Jamuan Makan Malam di Travelodge Ipoh Seperti Berbuka di Kampung Sendiri

by - 4/28/2021 12:22:00 PM

Jamuan Makan Malam di Travelodge Ipoh Seperti Berbuka di Kampung Sendiri | Kebiasaan di bulan puasa, akan ada pelbagai Bufet Ramadhan yang ditawarkan oleh hotel-hotel dan juga restoran-restoran yang mengambil bahagian. Jadi bulan puasa ni tak salah kiranya sekali-sekala bawa keluarga tersayang berbuka puasa di hotel. Biasanya Marsha jarang berbuka di hotel sebab selalu balik berbuka bersama keluarga di kampung. Tapi tahun ni Marsha juga juga tak terkecuali. Di zaman pandemik ni disebabkan tak boleh balik kampung berbuka bersama keluarga di kampung, Marsha mula survei Bufet Ramadhan yang berbaloi dan tempat yang sesuai bawa anak-anak kecil berbuka bersama. 

Usai survei harga, tempat dan juga menu yang ditawarkan untuk berbuka, Marsha dan suami sepakat nak bawa anak-anak berbuka di Travelodge Hotel Ipoh. Sebelum ni kami yang stay dekat Travelodge Hotel Ipoh dan alami pengalaman yang best. Nak tahu pengalaman Marsha boleh baca pengalaman Marsha menginap di Travelodge Hotel Ipoh.

Jamuan Makan Malam Bermula 19 April 2021 Hingga 2 Mei 2021

Tahun 2021 ni Travelodge Ipoh menawarkan Jamuan Makan Malam dengan menu selera kampung yang sangat menarik. Pelbagai lauk pauk dihidangkan. Menu di ubah setiap hari dari 3 menu yang telah ditetapkan. Jadi kalau kita datang 2 kali berturut pun kita tak akan jumpa menu yang sama. Sangat menarik. Ia bermula jam 7 petang hingga 10 malam.

Menu nya sangat menyelerakan dan setiap hari berbeza terdiri dari pelbagai stesen pembuka selera, salad & dressings, jeruk-jeruk, kurma, stesen sup, santapan utama, Gerai 1, 2 dan 3 yang dihidangkan pelbagai juadah dan juga bahagian pemanis. Memang banyak stesen dan memang kena rasa semua sebab semuanya nampak menyelerakan.

Dengan harga RM60 nett untuk Dewasa dan RM42 nett untuk kanak-kanak memang sangat berbaloi.




Jom kita tengok menu-menu yang ditawarkan oleh Travelodge Ipoh 








Kebetulan masa Marsha sekeluarga datang, kami dihidangkan dengan menu yang ke-3. Jadi merasalah makan kambing. Menu kambing masa tu ada 2 menu, Kambing Bakar dan Kambing Masak Kicap Berlada. Fav Marsha sekeluarga memang kambing. Ni juga antara salah satu sebab kami memilih Jamuan Makan Malam di Travelodge Hotel Ipoh.

Kambing Bakar




Berbuka Puasa Seakan di Kampung Sendiri

Bila berbuka di Jamuan Makan Malam di Travelodge Ipoh terasa seperti makan dengan keluarga di rumah. Kalau korang nak tahu, Jamuan Makan Malam Travelodge Ipoh ada menyediakan budu, cencaluk, sambal belacan dan Marsha memang rasa seakan berbuka dekat kampung. 

Ada budu, cencaluk dan juga sambal belacan


Stesen Santapan Utama ialah menu utama yang disediakan dalam setiap menu. Jadi menu ke 3, santapan utama ialah Gulai Ikan Merah dengan Bendi, Kambing Masak Kicap Berlada, Kurma Ayam dengan Ubi, Udang Sambal Petai, Kong Po Sotong, Sayur Lodeh Masak Lemak, Mee Goreng Mamak, Nasi Putih dan Nasi Beriani.

Santapan Utama

Gulai Ikan Merah dengan Bendi



Mee Goreng Mamak

Sayur Lodeh Masak Lemak

Kung Po Sotong

Udang Sambal Petai

Nasi Beriani


Itu baru santapan utama tau. Bayangkan stesen-stesen menu yang lain. Ada pelbagai menu yang membuatkan Marsha rambang mata. Semua nak cuba. Ada stesen untuk air, pemanis mulut dan banyak lagi. Lepas makan santapan utama, Marsha makan pula char kue teow, ais kacang, krim puff madu dan banyak lagi. Memang berbaloi sangat.









Memang korang kena cuba semua menu yang disediakan. Semua sedap dan puas hati. Serius!

Tempat Disediakan Sangat Selesa dan Luas


Marsha memang suka makan dekat The Lodge di Travelodge Ipoh ni sebab ianya luas dan sangat selesa. Bagi Marsha yang ada anak-anak kecil ni memang sangat memerlukan kawasan yang luas. Jadi anak-anak lebih selesa. 




Kalau ada bawa anak-anak kecil boleh request baby chair sebab Travelodge Ipoh ada menyediakan baby chair untuk anak-anak yang masih kecil.




The Lodge ni sangat luas. Ada juga pelanggan yang makan di bahagian tengah hotel yang ada sofa yang selesa. Jadi boleh berbuka dengan suasana yang tenang. Marsha tak suka kalau kawasan nampak crowded. Tambahan pula musim pandemik masih berlaku. Memang ok sangat Travelodge Ipoh sediakan kawasan yang besar dan luas.



Surau Yang Selesa Disediakan

Sambil menikmati menu yang sedap ni, Travelodge Ipoh juga sediakan surau yang selesa untuk pelanggan yang datang berbuka puasa. Jadi tak lah terkejar-kejar nak makan dan balik solat maghrib. Jadi Marsha dan suami bergilir-gilir solat di surau yang telah disediakan.


Surau lelaki dan surau perempuan disediakan di level yang berbeza. Jadi senang sikit tak la terserempak dengan orang lelaki dan juga sebaliknya.


Alhamdulillah pertama kali masuk surau yang disediakan memang besar dan selesa. Memang selesa sangat nak solat.



Tempahan dan Maklumat Lanjut



Alamat:

Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh, Perak, Malaysia



No Tel:

+60 5 242 8888


Website:



Emel:

tlip.enquiry@travelodgemy.com


Instagram:



Facebook:


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

10 sahabat ibu

  1. Lamanya tak balik Ipoh. Almost setahun tak....masuk tahun ni 2 tahun....nanti sis akan try ke Travelodge ni kalau berada di Ipoh. Bila la boleh rentas negeri ni?

    ReplyDelete
  2. that's a nice buffet at the hotel in Ipoh. Love that they are very affordably priced

    ReplyDelete
  3. Jauhnua kat sana..kalau dekat dah gi dah. Nak merentas negeri pun x leh ni..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Memang nampak selesa dan luas. Rawlins pun rimas kalau crowded - terus putus selera nak makan. Lagi2 zaman Covid nie.

    ReplyDelete
  5. Travelodge Ipoh <3 <3 <3 sepatutnya nak pergi cuti2 and staycation kat hotel ni since last year! tapi apakah dayakan, restricted untuk ke sana! hopefully dengan usaha MCO 3.0 ni dapatlah kurangkan kes harian... tak sempat dah tahun ni nak iftar kat sini.. best juga kan! First time tengok hotel serve Jus Kurma - sure sedap!

    ReplyDelete
  6. Sambal udang petai tu betul2 buat syu teringat kampung. Haih nak kena pi cari udang ptg ni, buat utk berbuka hari ni

    ReplyDelete
  7. woow...am sure akak and your family had a great berbuka at this buffet, personally am attracted to the desserts corner :D yum yum cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  8. Perghh menu semua sedap, tapi teruja dengan Mee Goreng Mamak dia, nampak lazat sangat.. berbaloi dengan harga dan suasananya..

    ReplyDelete
  9. not bad hidangan dia semua nampak sedap2...kalau boleh blk kg mesti singgah datang makan kat sini

    ReplyDelete
  10. Wah menu dia mmg nampak menarik semua..mmg menu ala2 kampung gitu..mesti makan bertambah2

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)