IMPETIGO Serang Tufael Masa Usia 10 Bulan

Assalamualaikum


Siapa tak risau bila anak sakit kan? Walaupun anak nampak sihat dan tak merengek. Asalnya dalam 3 minggu lepas, tetiba Tufael yang berumur 10 bulan mula demam malam. Marsha pun tak pasti puncanya. Asalnya khamis malam mula demam. Marsha hanya 'sponging' badan Tufael tapi masih belum bagi ubat. Esoknya jumaat dah ok. Kemudian, sabtu malam pula Tufael mula demam. Esoknya ok pula. Hati ni memang risau sebab tak tahu punca demam. Tapi disebabkan Tufael dah sihat jadi Marsha pun tak ambil berat sangat. Pada isnin pagi Marsha hantar Tufael ke pengasuh masih ok. Bila ambil jam 3 petang pengasuh bagitau badan Tufael naik bintik merah. Hahhh sudah! Campak atau 'chicken pox' kah?? Adui buntu betul.

Jadi balik rumah Marsha belum ke klinik sebab tengok Tufael aktif dan main macam biasa. Suhu badan pun normal dan tak merengek langsung. Gatal pun tidak. Hari selasa, bintik-bintik naik di bahagian peha dan Marsha masih belum bawa Tufael ke klinik sebab ingat ruam biasa. Sehinggalah pada hari rabu, ruam tersebut memenuhi kawasan muka dan kaki. Marsha terus ke klinik swasta selepas balik petang dari sekolah. Rupanya bukan campak (measles) ataupun chicken pox tetapi Impetigo. Hati lega sikit tapi Marsha masih tertanya apakah Impetigo tu sebab Marsha belum pernah dengar jenis penyakit. Tufael hanya diberi ubat antibiotik selama 5 hari dan juga krim sapu. Marsha tak dapat cuti kuarantin disebabkan Impetigo ni tak masuk dalam cuti kuarantin walaupun doktor ada bagitahu yang ia juga boleh berjangkit dan perlu dikuarantin. Jadi untuk Khamis, Marsha decide ambil cuti dan suami pula ambil cuti hari Jumaat. Kiranya bergilir-gilir.


IMPETIGO Serang Tufael Masa Usia 10 Bulan


Walaupun dah tau nama penyakit yang telah menyerang Tufael, kepala masih ligat memikirkan tentang Impetigo ni. Kalau Tufael tak kena memang Marsha tak tahu pun tentang penyakit ni.  Nampak macam campak tapi bukan. Apa sebenarnya IMPETIGO ni? Akhirnya, Marsha search  jugak tentang Impetigo ini dan mendapat jawapannya.

Masa di klinik



Apa itu IMPETIGO?

Biasanya kalau tengok ruam kecik naik kat badan berperingkat memang ingat demam campak. Simptom dia pun lebih kurang sama iaitu demam dahulu. Rupanya dalam adik beradik demam campak ni ada lagi rupanya.

Kalau korang nak tahu, Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut telah memasuki bahagian kulit yang rosak yang disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain ( berjangkit ).


Bagaimana ia berlaku?


Simptom ianya bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair. Cecair tersebut akan kering dah menghasilkan kulit keras yang berwarna coklat kekuningan.

Tufael bermula dengan bintik merah dan nasib baik ia tidak mengelembung dan berair. Hanya bintik-bintik merah kecil seperti ruam sahaja dan ianya tidak gatal. Jadi disebabkan Tufael tidak menggaru, bintik-bintik merah cepat kecut dan kering.


Bahagian badan manakah ia berlaku?



Ia selalu dilihat pada bahagian muka di sekeliling mulut dan hidung. Bagaimanapun ia juga boleh terjadi pada bahagian lain badan terutamanya bahagian yang terdedah. Tufael bermula dengan bahagian perut dan badan. Kemudian peha dan akhir sekali muka dan tapak kaki.


Contoh impetigo  yang kena pada Tufael:








Bagaimana ia berjangkit?



Penyakit ini mudah berjangkit melalui beberapa cara : 

  • Bersentuhan badan dengan orang yang dijangkiti penyakit ini. 
  • Berkongsi pakaian, tuala atau tempat tidur dengan orang yang dijangkiti. Ia juga boleh merebak daripada satu bahagian badan kepada bahagian badan lain. 
Jadi cara penjagaan dia sama juga dengan campak atau chicken pox. Seeloknya kuarantin anak-anak supaya tak berjangkit dengan yang lain. Marsha letak Tufael dalam 'playpen' jadi boleh kuarantin dari Bahaqi.

Komplikasi


Jika Impetigo tidak dirawat awal, kanak-kanak akan mengalami: 

  • Demam / Sepsis. 
  • Cellulitis. 
  • Osteomyelitis. 
  • Kadang-kala jangkitan bakteria Streptococcus ini boleh membawa kepada penyakit buah pinggang yang serius dipanggil Glomerulonephritis. 
Jika pada bayi, penyakit ini lebih tersebar luas dan lebih teruk. Jadi kalau ada simptom seperti campak ni better pergi cepat jumpa doktor. Bahaya kesan Impetigo ni. 


Apakah yang patut anda lakukan apabila anak anda mengalami impetigo? 

  • Bawa anak anda berjumpa doktor. 
  • Rawatan dengan ubat sapu mungkin diperlukan. 
  • Antibiotik melalui mulut mungkin diperlukan jika penyakit ini tersebar luas dan lebih teruk. 

Cara Penjagaan  : 

  • Basuh dengan cermat bahagian kulit yang keras dengan sabun / larutan antiseptik dan air 3 – 4 kali sehari. 
  • Menahan diri daripada menggaru bahagian tersebut untuk mengelakkan ia merebak ke bahagian lain. 


Bagaimana jangkitan ini dapat dielakkan? 

  • Jauhkan kanak-kanak daripada sekolah atau pusat jagaan sehingga sembuh. 
  • Kuarantin di dalam rumah untuk elakkan ahli keluarga yang lain dijangkiti.
  • Elakkan berkongsi tuala, pakaian dan cadar. 
  • Basuh tangan dengan bersih menggunakan sabun dan air selepas bersentuhan dengan kulit yang dijangkiti dan kalau boleh sentiasa sanitasi tangan dan kawasan lain.
  • Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih untuk sebab kalau bayi kadang tu dia akan menggaru jadi risau akan merebak ke tempat lain.
  • Pastikan ubat diambil mengikut preskripsi doktor. 

Marsha sangat bersyukur kerana Impetigo yang dialami oleh Tufael tidak teruk dan Tufael memang tak gatal langsung. Jadi Marsha hanya konsisten bagi antibiotik yang diberi doktor selama 5 hari dan menyapu krim 2 kali sehari. Seawal hari ke 3 dah nampak bintik-bintik makin mengecut dan hari ke 5 nampak bintik-bintik mula kering. Syukur sangat kerana ia nya tidak teruk.

Jadi Marsha share pengalaman Marsha ni untuk korang alert dan punca sebenarnya adalah kebersihan. Jadi kena pantau selalu anak-anak kita terutamanya yang masih bayi.



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

2 Comments

  1. ala.. kesian tufael..semoga cepat sembuh ye.. hati mak pak mana tak risau kan.. even demam sikit pun dah gelabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Liez..lega dalam 2 mggu dah ok...lega sangat

      Delete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us