Safi Shayla Memperkenalkan Rangkaian Penjagaan Rambut Baru untuk Hijabista, Safi Shayla Supa Untuk Masalah Rambut Berbau

by - 6/24/2021 10:10:00 AM

Safi Shayla Memperkenalkan Rangkaian Penjagaan Rambut Baru untuk Hijabista, Safi Shayla Supa Untuk Masalah Rambut Berbau | Assalamualaikum. Safi Shayla, jenama HALAL terkemuka yang tak asing lagi untuk penjagaan rambut wanita berhijab yang telah dibangunkan secara eksklusif untuk memenuhi keperluan moden wanita muslim. Dibuat dengan ramuan semulajadi yang terbaik  mengikut keperluan Syarak dan diperakui HALAL oleh badan bebas yang tegas iaitu JAKIM.

Safi Shayla sebenarnya adalah sub jenama penjagaan rambut di bawah SAFI - jenama orang Melayu terkemuka yang khusus untuk penjagaan diri dan juga peralatan mandian. Safi Shayla adalah syampu pertama yang khas direka dan dirumuskan untuk pemakai Hijab, dilancarkan pada bulan Oktober 2013. Jangkauannya diformulasikan dengan Habbatus Sauda, ramuan semulajadi yang terkenal di kalangan orang Melayu.

Rangkaian Syampu Safi Shayla Supa Lembut, Supa Wangi, Supa Ringan Bantu Masalah Rambut Berbau Walaupun Berhijab Seharian

Safi Shayla memang sangat sinonim dengan gadis atau wanita berhijab. Bukan marsha cakap yang tak berhijab tak sesuai. Semuanya sesuai, cuma ia lebih mengkhususkan kepada wanita yang berhijab. Biasanya wanita berhijab ni akan mengalami masalah rambut berbau kerana seharian berhijab dan berpeluh. Jadi Safi Shayla mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah rambut bau kepam ni.




Jangan Pandang Remeh Bila Rambut Berbau

Rambut berbau kepam adalah masalah utama yang menghantui wanita yang berhijab. Antara punca rambut berbau:

#1 Berpeluh


Jika korang jenis yang kuat berpeluh, korang memang cenderung memiliki rambut berbau. Ini adalah kerana peluh yang berkumpul di kepala dan rambut terutama jika kita mengikat rambut dan juga berhijab. Tiada ruang pengudaraan yang akan menjadi punca rambut berbau.

#2 Rambut Basah


Berpunca dari terlewat bangun atau dah lewat untuk kemana-mana. Kebetulan pula masa tu memang perlu untuk cuci rambut. Jadi rambut tetap dicuci dan terus diikat serta memakai hijab dalam keadaan basah tanpa sempat mengeringkan dengan lebih baik. Rambut yang tidak kering sempurna akan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.

#3 Jarang Syampu 

Sebenarnya masih ada lagi yang kurang menitikberatkan soal kebersihan dan kesihatan rambut. Berapa kerap perlu cuci rambut? Seeloknya maksimum 2 hari sehari untuk penjagaan rambut yang baik. Cuci setiap hari juga tidak elok untuk kesihatan rambut.

Ketika cuci rambut, jangan lupa pastikan ia dicuci dengan bersih tanpa kesan-kesan syampu ataupun perapi kerana ia bukan sahaja menyebabkan bau, ia akan mengundang masalah rambut lain seperti kelemumur serta rambut gugur. 

#4 Penggunaan Syampu yang Tidak Sesuai

Tak semua orang akan serasi dengan jenama syampu yang sama. Ada juga mengalami masalah syampu yang tidak sesuai atau serasi. Kesannya, rambut bau kepam dan juga kusut. Marsha juga mengalami masalah syampu tidak sesuai. Bila cuba Safi Shayla Supa ni alhamdulillah serasi dan selesa. Ia dirumus khas untuk semua jenis rambut.


Rangkaian Safi Shayla Supa Membantu Rambut Berbau Kepam

Untuk mengatasi masalah rambut berbau hapak, Marsha mencuba rangkaian Safi Shayla Supa yang mengandungi 3 produk iaitu:

>  SAFI SHAYLA Supa Smooth Fragrant Shampoo
>  Supa Leave On Cream ( 2 variasi ):

1. Supa Smooth and Fragrant Leave On Cream
2. Supa Hair Fall Control & Fragrant Leave On Cream





Rangkaian Safi Shayla Supa di formulasi khas dengan 11 kali lebih banyak nutrien dengan 11 kali ganda essential oil untuk membantu menghidrat dan menyuburkan rambut disamping haruman berkekalan hingga 72 jam.


Syampu SAFI SHAYLA Supa Smooth & Wangi

Syampu SUPA Mempunyai 2 saiz iaitu  320g & 640g



> Gabungan 11 'Essential Oils' yang kaya dengan nutrien dan memberikan kelembutan seperti sutera yang unggul
> Ringan, lebih lembut, lebih halus, tidak berminyak & rambut terurus
> Wangian tahan lama sehingga 72 * jam


SUPA Leave On Cream 120ml (2 Variasi) :

SAFI SHAYLA Supa Smooth & Fragrant Leave On Cream





> Gabungan 11 Minyak pati yang kaya dengan nutrien yang dengan serta-merta mengubah rambut keriting menjadi lebih unggul rambut sutera lembut, licin & semula jadi
> Wangian tahan lama sehingga 72 jam.
*Berdasarkan ujian makmal


SAFI SHAYLA Supa Hair Fall Control & Fragrant Leave On Cream

> Gabungan 11 Minyak pati yang kaya dengan nutrien
> Menguatkan rambut yang rapuh dengan serta-merta. Rambut jadi lebih lembut, kuat & semula jadi seperti sutera
Wangian tahan lama sehingga 72 jam.
* Berdasarkan ujian makmal

Cara penggunaan:


1. Bilas rambut dengan bersih selepas cuci rambut dengan SAFI SHAYLA Supa Smooth Fragrant Shampoo.
2. Sapu rata Supa Smooth and Fragrant Leave On Cream atau Supa Hair Fall Control & Fragrant Leave On Cream. Biarkan kering. Tak perlu dibilas.

SUPA Lembut, SUPA Wangi, SUPA Ringan


Safi Shayla SUPA X Tudung Ruffle



Kali ni Safi Shayla berkolaborasi dengan Tudung Ruffle dalam SUPA Haircare Kit. Kalau korang nak tahu, Tudung Ruffle ni adalah pakar tudung bawal tau. Kalau tengok instagram dan facebook Tudung Ruffle memang cantik-cantik rekaan tudung bawal senang bentuk keluaran Tudung Ruffle ni.



Marsha suka sangat rekaan khas dari @TudungRuffle ni sebab ianya nampak eksklusif sangat!


Jom Sertai 'Giveaway' Whatsapp dan Menang Supa Pink Vespa


SAFI Shayla akan membuat ‘giveaway’ satu-satunya Supa Pink Vespa bernilai RM17,000 sebagai Hadiah Utama dan hadiah wang tunai mingguan sehingga RM1,000 kepada pengguna bertuah yang menyertai Peraduan Whatsapp & Menang Vespa di seluruh negara bermula dari 1 Julai - 31 Julai 2021, ini. Hanya buat  pembelian minimum RM15 untuk sebarang produk SUPA SAFI Shayla. Menarik betul kan!

Jadi bersedia untuk shopping rangkaian Safi Shayla SUPA dan berpeluang memenangi hadiah lumayan! Info lanjut boleh layari instagram @SafiMalaysia. Korang boleh juga dapatkan Safi Shayla SUPA ni di shoppee SAFI MALAYSIA OFFICIAL STORE .

#ShaylaSupa 
#SafiSupa
#RambutSupaHariSupa

 
Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

17 sahabat ibu

  1. Rawlins suka betul dengan Safi nie. Makin lama, nampak makin menarik dan chic dia nyer packaging - dah sama level dengan jenama antarabangsa. R&D dia pun makin mantap

    ReplyDelete
  2. lom gi shopping shampoo lagi ni, marsha. memang pengguna tegar safi shayla.
    lom perasan yg baru ni :) nampak ohsem je. merah menyala :)
    ingredients ada eo. habbatus sauda. menarik. tq for sharing.

    ReplyDelete
  3. Belum pernah lagi pakai syampu safi. Skincare dia pernah la. Saya suka sebab harga mampu milik.

    ReplyDelete
  4. Menarik ya ada giveaway. Produk Safi pun da semakin dikenali. Zaman dulu produk halal popular jenama Zaitun.

    ReplyDelete
  5. Cantik packing dia. Warna merah merah pink. Tak sangka safi shayla ada keluarkan shampuuuuu baru. Nanti boleh la try. Yela, kadang rambut berbau bila bertudung terlalu lama kan..

    ReplyDelete
  6. Bagus safi shayla supa ni sebab mmg wangi giler. Dah la ruffle shawl tu lawa hehe

    ReplyDelete
  7. Prosuk yang menarik, bolehlah belikan untuk isteri tercinta.

    ReplyDelete
  8. Bagus betul, makin banyak dia keluarkan untuk cucian wanita berhijab, suka wangi ajeee kann.. nanti boleh try pink ni.. mana tau boleh menang hadiah tu..

    ReplyDelete
  9. Bagus la ada shampoo khas macam ni kan.. best juga ye beli shampoo boleh menang hadiah menarik ni...

    ReplyDelete
  10. Menarik giveaway tu.. bagus ada syampu yang mesra dengan pemakai tudung ni.

    ReplyDelete
  11. Botol packaging yang menarik. Mungkin mya boleh cuba produk Safi Shayla ini pula dalam mencari syampu yang sesuai.

    ReplyDelete
  12. suka bau shampu ni mmg wangi... jenis kalau berhijab kena cuba varian yang ini :-)

    ReplyDelete
  13. terima kasih kerana memahami keperluan wanita berhijab.

    ReplyDelete
  14. syampoo ni wangi, kaella pun suka.

    ReplyDelete
  15. Nanti nak beli dan cuba shampoo safi yang baharu nih, ohh dekat shopee boleh beli.. nak check in shopee jap lagi

    ReplyDelete
  16. selalu gak abam kie belikan syampu Safi ni kpd anak2. Yg pasti halal n suci...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)