Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature. Water Based Moisturizer Bantu Masalah Kulit Kering dan Kemerahan| Assalamualaikum. Semakin menginjak umur menghampiri 40-an, Marsha perasan kulit wajah Marsha semakin lama semakin kering dan mudah keradangan, pedih dan gatal bila terdedah lama diluar. Pelbagai supplemen tambahan ambil dan juga cuba pelbagai pelembap namun banyak darinya tak sesuai dengan kulit Marsha yang kombinasi ni. Kulit kombinasi ni sangat renyah sebab ianya ada 'oily zone' di bahagian T-Zone dan bahagian lain pula kering. Kebanyakan pelembap diluar sana pula berasaskan minyak dan memang langsung tidak sesuai dengan kulit Marsha.
Ditambah dengan 'work from home' lagi lah Marsha kurang jaga kulit sebab pikir duduk dirumah je bukan terdedah dengan cuaca panas diluar pun. Namun jangkaan Marsha salah. Di rumah Marsha terdedah hampir 24 jam sehari dengan 'blue light' dari komputer, laptop dan juga telefon bimbit. Sebenarnya ia memberi kesan yang sama dengan kita berjemur dibawah matahari terik. Dari sini baru Marsha insaf dan mencari alternatif untuk rawat balik kulit wajah Marsha yang kering dan mudah radang ni. Marsha perlu cari pelembap yang water based untuk kulit Marsha yang kering ni.
Memandangkan PKPD di Perak 2 minggu lepas dan disambung dengan PKP, Marsha kurang keluar untuk elakkan dari contact luar. Jadi Marsha cuba 'google' moisturizer terbaik untuk kulit kering . Akhirnya setelah tengok beberapa review pelembab untuk kulit kering yang positif, Marsha buat keputusan nak cuba produk dari Hansaegee Nature iaitu Aqua Whitening Cream.
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature
Marsha memang fokus cari pelembap water based kerana bila baca tips kecantikan kulit, untuk kulit kombinasi hanya sesuai dengan 'water based moisturizer'. Akhirnya Marsha jumpa juga pelembap berasaskan air untuk kulit kering dan dalam masa yang sama ianya juga berfungsi untuk mencerahkan kulit. Nak jaga kulit kering ni bukan senang, tak boleh missed pakai pelembap setiap hari dan juga kena minum air yg cukup setiap hari.
Bahan Utama Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Sebelum decide nak cuba Aqua Whitening Cream ni, Marsha dah buat kajian dulu selain feedback positif dari pengguna dekat page Hansaegee Nature. Marsha juga kaji ingredient Aqua Whitening Cream ni dan alhamdulillah kandungannya semua ok. Ianya juga tidak mengandungi alkohol, sulfate dan paraben. Jom kita tengok kandungan Aqua Whitening Cream ni:
Water, Cyclopentasiiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Niacinamide, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Camellia japonica seed oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-1-/1 Dimethicone, DMDM Hydantion, Perfume, Gardenia florida fruit extract.
Ini bermakna ia terbukti mengandungi kandungan air yang paling banyak. Jelas nampak kandungan utama ia adalah air. Sebab itulah Marsha memilih Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni sebab ia memang berasaskan air. Bukan hanya cakap-cakap je.
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ini mengandungi 2 bahan yang utama iaitu:
Camellia Japonica Seed Oil
- Anti-kulat
- Tidak menyumbat liang roma dan menghalang jerawat dari muncul.
- Membantu melembapkan kulit kering dan membantu melegakan keradangan kulit.
- Melembap jauh ke dalam lapisan kulit bawah.
Niacinamide
- Membantu mencerahkan kulit
- Kawalan minyak, kulit yang bersih & tegap.
- Membantu dalam memperbaiki garis halus dan kulit kusam.
- Mengecilkan liang pori dan dapat mengawal kulit berminyak.
Kelebihan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Pada awalnya, Marsha memang nak cuba Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni untuk melembapkan kulit Marsha yang kering. Rupa-rupanya ia bukan hanya melembapkan dan menghidratkan kulit sahaja. Ada banyak manafaat lagi...antaranya ialah
> Membantu melegakan keradangan kulit
> Membantu menyegarkan kulit
> Membantu mengawal lebihan minyak / sebum
> Membantu memutihkan kulit
> Membantu sekatakan warna kulit
> Membantu melegakan kulit sensitif
> Membantu menyamankan kulit bila berada dalam cuaca panas
> Membantu menyamankan kulit bila berada dalam cuaca panas
> Membantu mencerahkan kulit
> Membantu melegakan kulit yang terbakar ( sunburn )
> Sesuai untuk semua jenis kulit
Tekstur Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature pula sangat ringan dan tidak berminyak. Bila pakai tu lupa rupanya Marsha tengah pakai skincare...hihi
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature, Pelembab Dengan Water Based
Marsha ada baca beberapa review dari pengguna Aqua Whitening Cream ni dimana 'water drop' akan terhasil selepas beberapa kali urutan. Marsha juga dah cuba dan Marsha cuba aplikasi di tangan untuk kelihatan lebih jelas. Betul! Water drop memang muncul. Memang pertama kali Marsha tahu ada krim yang mengeluarkan 'water drop' teruja sangat!
Cara Penggunaan
Cara penggunaan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni sangat simple. Jom tengok step bergambar yang Marsha buat untuk korang lebih jelas dan faham.
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature Sesuai Dengan individu Lifestyle Yang Aktif
Marsha mengamalkan gaya hidup yang aktif. Walaupun Marsha sibuk dengan kerja hakiki sebagai guru, namun Marsha masih bersenam setiap hari. Biasanya hari kerja Marsha akan bersenam ringan dirumah. Pada hari minggu pula Marsha akan keluar joging di kawasan taman perumahan. Sejak kebelakangan ini pula walaupun pagi dah terasa bahang cuaca panas.
Pemakaian Aqua Whitening Cream Hansaegee ni langsung tak merimaskan Marsha semasa berjogging atau bersenam. Ianya tidak rasa melekit walaupun Marsha berpeluh. Rasa ringan dan selesa. Kalau sebelum ni Marsha selesa jogging atau bersenam dengan 'bare face' tanpa apa-apa krim dimuka. Tapi sekarang Marsha lebih selesa memakai Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature sebab kulit muka tak rasa pedih dan sangat selesa walaupun kena cahaya matahari.
Kulit tak nampak kemerahan walaupun baru lepas jogging. Masih bertenaga. |
Testimoni Selepas Penggunaan Selama 1 Minggu
Hari pertama Marsha mencuba Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni Marsha terus jatuh cinta sebab kulit Marsha rasa rasa selesa dan nyaman selepas sapu. Kebetulan masa tu kulit wajah Marsha rasa pedih akibat keradangan dan juga alahan sebab pakai face mask.
Sebelum Marsha jatuh cinta dengan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni, kulit Marsha kering dan menggelupas. Juga mudah kemerahan dan keradangan walaupun keluar sekejap sahaja. Kulit memang sensitif sangat dengan cuaca panas dan matahari. Bila dekat rumah pula Marsha memang tak pakai apa apa sebab Marsha nak bebas dari skincare untuk elakkan kulit keradangan.
Marsha juga hampir 24 jam sehari di hadapan laptop dan juga telefon bimbit kerana kerja hakiki dan rupanya ianya juga menyumbang kepada kulit kering. Senba kulit Marsha banyak terdedah dengan 'blue light'. Apakan daya sebab kerja Marsha memang kena buat kelas online dan banyak lagi.
Sekarang Marsha tak ketinggalan walau sehari konsisten dengan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature sebab ia rasa sejuk dan kulit Marsha sudah tak ada masalah keradangan walaupun Marsha keluar dalam keadaan cuaca panas. Kulit Marsha pun tak mudah 'sunburn'. Nak jogging pun tak risau dah. Selesa sangat! Ia juga senang meresap ke dalam kulit.
Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature Bantu Kulit Marsha Lebih Lembap Dalam Masa Seminggu
Marsha sangat-sangat teruja nak kongsikan hanya seawal 1 minggu Marsha dapat rasai perubahan setelah mencuba Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature. Secara luaran, kulit Marsha lebih lembap, tak mudah radang, gatal dan juga menggelupas seperti sebelum ini.
Kulit pun nampak lebih anjal dan paling tak sangka, garis halus pun dah berkurang. Marsha memang sangat selesa dengan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni dan tak tukar lain dah! Sebab water drop yang terhasil selepas diurut lembut akan mengekalkan kelembapan kulit luar dan dalam.
Tekstur pula ringan dan tidak melekit. Penyerapan pantas dan paling best ianya bebas Paraben, Sulfat dan Alkohol. Ianya 100% original made in Korea. Maksudnya ianya sangat sesuai untuk kulit asia dan wanita di Malaysia tergolong dalam kulit asia.
Tekstur pula ringan dan tidak melekit. Penyerapan pantas dan paling best ianya bebas Paraben, Sulfat dan Alkohol. Ianya 100% original made in Korea. Maksudnya ianya sangat sesuai untuk kulit asia dan wanita di Malaysia tergolong dalam kulit asia.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian, boleh layari terus:
🍁Brand: Hansaegee Nature
🍁Website: www.hansaegee.com/shop
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
16 Comments
Kulit sis pun kombinasi. Ada kering dan berminyak juga. Kena cari yang water base juga. Anak sis berminyak pun sesuai juga pakai yang water base.
ReplyDeleteAduh. Muncul lagi review Hansaegee nie. Nampak gaya memang kena beli la nie sebab elok benar kejadiannya.
ReplyDeleteBestkan cream aqua whitening ni.. mudah nak pakai dan cepat meresap . Serius suka sangat-sangat sebab ia tak melekit tekstur water based sangat sesuai dgn skin CCL
ReplyDeletebanyak kebaikan produk hansaegee whitening cream, kulit pun makin cantik. nice sharing :)
ReplyDeletegood to know this is a water based type moisturiser and i like this kind of cream... gonna check this out myself
ReplyDeleteJenama ni memang best. Dia berasaskan air, so mudah meresap. Sunscreen dia best. Moisturizer yang akak guan ni pun best. Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature memang wajib pakai daily. Walaupun duduk rumah tau ksk. Selamat Hari Raya AidlAdha kak.
ReplyDeletevery nice skin care products from the brand! Your skin looks fair and smooth after using
ReplyDeletehuda pun dah guna krim ni. serius best giler. magic kan bila jadi water drop tu. best2
ReplyDeleteKulit saya tak sensitif sgt, tp sy suka guna produk utk kulit sensitif sbb ia lembut dan melembabkan.
ReplyDeleteSemakin naik ye brand Hansaegee ni. Nampak ramai juga pengguna brand ni.
ReplyDeleteProduk Hansagee ni memang baguslah, Sis sampai sekarang still guna lagiii.. kulit dulu kering, now dah elok dahh...
ReplyDeleteOne of the brand yg pernah guna dan best.. sebab ianya water based jd x melekit
ReplyDeletewow bagusnya produk ni! bolehlah recommend dekat adik gn mak nanti since lelaki tak boleh pakai kan? hahaha
ReplyDeleteThis article gives the light in which we can observe the reality. This is very nice one and gives indepth information. Thanks for this nice article.
ReplyDeleteHai.. saya dah try aqua whitening hansaegee ni 6 hari. tapi normal ke kalau kulit muka saya rasa gatal² sikit? bila keluar rumah muka berpeluh makin gatal. area keliling mulut jadi bertambah kering. atau ini semua kesan awal saja? perlu teruskan ke atau stop?
ReplyDeleteHi tq tinggalkan komen. Ya normal dia amik masa untuk healing crisis. Lepas tu insyaAllah ok
DeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)