5 Aktiviti Menarik Mengurangkan Stress Anak-anak di Waktu 'Total Lock Down'

5 Aktiviti Menarik Mengurangkan Stress Anak-anak di Waktu 'Total LockDown' |  Assalamualaikum. Pengumuman 'Total Lockdown' baru-baru ni pasti membuatkan ramai yang rasa sedikit down kan sebab kena berkurung dekat rumah. Rutin harian tak dapat dilakukan dan juga paling teruk ada yang terpaksa rehat dari kerja hakiki disebabkan nak mengekang virus Covid-19 yang makin bertambah kes dari hari ke hari. Kita memang perlu mengikut saranan dari kerajaan demi untuk hari-hari yang mendatang.

Aktiviti Menarik Yang Boleh Dibuat di Rumah Bersama Keluarga


Rumahku, Syurgaku.....itulah yang bermain di minda kita semua masa kita sibuk bekerja. Bila time 'Total Lockdown' ni, ramai yang mengeluh sebab asyik berkurung dirumah sahaja. Bukan kita yang dewasa je. Anak-anak pun mesti 'boring' dan stress dirumah dan ia kalau tak dikawal, mungkin akan beri kesan buruk kepada anak-anak seperti ketagihan 'gadget' dan juga sering bergaduh. Bab 'gadget' ni bagi Marsha sangat perlu dikawal sebab ia akan buat keluarga kita renggang sebab tiada aktiviti bersama-sama. Boleh bagi guna tapi terkawal.

Banyak aktiviti menarik yang kita boleh lakukan bersama-sama keluarga dan dalam masa yang sama ia akan menghilangkan stress kita di waktu 'Total Lockdown' ini. Kat sini Marsha nak kongsikan beberapa aktiviti yang kita boleh buat bersama anak-anak dirumah.


#1 Dedahkan Ilmu Menjana Pendapatan Sampingan

Ihsan Google


Di musim pandemik ini, waktu yang terbaik kita mempelajari bisnes online. Dalam masa yang sama kita boleh ajar anak-anak kita terlibat dalam bisnes online ini secara tidak langsung. Kita boleh dedahkan anak-anak dengan cabaran berbisnes secara online seperti cara buat iklan, cara 'set up' page bisnes dan juga sekrang-kurangnya pengalaman bungkus parcel.

Marsha pasti bila kita dedahkan anak-anak dengan ilmu-ilmu bisnes seperti ini, anak-anak akan nampak cabaran berniaga dan ia menjadi satu ilmu baru kepada anak-anak sambil kita meluangkan masa bersama-sama. Mesti anak-anak seronok! Jadi ilmu ni kena kreatif tak perlu hanya mengadap buku sahaja. Dalam masa yang sama disamping kita menjana pendapatan sampingan, anak-anak juga belajar sesuatu.



#2 Mencuba Menu Masakan Viral

Semenjak PKP 1.0 lagi, pelbagai resepi telah dikongsikan di media sosial seperti facebook, instagram dan juga blog. Marsha ingat lagi masa PKP 1.0 viral dengan resepi Dalgona Coffee. Hampir satu Malaysia yang buat air Dalgona Coffee tersebut dan Marsha pun tak terkecuali. Mencuba buat Dalgona Coffee Viral.

Tak lupa juga buat instafamous masakan, Khairul Aming dan Youtuber masakan, Che Nom pun selalu share resepi viral yang mudah disediakan juga dimasak. Bahan-bahan pun senang dicari. Dalam masa yang sama anak-anak boleh belajar cara penyediaan dan juga cara memasak. Sekarang ni bukan anak perempuan je kena tahu masak. Anak lelaki pun perlu tahu baru lah senang nanti.




#3 Bersenam

Sepanjang Lock Down ni aktiviti bersenam jangan ditinggalkan. Kalau tak nanti badan akan lemau dan anak-anak kemungkinan besar akan beralih kepada gajet sepenuh masa. Jadi aktiviti bersenam ni perlu sangat semasa 'Total Lock Down' ni. 




Kita boleh berzumba bersama anak-anak depan televisyen, boleh main skipping di garaj rumah dan juga boleh main badminton juga. Berbasikal di kawasan rumah pun boleh. Bersenam boleh merangsang otak anak-anak supaya lebih cergas dan cerdas. Ia dapat tingkatkan fungsi dan memori otak.

#4 Deko Rumah

Aktiviti ini memang menjadi 'passion' semenjak PKP 1.0 lagi. Kalau perasan, ramai ibu bapa mengambil inisiatif untuk DIY sendiri dekorasi dalam rumah. Beli barang sendiri dan pasang sendiri. Kalau tak silap Marsha ramai yang buat wainscoting malaysia sendiri dan hasilnya memang cantik.





Kita boleh libatkan anak-anak dalam proses membuat wainscoting idea ni. Mungkin boleh libatkan dalam kerja-kerja yang ringan seperi mengecat. Sekurang-kurangnya anak tahu proses dan juga otak mereka akan lebih berkembang dengan pendedahan kepada aktviti yang baru.


#5 Main Sambil Belajar ( Game Online )

Anak-anak dengan game memang tak dapat dipisahkan. Tak kira anak lelaki atau perempuan sebab game online ni ada peminat dia tersendiri.  Bukan anak-anak sada yang suka main game kan? Kita boleh je dedahkan anak-anak dengan game online cuma bukanlah sepanjang hari tetapi sebagai aktiviti mengisi masa terluang bersama anak-anak. Janji pandai uruskan masa bagi Marsha ianya tak ada masalah. Anak-anak juga perlu ada masa untuk tenangkan otak yang sarat dengan ilmu.

Game online FREE di Plays.Org

2 Minggu lepas, Marsha terjumpa satu website yang menawarkan lebih 100 FREE game for kids dan paling menarik ianya tak perlu dimuat turun. Free online games no download. Hanya buka website Plays.Org , buat pilihan game yang disukai dan boleh terus main.






Sebelum nak beri anak main game mestilah kita kena 'siasat' dulu samada ianya sesuai atau tak untuk anak-anak kita supaya ia memberi kesan yang positif kepada anak-anak. Bila dah cuba beberapa games yang sesuai. Lama pula Marsha ambil masa sebab semua best free online games ada dalam website Plays.Org ni. Ketagih pula...hihi

Kalau korang nak tahu, games yang ada di website ini juga sentiasa dikemaskini dan diupload dengan games yang terkini . Jadi memang tak akan boring. Anak-anak dan kita sendiri juga boleh main game yang berlainan setiap kali bermain.

Ramai yang berpendapat, main game ni tak memberikan banyak faedah. Tapi ianya tidak benar sama sekali. Kalau kita pandai manage masa, anak-anak kita boleh dedahkan dengan game yang mempunyai unsur pembelajaran. Main sambil belajar macam tu. 

 Games Sesuai untuk Anak-anak Seawal 4 Tahun

Website Plays.Org menawarkan lebih 100 game online dan bagi Marsha ianya sesuai untuk anak-anak seawal 4 tahun. Bukan samata-mata game, ia dapat membantu anak-anak main sambil mengenal huruf dan banyak lagi. Ada banyak kategori dan boleh pilih game online yang mana menjadi kegemaran.




Untuk Baihaqi yang berumur 4 tahun , Marsha pilih kategori kindergarten dan kids sebab ianya sesuai dengan usia dia. Jadi dalam masa yang sama kita boleh kawal jenis game yang anak-anak kita main untuk kebaikan mereka juga.

Sebenarnya ia pengalaman baru bagi Baihaqi main game di Plays.Org ni dan dia nampak seronok main. Beberapa game favorite Baihaqi ialah:

#1 Duck Shoot 





#2 Flinstone Yabba Dabba Dinosaurs Jigsaw Puzzle





# 3. Piano for Kids Animal Sound Educational Piano Music Simulator Game





Ketiga-tiga game ini sangat senang dimainkan oleh anak-anak berusia 4 tahun dan dalam masa yang sama ia juga merangsang perkembangan otak anak-anak. Ia membantu anak-anak lebih fokus walaupun dalam suasana berhibur. Jadi anak-anak tidak boring. Seronok tengok baihaqi senyum-senyum bila main.





Marsha memang biasakan Baihaqi guna iPad sebab ia lebih besar dari handphone. Mata anak-anak ni kena jaga juga. Kurangkan bagi tengok handphone sebab ianya lebih kecil. Bila tengok permukaan yang besar dan lebih jelas, anak-anak lagi seronok. Lagipun Baihaqi belum cekap guna 'mouse' jika guna PC atau laptop. Jadi iPad paling sesuai sebab boleh 'touch screen'.



Lega Jumpa Game Online Sesuai Untuk Anak-anak Seawal 4 Tahun

Marsha sangat lega dan seronok bila jumpa game yang sesuai untuk Baihaqi yang berusia 4 tahun. Dalam bermain, dia juga boleh belajar secara tidak langsung. Konsep belajar sambil bermain adalah konsep yang bagus sebab anak-anak akan rasa seronok dalam sesi pembelajaran dia.

Marsha juga boleh guide Baihaqi cara-cara untuk main game dan secara tak langsung ia akan jadi bonding antara ibu dan anak. Jadi kami dapat main dan belajar sama-sama. 




Sebenarnya banyak lagi game di Plays.Org yang sesuai untuk remaja dan dewasa juga. Jadi korang boleh pilih je game yang korang suka. Jom lah layari Plays.Org dimana-mana peranti yang korang ada seperti laptop, komputer, tablet, iPad dan juga telefon pintar korang. Google je Plays.Org memang terus akan jumpa. Memang best online games sangat!



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

17 Comments

  1. Mudah2an mereka dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah

    ReplyDelete
  2. Banyak sebenarnya aktiviti yg kita boleh lakukan dgn anak2 time lockdown ni kan .

    ReplyDelete
  3. Baihaqi main apa tuuuu... acikk nak join main jugak bolehhh?

    ReplyDelete
  4. suka la budak-budak kalau dapat gadjet ni. menyenangkan tugas mak ayah juga di rumah tak ada la ganggu wfh atau buat dorg stress nak kena hadap je. betul tak? silap hari bulan mak ayah pun join sekali hahaa

    ReplyDelete
  5. Best kan. Rawlins cadangkan pada my sisters untuk dia spend masa dengan anak-anak diorang. Takde la bosan di kala MCO kan

    ReplyDelete
  6. Kebiasaannya waktu main game mesti lepas habis kelas sebab masa tu laptop masih dibuka. Anak ruby suka buat puzzle dan jawab soalan kuiz. Nanti nak try plays.org ni. Ayah dia mesti main sekali nanti. Haha.

    ReplyDelete
  7. Online games ni tak semestinya melalaikan. Ada juga yg educational mcm ni. Ibu bapa kena la pandai pilih.

    ReplyDelete
  8. Masakan viral tu mmg ya . Dan main games tu not bad . At least anak2 xdela stress terkurung dlm rumah

    ReplyDelete
  9. Seronok dia main game ye. Banyaknye game dekat plays.org ye. Menarik game nye

    ReplyDelete
  10. Best plak nengok gamenya semua hehehe, Sis ni kadang boring main gak game, bukan kata anak je stress, kita ni pun stress ekk.,

    ReplyDelete
  11. Sebenarnya banyak je aktiviti yg anak2 boleh buat waktu lockdown ni kan kak.. Cuma kne bijak bahagikan masa je..

    ReplyDelete
  12. game online pun kitaa kena pantau sekarang ni. macam macam pesen. yg ni okay, nampak mesra kanak kanak

    ReplyDelete
  13. Wow! Interesting, macam nak try jugalah website game macam ni.. good one ye lagi2 time PKP ni..

    ReplyDelete
  14. Betul kena buat byk aktiviti kat rumah sepanjang pkp ni supaya tak lemau dan tepu kan.sian anak2 zaman pandemik ni

    ReplyDelete
  15. Wah bagus this is so good to occupy kids time with some learning and fun activities.

    ReplyDelete
  16. This article gives the light in which we can observe the reality. This is very nice one and gives indepth information. Thanks for this nice article.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us