YIRUBA Food Basket Help Untuk Yang Memerlukan

YIRUBA Food Basket Help Untuk Yang Memerlukan | Assalamualaikum. Bila PM mengumumkan PKP 3.0 pastinya ramai yang makin tertekan kerana terkesan dengan pandemik Covid-19 ni. Ada yang terpaksa diberhentikan kerja, bisnes naik turun dan banyak lagi. Paling mengejutkan bila ada yang buat keputusan sendiri seperti bunuh diri kerana tekanan hidup. 

Marsha pun sangat-sangat sedih dengan kesan dari pandemik Covid-19 ni. Ramai yang terputus bekalan makanan, tak mampu nak bayar rumah disebabkan bisnes yang terpaksa stop sebab tiada pelanggan dan juga diberhentikan kerja. Tiada pendapatan untuk melangsungkan hidup dan sebagainya. Bila tengok kes kematian akibat Covid-19 makin bertambah malah kematian akibat tekanan pun bertambah, Marsha memang sangat-sangat bersimpati. 

YIRUBA Basket Food Help untuk Yang Memerlukan Semasa PKP 3.0

Sempena kempen BENDERA PUTIH yang dicadangkan oleh netizen, banyak NGO, perseorangan dan juga syarikat-syarikat telah mengambil peluang ini untuk membantu rakyat-rakyat yang memerlukan terutamanya dari segi bantuan makanan. Antaranya ialah Yiruba - E-Commerce yang bekerjasama dengan GETBATS dan Persatuan Pembangunan Jayadiri Selangor menjalankan kempen YIRUBA Food Basket Help untuk yang memerlukan bantuan makanan di seluruh semenanjung  Malaysia.





Kempen YIRUBA Food Basket Help ini bermula 2 Julai dan untuk 100 pertama. Jadi jika ada diantara yang baca artikel Marsha ni memerlukan bantuan makanan atau kawan-kawan dan jiran-jiran yang memerlukan. Jangan lupa hubungi nombor yang tertera di poster. Jangan risau, YIRUBA Food Basket boleh dipos ke seluruh semenanjung Malaysia.



Moga usaha yang tak seberapa ni dapat bantu sedikit sebanyak yang masih berjuang untuk kelangsungan hidup di luar sana. Moga semua ini cepat berakhir dan kita akan dapat hidup harmoni seperti sediakala. #KitaJagaKita

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

13 Comments

  1. Inisiatif yang sangat membantu golongan yg memerlukan .

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah suka dan sangat sokong kempen ni, kadang apa yang tak betul dimata orang sebenarnya baik untuk kita juga. Biasalah bila tak sependapat kan. As long kita tahu niat dalam hati kita baik dan betul. Tq YIRUBA

    ReplyDelete
  3. This is a good approach by Yiruba. All the best to them. Thank you for sharing this information.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah. Makin ramai yang muncul membantu bila ada yang dalam kesusahan sebegini. Malaysians memang baik hati - harapnya para atasan tu turun membantu gak.

    ReplyDelete
  5. This is indeed a good initiative to help those who are in need. Bless those who are kind-hearted.

    ReplyDelete
  6. bagusnya! masih ramai yang memerlukan makanan asas especially kawasan pendalaman, jiran-jiran pun inilah masa yang sesuai untk tanya khabar ya

    ReplyDelete
  7. bagus usahanya.. masa begini memang kita perlu lebih perhatian kepada jiran tetangga kita.. ada yang perlu kita bantu.. kita perlu bantu semampunya..

    ReplyDelete
  8. Suka tgk bila rakyat dan ngo sama2 berganding bahu tolong menolong dlm waktu yg sukar ni. Kita jaga kita

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah masih ada lagi mereka yang sudi membantu.. benda gini kena berterusan kalau boleh, sebab ianya memberi kesan berpanjangan kan...

    ReplyDelete
  10. Moga kita dapat membantu lebih ramai org di luar sana. Usaha yg sgt baik

    ReplyDelete
  11. Good one ya, at least can help those in need during this hard time! Great initiative to help them... hopefully ramai lagi yang boleh dapat manfaat from this help..

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing this, I will help to share out also and hope to help the needy.

    ReplyDelete
  13. This article gives the light in which we can observe the reality. This is very nice one and gives indepth information. Thanks for this nice article.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us