Geisha Garden Coolblog Terasa Macam Berada Di Jepun

Geisha Garden Coolblog Terasa Macam Berada Di Jepun | Assalamualaikum. Siapa tak kenal jenama pengeluar utama smoothies bersama boba yang popular iaitu Coolblog kan? Marsha dulu pun mula terjebak dengan smoothies dari Coolblog hingga lah sekarang ia diperturunkan pada anak-anak...hihi. Marsha memang tak akan ketinggalan dengan setiap promo atau kempen terbaru dari Coolblog sebab semua menu sedap-sedap.

Kali ni Marsha nak kongsikan minuman terbaru dari Coolblog yang telah menjadikan Jepun, negara Matahari Terbit  sebagai sumber inspirasi dalam menghasilkan minuman smoothies dan kempen terbaharu bagi bulan Julai sehingga Ogos 2021. Minuman terbaru dikenali sebagai Geisha Garden yang diterjemahkan oleh Coolblog menerusi dua minuman smoothies iaitu Yubari Melon dan Sakura Lemon diinspirasikan daripada kehalusan budaya, kelembutan tradisi dan keunikkan rasa negara Jepun. Memandangkan bulan ini juga berlangsungnya temasya sukan Olimpik Tokyo 2021 yang berlangsung dari 23hb Julai 2021, memang sesuai kita bagi sokongan kepada atlet-atlet Malaysia yang mengambil bahagian sambil menikmati Geisha Garden Coolblog ni.





 Geisha Garden Coolblog Setiap Sedutan Macam Berada di Jepun


Jepun adalah salah satu wishlist travel Marsha sekeluarga. Teringin sangat nak tengok budaya, tradisi dan juga keunikan rasa di sana. Memandangkan belum tahu lagi bila kita dapat travel ke sana, Geisha Garden Coolblog ni mengubat hati Marsha sekeluarga di sini. Sambil layan Sukan Olimpik 2020 yang sedang berlangsung di Tokyo memang best!



Geisha Garden Coolblog mempunyai dua perisa smoothies, iaitu Yubari Melon yang merupakan rasa buah melon Jepun yang terkenal dan menjadi rebutan ramai. Rasa premium buah melon Jepun yang diadun krim keju yang lazat, dipadankan dengan jeli pearl gula perang menjadikan smoothies Yubari Melon Coolblog ini minuman yang seakan membawa anda ke negara Jepun dalam setiap sedutan. Kena pula favorite Marsha ialah melon....memang sedap!




Sakura Lemon pula diinspirasikan oleh bunga kebangsaan negara Jepun iaitu bunga Sakura ataupun cherry blossom yang melambangkan semangat baharu dan sifat optimistik. Mengambil kira Tokyo menjadi hos sukan Olimpik musim panas pada tahun ini serta penglibatan atlet kebangsaan kita disana, smoothies Sakura Lemon ini adalah simbol sokongan kita terhadap perjuangan atlet tempatan dalam usaha mengharumkan nama negara. Hasil padanan rasa segar bunga sakura dan jus buah lemon, Sakura Lemon adalah minuman yang sesuai dinikmati pada musim panas dan memberikan kesegaran para penggemar Coolblog. Anak-anak Marsha suka sangat sampaikan tak cukup nak kongsi. Kena beli satu sorang.

Rasa Unik Dua Perisa Geisha Garden Coolblog Menambat Hati Marsha 

Masa tengok proses pembuatan Yubari Melon dan Sakura Lemon ni memang hati tak sabar-sabar nak rasa macamana keunikan rasa 2 perisa ni. Bila rasa, uii...memang sangat suprise sebab rasa keduanya sangat-sangat berlainan. Yubari Melon, memang terasa sangat rasa melon dan rasa dia sangat lembut dengan gabungan krim keju. Rasanya sangat-sangat serasi.




Sakura Lemon pula datang dengan rasa yang manis dan masam sangat mengujakan. Ianya betul-betul rasa segar dan mewah. Memang tak muak. Gabungan yang menarik! Bila minum time cuaca panas memang sangat sesuai. Sememangnya dekat sini sekarang cuaca panas. Sangat segar dengan Sakura Lemon ni.

Harga Geisha Garden Coolblog Sangat Berpatutan


Geisha Garden Coolblog idatangkan dalam saiz 700ml, Yubari Melon dan Sakura Lemon dijual pada harga RM8.80 satu manakala, Geisha De-Yuo yang bermaksud Pek COMBO, boleh didapati dengan harga hanya RM15 untuk 2 saiz 700ml. Lagi murah kan? Satu hanya RM7.50 kalau ambil set kombo ni.

Dapatkan Geisha Garden Coolblog di Cawangan Coolblog Berhampiran





Nak cuba Garden Geisha Coolblog ni? Buat penggemar Coolblog, korang boleh mendapatkan rasa smoothies baharu Geisha Garden ini di seluruh cawagan Coolblog yang berhampiran ok! Nikmati minuman baharu dari Coolblog ini mulai pada 22 Julai sehingga 26 Ogos 2021 . Untuk maklumat lanjut



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

10 Comments

  1. Coolblog ni boba pertama yang Ai kenal. Yubari Melon tu nampak sedap. Coolblog boleh request taknak boba ke ea?

    ReplyDelete
  2. dah lama tak minum coolblog, produk baru ni nampak sedap dan warna pun cantik tertarik. rasa macam nak cuba juga satu :)

    ReplyDelete
  3. The drinks look so yummy, I'm a boba fan, must give these a try, especially the sakura lemon flavor.

    ReplyDelete
  4. Nak try dua2 la. Hati dan mata nie tertarik tengok yang pink tu - esok boleh gi try nie hehe

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap menu baru Coolblog ni. Nanti nak order dekat foodpanda or grab. Fav boba dari zaman sekolah. Pioneer kan. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Wahhh lamanya tak minum Coolblog.. Tertarik dengan flavor terbaru mereka la... Boleh try la... Sure sedap...

    ReplyDelete
  7. Tak pernah try lagi Geisha Garden Coolblog .. nama pun unik . Teringin nak cuba Sakura Lemon. Nampak sedap dan harga pun berbaloi. Tak dapat jejak kaki kat Jepun pun takpe janji dapat rasa smoothies kan... hehehe

    ReplyDelete
  8. Memang sedap.. Sis uka rasa Melon, dah dua kali beli dah hehehehe.. lain dari lain kali ni keluaran baru Coolblog kann..

    ReplyDelete
  9. nampak pun sedap..nanti boleh cuba.. ramai yang kata yang sakura tu memang unik rasanya

    ReplyDelete
  10. Nampak mcm sedap ni, mayb boleh try rasa sakura nnt

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us