Abadikan Gambar Raya 2021 Sentuhan Dari Razin Zain Expert Studio

by - 5/19/2021 12:15:00 PM

Abadikan Gambar Raya Dengan Sentuhan Dari Razin Zain Expert Studio | Assalamualaikum. Tahun ni kali kedua Marsha sekeluarga beraya di perantauan. Tahun pertama, tahun 2020. Sedih memang sedih tapi kena akur arahan kerajaan dan sama-sama untuk support supaya rantaian Covid-19 dapat kita putuskan. Tapi untuk tahun ke-2 ni ibarat dah redha. Malah rasa raya tahun ni agak meriah sikit dari tahun lepas sebab jiran-jiran ada. Tahun lepas, kami je beraya di rumah. Sebab boleh rentas daerah, jiran-jiran balik ke kampung beraya bersama keluarga. Marsha dan encik suami pula kampung kena merentas negeri. 

Raya tahun lepas tiada gambar studio sebab tak ready nak beraya di rumah sendiri. Jadi hanya ada gambar keluarga dirumah sahaja. Tahun ni Marsha buat keputusan nak ada juga gambar studio tak kira boleh balik kampung atau tak. Pilihan Marsha masih jurugambar favorite Marsha, Razin Zain Expert Studio yang studionya terletak di Sri Iskandar, Perak. Jarak perjalanan dari rumah 1 jam tapi Marsha tak kisah...hihi.

Razin Zain Expert Studio Jadikan Gambar 'Bernyawa'

Sebenarnya, ini kali kedua Marsha menggunakan khidmat fotografi dari Razin Zain Expert Studio ni. Kali pertama Marsha tak buat fotografi raya tapi buat family fotografi. Bila tengok hasil dari gambar yang 'raw' pun dah lawa, apatah lagi selepas edit kan? Jadi tahun ni Marsha bincang dengan suami dan kami sepakat memilih Razin Zain Expert Studio untuk photohoot raya di ipoh.

Profil Razin Zain Expert Studio

Razin Zain Expert Studio diusahakan secara solo oleh pemiliknya sendiri, Razin Zain. Seorang anak muda yang sangat-sangat meminati bidang fotografi dan melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama di universiti.




Razin Zain ni sebenarnya banyak buat kolaborasi dengan artis tau. Antara artis yang berkolaborasi dengan Razin Zain ni antaranya ialah KRU Production, Ella dan banyak lagi. Sebenarnya beliau juga terlibat dalam pembikinan poster dan juga video klip.





Jom kita tengok antara servis Razin Zain Expert Studio






Jaminan Shoot Tanpa Had 

Paling menarik di Razin Zain Expert Studio ni, photographer tak menetapkan masa pengambaran. Ini yang Marsha suka sebab bila bergambar dengan anak-anak kecil ni. Paling penting sekali nak kena jaga mood dorang.




Pernah juga photoshoot di KL masa si abang dalam umur 2 tahun, jenuh la jurugambar nak kejar. Lagi dikejar, lagi laju dia lari. Marsha pun pening kepala. Jadi bila macam tu masa memang kena lama. Marsha sebenarnya dah standby lollipop. Tapi nak dijadikan cerita biasalah anak-anak lelaki. Bergaduh pulak dah. Mujur photographer pandai ambil hati anak-anak dan juga shoot angle yang menarik. Jadi masa yang lama memang diperlukan. Sebab tu Marsha lebih suka pakej shoot tanpa had ni.

Jadi meh Marsha kongsikan gambar-gambar masa anak-anak Marsha tengah tantrum. Aduhai...kenangan...hihi










Jurugambar Ajar Posing

Kalau tak reti nak posing jangan risau. Jurugambar sangat sporting dan siap ajar kita posing lagi. Jadi gambar kita memang tak nampak kaku. Kalau korang nak tahu, kami bukan pandai posing sangat pun. Tapi dengan bantuan jurugambar, kami dapat posing dengan baik.




Ingat senang nak posing? Bagi Marsha dan suami memang susah nak posing. Kalau posing pun, posing yang sama je lah. Jadi untuk photoshoot raya 2021 ni kami follow je arahan jurugambar cara nak posing dengan prop yang disediakan. Hasilnya puas hati..yeay!!

Jadi kalau ahli keluarga yang risau tak pandai posing. Ajak je dan serahkan pada yang pakar...hihi


'Raw Photo' Terus Dapat Lepas Photoshoot


Disebabkan Marsha ni dah kali ke-2 menggunakan khidmat Razin Zain Expert Studio ni. Jadi Marsha memang dah standby siap-siap pendrive untuk ambil siap-siap gambar lepas photoshoot. Lepas je setel photoshoot, sebelum balik Marsha akan gambar semua gambar 'raw' yang belum diedit. Marsha kira hari tu dalam 100++ gambar juga. Termasuk gambar-gambar yang 'tak jadi' tapi Marsha suka sebab ianya kenangan. Kenangan anak-anak tantrum. Biasalah sementara nak besar kan...hihi.

Gambar yang edit pula kita akan dapat selepas di edit. Jadi gambar raw tu boleh la kita simpan dan buat kenangan. Jom kita tengok hasil gambar photoshoot raya di sri iskandar famili Marsha dengan Razin Zain Expert Studio. Nampak macam 'bernyawa' kan? Tak kaku langsung











Kemudahan Yang Disediakan di Razin Zain Expert Studio

Kemudahan yang disediakan di Razin Zain Expert Studio ni lengkap. Disebabkan jauh perjalanan, Marsha decide nak salin baju raya di sana. Kalau pakai awal-awal nanti ada yang kena air liur anak, susu anak...tak lawa la gambar...hihi.

Jom kita tengok kemudahan yang ada di Razin Zain Expert Studio ni:

  • Ruang berhawa dingin⁠
  • Tempat salin pakaian⁠
  • Ruang menunggu⁠
  • Ruang make up⁠
  • Tempat menggosok bersama iron⁠
  • Bilik khas ibu menyusu
  • Tandas
Jadi jika bawak anak-anak kecil pun tak ada masalah sebab semua kemudahan asas ada. Alhamdulillah. Juga SOP yang ketat diamalkan di Razin Zain Expert Studio ni. Kena scan mysejahtera tau!


Promosi Riang Hari Raya Masih Berlangsung

Walaupun dah Syawal ke 5 hari ni. Tapi korang masih sempat nak abadikan kenangan raya pkp 2021 di Razin Zain Expert Studio ni. Kalau tengok pada poster dibawah ada masa kan? Tapi sebenarnya tanpa had masa. Jadi yang ada anak-anak kecik jangan risau ok! 





Jurugambar ialah Razin Zain Sendiri

Saje je Marsha tak nak mention lagi siapa jurugambar nya. Kalau korang nak tahu, jurugambar adalah Razin Zain sendiri. Jadi jangan risau ok!


Terima kasih pada zain yang pandai tarik perhatian anak-anak.

Lokasi Razin Zain Expert Studio

Lokasi Razin Zain tak susah pun sebenarnya. Korang boleh waze je Razin Zain Expert Studio atau korang boleh je klik terus kat map di bawah
 




Maklumat Lanjut Tentang Razin Zain Expert Studio


Alamat: NO.118 PSRN, Persiaran SIBC 5, Bandar Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak







Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger


You May Also Like

18 sahabat ibu

  1. serius lawa semua gambar.puas hati. Prop pun semua best

    ReplyDelete
  2. Comel nya duduk dalam luggage tu.

    ReplyDelete
  3. Wow.......nice raya pics. Yeah, I heard of Razin Studio before. They are quite good. Thank you for sharing this information with me.

    ReplyDelete
  4. Serius comel gambar bebudak nakal dua orang tu. Siap duduk dalam luggage tu. Hehe. Comel jer.

    ReplyDelete
  5. Cantiknyaaaaa gambar dia. Tapi tu la pkp ni kan ramai yang terkesan. Btw sis pkp ni mcm mana dorg operate sbab satu kereta max 3 org just incase nk gi studio ke dorg dtg rumah

    ReplyDelete
  6. Cutenya gambar2 anak kak Marsha. Pandai betul la amek gmbr ye. Za pun lama x amk gmbr studio. Hmm best betul

    ReplyDelete
  7. Woww jauh ni kak. Tapi bagus ada yang promo studio di luar kawasan shah alam dan cheras ni. Kebiasaannya kawasan itu banyak studio. Kat kampung memang susah cari. Lepas pkp ni kalau bleh merentas nak balik Tg Tualang bleh pi studio ni bergambat ngan family.

    ReplyDelete
  8. Wahhh bestnya dah lama tak pergi studio buat photoshoot macam ni.. serious at least once a year abadikan gambar macam ni memang best! lain daripada gambar yang kita selalu ambik kan.. different feel dia..

    ReplyDelete
  9. bestnya studio ni. love how the photos turned out, your family is so beautiful! your sons look so cute in that suitcase too! :)

    ReplyDelete
  10. jauhnya dekat perak hehe, kalau boleh rentas negeri boleh gak try, abadikan gambar raya pkp haha

    ReplyDelete
  11. Alaaa cantiknyaaa gambar.. tengah PKP gini bagus amik gambar dan abadikan buat simpanan keluarga kan.. dah dua tahun Sis tak amik gambar studio.. kalau tak, memang ada pi studio bergambar..

    ReplyDelete
  12. Ala bestnya. Set up dia unik dan posing pun lawa-lawa. Saya amik gamba depan rumah je.

    ReplyDelete
  13. Cantik nyer semua gambar raya sis, setup untuk photoshoot pun sangat classy

    ReplyDelete
  14. Bestnya ada photo shoot raya. Skrg ni boleh photo shoot dalam studio je la ye. Outdoor kena tunggu abis pkp la kot.

    ReplyDelete
  15. Wah bestnya suka tengok props dia yang pelbagai. Tahun ni tak sempat nak ambil gambar studio dengan family sebab risau baby kecil sangat nak bawa keluar jadinya bergambar kat rumah jela huhu

    ReplyDelete
  16. This article gives the light in which we can observe the reality. This is very nice one and gives indepth information. Thanks for this nice article.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)