Pengalaman Sambut Anniversary di Hotel The Haven All Suite Resort Ipoh Dengan Romantic Candlelight Dinner Dalam Suite

by - 8/25/2021 08:29:00 AM

Pengalaman Sambut Anniversary di Hotel The Haven All Suite Resort Dengan Romantic Candlelight Dinner Dalam Suite | Assalamualaikum. Walaupun masih dalam pandemik, baru-baru ini kelonggaran telah diberikan kepada individu yang lengkap 2 dos vaksin ( dos ke-2 sudah lebih 14 hari dari tarikh vaksin )  dan juga untuk negeri yang fasa 2 dan 3. Sektor perlancongan pun dah dibuka serta boleh merentas daerah. Jadi Marsha telah survey beberapa hotel sempena Anniversary, tambahan pula nak bawa anak-anak ambil angin juga. Sekali sekala ambil angin luar. Asyik terperuk dalam rumah je dan semestinya SOP tetap diutamakan walaupun dah complete vaksin. Kali ni kami nak cari hotel yang less contact untuk lebih selamat sebab kita masih lagi belum menang. Kami plan nak sambut ulangtahun perkahwinan di hotel ipoh sebab nak lebih istimewa pada tahun 2021 ni.

Kami mula survey hotel romantik terbaik di Perak sebab dah boleh merentas daerah kan. Lokasi menarik untuk menyambut anniversary pun menjadi salah satu kriteria utama. Survey punya survey, kami suami isteri decide bermalam di The Haven All Suite Resort Ipoh yang mempunyai pemandangan sangat-sangat cantik tak kira waktu siang dan juga malam. Plan kami pun nak stay je, family bonding time dalam suite sahaja. So The Haven All Suite Resort Ipoh paling sesuai bagi kriteria yang kami nak. Sebab kami plan tak nak keluar dan bonding time dengan family tetapi dalam kawasan yang mempunyai pemandangan yang cantik dengan batu kapur yang berusia berjuta-juta tahun dulu tetap menjadi pilihan Marsha dan suami. Dalam masa yang sama kami boleh hilangkan tekanan bekerja bersama-sama keluarga.


Pengalaman Sambut Ulangtahun Perkahwinan di Hotel Ipoh, The Haven Resorts Ipoh Dengan Romantic Candlelight Dinner 


Ini kali kedua Marsha menginap dekat The Haven All Suite Resort Ipoh ni dan semestinya pilihan Marsha 2+1 bedroom lakeview suite seperti sebelum ni sebab sangat-sangat selesa dan anak-anak boleh main dengan riang. Kalau korang nak baca pengalaman pertama Marsha menginap di The Haven All Suite Resort Hotel boleh baca SINI. Sebab plan nak habiskan masa dekat dalam suite je, takde masalah melabur sikit kan? Breakfast pun served dekat suite. So tak de masalah dan less contact dengan orang luar. Yang penting SOP perlu dijaga dengan ketat demi keselamatan diri, keluarga dan juga orang sekeliling. 

Pemandangan The Haven Resorts Ipoh



Marsha memang dah lama teringin nak ambil angin malam sambil hirup kopi mengadap batu kapur yang berusia berjuta tahun di The Haven Resorts sekali lagi. Last menginap di The Haven Resorts bulan November 2020. Bukan pemandangan je cantik malah bunyi unggas waktu malam menghidupkan suasana yang susah nak dapat dekat mana-mana tempat. Serius! Menurut The Haven Resorts dorang memang jaga nature dekat sana secara semulajadi. Jadi kita tak dibenarkan bagi makan dekat haiwan ke burung sebab nak jaga nature secara semulajadi. Memang success!!

View malam di The Haven Resorts



3 Hari 2 Malam Di The Haven Resorts Sangat Bermakna Bagi Kami Sekeluarga

Kami decide untuk menginap 3 hari 2 malam untuk betul-betul puas hati untuk bercuti kali ni. Sebelum ni kami menginap 2 hari 1 malam je.  Almaklumlah anak-anak dah lama sangat tak keluar rumah langsung. Jadi kami check in Jumaat dan check out Jumaat ( 20 Ogos 2021 - 22 Ogos 2021). Anniversary kami pula jatuh pada 21 Ogos 2021 memang kena sangat lah kan?..hihi.

Marsha grab staycation dekat The Haven Resorts ni sebab sekarang ni ada promo tau. Memang murah sangat dari harga sebelum ni. The Haven Resorts ni 5 star hotel tau. Promosi staycation dengan pakej yang sangat menarik pula tu. Promosi yang mana yang Marsha dah grab? Jom kita tengok..





A Promotion Not To Be Missed

Limited time. Limited units.

Suite Stay Package*
1 Bedroom Suite (2 pax) @ RM 366* nett per night
2 Bedroom Suite (4 pax) @ RM 498* nett per night
3 Bedroom Suite (6 pax) @ RM 864* nett per night

Package inclusive of:
✅ Quality Breakfast
✅Early Check-in at 10 am
✅Late Check-out at 2 pm
✅In-suite Light Refreshments & Snacks
✅Free High Speed Wi-Fi & On-site Parking
✅Flexible Booking Options
✅Extra bed can be arranged upon request and is chargeable.

Additional bed: @ RM 128 nett* per pax with Breakfast
Special meal supplement Set Lunch / Dinner at RM 30 Nett* per pax per meal.

Book & Stay Period: Till 31 October 2021

Link: https://www.thehavenresorts.com/a-promotion-not-to-be-missed.html


Harga serendah RM366 nett per night memang murah bagi Marsha sebab return yang kita dapat dari apa yang kita bayar memang puas hati. Pemandangan yang indah, pengalaman yang Marsha pasti tak kan dapat dekat mana-mana dan juga hospitaliti yang terbaik. 

Bila tengok promosi yang best ni, Marsha terus lah booking. Biasanya kalau harga biasa 3 Bedroom Suite pun dah mencecah RM1k++ tau. Sebab tu awal tadi Marsha cakap murah. Memang berbaloi sangat booking dengan promosi A Promotion Not To Be Missed ni. Dengan pengalaman pertama Marsha dulu menginap di The Haven Resorts ni memang sangat-sangat puas hati.

Sebenarnya, The Haven Resorts ni tak berapa jauh dari rumah Marsha. Lebih kurang 30 km sahaja. Tapi Marsha masih beruntung sebab ada hotel yang terdekat yang dalam list hotel menarik di Ipoh. Jadi tak rushing dan juga kos perjalanan pun jimat. Nak balik nanti pun tak rushing walaupun isnin dah mula kerja. Rasa lebih tenang dan rileks. Tak perlu susah-susah nak travel jauh. Kos perjalanan tinggi dan juga banyak kos sampingan lain juga. Untung juga jadi orang Ipoh ni kan. Daerah pun tak perlu rentas untuk ke tempat menarik di ipoh untuk honeymoon dan juga sambut ulangtahun perkahwinan.


3 Bedroom Suite Tour

Mesti korang nak tengok 3 bedroom suite yang Marsha tempah kan? 3 bedroom suite yang Marsha menginap kali ni ada ruang dapur, ruang tamu, ruang menonton televisyen, semestinya 3 bilik dan juga 3 bilik air. Jadi ia memang selesa dan sangat-sangat privacy. Paling best ada balkoni yang mengadap tasik. Memang view sangat-sangat cantik. Serius!! Jom kita tengok 


Master Bedroom









2nd Bedroom









3rd Bedroom




Ruang Makan & Ruang Tamu






Ruang Dapur




Complimentary Snack


Balkoni mengadap tasik


Pakej Romantik Memukau, Romantic Candlelight Dinner By The Lake Memeriahkan Lagi Sambutan Anniversary Kami

Selain bilik, sempena Anniversary kali ni, Marsha nak highlight kan pakej romantik memukau, pakej sambutan ulangtahun perkahwinan iaitu Romantic Candlelight Dinner by The Lake yang ditawarkan oleh The Haven Resorts ni. Untuk lebih memeriahkan dan jadikan sambutan anniversary ni lebih bermakna, kami menempah Romantic Candlelight Dinner by The Lake terus sekali dengan tempahan bilik.

Tak semestinya korang nak sambut anniversary je boleh buat tempahan. Nak buat suprise dekat yang tersayang ke ataupun sekali sekala nak romantic dinner pun boleh. Tempahan ni kena buat 24 jam sebelum sebab senang pihak Cuisines nak prepare menu dengan baik.

Sebenarnya Romantic Candlelight Dinner ni ada 2 jenis : 4-Course Romantic Dinner dan juga 6-Course Romantic Dinner. Jadi korang boleh pilih yang mana menjadi pilihan dengan menu yang telah disediakan.




Kami memilih 4-Course Romantic Dinner sebab kami ni makan tak banyak dan menu pun dah sesuai dengan kami. Asalnya sebelum pandemik, Romantik Dinner ni akan di served di kawasan mengadap tasik  di Cuisines. Tetapi disebabkan pandemik, kali ni Romantik Dinner akan di serve di suite tapi tetap mengadap keindahan batu kapur dan juga tasik. 



Menu Romantic Candlelight Dinner by The Lake,  The Haven Resorts Ipoh


4 Course Meal Romantic Dinner

6 Course Meal Romantic Dinner


Suasana Romantic Candlelight Dinner by The Lake Kami Sangat Bermakna


Seawal 6 petang, pihak Cuisines datang untuk setup meja kami di balkoni mengadap tasik. Persediaan yang sangat rapi. Dengan hiasan bunga ros , lilin, pinggan dan juga kutleri di susun rapi dan kemas. Sangat-sangat mengujakan kami berdua. Mereka pun tak ambil masa lama sebab dah expert kan..hihi







Selepas siap, kami diberitahu makanan akan sampai dalam 7 lebih dan kami terus bergambar sebelum malam menjelma sebab nak nampak keindahan bukit batu kapur di balkoni kami.





Indah kan pemandangan di waktu lewat petang di balkoni suite kami. Honestly rasa suka sangat dengan setup meja yang disiapkan oleh pihak Cuisine.

Menu 4-Course Dinner 

Setup meja Marsha nak kongsikan, jadi tibalah masa Marsha nak kongsikan pula menu 4-Course Dinner yang Marsha tempah untuk sambutan anniversary kami. Sebelum ni Marsha just share menu je kan. Jom tengok secara real pulak..hihi




Seafood Crepe 
Seafood Stew Wrap with French Pancake topped with Hollandaise Sauce



Wild Mushroom Soup 
 served with Garlic Bread





Stuffed Chicken Breast
Chicken Breast stuffed with Vegetables served with Fettucine and Mustard Sauce

Fennel Rosemary Crusted Rack of Lamb
served with Ratatouille on a bed of Mashed Potato in homemade Mayo Mint Sauce



Deesert
Lime Stone in Jar Lime Panna Cotta, Coco Crumple, Mango Mousse and Vanilla Ice Cream

Annivesary Cake



Semua Hidangan Romantic Candlelight Dinner by The Lake Sedap dan Portion Besar

Masa hidangan sampai, kami tengok wah portion setiap pinggan tu besar dan bau-bau sangat memanggil. Apa lagi, lepas semua hidangan sampai, kami terus menikmati hidangan. Alhamdulillah semuanya sedap dan sangat puas hati. Bersandar kami malam tu...hihihi.














Bagi Marsha, berbaloi dengan harga pakej. Memang kami sangat-sangat puas hati dengan hidangan 5 bintang yang disediakan oleh pihak Cuisines. Next year tak mustahil romantic dinner kat sini lagi...hihi
.

Pakej Bersama Lawatan Ke Ladang Limau Bali Go Chin

Kalau korang nak tahu, Ipoh ni terkenal dengan Limau Bali. The Haven All Suites Resort ni lokasi dia tidak jauh dengan ladang-ladang limau bali ipoh. Pakej penginapan yang Marsha grab ni sebenarnya all in dengan lawatan ke ladang limau bali. Jujur Marsha cakap, selama 7 tahun Marsha bermastautin dekat Ipoh, Marsha hanya singgah beli limau bali je tapi tak pernah masuk ladang lagi. Jadi memang excited.




Lawatan ke ladang limau bali diuruskan semuanya oleh pihak The Haven Resorts Ipoh dan kami ke ladang limau bali Go Chin dengan shuttle yang telah disediakan dan fully sanitize oleh pihak hotel. Cumanya masih dalam PKP, lawatan ke ladang limau bali terpaksa ditutup buat sementara jadi kami hanya singgah melihat kawasan depan dan juga mendengar info dari pemilik ladang limau bali. Paling best kami dapat limau bali free dari pemilik ladang. Alhamdulillah.



Dibawah pokok limau bali yang berusia 50 tahun



Rupanya banyak juga kos untuk menguruskan ladang limau bali ni. Paling Marsha terkejut, menurut pemilik ladang satu pokok limau bali bila berbuah boleh mencecah 400 biji. Bayangkan buah limau bali tu bukan kecil. Bukan macam rambutan ke manggis ke. Sangat takjub dengan penerangan dari pemilik ladang. Pokok limau bali juga ada yang dah berusia 50 tahun dan masih berbuah. Memang impress sangat. 







Lokasi The Haven All Suites Resort Ipoh

Buat yang tak tahu lokasi nak ke The Haven All Suites Resort Ipoh ni, meh Marsha kongsikan terus lokasi senang terus je boleh sampai sana.





Jom Hilangkan Tekanan Bekerja dan Cipta Memori Bersama Keluarga di The Haven Resorts Hotel


Alhamdulillah...memang rasa seronok dapat sambut anniversary dan juga dalam masa yang sama Marsha sekeluarga dapat cipta memori di The Haven Resorts Hotel ni. Secara overall memang sangat-sangat puas hati dengan layanan 5 bintang dan hospitaliti dekat sini.

Jadi korang jangan ragu-ragu lagi, ini tempat yang sesuai untuk nak hilangkan tekanan berkerja, nak cipta memori bersama anak-anak dan juga nak romantik dinner bersama pasangan. Semua cukup lengkap. Tak perlu nak keluar semuanya ada di The Haven Resorts Hotel ipoh ni. Marsha gerenti korang tak akan menyesal punya...hihi.

Jangan lupa juga tengok promosi lain dekat website The Haven Resorts sebab sekarang Bulan Kebangsaan, ada juga promosi Merdeka Special Set Menu. Boleh korang buat tempahan juga untuk delivery pun boleh.


Maklumat Promosi Suite Di The Haven:


Pakej Suite dengan Pakej Lawatan ke Ladang Limau Bali :






Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

15 sahabat ibu

  1. Wah best yer. Wishlist nak repeat stay sini lagi tahun ni..inshaAllah

    ReplyDelete
  2. Ini adalah salah satu lokasi percutian yang Rawlins memang rasa nak pergi setelah semuanya selamat kelak. Jika ada rezki nak bawa family sekali.

    ReplyDelete
  3. Akakkkk. Happy Anniversary! Seronoknya dapat luangkan masa. Selalu busy ngan urusan harian dan anak-anak. Barulah bleh appreciate perjalanan perkahwinan kan kak. Semoga terus berbahagia hingga ke akhir hayat. Sakinah, Mawaddah, Warahmah.

    ReplyDelete
  4. amboi amboi orang negeri fasa 2 nih ! kemain yerrr... selalu balik ipoh macam teringin nak lalu kawasan sini . harapnya lepas nih dah clear bolehlah peergi tidor semalam dua juga

    ReplyDelete
  5. first nak ucapkan happy anniversary. hehe.. tapi mmg seronokkan dapat celebrate dengan org tersayang dekat hotel mcm ni.. lbh rasa privasi dan esklusif

    ReplyDelete
  6. Selamat hari ulangtahun perkahwinan pada akak suami isteri.. semoga perkahwinan kalian berdua kekal hingga ke Jannah.. memang romantik betul tempat percutian nie..

    ReplyDelete
  7. Happy Anniversary buat Marsha dan Suami... Cantik permandangan hotel nih bestnye... Hotel pun nampak selesa sekali.

    ReplyDelete
  8. Happy Anniversary Marsha.. bestnya dapat spend time macam nie sesekali kan..

    ReplyDelete
  9. Bestnya dah pergi jalan2 sambut anniversary..mmg npk mewah mknn dia, anyway Happy Wedding Anniversary sis..

    ReplyDelete
  10. Happy anniversary kak... Bestnya dh boleh holiday... Hrp johor pun dh boleh juga nti

    ReplyDelete
  11. Wah best nyer! I wish to be able to go to The Haven Resorts for my staycation

    ReplyDelete
  12. Best betul temlat dia ye.. Besar.. Harga 366 memg berbaloi dengan temoat mcm ni. Sambut dekat bilik, diaorg yang sediakan erk. Bagusla.. Romantik snagat. Makanan pun nampaknsedp

    ReplyDelete
  13. Nampak selesa and kemas je hotel dia. Best jugak ada perkhidmatan celebrate anniversary mcm ni.

    ReplyDelete
  14. Wah bestnya. Cantik view dia. Bilik pun luas dan selesa. Boleh lah ke sini bawa anak2 nanti.

    ReplyDelete
  15. masa tgk Scha & awal pegi sana masa mula2 buka dulu pun syu nampak best sgt

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)