4 Langkah Atasi Bau Badan dengan Rangkaian SAFI Hijabista Bodycare | Assalamualaikum. Penampilan sangat penting bila kita nak keluar even jarak dalam 10KM je semasa PKP atau PKPD ni. Sebagai seorang gadis atau wanita, dah jadi lumrah kita nak nampak yakin dan kemas apabila berada diluar.
Dengan cuaca yang panas sekarang ni, ada juga antara hijabista yang masih perlu ke pejabat dan suka berfesyen. Dengan pakai 'outfit' yang mungkin bergaya dan agak tebal, akan menyebabkan badan mudah berpeluh dan berbau. Tak perlu tunggu ditegur pun kita pun masih boleh bau jika badan kita berbau. Betul tak?
Punca Bau Badan Bukan Sebab Berpeluh Saja
Punca bau badan sebenarnya bukan sebab peluh sahaja. Ada beberapa lagi punca yang menyebabkan bau badan. Jom kita tengok punca bau badan yang lain
#1. Kesan sampingan ubat-ubatan
Kesan dari ubat-ubatan memang akan menyembuhkan penyakit tertentu tetapi ia akan menyebabkan badan berbau. Sebagai contoh ubat demam biasa akan menjadi punca kita berpeluh.#2. Ketagihan makanan pedas
Bila kita adalah penggemar makanan pedas, diet pemakanan kita juga akan menyumbang kepada punca bau badan. Pengambilan rempah yang kerap seperti bawang atau cili yang membuat makanan menjadi panas seterusnya akan memerlukan badan kita untuk mengeluarkan gas yang mengandungi sulfur untuk menguraikannya. Ia kemudiannya akan berada dalam darah lalu menyebabkan badan berbau.Ada juga antara sayuran yang menyebabkan bau badan seperti brokoli, taugeh dan lain-lain.
#3. Tekanan yang berlebihan
Jika kita stress, peluh yang keluar akibat stress akan lebih berbau berbanding peluh yang biasa.Jadi kita perlu lebih relaks untuk mengurangkan stress. Juga perlu membasuh baju anda secara kerap untuk menghalang pertumbuhan bakteria.
#4. Penggunaan baju dalam yang terlalu lama
Ini adalah masalah utama kita sebagai gadis dan wanita. Kebanyakan masih mengabaikan pembasuhan baju dalam mereka. Kalau korang nak tahu, baju dalam meliputi kawasan yang paling mudah berpeluh seperti ketiak, belakang dan dada. Jadi kita kena kerap basuh baju dalam kita untuk elakkan dari badan berbau.
SAFI Hijabista Bodycare Beri Keselesaan dan Keyakinan kepada Hijabista
Bermula Julai ni, SAFI sudah mula memperkenalkan rangkaian terbaru iaitu SAFI Hijabista Bodycare yang terdiri dari:
- Antibacterial Deodorant Roll On
- Antibacterial Deodorant Spray
- Aqua Gel Lotion
- Soothing Gel
Safi Hijabista Bodycare adalah rangkaian penjagaan badan pertama di pasaran yang dibuat khas untuk keselesaan Hijabista di Malaysia. yang diformulasikan khas untuk hijabista yang suka bergaya, supaya si pemakai merasa segar, selesa dan yakin dengan gaya sepanjang hari walaupun pakai 'outfit' yang berlapis-lapis.
Rangkaian produk SAFI Hijabista Bodycare juga dirumuskhas dengan Teknologi 7 Pro Action & Scent Care untuk untuk kekal yakin dan segar berasa & kelihatan hebat di mana sahaja. Ia dirumuskhas dengan bahan 'skin loving' iaitu dari bahan semula jadi untuk mengatasi bau badan.
Ia juga diuji secara klinikal & dermatologi. Bebas dari paraben, alkohol, pewarna, minyak mineral, ujian haiwan. Formulasi yang menyegarkan, ringan, tidak melekit, penyerapan pantas dan juga bernafas.
Korang boleh gunakan tanpa was-was kerana SAFI adalah jenama Halal terkemuka yang terdiri daripada rangkaian penjagaan kulit, penjagaan diri dan peralatan mandian yang lengkap produk yang dibangunkan secara eksklusif untuk memenuhi keperluan moden Wanita dan lelaki muslim. Dibuat dengan semula jadi terbaik ramuan yang menepati kehendak Syarak dan diperakui HALAL oleh JAKIM.
4 Langkah Atasi Bau Badan dengan Rangkaian SAFI Hijabista Bodycare
Antibacterial Deodorant Roll On
SAFI Antibacterial Deodorant Roll On diformulasikan dengan 7 Pro Action & Scent Care Technology untuk keselesaan hijabista yang aktif seharian dan yang suka berfesyen. Ia memberikan perlindungan selama 48 jam dan diuji secara dermatologi serta klinikal. Menggunakan konsep 'Easy Glide Aplicator' supaya senang digunakan. 7 Pro Action:
• Anti Bakteria
• Anti Bau
• Anti Peluh
• Anti Tekanan Kulit
• Anti Kerengsaan
• Anti Noda
• Anti Melekit
Ianya cepat kering dan tak rasa basah walaupun kita berada dalam keadaan yang panas dan juga mudah berpeluh. Terdapat dalam 3 varian iaitu Healthy White – Apricot & Pearl Powder, Dry Fresh – Aloe Vera & Cucumber dan Soft & Smooth – Shea Butter & Almond Oil
Antibacterial Deodorant Spray
SAFI Antibacterial Deodorant Spray juga diformulasikan dengan 7 Pro Action & Scent Care Technology untuk keselesaan hijabista. Jika korang tak selesa guna jenis 'roll on', korang boleh guna yang bentuk penyembur ni. Ia juga mengekalkan perlindungan selama 48 jam, diuji secara dermatologi dan klinikal. Ianya tak melekit dan mempunyai 7 Pro Action:
• Anti Bakteria
• Anti Bau
• Anti Peluh
• Anti Tekanan Kulit
• Anti Kerengsaan
• Anti Noda
• Anti Melekit
Antibacterial Deodorant Spray ini terdapat dalam 3 varian sama seperti 'roll on' iaitu Healthy White – Apricot & Pearl Powder, Dry Fresh – Aloe Vera & Cucumber dan Soft & Smooth – Shea Butter & Almond Oil. Ia cepat kering dan sangat selesa macam tak pakai apa-apa pun...hihi
Aqua Gel Lotion
SAFI Aqua Gel Lotion adalah gel ringan yang membantu menghidrat kulit dan ia juga diformulasikan dengan 7 Pro Action & Scent Care Technology. Sesuai sangat untuk yang mempunyai masalah kulit kering. Kulit akan jadi lembih lembap. Ia juga diuji secara dermatologi dan klinikal. Jadi tak perlu risau. Mempunyai tekstur dan ringan dan tak melekit. 7 Pro Action:
- Meremajakan kulit kering
- Mengembalikan penghidratan
- Mengekalkan kelembutan kulit
- Menyegarkan sensasi aqua
- Meredakan kulit yang stress
- Menyegarkan kulit
- Mengurangkan kesan garis-garis halus
Bila sapu dikulit ia akan menyerap dengan pantas. Memang selesa sangat pakai. Berpeluh pun tetap rasa kering. Aqua Gel ni datang dengan 2 variasi iaitu, Soothing Fresh (Aloe Vera) – Soothes & Calms Skin dan Radiant Fresh (Pomegranate) – Repairs & Brightens Skin.
Soothing Gel
SAFI Soothing Gel pula ialah gel ringan yang menghidrat kulit dengan penggunaan pelbagai fungsi. Seperti 3 produk SAFI yang ada dalam SAFI Hijabista Bodycare, ia juga diformulasikan dengan 7 Pro Action & Scent Care Technology dan diuji secara dermatologi. Ia dihasilkan dari 100% bahan aktif semulajadi.
Sesuai untuk:
• Membantu merawat keradangan kulit
• Membantu melicinkan tumit retak
• Kulit gebu / mengelupas
• Aplikasi elepas bercukur
• Rawatan rambut
• Pelembap badan
Terdapat dalam 2 varian iaitu, 100% Natural Aloe Vera – Soothes, Refreshes & Hydrates Skin dan 100% Natural Pomegranate – Soothes, Refreshes and Brightens Skin. Marsha suka sangat sebab teksturnya ringan dan tidak melekit. Paling best ianya pantas menyerap ke dalam kulit.
SAFI X Tudung Ruffle
Selepas dengan SAFI Shayla X Tudung Ruffle, sekali lagi SAFI Malaysia berkolaborasi dengan Tudung Ruffle dalam SAFI Hijabista Bodycare ni. Jenama Tudung Ruffle ni tak asing lagi di kalangan hijabista dan ia pakar dalam pembuatan tudung berbentuk 'square' dan juga shawl. Material dan juga design dia cantik-cantik belaka. Kalau tengok dekat IG Tudung Ruffle ni memang rambang mata.
Bebeza dengan kolaborasi sebelum ni dengan tudung berbentuk 'square' tema warna pastel lembut, kali ni Tudung Ruffle datang dengan koleksi yang lebih berani dan unik. Dengan padanan shawl plain dan scarf bercorak. Marsha pun seronok menggayakan Tudung Ruffle dengan konsep 2 lapis. Memang best dan selesa!
Bebeza dengan kolaborasi sebelum ni dengan tudung berbentuk 'square' tema warna pastel lembut, kali ni Tudung Ruffle datang dengan koleksi yang lebih berani dan unik. Dengan padanan shawl plain dan scarf bercorak. Marsha pun seronok menggayakan Tudung Ruffle dengan konsep 2 lapis. Memang best dan selesa!
Peraduan Momen Yakin #Hijaboleh SAFI Berpeluang Menang iPhone 12!
Bermula 1 Julai hingga 31 Ogos 2021, SAFI menganjurkan Peraduan Momen Yakin #Hijaboleh. Cara nak join pun senang je. Hanya kongsikan momen yang paling aktif dan yakin dalam gambar di Instagram korang.
Korang berpeluang memenangi Iphone12 dan banyak lagi hadiah menarik! Jangan lepaskan peluang! Maklumat lanjut boleh rujuk instagram @safimalaysia https://www.instagram.com/safimalaysia/ ok!
Korang boleh juga dapatkan SAFI Hijabista Bodycare ni di Boleh dapatkan Safi Hijabista BodyCare di Shopee Offial Safi https://shp.ee/itwfry7 .
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
15 Comments
Suka dengan brand Safi ni.
ReplyDeletewahhh menarik lah
ReplyDeleteSAFI Hijabista nih bagus untuk penjagaan bau badan wanita lah
terbaik!
serius lea suka produk safi terbaru ni... semuanye best.. wangi lak tu..
ReplyDeleteBab bau badan ni yg paling risau kan
ReplyDeleteWow......this set looks good! Bagus btul Safi ambil berat tentang wanita berhijab. Thank you for sharing your review.
ReplyDeleteWahhh Safi dah ada deodorant eh kak. Camana bau dia? Best tak? Hehehe. Saya nak cuba Safi punya pula lah. Harga mesti berpatutan kan. Hehe
ReplyDeleteBagus la Safi dah keluarkan deodorant. Saya memang memakai deodorant. Kalau tak pakai rasa tak syok. Bau badan?. Memang risau la....
ReplyDeleteMakin lama makin chic packaging Safi. Rawlins suka!
ReplyDeleteAda contest plak? Ok. Esok nak cari la hahaha
banyak produk penjagaan badan dari safi, kena cuba juga produk ni semua :)
ReplyDeletethis is a very good one... so many tips you shared about body odour and glad have safi that can help to prevent and cure
ReplyDeleteBagus juga ada set wanian badan gini, nak guna sendiri atau nak jadikan hadiah pun bagus kann.. nanti nak cuba nengok dan bau laaa kalau pi Watson ke.. mesti bau dia freshh...
ReplyDeleteBagus ada produk SAFI Hijabista Bodycare
ReplyDeleteWah set Safi ni memang bagus untuk penjagaan kebersihan diri and bodycare
ReplyDeleteNice la deorang finally keluarkan produk penjagaan diri. Lama dah tunggu.
ReplyDeleteThis article gives the light in which we can observe the reality. This is very nice one and gives indepth information. Thanks for this nice article.
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)