Advertisement

FREE Online Games No Download di solitaire.org

FREE Online Games No Download di solitaire.org | Assalamualaikum. Masa dulu-dulu siapa pernah main game Solitaire? Game Solitaire ni sangat glemer masa tahun1990-an masa Marsha masih di sekolah menengah. Masa tu tak ada lagi telefon bimbit atau telefon pintar. Kami guna telefon rumah je.  Masa tu laptop mahal lagi, jadi abah belikan komputer. Jadi game solitaire ni memang dah ada dekat komputer waktu itu.

Solitaire Classic



Dulu tak seperti sekarang. Anak-anak sekarang banyak terdedah pada telefon pintar, tapi Marsha dulu permulaan dengan komputer. Masa tu internet pun masih tak meluas macam sekarang. Jadi kalau nak hilangkan boring, game solitaire lah pilihan Marsha. 

Sekarang game dah macam-macam jenis ada. Ada PUBG dan banyak lagi. Marsha pun tak boleh nak list game-game yang ada sekarang sebab semuanya advance-advance. Marsha pun memang tak main game yang terkini sebab tak berapa pandai. Kalau solitaire? Masih berbisa okeh!..hihi



Pelbagai Jenis Game Online Free Di solitaire.org




Game solitaire je ke yang ada di solitaire.org? Eh tidak...Di solitaire.org ni banyak best free online games yang lain. Marsha dah cuba main banyak game dekat solitaire.org ni. Memang mengimbau masa study dulu sebab kebanyakkannya free online games ni memang Marsha pernah main masa study dulu. Memang mengubat rindu sangat!


#1 Mahjong Games






Dalam Mahjong Games ni favorite Marsha ialah Mahjong Solitaire. Kita hanya perlu cari padanan gambar dan padankan. Ia ada berlapis-lapis. Mencabar juga nak siapkan tapi seronok sebab kita lebih fokus untuk selesaikan game ini. 



Disebelah kanan ada ditunjukkan skor dan juga berapa pair yang ada lagi. Jadi kita teruskan hinggalah tiada lagi padanan yang ada. Mencabar juga tapi best! Kalau korang nak shuffle pun boleh tapi Marsha jarang shuffle sebab nak sahut cabaran.

Tak tahu main? Jangan risau setiap game yang ada disertakan cara untuk bermain. Jadi memang tak ada masalah untuk bermain walaupun belum pernah ada pengalaman bermain seperti Marsha...hihi. Marsha suka main Mahjong Solitaire ni sebab ianya colorful dan less stress..hihi



#2 Hidden Object Games





Dalam Hidden Object Games ada 8 jenis games yang boleh dipilih. Marsha paling suka Garden Secrets Hidden Objects. Berpinar mata nak cari benda tersembunyi dalam garden tu. Level 1 masih ok...semakin naik level semakin susah tapi akhirnya berjaya juga walau berpinar mata cari.




Game ini mencabar tapi kita perlu fokus dan ada kesungguhan. Marsha rasa seronok sebab dalam masa yang sama otak kita ligat memikir untuk cari hidden object yang diperlukan.




#3 Card games

Cards games ni bagi Marsha agak mencabar juga. Cards game ni ada 16 games semuanya. Marsha cuba semuanya dan paling fav ialah Thirty One dekat sini.



Ia seakan kita main dengan orang lain tapi sebenarnya itu setting dalam talian sahaja. Tapi masih dalam fasa pembelajaran lagi nampaknya...hihihi. Marsha suka features nya yang cute. Marsha lebih selesa main Classic Solitaire sebab memang dah pandai main....hahahaha.


#4  Connect 3  Games




Ini antara kategori games yang Marsha suka. Dalam Connect 3 Games ni ada 4 jenis games. Marsha paling suka 2 games dalam ni, Zuma Ball & Zuma Legend. Masa study dulu pun memang dok main Zuma Games ni. Fun dan mendebarkan....hihi


Zuma Legend

Zuma Ball

Cara main dia senang sangat. Hanya 'shoot' je ball di bahagian warna yang sama dan bila ada 3 ball, ia akan terhapus dengan sendiri dan rantaian ball tu akan pendek. Kita kena jaga jangan rantaian ball tu sampai dekat penamat je...hihi. Marsha pasti ramai kawan-kawan Marsha tau main game Zuma ni.



Selain games yang Marsha share dekat atas, solitaire.org juga sediakan 4 games tambahan tau! Dalam 4 games tambahan ni Marsha suka main Cookie Monster sebab ia ala-ala game Pac Man. Uish berdebar juga main sebab tak nak 'mati' dimakan...hahaha.



Dalam game Cookie Monster ni kita diberikan 3 nyawa, jadi kena jagalah nyawa tersebut supaya tak dimakan. Dan bila kita makan cookies tu, ghost tersebut akan jadi cookies selama beberapa saat dan kita boleh kejar cookies dan makan. Dapat extra 200 score! Senang je kan main?




Bukan Hanya Game Semata Tapi Asah Otak

Bagi Marsha games di solitaire.org ni banyak yang mengasah otak kita. Asyik tepu je dekat rumah, ambil masa sekejap dan cuba main, dalam tak sedar kita memang akan rasa otak bekerja ligat nak memikirkan strategi untuk memenangi game. Percayalah!

Bila kita mula fokus, perasaan tepu tu automatik jadi release. Ni lah cara Marsha release tension bekerja dan rasa tepu duduk dirumah. Seronok pula. Anak-anak pun tumpang main juga sebab games seronok walaupun mencabar.


Game di solitaire.org ni boleh main dekat komputer dan laptop je ke? 


Dulu-dulu games Solitaire semua ni hanya boleh main dekat komputer je. Tapi sekarang, kita boleh juga main best online games ni di telefon pintar juga.




Hanya perlu buka web solitaire.org dan terus boleh main games kegemaran korang. Namanya pun online kan. Pastikan ada rangkaian internet ya...hihi. Kalau tak ada internet tak boleh la nak main games yang menyeronokkan ni...hihihi

Sesuai Untuk Anak-anak


Games di solitaire.org ni bagi Marsha ada yang sesuai untuk anak-anak. Yang penting kita boleh tentukan game mana yang anak kita boleh main seperti hidden object games, zuma ball, zuma legend dan juga cookie monster.






Mesti seronok anak-anak main. Kalau mak pun main berdebar, anak-anak pun mesti berdebar main...hihihi.

Paling Best Game solitaire.org Tak Perlu Download dan Tak Ada Iklan

Kebanyakan free online games akan diselitkan dengan iklan. Tapi lain pula di solitaire.org . Semua games yang Marsha main tak ada diselitkan iklan walau sekejap. Jadi kita tak rasa terganggu dan boleh teruskan mood main game.




Lagi satu, ia berkonsepkan  free online games no download. Jadi kalau main dekat komputer , laptop atau telefon pintar sekalipun tak perlu risau storage sebab ianya hanya perlu masuk website solitaire.org tanpa perlu download aplikasi tertentu.


Game Favorite Marsha di solitaire.org

Kalau Marsha nak cerita memang banyak favorite game Marsha dekat solitaire.org ni. Paling favorite dan ralit main ada 3, Classic Solitaire, Zuma Legend & Cookie Monster.




Anak Marsha siap join tengok ibu dia main game terutamanya Cookie Monster yang ada lagu best dan mengujakan. Marsha pun bagi dia cuba main. Seronok dia sampai menjerit-jerit larikan diri...hahaha.


 

Best kan semua game yang Marsha share dekat solitaire.org ni kan? Kalau rasa stress tu boleh la singgah sekejap release stress korang. Memang Marsha kalau rasa tepu ke stress ke Marsha memang masuk solitaire.org ni main game kejap. Ni lah tips Marsha hilangkan stress di rumah...hihi



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

Post a Comment

9 Comments

  1. Love this game app. In love tradition games more than the action one. Will check it out. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  2. Best nyeeee ni smua koleksi game zaman kecik dulu ni. Sanggup mengadap depan pc lama lama hehe

    ReplyDelete
  3. Game zaman 90-an ni best kan kak. Tak stress dan main bila-bila perlu. Saya siap bookmark website ni. Senang main game sekejap. Pastu dah selesai, sambung balik keje. Hehe

    ReplyDelete
  4. suka dgn permainan solitaire ni...sejak kecil mmg main.. dia ada challenge sendiri yg kita kena kena alert dan tahu trick dia

    ReplyDelete
  5. Ni kenangan dulu-dulu ni i suka main games tapi dah tua2 ni malas daaa..baik layan netflix hehe tp dulu suka nau main

    ReplyDelete
  6. Boleh jadi tertangguh semua kerja kalau dah duduk main Solitaire ni weiii.. selagi tak memang, selagi tu gerammmm..

    ReplyDelete
  7. Haaaa....dulu2 tu jerlah games yg kita suka main, seronok jugak main games tu simple dan senang, hati pun terhibur, games budak2 sekarang makin canggih memanglah tak reti nak main.

    ReplyDelete
  8. fav betul game solitaire ni. sampai sekarang sy main. palng best, takde ads yang annoying tu dan website dia smooth je.

    ReplyDelete
  9. Best guna ada web game ni, teringat zaman dulu2 main game mahjong dan banyak lagi... seriously good training... yang penting no ads ye.. tak terganggu la our mood melayan game..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)