5 Sajian Tradisi Selangor yang Best

Assalamualaikum

Trend sekarang orang mencari makanan 'rare' atau viral kan? Pantang viral mesti ada je yang mencari. Contoh terdekat Marsha lah...hahaha. Pantang betul dengar sajian yang 'rare' atau 'viral' , otak ni cepat je berfikir nak terjah mencuba. Kaki pun sama naik melangkah. Jadi kali ni Marsha nak kongsikan makanan atau sajian tradisi negeri Selangor pada kali ini. Orang negeri Selangor mungkin tahu kan? Tetapi ia sangat menarik bagi kami yang membesar di negeri-negeri lain.


Berikut ialah hidangan dan masakan Malaysia di Selangor yang telah menjadi tradisi sejak turun-temurun di mana ianya melibatkan pelbagai cara masakan yang telah diamalkan di Negeri ini. Disebabkan oleh migrasi dan pendatang asing yang telah menginjakkan kakinya di Selangor, Malaysia pada zaman dahulu, ini telah menjadikan Selangor sebagai sebuah Negeri yang kaya dengan budaya dan makanan yang pelbagai rasa! Diikuti diskripsi resipi yang telah disediakan di bawah ini, sesiapa sahaja dan bahkan seluruh dunia kini boleh mencuba untuk menyediakan hidangan tradisi Selangor mereka sendiri! Jadi jom kita tengok | 5 Sajian Tradisi Selangor yang Best

5 Sajian Tradisi Selangor yang Best


Dalam 5 sajian yang Marsha nak kongsikan ini, ada beberapa sajian yang telah glamor dan ada yang Marsha baru tahu. Jadi Marsha nak share juga sebagai refersh untuk kita yang sudah tau. Ini semua untuk pengetahuan anak-anak dan cucu-cucu kita kelak.


Pecal


Pecal Sayur yang sangat lazat ini dikenali sebagai Salad Jawa tradisional yang terdiri dari sayur-sayuran berkhasiat, dihidangi dengan sos kacang yang kadangkala turut disajikan dengan Ketupat atau Lontong. Persediaan untuk membuat Pecal ini adalah sangat mudah dan boleh dicuba dirumah pada bila-bila masa! Antara ramuan pentingnya adalah, kacang tanah untuk menghasilkan kuah kacang, tauhu, taugeh, kacang hijau dan timun. Jadi, apa lagi yang korang tengok? Cari sajian pecal ni memang banyak sekarang.


Nasi Ambeng


Di Selangor, ianya sudah menjadi tradisi untuk menghidang Nasi Ambeng dalam satu pinggan yang boleh dikongsi beramai-ramai di antara empat hingga ke lima orang! Semasa menyiapkan menu Jawa-Melayu ini, anda tidak boleh melupakan ramuan utama seperti nasi putih, ayam, mee goreng, kacang panjang, sambal tempe dan daun pisang! Di Selangor, Nasi Ambeng seringkali disediakan dan dihidangkan di majlis keramaian ataupun kenduri-kendara.



Sambal Taun 


Dikenali sebagai sambal taun atau sambal tahun, hidangan ini terkenal di kalangan rakyat Selangor mahupun Malaysia. Makanan tradisional yang berasal dari Jawa ini kerap dimasak pedas dengan penggunaan cili yang banyak semasa penyediaannya. Sering kali di Selangor, kulit lembu akan dijadikan sebagai protein utama sajian ini, akan tetapi ia boleh digantikan dengan kerang, paru lembu atau ikan bilis. Bahan-bahan lain yang diperlukan pula adalah bawang merah, bawang putih, belacan, santan kelapa, minyak, asam jawa, gara dan gula. Turut terdapat beberapa golongan yang sering meyajikan hidangan ini semasa Perayaan Aidilfitri! 



Wadai Kipeng


Dalam perkataan orang Banjar, 'Wadai' bermaksud 'Kuih', sementara 'Kipeng' pula merujuk kepada potongan. Sejak dulu lagi, ianya telah menjadi tradisi masyarakat Banjar untuk menyajikan orang ramai dengan Wadai Kipeng semasa Majlis Kesyukuran mereka! Satu perkara yang perlu anda ketahui, ianya adalah sangat mustahil untuk menyediakan menu yang enak ini tanpa enam ramuan iaitu tepung beras, kelapa muda, gula melaka, gula pasir dan daun pandan!




Bahulu Kemboja


Kami menamakannya sebagai kuih tradisional kegemaran 'Orang Lama' yang masih popular sehingga kini. Bahulu Kemboja boleh dihidangkan pada bila-bila masa yang anda suka, sama ada untuk sarapan mahupun semasa waktu minum petang. Dengan mempunyai keistimewaannya tersendiri, kuih ini sering dijual di pasaran akan tetapi, untuk mencari keasliannya seperti hasil air tangan orang Selangor amatlah sukar untuk dicari. Dengan resepi di bawah, anda tak perlu risau kerana anda boleh sahaja membuatnya sendiri di rumah! Untuk mengekalkan keenakkan dan keunikannya, bahan terpenting yang anda perlukan adalah air pandan asli hasil tapisan daun pandan, tepung gandum, tepung beras, susu kelapa, telur, bijan dan sudah pasti, gula dan garam untuk perasa! 



Dengan pelbagai pilihan makanan tradisional di Negeri ini, tidak hairanlah Selangor terpilih sebagai pusat gastronomi di Malaysia. Sama ada hidangan istimewa seperti lauk-pauk, ataupun kuih-muih yang enak, resipi tradisional seperti yang disertakan dalam senarai ini tentunya harus anda cuba sediakan!

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

15 Comments

  1. Oo..dari selangor ke menu2 ni..Kebetulan pecal favourite en suami saya. bahulu kemboja, favourite mak saya. tak tau pula 2 ni hidangan tradisi dari Selangor.

    ReplyDelete
  2. Ada yang familiar tapi panggilan berbeza. Yelah , kadang tu ikut Negeri kan nama-nama kuih dan masakan ni. Semua tu nampak sedap !

    ReplyDelete
  3. Eh Nasi Ambang tu selangor ek, bukan Johor ke ..sebab kalau pi kampung sebelah suami sabak bernam, tak pernah plak dia hidang nasi ambang...tapi wadai tu yee, sedap...

    ReplyDelete
  4. Bahulu kemboja dengan kuih bakar benda yang sama kan>

    ReplyDelete
  5. Baru tau ni juadah negeri selangor. Selama ni saya duk ingat juadah indonesia.hihi

    ReplyDelete
  6. Sejak duduk selangor ni pelbagai makanan yang kinah jumpa. Tapi wadai kipeng tu tak pernah try lagi huhu

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..

    Memang dekat malaysia sedap seda masakannya...

    Salam ukwah dari saya untuk anda.....jom follow blog aku ya...

    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  8. Semua nad pernh makan.. Sebb nad ornag jawa.. Adoyaii sedapnya semua. Dh lama tak makan sejak duduk kl ni.. Sobsob

    ReplyDelete
  9. betul tu memasing pantang kalau dengar viral nie cepat je nak cuba

    ReplyDelete
  10. Baru tahu..pecal dah lama tak makan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us