Aplikasi Muslim Pro Bantu Pengguna Dalam Pelbagai Fitur Yang Menarik

Aplikasi Muslim Pro Bantu Pengguna Dalam Pelbagai Fitur Yang Menarik | Assalamualaikum. Pada zaman teknologi ini, 69% penduduk di Malaysia mempunyai ketagihan dengan telefon pintar. Menurut laporan terkini dari Limelight Networks Inc mengenai keadaan gaya hidup digital, rakyat Malaysia adalah paling ketagih dengan peranti digital mereka seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya.


Marsha pasti pengguna peranti digital terutamanya telefon pintar yang beragama Islam, wajib ada aplikasi yang memudahkan untuk mengetahui waktu solat Malaysia serta apps Al Quran yang diluluskan jakim untuk memudahkan perjalanan dalam melakukan ibadah hanya dengan menggunakan telefon pintar seperti membaca Al-Quran dan boleh bersedia untuk solat awal waktu juga bila aplikasi mendengarkan azan.


Aplikasi Muslim Pro Bukan Hanya Aplikasi Waktu Solat Malaysia dan Bacaan AL-Quran Sahaja


Semenjak pandemik Covid-19 melanda Malaysia, Marsha mula memuat turun aplikasi Muslim Pro ni pada bulan Ramadhan lepas bila mengetahui dalam satu aplikasi ada pelbagai fitur yang disediakan seperti waktu solat, 30 juzuk AL-Quran untuk memudahkan Marsha membaca Al-Quran setiap hari dan juga boleh khatam Al-Quran dengan aplikasi Muslim Pro ini. Sebelum ni Marsha ada 2 aplikasi yang berbeza iaitu satu khas untuk waktu solat dan azan dan satu untuk bacaan Al-Quran. Apa salahnya kita memaksimakan amalan dengan 1 aplikasi sahaja kan?








Bila telah memuat turun, bukan sahaja Marsha berpeluang mengetahui waktu solat, baca Al-Quran dan juga khatam malah banyak lagi informasi yang Marsha dapat melalui aplikasi Muslim Pro ini seperti panduan masjid dan restoran halal, kompas kiblat, kalendar Hijrah, pengiraan zakat, kata-kata inspirasi harian, penjejak puasa dan solat, perjalanan haji secara virtual, ayat al-Quran popular dan doa. Rasa berbaloi dengan satu aplikasi Marsha dapat semuanya dan boleh amalkan dimana sahaja berada. Memang menarik!


Fakta Tentang Muslim Pro



Muslim Pro bermula sebagai aplikasi mudah alih dengan idea mudah: Berikan waktu solat yang tepat untuk umat Islam. Dari masa ke masa, kami berinovasi mengikut keperluan pengguna yang terus berkembang dan menjadi aplikasi mudah alih yang komprehensif yang melayani berjuta-juta pengguna di seluruh dunia.


Aplikasi ini dihasilkan di Singapura pada tahun 2010 dan mempunyai 34 staf dari pelbagai negara. Paling menarik 34 staf dari 11 bangsa yang berbeza.




Muslim Pro adalah aplikasi mudah alih yang menawarkan pengguna kemudahan untuk membuat ibadah secara , gaya hidup dan ciri masyarakat yang komprehensif, untuk terus memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi individu yang lebih baik.

Muslim Pro adalah sebahagian daripada komuniti Muslim dan mereka memahami cabarannya. Pasukan Muslim Pro terdiri daripada individu dari pelbagai kebangsaan yang berpusat di tiga negara. Mereka terikat dengan satu hasrat: Memenuhi keperluan dan cabaran digital umat Islam.


Fitur Utama Yang Ada dalam Aplikasi Muslim Pro


Aplikasi Muslim Pro menawarkan pelbagai fitur mudah alih yang sangat-sangat membantu penggunanya. Antara fitur utama yang ada dalam aplikasi Muslim Pro ialah

#1 Waktu Solat


Muslim Pro telah diperakui oleh berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia sebagai aplikasi Waktu Solat & Azab yang paling tepat pada peranti mudah alih. Ia terbukti dengan hampir 100 Juta muat turun seluruh dunia.







Secara tidak langsung ia menjadi aplikasi mudah alih pertama yang menawarkan waktu solat yang disahkan untuk bandar-bandar besar di seluruh dunia. Anda boleh memilih pemberitahuan audio untuk panggilan doa dari pilihan suara yang tersedia.


#2 Al - Quran


Muslim Pro menampilkan Al-Quran lengkap dengan tulisan Arab, fonetik, terjemahan, dan bacaan audio pelbagai Qari. Dengan kemudahan kemajuan pembacaan , kita dapat mengesan ayat yang telah dibaca.








Kita juga boleh menyimpan ayat-ayat Al-Quran yang memberi inspirasi kepada kita untuk dalam 'favorite' dan kongsikan dengan tersayang dan juga sahabat handai.







#3 Kiblat



Di mana pun kita berada, aplikasi Muslim Pro dapat membantu menunjukkan kiblat kerana ia mempunyai kompas dan peta kiblat animasi untuk menunjukkan arah ke Mekah dan kita akan dapat menunaikan solat dengan mudah.




#4 Terjemahan


Dengan hampir 70+ terjemahan yang tersedia, kita dapat membaca dan memahami Al-Quran dalam bahasa pilihan kita. Muslim Pro Quran juga menyertakan Tajwid yang berwarna untuk membantu kita meningkatkan cara pembacaan semasa membaca Al-Quran.

#5 Doa-doa


Aplikasi Muslim Pro juga mempunyai fitur doa dan kita boleh baca doa yang paling sesuai untuk setiap acara atau aktiviti anda setiap hari dari bahagian Hisn'ul Muslim dari Muslim Pro.






Cara Memuat Turun Aplikasi Muslim Pro


Cara nak memuat turun aplikasi Muslim Pro sangat senang sahaja. Aplikasi Muslim Pro ini hanya tersedia di Apple App Store (iOS), Google Play Store (Android) dan KaiOS. Untuk pengguna IOS seperti Marsha, hanya buat beberapa langkah ringkas seperti

1. Buka App Store ( iOS)
2. Search ' Muslim Pro' - akan keluar aplikasi muslim pro dengan gambar masjid berwarna hijau.
3. Muat turun
4. Ikut arahan yang disediakan dan siap!

Untuk pengguna Google Play Store ( Android ) dan KaiOS pula boleh cari melalui apps store masing-masing dan memuat turun mengikut arahan.



Pengalaman Marsha Menggunakan Aplikasi Muslim Pro



Setahu Marsha, hampir 100 Juta pengguna di 200 negara telah memuat turun aplikasi Muslim Pro sehingga hari ni. Dengan 70+ terjemahan sangat memudahkan pengguna muslim dari serata dunia mengamalkan ibadah melalui aplikasi digital dimana sahaja. Marsha juga salah seorang dari 100 juta pengguna yang telah memuat turun aplikasi Muslim Pro ini.


#1. Muslim Pro Membantu Marsha Mengingati Waktu Solat



Aplikasi Muslim Pro sangat mudah dan sangat-sangat membantu Marsha dalam kesibukan rutin harian. Dengan waktu solat yang tepat dan disertai azan dapat mengingatkan Marsha untuk solat di awal waktu. Azan berkumandang je melalui aplikasi Muslim Pro ni terus je solat.




Ia sangat memudahkan sebab di kawasan rumah Marsha tak dengar azan disebabkan agak jauh dari masjid. Jadi aplikasi Muslim Pro ni sangat-sangat membantu.


#2. Berjaya Khatam Al-Quran pada Bulan Ramadan


Marsha juga berjaya khatam bacaan Al-Quran menggunakan aplikasi Muslim Pro ini sebab Marsha ada banyak masa untuk baca Al-Quran dimana sahaja dengan bantuan aplikasi Muslim Pro ini. Berbeza dengan Al-Quran fizikal yang Marsha boleh baca sekiranya bawa ke mana-mana bersama.







#3. Peringatan Bacaan Surah Al-Kahfi Setiap Hari Jumaat


Pada setiap hari Jumaat, Marsha akan terima peringatan untuk bacaan surah Al-Kahfi. Semenjak muat turun aplikasi Muslim Pro ini, alhamdulillah bacaan Al-Kahfi tak pernah tertinggal sebab ada peringatan. Kadang-kadang Marsha ni pelupa bila terlampau sibuk. Mujur ada aplikasi Muslim Pro ni.

Maklumat Lanjut



Untuk maklumat lanjut boleh terus muat turun Muslim Pro di https://go.muslimpro.com/prkhatam.


#MuslimProGivesBack #MuslimProRamadan #UnitedinKhatam #GiftinKhatam


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

27 Comments

  1. bagus app macam ni. semua perkara yang kita perlukan ada dalam 1 app je. tak payah download banyak banyak

    ReplyDelete
  2. Bagusnya aplikasi Muslim Pro ni. Cukup lengkap. Kebanyakan aplikasi lain cuma ada satu atau dua fitur sahaja.

    ReplyDelete
  3. Rawlins guna untuk mengingatkan waktu dan doa-doa yang bersesuaian dengan keadaan minda dan fizikal diri, insyaAllah

    ReplyDelete
  4. now, setiap phone mesti da ada apps sebegini. waktu solat, doa harian, al-Quran. di mana saje. tiada alasan tak tahu, tak cakna dan sebagainya. bagus ni.

    ReplyDelete
  5. MuslimPro sgt mesra pengguna. Nur suka betul dgn features dia. Haritu baru pindah, dapatlah check qiblat guna apps ni :)

    ReplyDelete
  6. saya dan keluarga pun gunakan aplikasi muslim pro ni. memang sangat memudahkan dengan pelbagai fungsi menarik :)

    ReplyDelete
  7. memang best pun muslim pro ni, banyak feature yang best2 untuk kita, sanat bermanfaat

    ReplyDelete
  8. Ada baca tentang aplikasi ni time Ramadan aritue... banyak function yang memudahkan segala urusan kan... !

    ReplyDelete
  9. Mudah ada apps muslim pro ni kan. Macam2 feature ada yang bermanfaat boleh guna

    ReplyDelete
  10. mmg sangat2 membantu apps nie dlm kehidupan kita sbgai org islam..

    ReplyDelete
  11. Memang betul.. Sis suka tang membaca Quran dia, siap ada penunjuk harkat dan tajwid, mudah kita nak tau pembacaan kita tu..

    ReplyDelete
  12. Menarik aplikasi ni, saya belum cuba lagi tapi InsyaAllah nanti nak cuba subs juga lah

    ReplyDelete
  13. Saya suka pakai muslim pro app. banyak kemudahan dalam apps ni yang boleh saya guna. senang saya nak dengar bila masuk waktu solat dan juga baca Al-Quran.

    ReplyDelete
  14. Memmag sangat mudah dengan aplikasi muslim pro ni. Semua ada

    ReplyDelete
  15. Bagus app muslim pro ni kan.. Wawa dh lme install sbb berguna sgt2

    ReplyDelete
  16. Aplikasi Muslim Pro diantara apps terawal trusted yang Ruby download dan terus langgan. Alhamdulillah till today sentiasa membantu Ruby sekeluarga. ❤️

    ReplyDelete
  17. that is a very nice app for all Muslim here in Malaysia. will inform my Muslim friends ya

    ReplyDelete
  18. Saya pun suka pakai ni.. Senang semu ada dalam ni

    ReplyDelete
  19. Best apps ni sebab memudahkan urusan seharian. Kalau mood macam down je Sal pun bukak Muslim Pro . Baca terjemahan ...kata-kata motivasi . Insya Allah ..rasa tenang. Nak baca alquran pun mudah dan suka sebab ada audio skali

    ReplyDelete
  20. Bagus juga Aplikasi Muslim Pro ini banyak features yang user-friendly and functions too.

    ReplyDelete
  21. Applikasi Muslim Pro ni sangat user friendly and comes with all the necessary features & functions.

    ReplyDelete
  22. Ana pun guna Muslim Pro ni. Mudah dan banyak fungsi dalam tu.

    ReplyDelete
  23. Absolutely a useful app for all Muslims friends, very informative sharing. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  24. Memamng apps yang sangat berguna untuk umat Islam dimasa kini. Dalam satu apps ada macam2 fungsi. Tapi paling tertarik dengan fungsi Inspirasi. Baca ulang2 kali pun tak jemu dan sentiasa cuba pratikkan apa yang diberitahu. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  25. Kak pun dah join muslim pro ni mmg berbaloi dan byk manfaatnya

    ReplyDelete
  26. This article gives the light in which we can observe the reality. This is very nice one and gives indepth information. Thanks for this nice article.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us