Assalamualaikum
Setelah berabad lamanya kurma mejadi hidangan istimewa bila tiba bulan Ramadhan. Memang dah menjadi kebiasaan, bila bulan Ramadhan bakal menjelang, banyak kedai dan juga mall mula menjual kurma untuk persediaan berpuasa dan jualan kurma akan melambung pada masa ini. Ini kerana ramai yang mencari kurma untuk bekalan berpuasa nanti. Sebab kurma memberikan tenaga kepada badan kita semasa berpuasa. Marsha pun tak terkecuali, bila Ramadhan bakal tiba memang akan cari kurma untuk persediaan menyambut Ramadhan yang mulia.
Kurma juga ada pelbagai jenis dan nama serta pelbagai gred. Antara 5 jenis kurma terbaik yang pupular di Malaysia ialah Kurma Ajwa, Kurma Majdoul, Kurma Safawi, Kurma Mariami dan Kurma Deglet Nour ( Kurma Bertangkai). Namun begitu Kurma Ajwa Madinah lah yang menjadi pilihan ramai. Ini kerana Kurma Ajwa lebih sedap berbanding jenis kurma yang lain dan Marsha perasan menjelang Ramadhan ramai yang akan mencari Kurma Ajwa 1kg untuk dinikmati seisi keluarga. Kurma Ajwa pula terbahagi kepada 2 kategori:
💗 Ajwa Aliyah/Awwali
Kurma Ajwa Aliyah dikenali kerana ianya ditanam secara meluas di tanah haram yang terletak di atas bukit di Madinah. Ini adalah kategori Kurma Ajwa yang premium. Harga nya memang agak mahal tapi memang puas hati. Bentuknya juga kecil sedikit dan membulat. Teringat masa buat umrah tahun lepas, harga Kurma Ajwa Aliyah memang beza sangat dengan harga Kurma Ajwa yang biasa.
💗 Ajwa Madinah
Kurma Ajwa Madinah pula ditanam secara meluas di tanah halal di dalam kawasan dataran atau ladang di Madinah. Marsha pun pernah beli Kurma Ajwa Madinah ni dijual di Mekah dengan harga 25 riyal/kg. Rasanya tetap premium dari jenis kurma yang lain. Cumanya Ajwa Aliyah double sedap..hihi
Kalau korang nak tahu setiap jenis kurma mempunyai pelbagai gred masing-masing. Begitu juga dengan Kurma Ajwa. Ada pelbagai gred. Kalau korang mencari kurma Ajwa yang gred premium, Marsha cadangkan Kurma Ajwa dari Rihura Herbs Enterprise. Kurma Ajwa dari Rihura Herbs Enterprise ni adalah kategori Kurma Ajwa Madinah yang Premium dan berkualiti tinggi kerana ianya adalah kurma yang dari buah kurma baru yang terus dipek dan dijual. Tentunya dipilih dari pokok kurma yang TERBAIK.
Baru Tahu Sebab Kurma AJWA Mahal, Ini Rahsia Keunikan Kurma AJWA atau Kurma Nabi
7 Keunikan Kurma Ajwa Yang Dikenali Sebagai ‘Kurma Nabi’
Mostly kita tahu Kurma Ajwa dikenali sebagai 'Kurma Nabi'. Tapi kenapa mahal sangat ye dari jenis kurma yang lain?? Apa agaknya kelebihan Kurma Ajwa ini sehingga menjadikannya agak mahal?
Kalau korang nak tahu, sebenarnya, terdapat beberapa kajian saintifik yang telah dilakukan untuk mencari kelebihan Kurma Ajwa. Berikut adalah beberapa keunikan dan manfaatnya secara spesifik.
1. Disebut Dalam Hadis
Terdapat lebih 1400 jenis kurma di seluruh dunia namun Kurma Ajwa inilah yang pernah disebutkan secara spesifik dalam salah sebuah hadis sahih, iaitu:
Sa’ad radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنِ اصْطَبَحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةٍ لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سَمٌّ وَلاَ سِحْرٌ
Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ‘Ajwah, tiada racun atau sihir dapat memudharatkannya pada hari itu.
[Sahih al-Bukhari, Kitab at-Thibb, Bab Syurb al-Sum hadis no: 5779].
Disebabkan hadis yang cukup popular ini, Kurma Ajwa mendapat permintaan yang cukup tinggi di seluruh dunia.
2. Ciri Yang Unik
Kurma ini disifatkan berwarna lebih gelap, saiznya lebih kecil. Isinya pula lebih tebal dan tidak terlalu manis berbanding kurma lain.
Sekali pandang, kurma ini kelihatan seperti kurma lain, namun Kurma Ajwa memiliki kandungan khasiat yang unik berbanding kurma lain.
3. Sumber Antioksidan
Kurma Ajwa mengandungi Flavonoid Glycosides yang membekalkan antioksidan kepada tubuh. Kajian oleh King Saud University mendapati kadar antioksidan ini setara dengan produk antioksidan yang terdapat di pasaran.
4. Melindungi Daripada Jangkitan
Antioksidan ini membantu melindungi tubuh kita daripada jangkitan, meningkatkan kesihatan jantung, serta bersifat anti-kanser. Kurma Ajwa juga didapati kaya dengan zat magnesium iaitu mineral yang penting sebagai anti-radang. Kurma ini juga secara spesifiknya mengandungi zat anti-radang yang tertinggi
5. Khasiat untuk ibu mengandung dan menyusu
Kurma Ajwa Asli Madinah boleh menjadi milk booster bagi membantu ibu-ibu memperbanyakkan susu badan dan juga dapat membantu ibu-ibu mengandung meningkatkan tenaga dalam badan.
6. Sesuai dimakan oleh pesakit diabetes (kencing manis)
Bagi penghidap kencing manis tidak disarankan untuk memakan bagi sesetengah jenis kurma. Takut memudaratkan pada pesakit. Tetapi jangan risau, kurma ajwa asli madinah ini sesuai dimakan oleh pesakit diabetes.
7. Melancarkan penghadaman
Kepada yang mempunyai masalah penghadaman, seeloknya amalkan makan kurma Ajwa ini bagi membantu melancarkan penghadaman.
Khasiat Kurma Ajwa
1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.
2) Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.
Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.
3) Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Jadi kalau anak-anak tak suka makan kismis, boleh gantikan dengan kurma ajwa ni.
4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Korang ingat tak ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25
Menurut sebuah laman web pula, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).
5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma ajwa dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ada individu yang mengalami masalah ketidakserasian dengan gluten dan menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia akan menyebabkan gangguan usus dan sembelit. Kurma ajwa mencegah ini dari berlaku.
Kenapa Perlu Dapatkan Kurma Rihura
Alang-alang nak cuba atau dapatkan Kurma Ajwa, Marsha cadangkan korang dapatkan kurma ajwa madinah asli gred premium di RIHURA. Bukan sahaja korang dapat Kurma Ajwa Madinah asli gred premium tapi juga dengan tawaran harga yang jauh lebih murah untuk Kurma Ajwa Madinah asli gred premium ni. Menarik dan berbaloi untuk wang ringgit kan?
Untuk pengetahuan korang, Rihura adalah pembekal Kurma Ajwa Madinah yang berpengalaman dari tahun 1990-an. Dah lama dah berpengalaman bab Kurma Ajwa ni. Marsha suka Konsep Rihura iaitu 'Semua Merasa' supaya semua peringkat boleh merasa dan dapatkan Ajwa Madinah dengan harga yang mampu milik dan berbaloi dengan kualiti yang premium. Jaminan Rihura sendiri iaitu kurma ajwa asli Madinah yang di edarkan oleh pihak mereka lebih segar, lembap & sedap.
Kurma Ajwa Madinah yang dipasarkan oleh Rihura dijamin buah baru yang segar dalam keadaan elok cantik dan kualiti terbaik dari pokok. Kurma Ajwa Madinah yang dibekalkan oleh Rihura ni dipetik segar dari ladang & semuanya stok terbaru di import ke Malaysia pada tahun ini.
Harga
Mesti korang tertanya-tanya berapa harga Kurma Rihura ni. Kalau korang nak tahu, Kurma Ajwa Rihura ni ada 2 gred iaitu Gred 1 dan Gred Premium.
Harga KURMA AJWA GRED 1 (Saiz Standard / biasa):
100g - RM10
200g - RM20
300g - RM30
500g - RM50
1kg - RM90
.
Harga KURMA AJWA VIP PREMIUM (Saiz lebih besar dari biasa) :
100g - RM15
200g - RM28
300g - RM40
500g - RM60
1kg - RM100 [PROMOSI]
.
COD
POSTAGE SELURUH MALAYSIA SERENDAH RM7 (1kg)
Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke FB Pages RIHURA sendiri. Page RIHURA selalu diupdated dengan info-info terbaru. Nak tanya soalan pun boleh kat sana atau boleh call atau whatsapp.
FB PAGES : RIHURA
Pertanyaan / Tempahan : 010-501 2717
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
7 Comments
Walau pun mahal, banyak kelebihannya
ReplyDeleteMemang sedap dan lembut sangat.
ReplyDeleteBanyak kelebihan makan kurma ni kan.. Nanti nak try kurma ajwa ni
ReplyDeleteKak Sue pun suka kurma Ajwa nie.. hari tu bulan puasa ada beli jugak. Nanti nak kena top up lagi lah..
ReplyDeleteRupanya banyakk kurma ajwa ni ada 2 jenis ye baru tahuuu
ReplyDeleteI also like kurma, memang banyak khasiat and sedap.
ReplyDeleteSedapnya.. teringat masa mengandung dulu. Mentua ada bagi. Memang makan tak puas.
ReplyDeleteSbb dia rasa sedap, tak manis.
Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)