Short Escape To Colmar Tropicale | Anniversary Treat

Assalamualaikum

Dah sebulan lebih baru nak update kenangan short escape kami sekeluarga ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang. Plan awalnya nak naik Cameron je tapi bila dikenangkan bakal jammed, jadi terus cancel..hihi. Kalau diikutkan dah lama tak ke Colmar Tropicale ni. Last pergi masa Kakak Anith berumur 5 tahun. Sekarang dah 12 tahun. Dah 7 tahun tak ke Bukit Tinggi ni rupanya. 

Memandangkan 21 Ogos adalah tarikh keramat anniversary Marsha dan suami, Marsha pun bagi cadangan nak rileks kat Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Alhamdulillah cadangan Marsha disambut baik oleh suami. Jadi onz la bercuti di colmar tropicale 2020. Jadi suami ambil tugas untuk booking hotel. Masa ni belum lagi keluar cuti sekolah masa tu. Jadi kami ambil 3 hari 2 malam dengan check in pada jumaat 21/08/2020. Rupanya 2 hari lepas kami booking tu KPM umum cuti sekolah bermula 20/08/2020 hingga 24/08/2020. Jadi alhamdulillah lah sebab kami booking weekend. Jadi tak lah kelam kabut nak check in dan check out nanti. Masih boleh santai-santai...hihi. Oh ya, encik suami booking guna aplikasi AGODA memandangkan suami dah status VVIP di AGODA.  Jom lah baca pengalaman Marsha dan keluarga ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi | Short Escape To Colmar Tropicale | Anniversary Treat

Short Escape To Colmar Tropicale | Anniversary Treat

Bertolak dari Ipoh slowly pada hari Jumaat dalam lingkungan jam 10 pagi. Disebabkan cuti sekolah start Khamis lagi, boleh lah Marsha selesaikan 'house chores' sebelum holiday. Jumaat tu dah boleh rest angkat beg je masuk kereta...hihi. Perjalanan makan masa lebih kurang dalam 3 jam lebih sebab kami memang santai je.

Stop sana sini, breakfast dan beli tapau lunch di Batang Kali, ngam waktu check in jam 3 petang kami sampai dan terus check in. Masa sampai tu dah nampak pengunjung agak crowded. Mungkin sebab ada pengunjung yang naik balik hari. Biasanya yang balik hari dorang makan di colmar tropicale dan turun lewat petang balik ke destinasi masing-masing.

Ikutkan, mengikut pandangan peribadi Marsha, Colmar Tropicale Berjaya Hills ni adalah sesuai sebagai tempat bersantai-santai untuk rileks. Sebab kat sini tak ada sangat aktiviti hanya pergi melawat dan sight seeing sahaja. Buat peminat alam sekitar, sangat recommended.

Kalau sebelum ni kami pilih bilik standard sahaja, kali ni kami nak merasa bilik lain pula dan juga anak dah 3 orang kan. Prefer bilik yang lebih luas. Jadi kami memilih bilik yang besar sikit, One Bedroom Suite pula. Jadi aktiviti kami once sampai ke Colmar Tropicale ialah 'check in'..hihi




Dekat sini sangat mementingkan SOP jadi memang sangat lega bila tengok SOP dekat sini ketat. Almaklumlah kita bawa anak-anak kecil kan. Dekat lobi lengkap dengan hand sanitizer, perngimbas suhu dan penjarakan diamalkan.



Dah dapat bilik, jom lah kita terjah bilik. Masa ni lunch belum lagi sebabnya kami tapau je tadi. Nak makan di restoran walaupun dah dibenarkan masih tak berani sangat. Kali ni bilik kami di bahagian belakang sikit di blok Fushia. Nak tengok bahagian dalam bilik kami? Bilik dia luasa sangat, ada bilik asing, ada ruang menonton TV, ruang makan dan juga ada kabinet. Macam ala-ala rumah. Korang boleh layan video dibawah tau.



Aktiviti di Colmar Tropicale, Berjaya Hills Resort

Ada beberapa aktiviti yang boleh dibuat di Colmar Tropicale, Berjaya Hills Resort ni. Sesuai untuk aktiviti family. Korang boleh ke Taman Jepun ( Japanese Village ). Colmar Tropicale ada sediakan kemudahan bas pergi-balik ke Japanese Village ni.

Pada mulanya plan nak pegi, tapi memandang masa tu cuaca kat sana hujan panas jadi Marsha batalkan niat nak pergi. Bawak anak-anak ni kena extra care. Lagipun dulu pun dah pernah ke Japanese Village jadi tak kempunan kalau tak pergi...hihi. 



Jadi untuk short escape kami kali ni  hanya santai dibilik dan pusing dalam Colmar Tropicale sahaja. Pusing pun untuk makan dan juga ambil gambar kenangan.

Di area Colmar Tropicale sendiri pun banyak port-port menarik untuk kita bergambar. Sempat juga kami mengabadikan gambar bersama-sama 1 keluarga walapun pengunjung agak ramai.


Nak ambil gambar pun kena tunggu turn sebab nak dapatkan view yang menarik. Alhamdulillah ada juga gambar dari tak ada kan? Anak-anak lelaki Marsha letak dalam stroller je kalau tak susah nak kejar nanti...hahaha.



Masa selebihnya kami memang fully utilize bilik. Bagi anak-anak explore dan juga menikmati pemandangan dari atas. Kalau korang nak tahu, view dari bilik Marsha sangat indah. Dapat lihat hutan dan air terjun yang jauh dari pandangan. Ini kepuasan sebenar kami dan memang nak rileks kan fikiran hilangkan stress.



Makan di Colmar Tropicale

Nak makan di Colmar Tropicale ni tak susah pun. Ada banyak restoran yang ada di Colmar Tropicale ni dengan pelbagai menu. Kebanyakkannya menu ala Itali lah. Cuma sediakan duit je la sebab kat atas sini tak ada ATM atau bank. Jadi kena bawa cash siap-siap.




Makan tengahari hari kedua, kami memilih makan western iaitu Chicken Chop. Malam pula kami order tapau pizza sahaja. Mujur juga anak-anak tak memilih makan. Alhamdulillah. Di Colmar Tropicale ni pun ada 7 Eleven, ada kiosk Krispy Kreme dan juga Starbucks. Jadi segala keperluan pun boleh beli dekat 7 Eleven, nak makan donut sedap boleh ke Krispy Kreme dan air kopi boleh ke Starbucks.

Kami bermalam di Colmar Tropicale ni 2 malam dan sempat juga menikmati malam di Colmar Tropicale ni. 



Alhamdulillah 'short escape' kami sekeluarga menjadi kenangan manis. Happy Anniversary to US!! Moga till jannah...Aamin.







Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

15 Comments

  1. bestnya, haritu lepas2 PKP nak pergi, tapi sentiasa full!

    ReplyDelete
  2. Cx pergi masa anak baru sorang kot. Dah 5thn gak. Dulu pergi singgah gitu je. Rasa mcm apa ada dkt sini . Pdhl ambil gmbr lawa² kot dkt sini. Heheh nanti nak ajak suami ke sini lagi sekalilah. Cx tak tau pon blh stay situ hahahah

    ReplyDelete
  3. Honestly kak, Sally tak pernah sampai la Bukit Tinggi ni kak... Sally rasa kena pi jugak la... Tgk suasana, tgk akak makan-makan mcm best je ❤️

    ReplyDelete
  4. Cantik tempat nie Marsha.. kalau ada rezeki nanti boleh Kak Sue bawak family bercuti kat sini jugak..

    ReplyDelete
  5. Dekat dengan kita, pernah juga pergi waktu baru kahwin. Agak2 ada perubahan ke? Mmg cantik kalau nak bergambar

    ReplyDelete
  6. Sampai sekrg nad tak pernh sampai sini lagi.. Menarik juga ye.. Bila la dpt pergi

    ReplyDelete
  7. Wahh seronoknya.... Kita lama dh xjalan2... Sebab laki busy hihi.. Happy anniversary kak!

    ReplyDelete
  8. Pernah ke sini, memang best sangat dekat situ... ala2 berada dekat luar negara! sejuk dan nyaman sekali

    ReplyDelete
  9. Alamak.. bestnya kak..
    Terus kita rasa nak pergi juga ke sana..
    Teringin nak holiday..

    ReplyDelete
  10. I like it there also, i was there two months ago the weather is awesome.

    ReplyDelete
  11. Happy Anniversary kak. Bestkan berjalan jalan dengan yang tersayang. Saya ni pun sama kak. Pergi bercuti dha lama tapi tak berupdate entrynya.

    ReplyDelete
  12. tak pernah lagi naik sana.. kena cuba ni.. mcm best je.. ramai org x

    ReplyDelete
  13. banyak kali dah ke bukit tinggi, tapi x pernah la lagi duk hotel kat situ..

    ReplyDelete
  14. Bestnya dapat pergi sana. Sisyat ni niat je ada dr dulu2.. sampai dah anak 3 sampai lagi. Hope lepas covid ni reda, dapatlah short escape sekejap. 😊

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us