Rawatan Menggunakan Daun Gelenggang Kini Lebih Mudah Setelah Dimodenkan Oleh Glow Gelenggang

Assalamualaikum


Daun Gelenggang memang diketahui umum khasiatnya untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Kalau korang nak tahu, ia adalah herba tradisional yang telah digunakan sejak makan bertahun dari zaman atok nenek kita lagi. Kini dengan saingan teknologi moden, daun gelenggang juga sudah seiring dengan zaman yang bergerak pantas ni dengan rawatan-rawatan kulit yang lain. Ini kerana kita tak perlu lagi nak cari daun gelenggang dan proses sendiri bila memerlukan. Kita hanya sedia duit dan kita boleh dapatkan produk yang berasaskan daun gelenggang yang menjanjikan kesan yang sama seperti dulu dan juga telah dinaiktaraf dengan campuran herba yang lain. | Rawatan Menggunakan Daun Gelenggang Kini Lebih Mudah Setelah Dimodenkan Oleh Glow Gelenggang

Rawatan Menggunakan Daun Gelenggang Kini Lebih Mudah Setelah Dimodenkan Oleh Glow Gelenggang


Tentang Daun Gelenggang


Sebelum Marsha terangkan lebih lanjut tentang produk berasaskan daun gelenggang ni, jom kita tengok sedikit maklumat tentang daun gelenggang ni. Mungkin ada yang baru pertama kali dengar daun gelenggang ni. Jadi jom kita berkenalan dulu dengan daun gelenggang ni.

Daun gelenggang ini juga dikenali sebagai daun Senna adalah dari pokok herba tumbuhan renek dengan ketinggian 1 – 1.5 meter. Antara nama saintifik Daun Gelenggang ini ialah Cassia senna L (C. acutifolia Delile) dan Cassia angustifolia Vahl .






Daun Gelenggang digunakan secara tradisional untuk masalah kulit seperti:

👉 Memberi kelegaan pada kegatalan kulit dan pelbagai penyakit berkaitan jangkitan parasit 
👉 Untuk gigitan serangga. 
👉 Sebagai agen anti bakteria. 
👉 Memberi khasiat kepada kulit. 
👉 Jangkitan Tinea (Jangkitan kulit atau kuku yang disebabkan dari kulat dan muncul sebagai gatal bertompok bulat) 
👉 Ekzema 
👉 Gatal-gatal


Glow Gelenggang Cara Moden untuk Melegakan Masalah Gatal-Gatal Kulit

Sekarang ni kalau ada masalah kulit seperti gatal-gatal, kulit kering, eczema ke tak perlu pening-pening dah nak cari daun gelenggang. Sebab dah ada produk natural yang berasaskan daun gelenggang iaitu Glow Gelenggang. Lagipun kita dah tahu daun gelenggang ubat gatal.

Kalau dulu kita kena cari dan tumbuk sendiri daun gelenggang, kini ianya dah siap dalam bentuk minyak herba dan juga sabun daun gelenggang. Cara penggunaannya juga tak renyah, hanya sapu dan buat mandi sahaja bila-bila masa. Mudah kan? 

Sejak dua menjak kebelakangan ni di bahagian tangan Marsha on off naik gatal-gatal. Marsha pun tak tahu puncanya. Tetiba dia ada dan juga hilang. Mungkin juga sebab kulit Marsha dah makin sensitif. Jadi kawan Marsha kenalkan dengan produk Glow Gelenggang ni. Bila search tentang produk Glow Gelenggang ni Marsha tertarik dengan pakaging botolnya yang sweet. Jarang jumpa produk yang pakaging comel macam ni.

Marsha dapatkan produk Glow Gelenggang ni selepas baca maklumat dan juga khasiat produk Glow Gelenggang ni. Alang-alang Marsha cari untuk kegunaan Marsha, Marsha juga ambil produk Glow Gelenggang untuk kegunaan Tufael yang juga mengalami kulit sensitif. Produk Glow Gelenggang yang Marsha dapatkan ialah:




💗 Sabun Herba Glow Gelenggang
💗Minyak Herba Glow Gelenggang ( Habbatus Sauda)
💗Minyak Herba Glow Gelenggang ( Daun Bidara) - Khas untuk bayi

Ketiga-tiga produk Glow Gelenggang ini berasaskan bukan sahaja berasaskan daun gelenggang, Ianya juga mengandungi bahan-bahan lain yang menjadikan produk Glow Gelenggang ni lagi berkesan melegakan masalah kulit seperti Habbatus Sauda, Minyak Argan, Minyak Zaitun, Tanah Liat Putih ( Kaolin Clay) dan Crystal Menthol. Jom Marsha kongsikan manafaat ketiga-tiga produk ini yang patut korang tahu

Sabun Herba Glow Gelenggang



Sabun Herba Glow Gelenggang ni comel sangat dengan bentuk love di tengah-tengah. Sabun ni Marsha buat mandi harian sebab ianya juga boleh lembapkan kulit. Kalau korang ada resdung pun sesuai guna untuk cuci muka. Memang rasa best sangat.



Khasiat sabun daun gelenggang ini ialah untuk membantu melegakan gatal-gatal, melembapkan kulit dan juga mengurangkan kerengsaan kulit.


Minyak Herba Glow Gelenggang ( Habbatus Sauda)



Kegunaan Minyak Herba Glow Gelenggang juga membantu melegakan kegatalan dan kerengsaan pada kulit. Marsha hanya sapukan minyak herba ni di tempat yang gatal dan mengalami kerengsaan. Sebaiknya lepas kita mandi terus sapu sebab ia akan bertindak secara terus dengan kulit.

Paling best, minyak herba ni tak akan menyebabkan rasa pedih atau panas pada kulit. Best sangat guna. Gatal-gatal hilang dan kulit pun lembap je. Kalau korang nak tahu kegatalan ni dari kulit kering. Jadi minyak herba Glow Gelenggang ni memang sangat sesuai untuk melembapkan kulit.

Minyak Herba Glow Gelenggang ( Daun Bidara) - Khas untuk bayi



Minyak Herba Glow Gelenggang ( Daun Bidara) ini dirumus khas untuk bayi. Bahan-bahan lain yang ada dalam Minyak Herba Glow Gelenggang selain daun gelenggang dan daun bidara ialah minyak zaitun dan crystal menthol untuk efek sejuk berangin nyaman sesuai untuk bayi.




Daun bidara digunakan oleh pengamal perubatan juga dalam merawat penyakit mistik seperti gangguan dan sebagainya. Bayi pula senang dapat gangguan jadi daun bidara digunakan dalam minyak herba daun gelenggang khas untuk bayi ini untuk memelihara bayi dari gangguan mistik seperti sihir dan jin.



Memang ketiga-tiga produk Glow Gelenggang ini sangat sesuai untuk seisi keluarga. Boleh dikatakan sebagai 'Kit Gatal' dalam rumah. Memang berbaloi ada ketia-tiga produk ni dirumah.

Testimoni Pengguna Yang Telah Menggunakan Produk Glow Gelenggang

Sebenarnya, selain dari Marsha teruja untuk mencuba produk Glow Gelenggang bukan sahaja melihat pakaging dan juga manafaat produk tersebut. Testimoni pengguna juga menguatkan lagi keinginan Marsha untuk mencuba ketiga-tiga produk Glow Glenggang ini. Ni lah antara testimoni yang membuka mata Marsha:




Apa Kata Marsha Pula?


Marsha telah mencuba Sabun Herba Glow Gelenggang pada tiap kali mandi. Mulanya kulit Marsha sangat kering mungkin sebab kurang minum air dan juga cuaca yang panas. Sangat terkejut bila guna dalam 2-3 kali penggunaan, kulit Marsha jadi lembap dan gatal-gatal di badan dan lengan dah hilang.  Kakak Anith pula guna untuk cuci muka sebab dia mengalami resdung. Dah kurang gatal hidung katanya. Suami Marsha pula amalkan Minyak Herba Glow Gelenggang (Habbatus Sauda) dibahagian selalu diserang kegatalan dan alhamdulillah ianya makin baik. 



Minyak Herba Glow Gelenggang (Daun Bidara) pula Marsha amalkan untuk anak-anak lelaki Marsha, Baihaqi dan Tufael. Kedua-dua anak Marsha ni mengalami kulit yang agak sensitif. Lepas beberapa kali penggunaan pada badan, perubahan yang positif Marsha perasan contohnya tiada kawasan yang rengsa dan gatal-gatal seperti selalu. Happy sangat!! Nampak tak? Satu family guna...hihi

Harga Produk Glow Gelenggang

Mesti korang nak tahu kan harga ketiga-tiga produk yang Marsha guna. Nah harga 👇



Maklumat lanjut


WEBSITE : 

FB PAGE : 
Glow Gelenggang

Whatsapp : 
014-5445951

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger


4 Comments

  1. Wah bgsnya produk daun gelenggang ni. Dulu x kenal pokok ni, skang br tahu byk faedahnya. Cantik packaging nya

    ReplyDelete
  2. selalu guna produk glowgelenggang ni. mujarab tul!

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak nampak pokok daun gelenggang ni.

    ReplyDelete
  4. Baru tau pasl daun tu.. Tak pernh dgr sebelum ni.. Sennag la dh dimodenkan.. Botol dia pun cantik

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us