Dah daftar vaksin? 2 Regular Pizza HANYA RM19 Untuk Korang! Jom ke Dominos!

by - 8/06/2021 10:32:00 AM

Dah daftar vaksin? 2 Regular Pizza HANYA RM19 Untuk Korang! Jom ke Dominos | Sekarang ni pemberian vaksin sedang dijalankan dengan meluas sebagai cara pencegahan memandangkan pandemik Covid-19 masih berleluasa di negara kita. Vaksin yang ditawarkan juga berbeza di tempat-tempat berbeza. Ada yang dapat Pfizer, ada yang dapat Sinovac dan juga ada yang dapat Astrazaneca. Even vaksin berbeza, tapi matlamat hanya satu sebagai vaksin untuk mencegah Virus Covid-19 yang berbahaya ni.

Marsha pun alhamdulillah dah complete dos kedua 6 Julai lepas. Means dah 3 minggu complete dos. Masih kuarantin dirumah sebab lepas dos kedua ni imuniti kita akan drop sementara boost balik. Jadi cara terbaik ialah stay safe and stay home. Husband Marsha dah lama complete sebab dia frontliners. Kami pun dapat vaksin yang berbeza. Husband Marsha dapat Pfizer dan Marsha dapat Sinovac. Jangan risau keduanya pun fokus untuk mencegah penularan wabak pandemik Covid-19 ni.

Dah daftar vaksin? 2 Regular Pizza HANYA RM19 Untuk Korang! Jom ke Domino's


Pengalaman Marsha Vaksin

Pengalaman vaksin Marsha dos pertama dan kedua berbeza. Yang pertama, Marsha macam korang juga kena ke PPV dan walk in untuk dos pertama. Dos kedua pula berbeza sikit sebab 'drive-thru'. Rasa lebih senang sebab less contact dengan orang luar. Tak banyak lagi PPV yang buat drive-thru ni kan. Mungkin sebab kekangan tempat. Apa-apapun janji kita dapat vaksin dan jangan lupa jaga SOP.

Selesai dos kedua



Sebagai penghargaan kepada kita sebagai rakyat Malaysia, Domino's Malaysia telah memperkenalkan tawaran istimewa mereka untuk semua rakyat Malaysia yang mendaftar untuk vaksin di MySejahtera iaitu 2 Regular Pizza hanya RM19! Menarik kan?




Marsha bila tahu ada offer yang special macam ni memang terus pergi grab lepas ambil dos kedua. Sebab anak-anak pun dok zikir nak makan pizza dari 2 minggu sebelum Marsha setel dos kedua ni. Nak keluar memang tak la kan. Lagipun nak grab promo ni kena 'takeaway'. Memang harga dia sangat murah dan berbaloi. Harga asal 2 pizza regular RM60++ dan hanya perlu bayar RM19 SAHAJA. Murah sangat kan?


Macamana Nak Reedem Pizza Domino's Offer RM19 Untuk 2 Regular Pizza?

Offer ni hanya layak untuk korang yang sudah daftar vaksin, sudah dapat dos pertama dan juga sudah dapat dos kedua sahaja tau. Sebab masa reedem tu pihak Domino's akan minta korang tunjuk MySejahtera korang.




Jom Marsha share langkah macamana nak reedem pizza Dominos RM19 untuk 2 Regular Pizza ni. Senang je pun.

1. Walk in ke mana-mana cawangan Domino's yang berdekatan korang.

2. Buka My Sejahtera korang.

3. Tunjukkan bahgian pendaftaran vaksinasi ataupun certified cert korang (untuk yang dah dapat vaksin) di kaunter Domino's.




4. Terus boleh reedem 2 regular pizza dengan hanya RM19! Senang tak?


Jom Dapatkan 2 Regular Pizza Dominos HANYA RM19 dan TAKEAWAY

Promosi ni hanya sah bermula 5 Julai 2021 hingga 31 Ogos 2021 tau! Jangan lambat-lambat. Kalau yang nak alang-alang vaksin tu balik dari vaksin terus je ke Domino's grab offer 2 regular pizza Domino's hanya RM19 ni.




Marsha pun dah selamat reedem tau! Ia tak tertakluk untuk delivery jadi korang memang kena takeway sebab nak tunjuk bukti My Sejahtera kan. Terima kasih Domino's!!

Maklumat lanjut korang boleh tengok di sosial media Domino's


Facebook: 

Instagram: 

Twitter: 







Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

6 sahabat ibu

  1. Wah bagusnya..boleh minta en suami buat ni..atau tunggu sampai PC pun selesai dos kedua.

    ReplyDelete
  2. Tak menyempat nak redeem lagi .. plan memang nak redeem sekali dengan husband. Sure meriah dapat bika dapat dan anak² la paling suka sebab dah lama tak layan domino

    ReplyDelete
  3. dok tnggu msa sesuai je nk grab pizza niee..

    ReplyDelete
  4. Hari tu dah dapatkan set dominos lepas vaksin. Tau tau je i kelaparan lepas vaksin. Senang order je pizza ni. Hehehe

    ReplyDelete
  5. Sangat berbaloi la deal ni.. 2 Regular Pizza for RM 19 only.. walaupun kena walk-in to order, still worth kan.. nice initiative by Domino's

    ReplyDelete
  6. Sis seminggu lagi lengkap dos.. ingat memang nak tengok gak apa yang bole claim hehehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)