Advertisement

Goodbye Blue Light ! | Sayangi Mata Anak-Anak Dengan Cermin Mata dari Safer Optics

Assalamualaikum


Sekarang ni anak-anak memang 'terpaksa' menggunakan gadget seperti komputer, laptop, iPad, Tab dan juga telefon pintar untuk meneruskan sesi pembelajaran secara online semasa tempoh PKPB berlangsung.  Sebelum ni kita mungkin boleh kawal pengunaan anak-anak terhadap gadget. Tapi bila dah mula pembelajaran online ni tempoh pengunaan gadget untuk anak-anak mungkin lebih dari biasa. Secara tak langsung anak-anak juga akan terdedah dengan 'blue light' atau cahaya biru yang akan menyebabkan mata letih dan berair, sakit kepala, penglihatan kabur, mata merah kerana terlalu kerap menggosok. Lebih teruk lagi, pendedahan cahaya biru dalam jangkamasa yang panjang juga akan menyebabkan kerosakan retina pada sel yang sensitif terhadap cahaya.

Setelah buat kajian sedikit tentang pendedahan cahaya biru atau 'blue light' ini, bimbang dengan kesan yang mungkin akan dihadapi oleh anak-anak, Marsha mula 'search' cermin mata untuk melindungi mata anak Marsha terutamanya Kakak Anith yang setiap hari kelas online tak pernah 'missed'. Mata Marsha pun mula rabun sebab banyak melihat skrin laptop dan juga telefon pintar. Sebagai guru dan juga blogger separuh masa, laptop dan telefon pintar menjadi teman seharian lebih-lebih lagi semasa PKPB berlangsung. Akhirnya Marsha terjumpa website Safer Optics dan membuat sedikit research juga dan akhirnya Marsha buat order untuk 2 pasang cermin mata. Satu untuk Kakak Anith untuk dia guna semasa kelas online dan satu untuk Marsha guna untuk kelas dan juga buat artikel di laptop. Jom baca lanjut Goodbye Blue Light ! | Sayangi Mata Anak-Anak Dengan Cermin Mata dari Safer Optics

Goodbye Blue Light ! | Sayangi Mata Anak-Anak Dengan Cermin Mata dari Safer Optics

Ada beberapa brand yang Marsha buat research tentang cermin mata anti blue light ini dan Marsha tertarik dengan Safer Optics. Bila tengok fokus utama SaferOptics untuk melindungi mata dari kesan 'blue light' dan juga material yang digunakan serta review dari pelanggan SaferOptics sendiri, Marsha terpanggil untuk mencuba cermin mata anti blue light di SaferOptics ini. Premium Optical Grade, Safety and Quality Guarantee yang ditawarkan oleh SaferOptics juga faktor Marsha memilih SaferOptics.





Paling menarik, ianya mengutamakan lensa 420 premium merupakan pilihan terbaik untuk melindungi mata dari pancaran 'blue light' dan juga pengunaan anak-anak yang membuatkan Marsha tertarik untuk mencuba. Koleksi yang ada pun pelbagai dan kita boleh pilih yang mana kita suka.

Pengalaman Membeli-belah di Website SaferOptics


Pengalaman Marsha membuat pembelian di website SaferOptics sangat mudah dan mesra. Website sangat lancar dan sangat ceria. Suka belek-belek website SaferOptics dengan warna-warna cermin mata yang ceria. Pembayaran juga dapat dilakukan dengan lancar. Pembayaran yang Marsha buat adalah secara online banking dan sangat mesra pelanggan.

Ok jomlah kita tengok pula cermin mata pilihan Marsha untuk Kakak Anith dan juga untuk kegunaan sendiri :


Pilihan Cermin Mata Kanak-kanak



Tengoklah untuk kids eyewear pun ada beberapa jenis yang kita boleh pilih. Marsha pilih untuk Kakak Anith saiz 7-15 tahun memandangakan Kakak Anith 12 tahun dan pilihan bentuk ialah berbentuk oval dan warna violet dew.



Marsha juga pilih lensa khas 420 Premium Cut untuk cermin mata Kakak Anith sebab memang target untuk melindungi mata dari blue light. Untuk pengetahuan korang, Lensa cahaya biru SaferOptics membantu melindungi mata kita dengan menyekat dan menyaring cahaya biru berbahaya ini. Teknologi UV Blue 420 Premium Cut SaferOptics direka khusus untuk menyekat sinar tenaga yang lebih tinggi sambil mengekalkan kejelasan lensa. Kurang pandangan mata, tabiat tidur yang lebih baik dan mencegah masalah berkaitan mata.

Pilihan Cermin Mata Dewasa


Kalau korang nak tahu, cermin mata anti blue light untuk dewasa ni adalah produk terbaru dari SaferOptics. Dah alang-alang belikan Kakak Anith, apa salahnya Marsha pun tumpang sekaki kan?..hihi. Marsha memang cari dah lama untuk Marsha pakai semasa kelas online  dan juga mngarang artikel blog.


Untuk pilihan Marsha, disebabkan tak pernah ada lagi cermin mata bentuk K-POP, jadi Marsha cuba order design K-Trend ( Korean Trend) ..hihi. Bergaya la kan sesambil..hihi. Untuk cermin mata Marsha,  Marsha juga pilih lensa 420 premium cut yang sama dengan Kakak Anith cumanya beza yang Marsha punya Marsha request  tambah 'power' lensa sebab Marsha agak rabun.






Sampai Cepat Dengan Pakaging yang Selamat

Order pun laju je sampai pembayaran. Servis penghantaran juga pantas. Terkejut tetiba dah sampai. Ingatkan delivery tak lah secepat ni sebab tengah PKPB kan. Tapi memang happy sebab sampai cepat dan boleh guna terus. 

Bila tengok pakaging luaran yang comel warna biru dan terus Marsha unboxing. Bahagian dalam pakaging ada letak 'bubble wrap' untuk melindungi cermin mata dari rosak walaupun cermin mata berada dalam casing masing-masing. Pakaging memang Marsha bagi 5 BINTANG!

Comel kan pakaging? Tazabar nak unboxing

Apa ada dalam Pakaging Biru Comel tu?




Marsha sangat puas hati dengan servis SaferOptics ni. Memang berbaloi dengan apa yang kita laburkan dengan servis yang terbaik.

Apa Itu 'Blue Light'?

Sebelum Marsha teruskan dengan yang lain-lain. Marsha nak kongsikan dengan korang sedikit fakta tentang cahaya biru atau blue light ni.

Cahaya biru dipancarkan pada jumlah yang banyak dari skrin digital. Cahaya Terlihat Tenaga Tinggi ini (antara panjang gelombang 400-420 nm) melewati kornea dan sampai ke retina. Pendedahan cahaya biru yang terlalu banyak boleh merosakkan sel sensitif cahaya di retina. Cahaya biru dari peranti digital mengurangkan kontras, menyebabkan ketegangan mata, keletihan, mata kering, penglihatan kabur dan sakit kepala.




Lensa cahaya biru SaferOptics membantu melindungi mata anda dengan menyekat dan menyaring cahaya biru berbahaya ini. Teknologi UV Blue 420 Premium Cut kami direka khusus untuk menyekat sinar tenaga yang lebih tinggi sambil mengekalkan kejelasan lensa. Kurang pandangan mata, tabiat tidur yang lebih baik dan mencegah masalah berkaitan mata.


Reaksi Kakak Anith Bila Dapat Cermin Mata SaferOptics Warna Kegemaran




Pilihan warna yang Marsha pilih untuk cermin mata anti blue light Kakak Anith memang warna kegemaran dia iaitu purple. Jadi bila tahu Marsha dah order untuk dia bukan main happy anak dara Marsha. 

Bila parcel sampai, kebetulan Kakak Anith pun ada sama-sama. Jadi apa lagi terus unboxing dan terus cuba pakai. Senyuman Kakak Anith sampai ke telinga tau! Happy sangat bila cermin mata anti blue light memang warna kegemarannya. Pilihan bentuk oval pula tepat dan sesuai dengan bentuk muka Kakak Anith.


Pengalaman Marsha dan Kakak Anith Menggunakan Cermin Mata SaferOptics Selama Hampir 2 Minggu



Hampir 2 minggu Marsha dan Kakak Anith menggunakan cermin mata anti blue light ni. Alhamdulillah rasa ianya pelaburan yang berbaloi. Setiap sen dan ringgit yang Marsha laburkan untuk dapatkan cermin mata anti blue-light SaferOptics ni memberi kesan yang positif kepada diri Kakak Anith dan juga Marsha sendiri.

Setelah seminggu guna cermin mata anti blue light ni, Marsha perasan Kakak Anith mood dan emosinya lebih baik dari biasa. Sebelum ni nampak dia susah nak tidur malam. Alhamdulillah skerang dah senang tidur malam. Biasanya dia asyik mengadu mata dia letih dan mata jadi kemerah-merahan tapi sekarang ni Marsha perasan dia dah tak mengadu mata letih dan mata dia pun dah tak kemerahan. Alhamdulillah, sebagai ibu, Marsha sangat lega bila Kakak Anith dapat kesan positif. Ini yang Marsha perlukan. Mata adalah anugerah Allah yang kita perlu jaga.




Pengalaman Marsha pula, sebelum ni Marsha memang kerap diserang migrain dan Marsha pasti ianya kesan dari pancaran biru ( blue light ) dari telefon pintar dan laptop. Ini kerana sehari Marsha akan mengadap laptop purata 7 jam keatas sehari untuk menyiapkan artikel blog dan juga buat kerja-kerja mengajar. Emosi? Memang emosi sangat mudah nak marah dan juga mood pun asyik kelaut dalam. Hari-hari mesti rasa mata pedih dan letih. 




Dengan cermin mata pilihan Marsha design K-Trend ni, selain dapat bergaya sambil buat kerja. Alhamdulillah Marsha perasan migrain kurang, tidur malam lena, mata rasa segar dan tak rasa letih macam dulu. Paling best emosi dan mood Marsha back to normal balik. Kalau korang nak tahu lensa Marsha ni Marsha request sedikit power khas untuk mengadap screen. Memang selesa menaip artikel walau lama sebab jelas nampak..hihi.

Marsha Juga Syorkan Cermin Mata SaferOptics dekat Kawan-kawan


Bila dah cuba dan rasai perubahan sendiri dan anak pun rasai perubahan. Marsha memang syorkan dekat kawan-kawan sebab anak-anak dorang pun ada kelas online. Marsha pun dah bagi laman web SaferOptics untuk dorang buat pesanan untuk anak-anak. Tak salah kalau berkongsi kebaikan betul tak?..hihi


Istimewa Anti Blue Light Lens SaferOptics


Sebenarnya lens di SaferOptics ni ada 2 jenis iaitu 420 Basic dan 420 Premium (safety). Marsha cadangkan korang tambah je sikit duit untuk upgrade ke lensa 420 premium cut (safety). Jom tengok perbezaan:







Ni pula sebab kenapa Marsha pilih  420 Safety Lense untuk Kakak Anith dan Marsha. Mestilah nak beli yang berbaloi kan.



Ujian Keberkesanan 420 Safety Lense


Marsha dah buat ujian tau terhadap 420 safety lense ni. Meh tengok apa keputusannya:






Pancarkan blue light terus 


Kesan Blue Light dekat Kertas Ujian dan macam tu juga dekat mata kita



Pancaran Blue Light dengan Tapisan lensa 420 Safety


Tiada kesan langsung!!



Kalau korang nak baca lebih lanjut korang boleh ke https://www.saferoptics.com/pages/saferoptics-anti-blue-light-lenses dan juga https://www.saferoptics.com/pages/what-is-uv-420-blue-light-lenses untuk maklumat lebih lanjut tentang lensa 420 pilihan SaferOptics ini. Juga boleh tengok video di bawah perbezaan 420 basic lense dengan 420 safety lense.







Macamana Nak Order Cermin Mata Anti Blue Light SaferOptics?


Untuk pembelian pantas, korang boleh je terus ke website Safer Optics. Pilih - checkout - bayar - tunggu parcel sampai dengan selamat. Jadi meh Marsha share maklumat tentang SaferOptics di bawah








Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

Post a Comment

18 Comments

  1. Bagus sangat ni.. Mata anak eken jaga.. Sekrg ngadp skrin je kan.. Cermin mata tahan lasak dan ada lensa 420

    ReplyDelete
  2. ramai yang guna macam okay, nnti boleh la un try utk anak2

    ReplyDelete
  3. Ya memang perlu blue light kan sekarang kerana si kecil kena guna gadget banyak untuk e-learning. Terima kasih kerana berkongsi.

    ReplyDelete
  4. wahhh ada juga untuk adults ye, dah tiba masa untuk tukar kepada anti blue lights ni sebab hari2 terdedah dengan cahaya skrin

    ReplyDelete
  5. Kita kerja yang mengadap laptop ni memang kena jaga mata. Kalau tak, mata cepat letih and worst, boleh dapat migraine wohh 😅

    ReplyDelete
  6. Wah..k-pop style pun ada ya? Hehe macam teruja pulak nak try yang tu

    ReplyDelete
  7. Kalau handphone better on kan Blue Light filter kalau ada. Sekarang ni pun mata dah bertambah silau dan kadang2 kabur. Weekend ni pun memang nak pergi buat spek. Bolehla try kat sini.

    ReplyDelete
  8. Hmm.......cepat btul kids nowadays pakai glasses. Tahu2 jer lah sbab apa. Btw, the designs of these glasses are cute and lovely.

    ReplyDelete
  9. Thanks for intro Website SaferOptics website . I need to buy for my kids also. nowadays everyday facing laptop

    ReplyDelete
  10. Bagusni...memandang sekarang anak2 terdedah sgt dengan gadget. Ada penting.menjaga kesihatan mata mereka

    ReplyDelete
  11. Thanks sis recommend ya ni.. Next time Nell g buat cermin mata nak tanya pasal yang Blue Light ni juga la... Sebab skrg work from home lagi panjang masa berdepan dengan PC..

    ReplyDelete
  12. wahh baru tau ada cermin mata macam ni. baguslah untuk mereka yang selalu sangat dengan gadget. nak kena beli satu jugak ni :)

    ReplyDelete
  13. Sekarang budak2 pun dah ramai guna gajet dlm pendidikan, lebih2 lg sejak PKP

    ReplyDelete
  14. Yaaa sangat kena dan mesti ada untuk ibubapa ni..adik Sis juga ada beli dan beri pada anak-anaknya pakai, cuma faham-faham aje laa bebudak kan, kadang malas dan lupa nak pakai..

    ReplyDelete
  15. Baguskan bila ada yg camni yang dpt melindungi mata anak2. Bukan apa sekarang mmg zaman teknologi dan walau camne pun tetap perlu guna segala gadget agar anak tak ketinggalan so risiko utk mata mmg tinggi

    ReplyDelete
  16. I love this product! It is so innovative and great for children, especially to protect them from harmful light

    ReplyDelete
  17. This is so good i also plan to get for my anak buah coz they are on their gadgets for long hours too

    ReplyDelete
  18. blue light nie memang bahaya untuk mata. tambah2 bila guna gadget. uishh. bahaya sangat. budak2 dh lah dh didedahkan dengan gadget seawal usia 4 tahun.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)