Techouz, Kedai Repair Laptop yang Menawarkan Servis Dengan Harga Murah Di Kuala Lumpur

by - 4/19/2021 10:17:00 PM



Techouz, Kedai Repair Laptop yang Menawarkan Servis Dengan Harga Murah Di Kuala Lumpur | Tak dinafikan kedai repair laptop memang sangat banyak yang boleh didapati di Kuala Lumpur. Korang hanya perlu pergi ke kedai, berbincang tentang masalah laptop dan mendapatkan harga daripada kedai servis laptop, kan? Tetapi malangnya dan agak mengecewakan apabila tujuan korang pergi ke kedai repair laptop itu tidak kesampaian, sebab kedai tersebut tidak melakukan servis bagi masalah yang dihadapi oleh laptop korang atau bajet yang diberikan melebihi daripada bajet atau tidak mendapat harga yang tepat untuk repair laptop korang. Tak ke penat korang nak pergi approach satu-satu kedai baiki laptop yang ada di area KL ni? Membazir masa, wang dan tenaga kan?


Jadinya macam mana korang nak elakkan daripada melakukan perkara yang sama setiap kali laptop rosak? Ada tak cara yang mudah untuk mengenalpasti kedai repair laptop yang murah di KL dan menawarkan servis baiki masalah laptop yang memuaskan hati?


Bagaimana pulak korang yang tiada kenderaan untuk ke kedai repair laptop atau tiada kedai laptop yang berdekatan dari lokasi korang? Leceh dan agak renyah nak membawa laptop ke hulu ke hilir dan tak pasti kedai baiki laptop mana yang dapat menyelesaikan masalah laptop korang. Tapi, sekarang korang tak perlu risau dah.



Di sini saya nak perkenalkan satu website iaitu Techouz.com. Di website ini, korang boleh gunakan untuk mencari kedai servis laptop yang murah di KL dengan pantas dan mudah tanpa perlu pergi ke segenap pelosok Kuala Lumpur untuk mencari kedai baiki laptop. Selanjutnya saya cerita di bawah.












Mengenali Techouz.com


Techouz.com merupakan website di mana semua technician yang menawarkan servis membaiki laptop atau PC yang bekerjasama dengan Techouz dihimpunkan di sini. Techouz berpusat di Seri Kembangan, Selangor. Servis repair laptop dari Techouz tidak terhad di kawasan KL sahaja, korang yang tinggal di area Bangi, Kajang, Putrajaya dan Gombak juga boleh mendapatkan perkhidmatan dari Techouz dengan harga yang murah.



Apakah Kelebihan Techouz untuk Pelanggan yang Memerlukan Servis Membaiki Laptop?


Kenapa ramai pelanggan suka baiki laptop di Techouz? Apakah kelebihan yang ditawarkan oleh Techouz kepada pelanggannya? Inilah antara sebab-sebab korang perlu mendapatkan perkhidmatan dari Techouz.com:



#1 Pelanggan tidak perlu membawa laptop ke kedai terlebih dahulu untuk mendapatkan perkhidmatan dari kedai servis laptop. Pelanggan hanya perlu melayari website Techouz dan mendapatkan senarai kedai yang menawarkan servis untuk masalah laptop pelanggan. Pelanggan hanya perlu masukkan maklumat seperti masalah yang dihadapi oleh laptop atau PC dan lokasi.



#2 Pelanggan boleh mendapatkan harga untuk baiki laptop terlebih dahulu sebelum dibaiki. Pelanggan bolehlah tahu range harga repair dan takdelah terkejut nanti over bajet pulak bila laptop atau PC dah siap repair. Pelanggan siap boleh bandingkan harga dan membuat pilihan yang kena dengan bajet. Biasanya yang kita tahu, kebanyakan kedai repair laptop akan repair terlebih dahulu baru diorang bagitahu harga. Tetiba ada pulak kos tersembunyi kan?



#4 Pelanggan boleh memilih kedai dan membuat perbandingan servis dengan harga yang berbaloi yang ditawarkan yang dicadangkan dari senarai yang dipaparkan di website Techouz selepas pelanggan mengisi maklumat.



#5 Pelanggan boleh booking siap-siap perkhidmatan terus di website untuk repair laptop. Tak payah dah menunggu giliran di kedai. Techouz akan hubungi pelanggan untuk proses seterusnya. Pelanggan hanya perlu tunggu je panggilan dari Techouz.



#6 Pelanggan tidak perlu ke kedai servis laptop untuk menghantar laptop yang rosak. Pihak Techouz akan menghantar runner ke lokasi pelanggan untuk mengambil dan menghantar laptop setelah dibaiki. Pelanggan tak perlu bersusah payah dah ke kedai laptop hanya semata-mata untuk menghantar dan mengambil balik laptop yang siap dibaiki.



#7 Pelanggan boleh membuat pembayaran setelah laptop atau pc telah siap dibaiki. Tiada caj tersembunyi yang dikenakan.



#8 Techouz memberikan warranty yang lebih lama kepada pelanggan selepas laptop atau PC telah siap dibaiki.



#9 Lifetime technical support diberikan kepada pelanggan Techouz.






Customer Berpuas Hati Setelah Menggunakan Perkhidmatan Dari Techouz.com


Banyak kelebihan yang ditawarkan oleh Techouz apabila pelanggan mendapatkan servis repair laptop dari Techouz. Cepat, mudah dan menyenangkan urusan pelanggan terutamanya pelanggan yang kurang masa, tiada kenderaan atau mempunyai masalah lain untuk membawa dan membaiki laptop ke kedai.

Ini adalah antara pelanggan-pelanggan Techouz yang telah menggunakan perkhidmatan servis repair laptop. Mereka amat berpuas hati dengan servis yang ditawarkan terutamanya servis mengambil dan menghantar laptop yang dibaiki terus ke lokasi. Tak payah bersusah payah cari parking bagai.










Pertanyaan lanjut mengenai servis di Techouz.com, korang boleh cari diorang di :



Website :




Facebook :




Instagram :






Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

0 sahabat ibu

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)