Advertisement

8 Restoran Dengan Servis Penghantaran Dalam Tempoh PKP

Assalamualaikum


Dalam tempoh PKP ini masing-masing yang duduk di rumah asyik makan, makan dan makan. Apa nak buat, dah memang makan itu sudah termasuk sebagai salah satu lumrah manusia. Mungkin akan ada yang berkata, duduk rumah letihnya kerana asyik perlu memasak beberapa kali tetapi hakikatnya, tidak semua orang berbuat begitu.


Buktinya, dalam tempoh PKP ini ramai yang lebih suka membuat pesanan online yang ada servis food delivery sehingga ke depan pintu rumah. Salah satu servis pesanan dan penghantaran online yang digunakan adalah Foodpanda. Cara begini sudah tentulah bagus kerana ia dapat memenuhi syarat perintah berkurung di rumah sebagaimana yang kerajaan sarankan. 



#1 - McDonald’s


McDonald’s sejak sebelum PKP lagi memang sudah ada ramai pelanggan setia untuk servis penghantaran makanan ke rumah menggunakan Foodpanda. Jadi bila dalam keadaan sebegini pastinya permintaan menjadi semakin meningkat. Antara menu McDonald’s yang sering di buat pesanan secara atas talian ini adalah ayam goreng Mc’D yang pedas berapi tahap terbaik, Double Cheese Burger, Mc Chicken burger dan banyak lagi. 


#2 - KFC 


Selain ayam goreng McDonald’s, ayam goreng yang ditawarkan oleh KFC ini tidak kurang hebatnya. Walaupun kedua-dua restoran ini menyajikan ayam goreng tetapi kedua-duanya mempunyai rasa yang amat berbeza. 


KFC lebih kepada set menu lengkap beserta dengan kentang putar dan juga sayuran. Tak lupa roti dengan roti bun manis yang sedap. Satu set di makan, boleh kenyang tahap tersandar. 


#3 - Pizza Hut 


Mahukan menu pizza untuk makan sambil tonton TV? Jika benar mahu makan pizza, salah satu yang boleh dipilih untuk dapatkan menu pizza terbaik adalah Pizza Hut. Pizza Hut sememangnya sudah lama menapak di Malaysia dan menu yang ditawarkan juga sangat banyak dengan harga yang sangat berpatutan. Buktinya, Pizza Hut menawarkan pizza saiz regular yang boleh makan 2 ke 4 orang hanya dengan harga RM12 saja sebiji. 



#4 - Stiq 

Siapa kata tak boleh order online untuk makan menu stik mewah di rumah. Dengan STIQ, terdapat pelbagai menu stik sedap yang disediakan khas bersama sos dan perapan istimewa sebagai hidangan mewah untuk makan di restoran atau di rumah juga.  


Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan sekali, bermula sekitar RM27 dan ke atas. Stik yang disediakan oleh Stiq ini memang sangat istimewa kerana ia dimasak secara perlahan-lahan selama 22 jam dengan menggunakan kaedah memasak yang dipanggil sebagai sous vide. Hanya restoran mewah saja yang ada kaedah begini dan ternyata Stiq berjaya memasuki carta itu. 



#5 - Itaewon Korea Food KB 


Berada di Kelantan selalunya orang asyik sebut tentang menu tempatan seperti nasi kerabu, nasi kak wok dan nasi dagang saja. Sedangkan di Kelantan ini ada pelbagai lagi pilihan menu makanan yang best untuk di cuba.


Bagi penggemar makanan korea di Kota Bharu sudah ada Itaewon Korea Food KB yang menawarkan pelbagai menu berasal dari Korea untuk di cuba. 


#6 - Sushi King 


Jika kurang berminat dengan makanan Korea sebaliknya lebih suka dengan makanan Jepun, maka bolehlah di cuba menu sushi. Antara restoran yang menyajikan sushi terbaik adalah Sushi King. 


Terdapat pelbagai menu pilihan sushi di sini dan semestinya ia juga ada servis penghantaran mengikut lokasi yang ada. 



#7 - Cekta Bakery Kulim 


Jika berada di kawasan Kulim Kedah dan teringin nak makan menu pastry yang manis dan sedap, boleh cuba kek yang di bakar oleh Cekta Bakery. Di sini dari roti, kek dan sebagainya ada ditawarkan dengan harga yang sangat murah dan berbaloi.


Andaikata kebetulan ada hari istimewa, ingin sambut di rumah, boleh buat pesanan online melalui kedai bakery ini. Pesanan tersebut dengan mudah boleh dihantar terus ke rumah oleh rider Foodpanda untuk kawasan sekitarnya. 


#8 - Adil Roti Terengganu 


Jika dulu ke Terengganu seringkali makan nasi dagang tetapi sama seperti Kelantan, negeri Terengganu turut ada pelbagai menu menarik lain untuk di cuba. Walau tak boleh keluar ke mana-mana tetap boleh nikmati hidangan pilihan di Terengganu melalui khidmat pesanan dan penghantaran di dalam website Foodpanda. 


Salah satu menu yang boleh di cuba adalah roti dan jika mahu rasa aneka roti sedap dalam pelbagai variasi, boleh search Adil Roti Terengganu di dalam aplikasi Foodpanda. 




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

Post a Comment

11 Comments

  1. Nak makan ape.. Order je dengan foodpanda. Hehehe.. Senang dan mudah..

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni memang order makanan inline paling praktikel... tak perlu bersiap siap nak kuar cari parkg bagai... online je...

    ReplyDelete
  3. Bestnya boleh order dengan Foodpanda. Kawasan rumah Iza tak masuk lagi Foodpanda. Mcdonald je masuk direct sini. Huhuhu.

    ReplyDelete
  4. Sejak pkp ni sebenarnya saya rajin memasak. Tapi kadang2 tu nak jugak take a break kan. Memang order dgn food panda je. Servis yg efisien.

    ReplyDelete
  5. Suka tengok uniform pink dia hihi, memula I feel like kesian delivery boy pun kena pakai pink napelah but now I think it looks nice

    Cara Nak Target Audience DiFacebook Untuk Iklan FB Ad

    ReplyDelete
  6. Stiq tu kat mana tu? Bagusnya kedai bakery pon ada dalam list food panda

    ReplyDelete
  7. Thanks for this useful list. Definitely it will be a useful to those who are scratching their heads on what to order.

    ReplyDelete
  8. Sis nak juga laa test order shushi guna foodpanda tapi masih tak berani.. tapi nanti nak cubalah, senangkan order online aje.. nak keluar masih berjaga-jaga..

    ReplyDelete
  9. Foodpanda memang jadi pilihan utama saya sejak PKP ni.. suka part yang discount mereka bagi.. sangat jimat dan banyak pilihan juga..

    ReplyDelete
  10. I only have GRAB FOOD around my placed & some other food delivery services. Hehe

    ReplyDelete
  11. Uish dah start PKP ni boleh la guna apss foodpanda ni balik haha ini je ler kerjanya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)