BenQ Screenbar E-Reading Lamp : Pilihan Lampu Meja Moden Yang Sesuai Untuk Monitor dan Belajar

BenQ ScreenBar e-Reading Lamp: Pilihan Lampu Meja Moden Yang Sesuai Untuk Monitor dan Belajar | Assalamualaikum. Lampu meja amat penting dan menjadi salah satu item yang wajib di meja belajar atau meja kerja. Ianya amat penting untuk memberi 'support' pada mata. Jika tidak mata akan bekerja keras dan kita mungkin akan mengalami masalah mata jika tidak dibendung dengan serius.

Sebagai ibu bapa, kita perlu menyokong anak-anak kita dalam pelbagai aktiviti, terutama ketika belajar. Dalam wabak pandemik sekarang ini, anak-anak diminta belajar dari rumah, PDPR. Sudah tentu korang ingin menemani anak tersayang belajar dengan optimum semasa di rumah.

Kanak-kanak adalah yang paling mudah terganggu. Sekiranya suasana dan persekitaran pembelajaran tidak memenuhi syarat, jelas bahawa dia akan mudah terganggu dan tidak dapat belajar secara optimum. Sebagai ibu bapa, kita harus mewujudkan tempat yang selesa untuk belajar dan anak-anak dapat fokus. 

Terdapat beberapa item yang dapat menyokong pembelajaran anak-anak, termasuk meja dan kerusi belajar, buku teks, komputer riba dan internet, tak lupa juga lampu belajar. Pelbagai keperluan ini akan menjadikan anak-anak lebih rajin ketika belajar. 

Biasanya lampu belajar menjadi iteam yang kurang penting. Tapi tahukah ianya adalah sangat penting? Ianya sangat penting dalam usaha kita menjaga mata anak-anak kita supaya sihat.

Lampu belajar akan memudahkan kanak-kanak belajar. Pencahayaan di sekitar anak lebih baik dan ini akan menjadikan mata anak lebih terlindung. Anak menjadi lebih fokus dan sudah tentu dia dapat belajar dengan lebih optimum.

Pengeluar moden menawarkan pelbagai model bergaya dan menarik yang memberikan bukan sahaja pencahayaan yang sangat baik, tetapi juga membantu dalam dekorasi. Tapi, betul ke ianya memberikan pencahayaan yang cukup untuk mata?

Tips Memilih Lampu Belajar Yang Sesuai 



#1 Pilih Saiz Yang Sesuai


Dalam pemilihan lampu belajar untuk anak-anak, perkara pertama yang mesti paling penting adalah ukuran lampu. Di luar sana, ada lampu yang sangat kecil dan ada juga lampu bersaiz besar. Sesuaikan ukuran lampu dengan luas meja dan luas bilik.

Jangan biarkan siaz lampu terlalu besar untuk meja sehingga meja kelihatan terlalu penuh. Ini akan menjadikan keadaan meja kelihatan kurang kemas malah menjadikan anak tidak menumpukan perhatian untuk belajar.

Pastikan ukurannya sebanding dengan kawasan meja di mana ia diletakkan. Elakkan lampu yang terlalu besar agar tidak mengurangkan keselesaan dan mengganggu aktiviti.

#2 Pilih yang ada ciri  'Dimmer'

Semasa nak membeli lampu belajar untuk anak-anak, perhatikan ciri tambahan yang ada. Pastikan terdapat ciri 'dimmer' pada lampu belajar yang korang nak beli. Ciri ini sangat penting pada lampu belajar. Ini adalah ciri yang dapat menyesuaikan intensiti cahaya sehingga kita dapat meredupkan atau menerangkan cahaya seperti yang diinginkan.

Keberadaan ciri 'dimmer' ini membolehkan kita menyesuaikan cahaya bergantung kepada keadaan ketika anak ingin belajar, misalnya pada waktu siang atau malam hari. Dengan membeli lampu belajar yang mempunyai ciri ini, anda juga dapat menggunakannya sebagai lampu tidur juga.

#3 Pilih Lampu Reflektor yang Baik


Korang juga boleh memilih lampu belajar dengan reflektor yang baik. Reflektor adalah ciri penting lampu belajar. Ciri ini berguna untuk memantulkan cahaya dari lampu ke objek sasaran. Semakin terang pantulan, semakin baik reflektor yang digunakan.

Reflektor dapat menjadikan jarak sinar cahaya lebih luas. Cahaya yang luas tentu baik untuk anak-anak yang sedang belajar. Ini akan menjadikan keseluruhan kawasan meja mendapat pencahayaan yang baik dan tidak merasa kontras pada mata.

Selain itu, kehadiran reflektor juga menjadikan kawasan pembelajaran anak-anak kurang panas kerana pancaran cahaya. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat membaca, menulis, dan belajar dengan lebih selesa.

#4 Pilih Kecerahan Lampu


Jangan lupa memilih lampu belajar kanak-kanak dari segi kecerahan lampu. Cahaya yang terlalu terang boleh menyakitkan mata. Begitu juga dengan cahaya yang terlalu redup, ia dapat membuat mata sakit lebih cepat.

Sekiranya anda membeli lampu kajian jenis LED, akan terdapat maklumat LUX yang merupakan tahap kecerahan lampu. LUX adalah satuan jumlah cahaya yang dihasilkan.

Lampu belajar dengan kuasa 4 watt bersamaan dengan 350 LUX, sementara 14 watt bersamaan dengan 1400 LUX. Lampu dengan cahaya kurang dari atau sama dengan 500 LUX dapat memberikan cahaya yang mencukupi untuk belajar.

#5 Pilih Bentuk dan Warna Lampu yang Disukai Anak


Bagi kanak-kanak, bentuk dan model lampu belajar sangat penting untuk diperhatikan. Cuba pilih bentuk yang menarik agar anak-anak lebih aktif dalam pembelajaran. Hari ini terdapat banyak lampu belajar dengan bentuk menarik di pasaran.

Ada yang berbentuk watak kartun, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan ada juga yang dilengkapi dengan bekas pensel. Korang boleh memilih mana yang disukai oleh anak anda. Jemput dia untuk turut serta dalam memilih lampu belajarnya sendiri.

Jangan lupa juga memilih warna yang menarik untuk lampu belajar. Korang boleh menyesuaikan warna lampu belajar dengan tema meja belajar anak atau warna kegemaran anak.


BenQ Screenbar E-Reading Lamp Pilihan Lampu Meja Moden Yang Sesuai Untuk Monitor dan Belajar Dengan Rekaan Jimat Ruang




Mengapa Marsha Memilih BenQ Screebar E-Reading Lamp?

Mengikut kajian,  menunjukkan bahawa kita bekerja di komputer selama rata-rata 5.7 jam setiap hari. Tambah pula anak Marsha PDPR mula kelas jam 800 pagi, jam 10.00 pagi rehat setengah jam kemudia sambung balik hingga jam 2 petang. Sama juga dengan Marsha.

Menatap skrin begitu lama menyebabkan kerengsaan mata. Untuk menghilangkan rasa tidak selesa ini, rehat yang cukup amat membantu, tetapi rahsia untuk menghilangkan ketegangan mata adalah pencahayaan yang mencukupi.

Lampu meja tradisional atau lampu meja yang biasa mempunyai beberapa masalah iaitu, kecerahan yang tidak betul, ruang yang agak terhad & juga ada pantulan pada skrin. Marsha jenis yang 'less is more' jadi ciri-ciri pada BenQ Screenbar E-Reading Lamp ni memang menepati ciri-ciri yang Marsha cari, simple dan boleh lindungi mata.

#1 Pencahayaan 500 Lux Terbaik Untuk Membaca dan Membuat Kerja

Pada lampu meja yang dijual diluar, tahap kecerahan berbeza. Ada yang terlampau terang dan ada juga yang agak malap. Pupil mata akan mengembang jika cahaya agak malap dan akan mengecil bila cahaya agak terang. Jika kita megambil masa yang agak lama didepan skrin atau monitor, pupil mata kita akan mengembang dan mengecut serta membuatkan mata kita stress dan mudah tegang.

Mengikut kajian, pencahayaan 500 Lux ialah pencahayaan yang paling ideal mata kita perlukan untuk membaca atau membuat kerja. Pencahayaan 500 lux permukaan meja memastikan bahawa kita dapat melihat semua yang ada di hadapan skrin dengan jelas. Amalan Standard Nasional Amerika untuk Pencahayaan Pejabat mengesyorkan tahap pencahayaan pada 500 lux.

BenQ Screenbar E-Reading Lamp mempunyai 8 tahap kecerahan warna dari julat 2700K (warm light) hingga 6500K (cool light). Warm light untuk pencahayaan santai dan cool light pula membantu untuk kita lebih fokus semasa membuat kerja. Juga mempunyai 14 kecerahan boleh laras.


 

#2  Auto Dimming

Jika pencahayaan bilik kurang stabil, mungkin terlampau terang atau gelap. BenQ Screenbar E-Reading Lamp mempunyai ciri 'auto dimming' yang boleh menyesuaikan pencahayaan secara automatik ke 500 Lux.

Sensor cahaya akan mengesan pencahayaan dan memberikan input kepada ciri 'auto dimming' untuk sesuaikan pencahayaan. Jom tengok perbezaan.

Perbezaan cahaya persekitaran


#3  Jimat Ruang

Marsha memang jenis individu yang sangat ringkas. Jadi untuk meja belajar anak-anak, Marsha lebih prefer ianya nampak kemas dan tak serabut dengann barang-barang. 

BenQ Screenbar E-Reading Lamp ni tak mempunyai tapak dan secara tak langsung ia memberikan ruang yang lebih pada meja belajar anak-anak.

Less is more


#4  Tiada Silau Skrin, Penjimatan Kuasa

BenQ Screenbar E-Reading Lamp tidak menghasilkan silau di monitor. Ia mempunyai reka bentuk optik asimetrik yang hanya menerangi meja dan tidak bersinar di skrin, mengelakkan silau pantulan. Memang sangat selesa.







#5  Hanya Guna USB Untuk ON kan

BenQ ScreenBar E-Reading Lamp boleh terus di hidupkan melalui USB yang ada pada komputer, pengecas telefon atau power bank, mana-mana  USB cord dapat menghidupkan ScreenBar dan menerangi meja korang. Tak renyah kan?




ScreenBar menyambung semula tetapan suhu dan kecerahan warna yang terakhir yang korang telah setkan dan dah boleh buat kerja!

#6 Direka Untuk Semua Jenis Monitor

BenQ ScreenBar E-Reading Lamp ni untuk monitor jenama BenQ sahaja ke? Ni berita baik! BenQ ScreenBar E-Reading Lamp direka khas untuk semua jenis monitor yang ada di luar sana. Jadi kalau korang nak dapatkan BenQ ScreenBar E-Reading Lamp ni boleh terus order sebab ia sesuai dengan semua jenis monitor.




# Ada Waranti & On-Site Pickup Servis

BenQ Screenbar E-Reading Lamp disertakan dengan jaminan 2 tahun waranti dan juga menawarkan On-Site Pickup Service. Menarik kan? Jika ada masalah kita tak perlu pening dah.



Pengalaman Marsha Menggunakan BenQ ScreenBar E-Reading Lamp

Alhamdulillah. Marsha betul-betul rasa puas hati menggunakan BenQ ScreenBar e-Reading Lamp ni sebab mata Marsha kurang rasa tegang dan mudah nak tidur. Kalau dulu, mata agak tegang bila siang PDPR dan malam pula menyiapkan artikel. Sekarang semua tu tak menjadi masalah.

Jika dulu monitor akan ada silau, sekarang ni mata dah sakit dah sebab silau. Marsha boleh siapkan kerja dalam keadaan bilik gelap tanpa menganggu ahli keluarga lain yang sedang tidur sebab cahaya hanya fokus kepada meja sahaja. Sakit kepala yang selalu datang jika duduk depan monitor agak lama pun dah berkurang. Marsha sangat-sangat happy bila tahap kesihatan Marsha yang dulu kerap sakit kepala dan kini boleh tersenyum lebar.

Walaupun ianya direka khas untuk monitor, ia tak menjadi masalah jika kita nak jadikan ia sebagai lampu tidur sebab ianya tidak mengganggu mata kita. Ianya sangat-sangat berbeza dengan lampu meja yang biasa dan sangat fleksibel. Memang puas hati!


Jom Elakkan Mata Penat Dengan BenQ ScreenBar e-Reading Lamp!

Korang hadapi masalah ketegangan mata sama dengan Marsha akibat mengadap skrin terlalu lama? Marsha sangat sarankan BenQ ScreenBar e-Reading Lamp ini untuk korang. 

Korang boleh dapatkan BenQ ScreenBar e-Reading Lamp ni secara online di website BenQ, juga boleh dapatkan di kedai rasmi Shopee BenQ juga kedai rasmi LazMall BenQ seperti dibawah:







BenQ Screenbar – 2 Years Warranty

Maklumat lanjut untuk Screenbar dan pelbagai lagi produk BenQ




Website: BenQ Malaysia
Facebook: BenQ Malaysia





Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

18 Comments

  1. n pun guna BEN Q , best boleh adjust mcm ni juga. Berbaloi beli dan guna.

    ReplyDelete
  2. n pun guna BEN Q , best boleh adjust mcm ni juga. Berbaloi beli dan guna.

    ReplyDelete
  3. Banyak kelebihannya. Nak Cari juga lah satu untuk anak nanti

    ReplyDelete
  4. suka juga dengan e-reading lamp benQ ni kak. boleh adjust temperature ikut mata cx yang silau teruk ni. heheh. selesa sgt mata.

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing this BenQ ScreenBar e-Reading Lamp, i need to buy one also.

    ReplyDelete
  6. Lamp monitor ni memang best betul sebab pencahayaan dia menyeluruh & seimbang. Baru tahu pemilihan lampu Meja pon penting kan. Memang tak rugi invest.

    ReplyDelete
  7. Bagus jiak ada lampu ni. Boleh belikan utk aeysha..maklumlah skrg ni asyik depan laptop je utk belajar

    ReplyDelete
  8. Pernah dengar brand ni. Menarik juga produk ni terutamanya ia tidak menghasilkan silau di monitor.

    ReplyDelete
  9. Yang ini menarik nie. Macam nak kena ada dah nie kat rumah sebab kerap sangat dah mesyuarat online la nie. Nak jaga mata kan

    ReplyDelete
  10. dah berapa lama dah you guna benQ ni? nmpak mcm menarik, sbb I slalu main game mmg dlm blik gelap mcm tu je, so tak sure la sedap ke tak pakai bende ni

    ReplyDelete
  11. Menarik juga ada screenbar ni kan? Senang nak stay up malam2 and lampu dia pon bagus untuk mata anak-anak. Wajib lah zaman pdpr ni kan.

    ReplyDelete
  12. oh the BenQ Screebar E-Reading Lamp nice for all of us since we facing screen the whole day now

    ReplyDelete
  13. Bila ada lampu macam tu, teringat perpustakaan punya area utk meja dan pc. Rindu kak nak pi library. Nanti nak beli lampu no buk kat imac. Bleh kan guna kat peranti bukan jenama BenQ?

    ReplyDelete
  14. mmg kita perlukan pengcahayaan seperti ini untuk kesihatan mata.. tekbologi yg digunakan oleh BenQ mmg menyakinkan

    ReplyDelete
  15. Nak jaga mata! Nak kena ada satu kat rumah ni sejak PKP semua online je.. kesian anak-anak, risau long term efek kalau tak jag dari sekarang.

    ReplyDelete
  16. terdetik di hati bila baca akak punya artikel ni. tak silap khai kalau dalam movie kite tengok diorang pasal lampu dekat screen rupanya pasal ni lah. Allahu baru tau.betul selama ni kite beria naikkan brighnest utk cerah rupanya bagi kesan dkt mata. lepas ni nak beli lah lampu ni lagi selamat

    ReplyDelete
  17. I think i need this screenbar that can increase the brightness of my workstation and protect my eyes also.

    ReplyDelete
  18. Bagus kalau guna BenQ Screenbar Reading Lamp ni... at least, mata anak-anak kita terjaga kan... maklumlah, sekarang ni PdPR memang memerlukan mereka sentiasa berdepan dengan gajet untuk meneruskan pembelajaran...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us