JOM MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK CUTI RAYA NANTI!

by - 5/07/2021 12:00:00 PM

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK CUTI RAYA NANTI!| Assalamualaikum. Buat ibu bapa di luar sana. Bersedialah untuk keseronokan sepenuhnya bersama Cartoon Network - kanak-kanak dan ibu bapa mereka boleh menikmati lebih daripada 150 pengembaraan di mikrosit CartoonNetworkAsia.com/BestSummerEver yang bermula sekarang hingga 27 Jun ini. Seisi keluarga boleh mewujudkan “zon ceria” dalam keselesaan dan keselamatan di rumah mereka untuk merasai sendiri ikatan kekeluargaan yang luar biasa semasa cuti, hujung minggu…dan setiap hari untuk dua bulan akan datang. Marsha pun dah tak sabar ni nak menikmati pengembaraan bersama anak-anak cuti raya nanti. 





Kempen “Best Summer Ever” Cartoon Network membawakan 150 aktiviti di rumah, tayangan perdana dan pelbagai hadiah istimewa




Banyak aktiviti sebenarnya. Ada lebih 150 pengembaraan yang boleh anak-anak buat nanti. Aktiviti-aktiviti ini diletakkan di bawah salah satu daripada lima tema iaitu bermain, muzik, pergerakan, penerokaan dan permainan:


Bermain: Craft Creek bersama Looney Tunes adalah aktiviti yang membantu melatih sisi kreatif seisi keluarga - mengadun resipi yang enak, melakukan aktiviti kraf D.I.Y dan banyak lagi.


Muzik: Toon Tunes Valley bersama We Bare Bears mengajak anda menyanyi sepuas hati, sama seperti Ice Bear! Pilih lagu Cartoon Network kegemaran anda, panaskan peti suara, dan bolehlah mula menyanyi bersama-sama. Lebih baik lagi, jika seisi keluarga memilih satu lagu setiap orang dan menjadikannya sebagai konsert di rumah!


Pergerakan: Gymsville bersama Tom and Jerry membuatkan jantung anda berdegup kencang dengan set video senaman rahsia Tom. Lagipun, telatah mereka memang memerlukan dua watak ini untuk sentiasa cergas, dan anda juga boleh menjadi sihat dan aktif – seperti mereka berdua.


Penerokaan: Toonsplorer Island, dihoskan oleh Teen Titans Go! membawa anda ke pelbagai jenis pengembaraan. Muat turun stiker WhatsApp, hiasan latar mudah alih yang memaparkan rancangan kegemaran anda, menjadi hos mesyuarat melalui Zoom di gua beruang, dan banyak lagi.


Permainan: Arcade Town bersama Ben 10 menyediakan lambakan permainan! Sama seperti arked sebenar, pilih permainan kegemaran anda yang menyemarakkan daya saing anda. Sahut cabaran itu dengan beberapa sesi permainan yang hebat – dan ajaklah kawan-kawan anda bermain sama untuk melihat siapa yang lebih handal.




Dengan lebih 150 aktiviti, terdapat begitu banyak pilihan untuk menjadikan golongan muda dan yang berjiwa muda sibuk sepanjang musim panas ini, termasuklah cabaran digital untuk membuka e-ganjaran eksklusif seperti hiasan latar mudah alih, stiker dan sijil yang diperibadikan! Memang anak-anak akan bersemangat mengambil bahagian dalam pengembaraan ni. 






Kalau korang nak tahu. korang sekeluarga juga boleh memuat naik gambar atau video pengembaraan di rumah ciptaan mereka di mikrosit Best Summer Ever Cartoon Network untuk berpeluang melihat ia disiarkan di TV, dan memenangi hadiah hebat sambil mencipta kenangan musim panas anda yang terindah!




Kempen Best Summer Ever Cartoon Network juga menyajikan siri asal kegemaran ramai dan tayangan perdana selama lapan minggu, dengan sorotan ke atas:


Siri kartun Looney Tunes yang baharu, Looney Tunes Cartoons, dengan kemunculan pertamanya pada hari Jumaat, 7 Mei, jam 5.30 petang di Cartoon Network (Astro Saluran 615 HD) dalam pelancaran filem animasi Space Jam: A New Legacy yang memaparkan juara bola keranjang LeBron James dan pengembaraan epiknya bersama Bugs Bunny dan kru Looney Tunes. Filem yang dinanti-nantikan ini akan ditayangkan di pawagam pada hari Khamis, 15 Julai.


Ben Gen 10 istimewa selama sejam di mana Ben perlu menyelamatkan dunia daripada Omnitrix yang mengalami kegagalan fungsi dan menjangkiti manusia dengan DNA asing, tayangan perdana pada hari Sabtu, 22 Mei, jam 11 pagi di Cartoon Network dan perkhidmatan penstriman HBO GO.


Adventure Time: Distant Lands’, episod keempat selama sejam Together Again, yang kali pertama disiarkan pada Sabtu, 12 Jun, jam 9 malam di Cartoon Network dan HBO GO, di mana Finn dan Jake bersatu kembali untuk mengharungi pengembaraan paling penting dalam hidup mereka.


Sebagai tayangan istimewa Hari Raya, Astro menghidangkan kepada SEMUA pelanggannya program-program Cartoon Network yang paling popular dari 26 Mei – 13 Jun melalui On Demand dan Astro GO, termasuklah The Amazing World of Gumball dan Ben 10 kepada We Bare Bears, New Looney Tunes, Tom and Jerry Tales, dan banyak lagi. Tontonlah program istimewa Best Summer Ever Carton Network pada bila-bila masa, di mana sahaja!


Seramai 100 pelanggan bertuah yang menstrim Best Summer Ever Cartoon Network istimewa akan berpeluang memenangi barangan Looney Tunes dan Tom and Jerry! Untuk butiran lanjut, kunjungi promotions.astro.com.my.


Yang terakhir tetapi tidak kurang pentingnya, tiada peminat sejati yang tidak akan menambahkan barangan terbaharu Cartoon Network dalam koleksi mereka. Berikut adalah pilihan terbaharu di Malaysia:





Kidz World MY


Mencari pakaian terbaik untuk si kecil anda? Kunjungi sahaja Shopee untuk melihat koleksi pakaian Tom and Jerry yang sangat banyak!



Asadi Malaysia


Membawakan anda kasut yang paling popular dan selesa We Bare Bears untuk perjalanan harian anda. Kunjungi kedai rasmi mereka di Shopee atau Lazada untuk melihat koleksinya.



Toys“R”Us


Jika anak-anak anda peminat Tom and Jerry, kunjungi Toys”R”Us untuk melihat koleksi penuh mainan hari ini. Hanya terdapat di cawangan terpilih sahaja.



Zakkasg


Mencari hadiah paling tepat untuk acara istimewa? Daripada plushies, beg galas, beg kantung dan banyak lagi, anda akan rambang mata melihat seleksi hadiah yang ditawarkan! Kunjungi Shopee sekarang.


Tisu Royal Gold

Manjakan kulit anda dengan tisu muka Looney Tunes Royal Gold! Kini boleh didapati di semua pasar raya dan pasar raya besar terkemuka.


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

13 sahabat ibu

  1. Raya ni anak2 kecil pakat tunggu depan TV dihidangkan dengan kartun2 yang best2 belaka.

    ReplyDelete
  2. Wah. Memang banyak hiburan yang boleh dimanfaatkan seisi keluarga sepanjang PKP nie kan. Anak-anak saudara Rawlins mesti bahagia nie

    ReplyDelete
  3. CN ni channel wajib buka tiap hari. Anak-anak suka tengok semua program CN tu. We Bear Bear tu paling mereka suka. Kiut betul.

    ReplyDelete
  4. Wah best ni. Seronok anak anak dpt buat aktiviti. Cerita cartoon ni pun seja dulu lagi jadi kegemearan kanak2.. Nad pun layan cerita ni.. Hehehe

    ReplyDelete
  5. bestnyaaa lama mengimbau kenangan betul cn ni. cuti raya panjang ni boleh la layan cn. dah takleh kemana2

    ReplyDelete
  6. Wah menarik ni ada Kempen “Best Summer Ever” dari Cartoon Network . 150 aktiviti di rumah tu kira banyak jugak tu.Paling menarik ada pelbagai hadiah istimewa

    ReplyDelete
  7. Wah! Macam-macam ada rupanya ya di platform Cartoon Network ni... boleh bermain, menyanyi, bersenam juga meneroka... patutlah anak-anak saya terus kena gam masa masuk mikrosit Cartoon Network ni... hehehehe... ni sekarang ni diorang tengah tak sabar nak tunggu Space Jam: A New Legacy...

    ReplyDelete
  8. Menariknya! Wow! Cartoon Network rindu betul character2 yang ada, dulu rajin collect plush toy dia! banyak juga activities yang boleh buat kan.. boleh bonding2 between parent and kids..

    ReplyDelete
  9. anak2 mesti excited bila dapat kotak penuh keceriaan mcm ni.. macam2 ada dan semua aktiviti disediakan memang menarik

    ReplyDelete
  10. Hartu adik pergi kat AEON Tou'R'Us dah habis stok katanya.. kami sekeluarga memang pe inat katun=katun tu semua.. nanti nak try [ergi nengk lagi. kot laa dah sampai stok.. seronok gak ek bermain aktiviti gini..

    ReplyDelete
  11. Dah tiba masa dan musim anak-anak kat rumah jadi tugas ibu bapa kena jaga hehehehe main tukar-tukar lak susah juga kan sekarang dengar nak PKP penuh kat Selangor takut tapi bagus kalau ia dapat menurunkan kes semula...

    ReplyDelete
  12. My niece kalau datang rumah i mesti tune in Cartoon Network sebab dia orang punya channel dan banyak activities.

    ReplyDelete
  13. CN mmg saluran tv kegemaran masa kecil2 dulu. balik sekolah je mesti akan buka n ternanti2 cartoon 2 mereka. rindunya CN !!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)