Assalamualaikum
Pernah tak korang jumpa dan makan di restoran di dalam Rumah Tradisional? Eh..eh tak perlu pikir lama-lama pun. Mesti mostly korang tak pernah kan? Biasanya restoran yang banyak sekarang ni adalah restoran hipster atau yang menawarkan makanan versi Thai dan juga western food. Susah nak jumpa makan malam masakan kampung. Kali ni Marsha nak perkenalkan satu restoran yang berkonsepkan 'fine dining' masakan kampung dan kita boleh menikmati masakan kampung dalam suasana kampung. Makan dalam rumah kampung tau! Yang paling penting harga pula mampu milik walaupun ianya berkonsepkan 'fine dining'. Jom kita explore Tempat Makan Best di Ipoh | Labu Sayong Signature
Tempat Makan Best di Ipoh | Labu Sayong Signature
Kalau korang memang dari Ipoh atau memang menetap di Ipoh mesti korang perasan kan berhampiran bulatan Aman Jaya di Meru, Ipoh ada beberapa buah rumah tradisional kan? Haa...disitulah lokasi Labu Sayong Signature ini. Memang menu dia makanan sedap di Meru. Marsha memang lama dah teringin nak makan kat sini cuma belum berkesempatan. Bila ada peluang tu terus lah buat tempahan...hihi. Sebelum Marsha share menu apa yang best kat Labu Sayong Signature ni, jom kita tengok serba sedikit tentang restoran bertemakan 'fine dining' tradisional Labu Sayong Signature ni.
Labu Sayong Signature |
Sejarah Labu Sayong Signature
Labu Sayong Signature ini telah dirasmikan pada Ogos 2017, konsep restoran ini yang menggabungkan rumah tradisional dan restoran untuk tarikan bukan hanya di dalam negara malah diluar negara juga. Labu Sayong Signature diasaskan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) berdasarkan seni bina berdasarkan "Rumah Kutai", rumah tradisional Melayu tahun 1900 yang sinonim di Negeri Perak. Lokasinya yang sangat dekat dengan Bulatan Amanjaya di Meru Raya, dan ini merupakan inisiatif hebat untuk mempromosikan masakan dan seni kulinari negeri Perak.
Labu Sayong Signature |
Labu Sayong Signature bukan sahaja menawarkan makanan tradisional malah ia juga mengekalkan konsep ruang Makan Rumah Kutai yang dibina mengikut seni bina halus kediaman masyarakat Melayu Perak. Keputusan PKNP untuk membina rumah kutai ini sebagai satu tarikan untuk rakyat negeri ini melihat sendiri rupa bentuk asli rumah berkenaan tanpa perlu masuk jauh ke kampung atau tepi sungai sangat tepat. Paling menarik, ianya menyajikan makanan tradisional yang Marsha rasa sangat limited nak menikmati di mana-mana restoran.
Labu Sayong Signature Konsep Ruang Makan Rumah Kutai
Pertama kali naik ke atas rumah tradisional 'Rumah Kutai' ni sangat kagum. Memang cantik seni bina dalaman dia. Rasa macam duduk dalam rumah kampung yang mewah gitu...hihi. Di setiap meja pula ada pelbagai jenis labu sayong yang diukir dengan cantik sekali.
Marsha sekeluarga menikmati Labu Sayong Signature Dinner Set |
Marsha ada bertanyakan tentang Labu Sayong yang cantik-cantik ni. Rupanya setiap labu sayong yang ada ni mewakili setiap daerah di Perak. Wah tambah kagum lah Marsha ni...hihi
Antara Labu Sayong yang diukir |
Sayong Signature Dinner Set Pilihan Terbaik Untuk Makan Malam
Sekarang ni Labu Sayong Signature menawarkan set makan malam yang sangat-sangat berbaloi. Dengan 4 lauk utama, nasi putih, air dan pencuci mulut hanya RM45/2 pax. Murah kan? Marsha masa sampai ke Labu Sayong Singnature bila tengok menu, Marsha terus order Sayong Signature Dinner Set ni untuk 4 pax.
Menu Sayong Signature Dinner Set memang best! Sebab tu order set dinner ni. Menu dalam Sayong Signature Dinner Set ni:
Ayam Tepet Cil Berapi |
Daging Salai Masak Lemak |
Fillet Ikan Masak Masam Manis |
Sayur Campur Goreng Udang Geragau |
Sayong Signature Dinner Set juga didatangkan dengan air dan pencuci mulut. Air Sirap Selasih & Sago Gula Melaka.
Sago Gula Melaka |
Sirap Selasih |
Amacam? Telan air liur letewww! Sedap? Marsha bagi 5 STAR ok!! Memang masakan yang dimasakkan oleh chef memang sangat sedap dan membuka selera. Anak Marsha yang no 2 tu jenis memilih makanan tau tapi dia laju je makan menu ni. Sangat suprise!
Hidangan Makan Malam kami di Labu Sayong Signature porsi 4 orang makan |
Menu Ala Carte Labu Sayong Signature
Selain set makan malam, Labu Sayong Signature juga menawarkan set menu single. Jadi kalau korang datang single nak cuba set menu single pun boleh. Datang sekali dengan air dan pencuci mulut juga tau! Menu dia pula agak 'rare' juga. Marsha tertarik dengan set Nasi Goreng Petai Jeruk. Harga pun berbaloi 1 set hanya RM15 SAHAJA.
Set Menu Single |
Lokasi Labu Sayong Signature
Meh sini Marsha nak share lokasi terus ke Labu Sayong Signature ni. Jadi terus je klik sini confirm terus sampai
Ok nasihat Marsha korang jangan lah tunggu lagi. Terus je terjah Labu Sayong Signature ikut map yang Marsha kongsikan ni. Waktu beroperasi dari jam 6 petang hingga 11 malam. Selamat menikmati makan malam dengan suasana kampung tau!
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
20 Comments
Sedapnyaaa semua.. Tempat pun best
ReplyDeleteDah tukar nama ye. Dulu rasa lain nama restoran ni.
ReplyDeletenampak sedap2 semua menu tu kan..terliur plak. tempat pun nampak menarik...nanti jalan2 ipoh boleh la singgah makan sini
ReplyDeletePernah makan kat sini lama dulu. Best! Macam balik kampung pula sebab dalam rumah kayu dan menu-menu nya pun masakan kampung. Rindu betul daging salai masak lemak dengan sago gula melaka tu! Sedap!
ReplyDeleteMenarik dan unik ye tempat ni. Makanan semua nampak sedap2 so boleh jadikan tarikan di negeri Perak ni
ReplyDeletebeberapa kali juga lalu tempat ni kalau mai Ipoh tapi malangnya tiap kali lalu waktu siang so tak dapat la makan kat situ. Tapi mmg menarik sangat tengok tempat dia. Design rumah tradisional gitu
ReplyDeletetal sabar nya nak jjcm 1 malaysia, travel cari good food. sedapnyaaa nanti boleh masuk list
ReplyDeleteWow all the food here looks delicious and tempting. Even the dessert despite the smaller portion looks really appetizing. I like the decor which exudes so much charm to it.
ReplyDeleteLooks like a good place to dine at if you visit Ipoh. The food looks good. The ambiance looks lovely. Plus, I like the name of this restaurant too. Thank you for sharing.
ReplyDeleteNampak sedap makanannya. Restoran pun nampak menarik. Bolehlah nnti saya cuba makan dkt sini nnti. Lama jugak tak jelajah negeri Perak.
ReplyDeleteKalau baca tempatnya, Sis fikir oo menunya di masak dalam labu sayong hahahaha..
ReplyDeleteMenarik plak menu set dia, murah dan nampak lazatnya.. tggu laa keadaan reda nak JJCM ke Ipoh leee pulak..
Best makan kat sini. Selesa. Makannya sedao. Yang bestnye boleh makan lauk Melayu time waktu malam
ReplyDeleteoh i really like this place. i think it really is one of the first Malay restaurants outside of KL that showcases local food in a fine-dining style.
ReplyDeleteKitkat pernah baca recommendation restaurant ni, dah save location restaurant ni, next time turun Ipoh nak pergi cuba try test la.. tempting tengok lauk2 yang dihidangkan..
ReplyDeleteMesti sedap sgt sampai nak repeat lagi kan.. Yelah biasa review tempat hipster je. Harga pon affordable.yg penting makanan sedap puas hati
ReplyDeleteBestnya akak. Tempat dia cantiklah. Makanan pon terbaik . Lauk pauk tengah malam. Jarang orang masak. Biasa lunch je.
ReplyDeleteLabu Sayong Signature nampak menarik and unik tempat ni..suka decoration dia..klasik betul..nasi goreng petai jeruk tu macam menarik je nk cuba :D
ReplyDeleteWah tempat makan menarik and menu pun macam awesome i like the nasi goreng petai jeruk
ReplyDeleteOkay nnt bila pegi ipoh nak letak ni dlm bucket list utk cari makan lah.. Nmpk semua sedap2 nih
ReplyDeleteWah ada tempat makan baru la. best ni. nanti boleh cuba. terimakasih kak sebab share tempat best :)
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)