Inilah Masa Wira dengan Filem Ben 10 yang Baharu di Cartoon Network pada 10.10.2020

Assalamualaikum

Bulan Oktober tibalah bulan kelahiran Marsha. Tiberrr...eh....hihihi. Date yang paling cantik bulan ini ialah 10.10. Banyak shopping online dan juga mall akan save date ni untuk dapatkan pelbagai diskaun jualan harga kaw kaw. Lain pula dengan Cartoon Network, 10.10 adalah tarikh bersejarah yang dipilih untuk Wira yang sememangnya famous iaitu Ben 10. Seingat Marsha Ben 10 ni dah famous beberapa tahun lepas masa anak sulung Marsha masih kecil. Jadi memang Marsha layan juga tengok Ben 10 ni. Untuk tahun 2020 ni, 10.10 diabadikan filem Ben 10 terbaru untuk tatapan peminat yang Marsha pasti bukan sahaja terdiri dari kanak-kanak malah juga yang dewasa. | Inilah Masa Wira dengan Filem Ben 10 yang Baharu di Cartoon Network pada 10.10.2020

Inilah Masa Wira dengan Filem Ben 10 yang Baharu di Cartoon Network pada 10.10.2020







(Kredit: Cartoon Network)



Korang bayangkan, seluruh galaksi akan terhenti secara tiba-tiba disebabkan kartun popular Ben 10 terbitan Cartoon Network menemui para peminatnya tepat jam 10 pagi dengan tayangan perdana global “Ben 10 vs. The Universe: The Movie”. 




Ianya akan berlangsung pada hari Sabtu, 10 Oktober, para peminat dari seluruh dunia siri kartun yang telah memenangi Emmy Award ini boleh menonton filem yang ditunggu-tunggu ramai tersebut menerusi siaran Cartoon Network (Astro Ch 615 HD / 635), termasuk saluran-saluran WarnerMedia yang lain - *HBO, Boomerang dan Warner TV serta melalui khidmat penstriman HBO GO. 

Filem televisyen penuh aksi tersebut akan memberi fokus kepada penceritaan sekitar letupan dari masa lalu Ben untuk kembali melakukan dua kali ganda kerosakan terhadap pasukan Tennyson dan planet Bumi itu sendiri sekali gus memaksa Ben untuk pergi ke antara bintang untuk menyelamatkan keadaan. Sementara itu, Gwen dan Grandpa Max bekerjasama untuk melindungi dunia ketika ketiadaan Ben. Tetapi apabila hero kanak-kanak lelaki kesayangan kita dikelirukan sebagai penjahat di ruang angkasa, Ben mesti mencari jalan untuk kembali ke Bumi untuk menyelamatkannya! 



Menjelang tayangan perdana filem, para peminat setia Ben 10 berpeluang menikmati aksi Ben 10 dengan segmen khas “Power of 10” yang akan disiarkan setiap hari Sabtu di Cartoon Network. Episod-episod khas ini membawa anda kembali ke saat-saat menarik bersama beberapa musuh Ben 10 yang paling kuat seperti Kevin 11, Steam Smythe dan Vilgax, panglima perang alien intergalaksi yang sukar untuk dikalahkan. 



Peminat yang ingin memulakan misi mendebarkan bersama Ben 10 juga boleh menyertai Cabaran Peminat Ben 10 dalam talian. Dari membina pertempuran Ben 10 epik mereka sendiri ataupun mencari grafik GIF animasi tersembunyi di mikrosit Ben 10, mereka perlu menyelesaikan pelbagai cabaran untuk memenangi Ben 10 Watch Party Pack yang boleh dimuat turun. Lawati mikrosit Ben 10: https://ben10.cartoonnetworkasia.com/ untuk maklumat selanjutya. 




Siri ini diterbitkan oleh Cartoon Network Studios sementara ditulis dan diterbitkan bersama Man of Action Entertainment (Big Hero 6, Generator Rex), serta John Fang (Mixels, Generator Rex) yang berperanan sebagai penerbit eksekutif. 




Jangan lupa – inilah masa wira pukul 10 pagi pada 10.10.2020! Tontoni “Ben 10 vs. The Universe: The Movie” pada Sabtu, 10 Oktober jam 10 pagi yang ditayang secara serentak di Cartoon Network, HBO, Boomerang, Warner TV, dan HBO GO. 




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

3 Comments

  1. Bulan Birthday saya bulan depan..tiber nak beritahu jugak hahahha

    ReplyDelete
  2. Kartun ni tak pernah lagi bagi anak tengok...

    ReplyDelete
  3. Dh lamatak tengok Ben 10..hahaa..sebb bnyak dh cerita kartun sekrg

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us