Fernleaf CalciYum Yogurt & Minuman Susu Kultur Untuk Anak-anak Aktif

Fernleaf CalciYum Yogurt & Minuman Susu Kultur Untuk Anak-anak Aktif | Assalamualaikum. Sebagai ibu dan bapa, kita memang pasti akan berikan yang terbaik untuk anak-anak kita supaya dapat membesar dengan sihat dan cerdas. Marsha dan suami pun tidak terkecuali. Sekarang ni banyak snek-snek yang tidak sihat dijual di luar sana dan ianya memang menarik perhatian anak-anak. Tak boleh juga nak salahkan pengeluar dan juga anak-anak kan sebab itu semua nya bergantung pada pilihan kita. Jadi Marsha dan suami lah kena disiplin kan anak-anak untuk mengambil makanan yang sihat dan berzat. 

Di rumah, snek memang kena ada sebab anak-anak Marsha ni tak berhenti main dan makan...hihi. Jadi anak-anak aktif memang wajib kita sebagai ibu bapa sediakan snek yang sihat, betul tak? Jadi antara snek sihat yang wajib ada dalam peti ais ialah susu kultur dan juga yogurt. Memang peti akan ada stok 2 item ni supaya anak-anak dapat zat yang diperlukan walaupun hanya snek waktu petang. Kalau tengok dah kurang, kami akan beli untuk 'stock up'. 

Fernleaf CalciYum Yogurt & Minuman Susu Kultur Bantu Penghadaman Anak-anak Marsha

Susu kultur dan yogurt menjadi pilihan Marsha sekeluarga ialah Fernleaf CalciYum. Asalnya anak Marsha yang kedua tu peminat Boboiboy. Bila dia tengok Fernleaf CalciYum ni ada gambar Boboiboy mulalah merengek nak. Nasib baik dia nak snek yang sihat dan berkhasiat macam Fernleaf CalciYum ni. Jadi di pihak Marsha tak ada masalah untuk belikan untuk anak-anak. Cuma dalam hati berharap anak-anak Marsha sukakan rasa Fernleaf CalciYum ni. Alhamdulillah anak-anak suka rasanya.




5 Sebab Susu Kultur dan Yogurt Fernleaf CalciYum Menjadi Pilihan Marsha Sekeluarga

#1 Mempunyai nutrisi penting Probiotik DR20 ™


Anak-anak Marsha mempunyai masalah sembelit. Kalau anak Marsha yang sulung memang elak makan sayur dan yang kedua pula makan sayuran tapi masih sembelit. Marsha pilih minuman susu kultur seperti Fernleaf CalciYum kerana ia mengandungi Probiotik DR20 ™ yang baik untuk perut. Probiotik ini berfungsi menyokong sistem pencernaan yang sihat, dan menjaga daya tahan badan yang kuatJadi probiotik DR20 ™ adalah bakteria baik yang menjaga perut anak-anak. Yogurt Fernleaf CalciYum juga mempunyai Probiotik DR20 ™ dan baik untuk penghadaman.

Probiotik DR20 ™ juga membantu menyokong sistem imun anak-anak. Jadi anak-anak tidak akan mudah jatuh sakit sebab Probiotik DR20 ™ menjadi perisai untuk kesihatan anak-anak yang aktif. usus anak-anak juga akan meyerap semaksimum mungkin zat nutrien dari makanan sebab usus sihat.




#2 Tinggi Kalsium & Vitamin D serta Kandungan Gula Yang Rendah


Dalam tumbesaran anak-anak, Kalsium dan Vitamin D sangat penting. Kalsium diperlukan untuk tumbesaran tulang dan gigi yang sihat dan kuat. Vitamin D pula tidak boleh dihasilkan dalam badan dan kita kena ambil melalui makanan ataupun suplemen. Jadi untuk anak-anak, Fernleaf CalciYum adalah pilihan terbaik Marsha dan suami untuk anak-anak.

Kalau korang nak tahu, Yogurt Fernleaf CalciYum mengandungi 2 kali ganda kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat berbanding susu segar biasa 100 ml dan kedua-dua minuman susu kultur dan yogurt CalciYum mempunyai logo 'Healthier Choice' dari Kementerian Kesihatan Malaysia kerana kandungan gulanya rendah dan pilihan Marsha dan suami tak salah untuk anak-anak.


#3 Harga yang mampu milik

Untuk minuman susu kultur Fernleaf CalciYum, kita boleh dapatkan satu set 5 botol serendah tidak sampai RM5 pun. Yogurt Fernleaf CalciYum pula untuk 2 set (4 varian) kita boleh dapatkan dengan harga kurang dari RM10. Berbaloi kan?

Jadi galakkan anak-anak makan snek sihat seperti Fernleaf CalciYum ini adalah pilihan yang baik bagi kami suami isteri untuk anak-anak.


#4 Empat Perisa yang disukai ( Minuman Susu Kultur dan Yogurt)


Minuman susu kultur Fernleaf CalciYum mempunyai 4 varian iaitu Asli, Epal, Anggur dan Oren. Biasanya, Marsha akan beli set susu kultur Fernleaf CalciYum yang pelbagai ( ada keempat-empat varian) supaya anak-anak Marsha dapat rasa semua varian. Ternyata, mereka suka kesemua varian. Setiap botol susu kultur Fernleaf CalciYum 110 ml.




Yogurt Fernleaf CalciYum juga mempunyai 4 varian iaitu Chocoberry, Strawberi Anggur, Strawberi Mangga dan Vanilla Anggur. Macam biasa, anak-anak Marsha suka keempat-empat varian. Memang tak sempat pun kami suami isteri nak join skali...hihi

#5 Boleh Pelbagaikan cara hidangan dengan Yogurt Fernleaf CalciYum

Kadang-kadang, bila anak boring makan benda yang sama, kita perlu pelbagaikan cara hidangan. Yogurt Fernleaf CalciYum juga boleh dibekukan menjadi aiskrim. Memang enak sangat. Anak-anak Marsha memang suka makan aiskrim. Jadi Yogurt CalciYum yang dibekukan boleh dijadikan pengganti aiskrim yang manis-manis yang dijual diluar. 




Yogurt CalciYum juga mengandungi Phoculipids™ nutrien yang sangat baik untuk tumbesaran anak-anak kita. Bagus kan? 


Oh ya, dengan pembelian susu kultur Fernleaf CalciYum, akan dapat free kereta lumba Boboiboy tau! Anak Marsha dah lengkap koleksinya. Punyalah suka kan...hihi. Kalau korang nak cuba untuk anak-anak, korang boleh ke kedai serbaneka, hypermarket berhampiran untuk dapatkan Fernleaf CalciYum yang menjadi kegemaran kanak-kanak ni.



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

5 Comments

  1. Waalaikumussalam. Yes anak2 saya pun suka 😍

    ReplyDelete
  2. Dah ada minuman yogurt pulak ye. Tak pernah cuba lagi. Kalau ada anak-anak ni mesti dah beli jugak :)

    ReplyDelete
  3. Anak-anak saya juga suka minum ni

    ReplyDelete
  4. feveret anak dara kat umah ni,wajib beli kalau ke pasaraya.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us