Berseronok dengan Diskaun 50% Untuk Penginapan di Travelodge Hotel Ipoh hanya Gunakan Kod 'TLIPKOL'

by - 4/26/2021 12:03:00 PM

Berseronok dengan Diskaun 50% Untuk Penginapan di Travelodge Hotel Ipoh hanya Gunakan Kod 'TLIPKOL' | Assalamualaikum. Musim pandemik masih ongoing dan nampak gaya kebenaran untuk rentas negeri juga belum nampak ke jalan yang benar...hihi. Jadi sebelum puasa hari tu Marsha dan suami berbincang dan buat keputusan bersama nak bawa anak-anak bermalam di salah satu hotel yang agak baru dan belum pernah lagi kami sekeluarga bermalam iaitu Travelodge Hotel Ipoh. Asyik duduk rumah je kan. Jadi ini staycation pertama kami pada tahun 2021 ni.

Sebenarnya Travelodge Hotel Ipoh ni telah mengambil alih pengurusan Heritage Hotel yang sebelum ni beroperasi di bangunan yang sama. Kali ini Travelodge Hotel Ipoh mengetengahkan konsep minimalist moden yang memang menjadi citarasa Marsha. Perubahan yang drastik sangat! Sebab Marsha pernah ke Heritage Hotel dan Marsha perhatikan Travelodge Hotel Ipoh ni benar-benar macam hotel baru walaupun menggunakan bangunan yang lama. Sebenarnya bangunan lama sangat kukuh dan nampak lebih baru setelah diberi nafas baru oleh pihak pengurusan Travelodge Hotel Ipoh.

Travelodge Hotel Ipoh, Konsep Moden Minimalist Lebih Classy dan Selesa


Lokasinya yang strategik di pinggir bandar Ipoh. Tak terlalu sibuk dengan bandar ipoh dan juga terletak berhampiran stadium lumba kuda. Lokasinya tertelak di tepi jalan besar memudahkan kita mencari Travelodge Hotel Ipoh ni. Jadi kalau kali pertama nak menginap di Travelodge Hotel Ipoh korang jangan risau. Waze je pun dah confirm sampai.





Jenis Bilik  di Travelodge Ipoh

Travelodge Hotel Ipoh mempunyai beberapa jenis bilik yang kita boleh pilih ikut kesesuaian dan bajet kita. Jom kita tengok 

# Superior Room






# Deluxe Room






# Premier Room






# Family Deluxe Room






# Family Suite




Amacam? Semua bilik nampak selesa dan cantik kan? Jadi boleh la pilih bilik kesukaan korang dan paling penting ikut bajet. Marsha memilih Family Deluxe Room supaya anak-anak selesa dan juga mestilah dalam bajet Marsha dan suami. Harga pula korang boleh rujuk kat Travelodge Hotel Ipoh Price.


Pengalaman Marsha Menginap di Travelodge Hotel Ipoh

Masa nak booking, sebenarnya rambang mata juga nak memilih sebab semua bilik memang nampak best. Setelah dipertimbangkan, Marsha dan suami memilih Family Deluxe Room sebab lebih luas untuk kami berlima. Sekali-sekala kita pilih bilik agak besar untuk keselesaan anak-anak apa salahnya kan? Boleh la hero-hero Marsha main sepuas hati...hihi

Proses Check In yang Mesra dari Staff Travelodge Hotel Ipoh

Bila masuk ke ruang lobi Travelodge Hotel Ipoh, Marsha dan family disambut dengan senyuman oleh 'guard' dan Marsha terus check in. Macam biasa, SOP perlu dijaga dan Marsha telah scan My Sejahtera dan juga suhu tentunya pelitup muka tidak dilupakan.




Marsha tak lupa posing sebab teruja tengok kecantikan hiasan dalaman Travelodge Hotel Ipoh ni.





Alhamdulillah proses check in sangat lancar dan staff memberikan layanan yang terbaik. Memang selesa sangat. Orang kata 1st impression pun kita dah tahu best ke tak satu-satu hotel ni kan.



Family Deluxe Room Ternyata Sangaaaatttt Selesa




Once dah 'check in', kami angkut semua barangan masuk bilik. Disebabkan dah lama tak menginap di hotel semenjak Covid-19 menyerang dunia, jadi kami pun tertanya-tanya macamana bilik pilihan kami nanti. 
Bila buka je pintu bilik, sangat-sangat terkejut sebab bilik dia memang luas dan ada ruangan yang memisahkan antara ruang rehat dan juga ruang tidur. Bermakna ada 2 ruang dalam 1 bilik. Jadi memang Marsha suka sebab Marsha boleh lah menulis blog tanpa gangguan anak-anak....hihi.

Ruang rehat ada 'daybed' dan juga meja kopi. Jadi memang best boleh mencari ilham dekat situ sementara anak-anak menonton televisyen di ruang bilik tidur. Kalau korang nak tahu antara sebab Marsha memilih Travelodge Hotel Ipoh ni sebab ianya Non-Smoking Hotel. Jadi memang sesuai bawa anak-anak.





Ruang bilik tidur pula ada 2 katil queen yang sememangnya selesa untuk kami berlima. Jadi tak la bersempit-sempat atas katil. Masing-masing ada tempat tidur masing-masing.



Tengoklah anak Marsha, Tufael style baring atas katil. Tengok raut wajah dia pun nampak sangat selesa. Memang best!





Paling best sebab view yang kami dapat 'City View' jadi sangat suka sebab kami boleh menikmati pemandangan bandar siang dan juga malam.




Kemudahan yang disediakan pun sangat selesa. Di Travelodge Hotel Ipoh ni tak disediakan pemanas air, tetapi di setiap tingkat akan disediakan mesin air ala-ala 'coway' yang kita sedia boleh ambil air sejuk, suhu bilik dan juga air panas. Jadi tiada risiko dari kita masak air dekat bilik. Juga disediakan mini bar untuk kemudahan kita.




Almari pula open style dan kita boleh sangkut pakaian kita dengan selesa. Tak lupa juga ada 'safety box' supaya kita boleh simpan barangan berharga bila kita keluar.




Bilik Mandi dan Tandas yang Selesa

Bila menginap di mana-mana hotel pun, tempat pertama yang Marsha titikberatkan ialah bilik mandi dan juga tandas. Bila masuk ke ruangan bilik mandi dan tandas rasa selesa sangat. Ada bathtub juga. Sukalah anak-anak nanti. Berendam dalam bathtub dah jadi kegemaran.




Banyak lagi nak cerita tentang bilik ni...tapi....korang datanglah sendiri nikmati pengalaman yang best di Travelodge Ipoh ni ok! 

Kemudahan Lain di Travelodge Hotel Ipoh

Kinta Ballroom

Sesuai untuk majlis besar seperti majlis perkahwinan , majlis anugerah dan banyak lagi.





Kinta Ballroom (Bilik Meeting)



Swimming Pool ( 9 pagi - 5 Petang )





  • Gim (9 pagi to 5 petang)
  • 24-hour Hotel reception
  • Free parking (for in-house guests)
  • Free Wi-Fi
  • Kids Play Area (9 pagi to 5 petang)
  • Luggage storage service
  • Meeting facilities
  • Self Service Laundry

Menu Sarapan di The Lodge 

Pakej penginapan tentulah complimentary dengan sarapan. Jadi Marsha dan keluarga bersarapan di restoran Travelodge Hotel Ipoh yang dinamakan The Lodge. Layanan sangat selesa dan menu pun sedap-sedap belaka. Kenyang kami sekeluarga...hihi








Menu-menu untuk sarapan pagi berubah setiap hari. Selama 3 hari 2 malam Marsha menginap di Traveloge Hotel Ipoh. Menu utamanya tidak sama. Jadi seronoklah kita bersarapan...hihi

Wajib Nikmati Steamboat Unik di Travelodge Hotel Ipoh

Disebabkan plan nak makan di hotel sahaja sepanjang staycation kami ni, Marsha telah booking steamboat untuk makan tengahari. Sangat murah set steamboat di Travelodge Hotel Ipoh ni. Hanya RM68/set untuk 4 orang makan. 



Sebenarnya dalam set steamboat tu kita boleh pilih 2 sup dari 4 jenis sup yang ada iaitu Penang White Curry, Penang Hokkien Noodle Soup, Chi Kut Teh (herba) dan Assam Laksa. Jadi untuk kali ni Marsha cuba Penang White Curry dan Penang Hokkien Noodle Soup sebab belum pernah rasa resepi ori dari Penang. Biasa kalau steamboat mesti sup biasa atau tom yam.







Alhamdulillah portion yang disediakan sangat banyak sampai kami tersandar kekenyangan waktu lunch. Rasanya memang unik dan sedap. Korang memang patut kena cuba ni. Recommended! Kalau korang nak makan berdua atau bertiga pun boleh. 


Lokasi Travelodge Hotel Ipoh

Senang je nak cari Travelodge Hotel Ipoh ni. Jom Marsha kongsikan juga lokasi supaya korang tak terlajak jalan...hihi





Guna Kod 'TLIPKOL' dapat Diskaun Penginapan 50%

Untuk readers Marsha, Marsha nak kongsikan kod diskaun khas untuk korang yang nak menginap di Travelodge Hotel Ipoh ni. Diskaun 50% gaisss.....murahhhh. Dengan diskaun dan pengalaman menginap yang best tentunya berbaloi.

KOD: TLIPKOL


Senang je cara nak guna. Korang boleh masukkan kod TLIPKOL ni masa booking online di website Travelodge Hotel Ipoh atau boleh sebut kod melalui booking melalui telefon. Senang je kan? Poster kat bawah ni pun promosi terkini dari Travelodge Hotel Ipoh.



Biskut Raya Travelodge Hotel Ipoh

Jangan tak tahu, Travelodge Hotel Ipoh juga ada buat Biskut Raya dengan harga mampu milik. Disediakan 'fresh' dan sedap. Marsha dah cuba...hihi



Jadi sambil-sambil staycation bersama keluarga boleh la grab Biskut Raya ni. Memang berbaloi. Harganya pun mampu milik.






Tempat Menarik Sekitar Travelodge Hotel Ipoh

Bila dah menginap di Travelodge Hotel Ipoh, boleh la ke tempat-tempat menarik yang Marsha kongsikan ni:
  • Concubine Lane
  • Pasar Karat @ Pasar Loken ( setiap pagi Ahad )
  • Plan B

Maklumat Lanjut


Alamat:


Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh, Perak, Malaysia

No Tel:


+60 5 242 8888

Website:



Emel:


tlip.enquiry@travelodgemy.com

Instagram:





Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

21 sahabat ibu

  1. seronoknya kalau dapat bercuti

    ReplyDelete
  2. Oh my god, lagi best Travelodge Ipoh ni. Haritu p Kl takde macm ni..

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik jugak hotel ni. Selalu kalau balik Ipoh menginap kat hotel yang lain. Lepas ni boleh ke Travelodge pulak.

    ReplyDelete
  4. Tu dia. 50% diskaun ye. Nasib la takleh rentas negeri, kalau dah boleh, mau Rawlins terjah weekend nie. Pastus iap ada bathtub. Fooyuh!

    ReplyDelete
  5. seronoknya....nampal best gak hotel ni. tak sabar nak rentas negeri. dah masuk hotel ni dalam list yeay

    ReplyDelete
  6. Travelodge is quite a nice place to stay in Ipoh. I haven't traveled to Ipoh for quite a long time. Insya'allah bila kerajaan dah benar kan rentas negeri nanti boley lah nak travel ker Ipoh.

    ReplyDelete
  7. menarik hotel ni.. keadaan bersih dan nampak cantik.. gambar-gambar semuanya best.. untung dapat diskaun separuh harga..

    ReplyDelete
  8. Bestnya akak bleh rehatkan minda berehat di hotel. Kami di KL masih PKPB. Hehehe. Saya pernah ke hotel ni. Memang selesa. Lagi pula di Ipoh, jika nak makan or jalan-jalan memang senang. Takkan sesat. Hehehe. Nak ke ipoh sebab nak ke Lost World of Tambun ni. Tak sabar bleh merentas negeri. Hahaha.

    ReplyDelete
  9. Haiishh kalau dah boleh rentas negeri memang dah sampai dah hotel ni. Memang best pulak tu kalau ada 50% diskaun

    ReplyDelete
  10. selalu dengar pasal hotel ni..besar dan cantek..kalau vacay ke ipoh bolehlah menginap di sini

    ReplyDelete
  11. Wowww family suite dia berkenan sungguh kita.. view pun cantikk.. banyak betul diskaun dia sampai 50% tu.. takpe sabo sabo.. one day nak juga ke sini..

    ReplyDelete
  12. Seronok tengok si kecil tu tu. Boleh try bebila ke Ipoh.

    ReplyDelete
  13. Pernah stay sini masa under Heritage..nampak nya kena stay sekali lagi pasni sebab makin lawa dan menarik bilik-bilik kt sini

    ReplyDelete
  14. Sejak tukar nama ni tak pernah pegi hotel ni. Dulu biasa meeting kadang buat kat hotel ni

    ReplyDelete
  15. The room looks really nice and comfy, next time when I have to overnight in Ipoh I know where to look :)

    ReplyDelete
  16. wowo...sure you had a great staycation, i miss my staycation & travelling. wish I can resume anytime soon & this hotel will be in my list for sure. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  17. khai pun orang ipoh! tak penah stay sini lagi tapi boleh lah plan untk stay dekat sini kalau rumah full haha salu kalau balik raya mesti full punya

    ReplyDelete
  18. hotel yang minimalis nampak selesa... uish lama nya tak pergi berhotel hotel ni ahhh rindu lah nak ke perak lagi :( ni rasa nak pergi lallalalalla cepat lah tamat SOP dan rentas negeri ni.. tepu otak

    ReplyDelete
  19. Okay dah tahu dah nak tidur mana kalau pegi jalan-jalan Ipoh nanti. Tempat dia memang cantik dan menarik. Bersih pula tu.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)