taman-taman surga." (HR. Bukhari)
Jadi setiap umat Islam yang ziarah ke Madinah khususnya Masjid Nabawi memang sangat mengimpikan untuk masuk ke Raudhah, memberi salam kepada Rasulullah dan juga solat serta berdoa di sana. Marsha dan suami juga tidak terkecuali. Masuk ke Raudhah adalah peluang yang sangat diimpikan dengan doa yang telah kami titip dalam hati kami untuk berdoa di Raudhah.
Semasa di Madinah, Marsha dan suami memang tak lepaskan peluang untuk memasuki Raudhah. Difahamkan oleh mutawwif, jemaah lelaki boleh masuk ke Raudhah 24 jam tak kira masa. Manakala untuk jemaah wanita pula hanya boleh masuk ke Raudhah masa tertentu sahaja. Waktu yang dibenarkan jemaah wanita masuk ke Raudah ialah sekitar selepas Isya' dan selepas waktu Subuh.
Kami sampai ke Madinah dari Mekah waktu lepas Isya'. Jadi kami hanya ada mutawwif lelaki dan mutawwif perempuan hanya akan ada esoknya. Jadi kebetulan dalam jemaah perempuan ada yang pernah datang jadi kami sekumpulan decide untuk ke Raudhah malam tersebut. Jadi lepas check in dan simpan lugage, kami terus menuju ke Masjid Nabawi untuk ke Raudhah.
Bila kaki menjejak perkarangan Masjid Nabawi, hati rasa terharu sangat sebab masih belum percaya diri ini sudah menjejak Masjid Nabawi dan menuju ke tempat dimana Rasulullah dimakamkan. Kubah hijau yang nampak dari jauh itulah makam Rasulullah.
Oh ya, sambung part masuk Raudhah tadi. Jadi kami meneruskan planning kami untuk masuk Raudhah. Marsha pula tiada pengalaman jadi follow je jemaah yang berpengalaman. Pada awalnya kami masuk melalui pintu 25 dan terus solat sunat. Kemudian terus menuju ke tempat berkumpul untuk masuk Raudah. Dipendekkan cerita, zup zap kami berpeluang masuk ke Raudhah. Cuma bila kurang pengalaman, Marsha dihimpit jemaah luar negara yang lain. Sesak nafas jugak mulanya tapi Marsha tenangkan diri dan keluar ke bahagian belakang tapi masih lagi dalam kawasan Raudhah.
Itu pengalaman yang agak thriller lah bagi Marsha. Sape suruh masuk tanpa ilmu kan? Tapi ianya memang satu pengalaman bagi Marsha. Malam kedua kami ke Raudhah lagi dan kali ni kami dibawa oleh mutawwifah. Marsha memerhati cara dan memahami ada 'trick' sebenarnya nak masuk Raudhah dengan tenang dan cepat buat jemaah wanita. Tak perlu berasak-asak mcm malam sebelumnya dan boleh berlama-lama berdoa disana.
Jadi nak tahu tips dan 'trick' nya? Jom Marsha kongsikan | Tips Masuk Raudhah Dengan Tenang & Cepat Buat Jemaah Wanita

Malam Ke-2 bersama Mutawwiffah |
Jadi nak tahu tips dan 'trick' nya? Jom Marsha kongsikan | Tips Masuk Raudhah Dengan Tenang & Cepat Buat Jemaah Wanita
Tips Masuk Raudhah Dengan Tenang & Cepat Buat Jemaah Wanita
Bagi Jemaah wanita, ada 'trick' dan tips khas untuk memasuki Raudhah. Jom kita baca tip-tip masuk ke Raudhah yang khusus untuk Jemaah wanita.
#1- Mengetahui Jadual Masuk ke Raudhah
Ini memang penting, sebab waktu masuk Raudhah bagi jemaah wanita bukan setiap masa seperti jemaah lelaki. Buat masa sekarang ni pintu Raudhah dibuka selepas solat subuh dan selepas solat Isya' hingga jam 1-2 pagi setiap hari.
#2 - Pintu 28-29
Biasa sebelum ni semua yang akan suggest pintu 25 kan? Tapi Marsha suggest pintu 28 atau 29. Sebab laluan dari pintu 28-29 ni lagi laju nak masuk ke Raudhah. Paling penting tak ramai yang menyangka di pintu 28-29 ni guard masjid akan lepas dahulu.
#3- Masuk dalam kumpulan jemaah Asia
Kalau boleh jangan masuk dalam kumpulan jemaah Arab, Turki dan sebagainya. Biasanya guard wanita akan kumpulkan jemaah wanita Asia dengan jemaah wanita Asia yang lain. Sebab jemaah Asia masih lagi bersopan santun.
Macam Marsha sengaja tidak mahu masuk lebih awal supaya tidak berhimpit-himpit dan supaya masa di dalam Raudhah lebih lama dan Jemaah lebih relaks.
#4- Peka Dengan Arahan
Ikuti arahan dan situasi semasa di dalam Raudhah. Kadang-kadang ada arahan mengejut daripada petugas. Apabila arahan mengejut untuk masuk diberikan, Jemaah perlu bersedia untuk masuk segera. Jika kita masuk terlalu lambat, pintu akan ditutup.
#5- Pemeriksaan Keselamatan
Sebelum masuk dari pintu masjid, guard wanita akan memeriksa beg yang kita bawa. Jangan melawan atau mengelak daripada pemeriksaan polis. Ikuti sahaja arahan mereka.
Ada 7 checkpoint sebelum masuk ke dalam Raudhah untuk wanita. Kadangkala ada masanya checkpoint dibenarkan lalu begitu sahaja, tanpa perlu pemeriksaan.
#6- Bawa Uncang / Beg / Plastik
Uncang kasut atau plastik wajib bawa untuk simpan kasut sebab kita masuk pintu lain dan mungkin akan keluar melalui pintu lain. Biasanya kalau pergi dengan travel agent, beg kasut memang akan datang sekali dengan pakej. Lugage Bag & Sling Bag pun sama.
#7- Niat Iktikaf Semasa Dalam Masjid
Bila berada dalam masjid, jangan lupa niat iktikaf. Ratusan malaikat akan mendoakan kita di sana sepanjang kita berada di dalam masjid. Sambil menunggu giliran, jangan lupa juga solat tahiyatul masjid sementara menunggu giliran untuk masuk ke Raudhah.
#8- Membuat Persiapan Awal
Sambil menunggu giliran masuk ke Raudhah, korang bacalah buku panduan yang diberi ataupun yang dibeli. Baca doa yang mahu dibacakan seperti doa di dalam Raudhah.
Baca buku panduan sebelum ke dalam Raudhah sebab nanti bila masuk ke dalam risau tak sempat nak buka buku. Cara menyampaikan salam:
“Ya Rasulullah, saya menyampaikan salam orang yang berkirim salam kepadamu dengan lafaz Assalamualaika ya Rasulallah warahmatullahi wabarakatuh.”
Allah rindunyaaa rasa. Sambil menaip ni pun dah terasa rindu sangar-sangat...huhu
#9- Checkpoint Akhir
Untuk sampai ke Raudhah, kita perlu membolosi beberapa check point. Checkpoint akhir ialah satu checkpoint di luar kawasan raudhah. Jadi sebelum masuk Raudhah, pastikan kita tahu di mana sempadan Raudhah, khususnya yang pertama kali nak masuk ke Raudhah. Hadith Nabi menyebut;
“Di antara rumahku dan mimbarku ialah salah satu daripada taman syurga.”
Untuk pengetahuan korang, rumah Nabi berada di sebelah kiri, manakala mimbar sebelah kanan. Apa tanda lain yang boleh dilihat? Dulu ada sempadan karpet. Karpet berwarna merah adalah kawasan masjid biasa, manakala karpet berwarna hijau adalah kawasan Raudhah. Jadi senang kita nak tahu dimana kawasan Raudhah. Tapi sekarang karpet dah sama warna. Jadi agak sukar.
Masa Marsha masuk Raudhah, Marsha hanya berpandukan ukiran di atas tiang dalam kawasan Raudhah yang menyebut nama-nama tiang. Tiang di dalam kawasan Raudhah juga berbeza corak dan bentuknya berbanding tiang dalam masjid yang lain. Tiang yang berukir bunga dan ada kelopak di bahagian atas adalah kawasan Raudhah.
#10- Lakukan Sebanyaknya Amalan
Apa nak buat di dalam Raudhah? Boleh solat sunat apa sahaja selain solat tahajud dan witir. Dan mintalah doa sebanyak-banyaknya. Apabila ada peluang solatlah sebanyak yang mungkin.
Jika mahu berdoa, berdoalah semasa di dalam solat. Jangan berdoa selepas solat, kerana jika petugas nampak kita sudah selesai solat, kita akan disuruh keluar. Jika nak berdoa lepas solat juga, korang doa sambil sujud. Guard wanita tak kan halau keluar jika kita dalam keadaan sujud.
#11- Berhati-Hati Dengan Beg atau Barangan Peribadi
Bagi Marsha beg yang dibawa tu kalau boleh tak besar dan jangan bawa banyak barang. Sebab nanti nak berasak-asak. Takut nanti sambil berasak ada 'pick-pocket'. Kita tak tahu siapa yang 'usha' kita.
#12- Jemaah Yang Berkerusi Roda
Untuk jemaah yang berkerusi roda, perlulah ada orang tolak. Masa Marsha ke sana, Marsha lihat untuk jemaah yang berkerusi roda dikumpulkan di bahagian tertentu. Jadi jemaah yang berkerusi roda berpeluang masuk ke Raudhah tanpa bersesak-sesak dengan jemaah yang tidak berkerusi roda.
#13- Usai Solat & Berdoa
Sebelum keluar dari Raudhah, korang minta izin Nabi dan bacalah selawat Ibrahimiyah dan al-Fatihah. Jangan pulak melambai kepada Rasulullah kerana tidak disyariatkan.
Jadi sangat dinasihatkan jangan lakukan perkara khurafat atau syirik yang Rasulullah tidak suka bahkan Allah murka. Walaupun korang tengok ada perlakuan yang 'pelik'. Jangan ikut tau!
Bagi Marsha, waktu terbaik untuk masuk ke Raudhah adalah pada waktu malam, iaitu waktu selepas Isya’ kerana waktu lebih panjang atau awal pagi selepas Subuh. Sebab kadang nak masuk ke Raudhah ni ada ambil masa yang lama, ada sekejap. Bergantung pada rezeki masing-masing.
Kali ke-3 Marsha masuk ke Raudhah ialah jam 1 pagi malam terakhir Marsha di Madinah. Suami tunggu di luar pagar dekat pintu 25. Sampai terlena-lena dia tunggu Marsha. Tapi sangat seronok masuk masa tu sebab jemaah dah tak ramai. Karpet pun dorang dah mula gulung. Seronok sebab dapat berlama-lama dalam Raudhah.

Jika wanita uzur syarie, boleh masuk ke kawasan dataran untuk menziarahi Rasulullah, namun tidak boleh masuk ke dalam Raudhah dan kawasan masjid.
Jadi itulah antara tips yang Marsha nak share dengan korang. Moga Marsha dan suami dapat jumpa Rasulullah lagi bersama anak-anak pula. Aamin...
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
6 Comments
alhamdulillah., kapan bisa wak ke sana lagi., amin ya roobal alaminn
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok tgk akk dah ke sini.. Doakan zaza dapat jejak juga ya.. Tips2 yang bagus utk rujukan akan dtg
ReplyDeleteYa Allah kak. First time rasa terus ke hati bila baca pengalaman akak ke raudhah. Cx dpt rasa selari dgn penceritaan akak. Indahnya kalau dapat ke sana.
ReplyDeleteBaca entri k.marsha ni pun dah rasa seronoknya. Macam ada kat sana dah. Harap2 ada rezeki ke sana
ReplyDeleteTak tahu nak komen apa. Terlalu seronok baca pengalaman akk disana..
ReplyDeleteseronoknya dpt ke tanah suci.. doakan liez dah kwn2 lain dapat ke sana jugak
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)