Jaga Kesihatan Badan Dari Dalam Dengan Jus Permata Zam Zam

Jaga Kesihatan Badan Dari Dalam Dengan Jus Permata Zam Zam | Assalamualaikum. Semakin menginjak usia hampir 40-an ni badan mula terasa berbeza sangat dari zaman muda. Badan rasa mudah bisa-bisa bila terlampau aktif dan mudah rasa penat. Penjagaan kesihatan badan sangat penting sebenarnya. Islam juga menyarankan umatnya sentiasa menjaga tubuh badan serta mengamalkan cara hidup yang sihat. Kehidupan sihat itu juga adalah satu amanah dalam hubungan manusia dengan Allah SWT.

Marsha mula cari alternatif amalkan herba semulajadi. Sebab herba semulajadi ni banyak manafaatnya untuk kesihatan dalaman dan luaran. Cabaran nak amalkan herba setiap satu mungkin mustahil sebab agak renyah nak proses. Jadi Marsha memilih untuk mencuba Jus Permata Zam Zam, minum botani campuran herba semulajadi yang baik untuk kesihatan dalaman badan kita.

Jaga Kesihatan Badan Dari Dalam Dengan Jus Permata Zam Zam

Masalah utama Marsha adalah angin dalam badan yang berpunca dari Gastrik yang menyerang Marsha sejak dibangku universiti. Sejak dari itu, Marsha tak boleh lewat atau makan tak teratur. Kalau tak angin dalam badan tak boleh bawak bincang sehinggalah gastrik menyerang. Menyesal pula tak jaga makan dari awal. Tapi nak menyesal tak berguna dah kan?

Jus Permata Zam Zam adalah jus botani semulajadi yang dibuat dengan bahan-bahan berasaskan tumbuhan seperti habbatus sauda, halia, bawang putih, cuka epal, lemon, dan madu. Ia adalah baik untuk kesihatan dalaman terutamanya kesihatan jantung kerana ia rendah kadar kolestrol.






Kandungan Jus Permata Zam-Zam dan Kebaikannya

#1 Habbatus sauda




Hadith sahih Bukhari ada menyebut “Habbatus sauda adalah penawar kepada segala penyakit kecuali mati”. Jika tidak sakit atau sebab sekalipun, kita masih digalakkan untuk mengambil habbatus sauda secara rutin semata-mata kerana berkat hadith dan suruhan dari yang disayangi iaitu Rasululah S.A.W. 

Secara ringkasnya, Habbatus sauda merupakan perkataan Arab bagi jintan hitam. Selain itu, ia juga dikenali dengan nama bijan hitam di Malaysia. Ia amat terkenal sebagai salah satu rempah-ratus tertua yang banyak memberikan kebaikan kepada kesihatan badan. Habbatus sauda mengandungi kompaun aktif iaitu "thymoquinone" telah menunjukkan sifat anti-radang, antioksidan yang melindungi tubuh dari kerosakan sel dan penyakit kronik. Ia juga mengelakkan sembelit dan juga masalah penghadaman.


#2 Halia



Siapa sangka, halia yang kerap kita guna dalam masakan juga mempunyai khasiat tersendiri untuk kesihatan badan secara alami. Selain menyedapkan masakan kita, dalam tak sedar ia memberikan banyak manafaat kepada badan kita. 

Walaupun halia adalah sejenis bahan biasa yang boleh ditemui dalam ubatan tradisional di seluruh dunia. Ia sangat kaya dengan bahan kimia semula jadi yang dapat memperbaiki tahap kesihatan badan kita.

Antara kebaikan dan manafaat halia ialah: Membantu menurunkan tahap kolesterol LDL (kolesterol ‘jahat’) dan HbA1c (penanda tahap gula dalam darah jangka panjang), Membantu mencegah kuman dalam tubuh badan, Membantu menguatkan imunisasi badan, Membantu mengurangkan pening kepala, Membantu sistem penghadaman dan banyak lagi.


#3 Bawang putih




Jangan pandang rendah kepada bawang putih. Bawang putih bukan sahaja sangat penting dalam masakan. Ia juga sangat penting dalam kesihatan. Banyak manafaat bawang putih yang tidak diketahui umum. Antaranya ialah, sebagai antibiotik semulajadi, Membantu meningkatkan imun badan, Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan kolesterol LDL (kolesterol ‘jahat’), Membantu mendetoksifikasikan logam berat dam tubuh dan Membantu meningkatkan kesihatan tulang.



#4 Cuka Epal




Cuka epal diperbuat daripada cider dan  warnanya kuning pucat. Sepertimana jenis cuka yang lain, ia mempunyai rasa yang masam disebabkan oleh kehadiran asid asetik dan asid malik.

Cuka epal embantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan rasa kenyang. Ia juga dapat mengurangkan trigliserida darah (lemak dalam darah), kolesterol, dan tekanan darah. Untuk pesakit diabetes pula, ia dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah. 

Kesan anti-glisemik daripada cuka epal dikaitkan dengan keupayaannya untuk menghalang sebahagian daripada kanji daripada dicerna dan menurunkan paras gula darah anda.



#5 Lemon





Siapa suka minum air lemon dekat sini? Kita geng! Ramai juga yang amalkan air lemon untuk bantu mereka turunkan berat badan secara semulajadi. Sebenarnya banyak lagi manafaat lemon yang ada diantara kita yang belum tahu.


Lemon kaya dengan vitamin C, namun bukan itu sahaja kerana ia juga mengandungi vitamin A, beta-karotena, folat, kalsium dan potassium yang baik untuk badan kita. Antara manafaat lemon ialah ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok, sebagai antioksidan, membantu mengurangkan risiko batu karang dan membantu sistem pencernaan kita.


#6 Madu




Madu memang menjadi kegemaran ramai. Ada yang masukkan dalam masakan, ada yang makan macam tu je. Ramai yang mengetahui khasiat madu ni. Madu adalah cecair manis dan pekat yang dihasilkan oleh lebah madu. Nutrisi yang ada dalam 1 sudu madu (21gram) mengandungi 64 kalori dan 17 gram gula, termasuk fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa. Ia hampir tidak mengandungi sebarang serat, lemak atau protein.

Selain itu, ia turut mengandungi beberapa vitamin dan mineral tetapi jumlah yang perlu diambil adalah tinggi untuk memenuhi keperluan harian kita. Madu turut mengandungi kandungan kompaun bioaktif dan antioksidan.

Manafaat madu ni banyak tau! Antaranya ia, membantu mengurangkan kolesterol LDL sambil meningkatkan kolesterol HDL "baik" dengan ketara. Ia juga kaya dengan kompaun antioksidan yang telah menunjukkan penurunan tahap tekanan darah dalam beberapa kajian.


Cara Pengambilan Jus Permata Zam Zam





Cara pengambilan Jus Permata Zam Zam ni mudah sahaja. Hanya minum 2 sudu dua kali sehari. Sekali sebelum sarapan dan sekali selepas makan malam.


*Jangan lupa goncangkan dengan baik sebelum minum.


Testimoni Marsha Selepas Seminggu Mencuba Jus Permata Zam-Zam


Dari segi rasa memang Marsha sangat suka sebab dia rasa masam manis cuka epal. Tak rasa kuat halia pun. Jadi kalau yang tak suka sangat rasa halia pun sedap minum. Selama seminggu Marsha amalkan Jus Permata Zam Zam ni, Marsha perasan angin dalam badan berkurangan dan mudah keluar. Kalau sebelum ni Marsha susah nak sendawa walaupun suami urut tapi sekarang lebih baik sebab senang sendawa.




Biasa kalau lewat makan, bawah rusuk Marsha akan sakit sebab angin akan berkumpul dekat situ. Tapi sekarang Marsha perasan dah banyak kurang. Gastrik pun dah berkurangan sebab dalam seminggu ni gastrik tak jengah...syukur sangat! 

Badan pun rasa lebih bertenaga dari sebelum ni. Marsha dekat rumah memang multitasking sehingga kurang rehat. Bila kurang rehat, badan cepat penat. Mungkin umur dah menghampiri 40 an jadi cepat penat. Setelah seminggu amalkan Jus Permata Zam Zam ni Marsha dapat rasa badan lebih cergas dan bertenaga dari biasa. Alhamdulillah sangat. 


Nak Dapatkan Jus Permata Zam Zam Di Mana?







Macamana nak dapat kan Jus Permata Zam Zam ni? Korang boleh dapatkan Jus Permata Zam Zam ni melalui:

Laman web:

https://www.zamzambrands.com/


Halaman produk:

https://www.zamzambrands.com/collections/feature-on-homepage/products/jus-permata-zam-zam


Untuk nak menjadi ejen sila whatsapp dengan menekan link di bawah:

Wa.me/60164193786










Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

15 Comments

  1. Tengokkan bahan dalam jus ni, semuanya mmg berkhasiat dan ada manfaat tersendiri. Sangat bagus dijadikan amalan dan sebagai makanan tambahan. Saya pun nak kena cuma yang ni pula nanti

    ReplyDelete
  2. Jus botani macam ni memang sedap. Tengok bahan-bahan semua sesuai untuk buang angin dan menjaga kesihatan. Boleh la cuba nanti. Harga RM berapa kak?

    ReplyDelete
  3. Oh wow...... this suppliment looks good. Plus, I like the ingredients inside it. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  4. banyak bahan-bahan sunnah dalam produk jus permata zam-zam ni kan, pasal angin tu, pernah dah kena sekali memang sakit sangat bila dia tangkap urat tu, bolehla try produk ni juga

    ReplyDelete
  5. Wow sis sangat teruja bahan2 yang bagus2 dalam satu botol ni. Berbaloi beli untuk kesihatan ni. Nak cari la....

    ReplyDelete
  6. Teruja nak cuba bila tengok bahan-bahannya superfood!
    Boleh laaa usha sebotol dua tuk family

    ReplyDelete
  7. bahan3 yg digunakan semuanya yg terbaik dan bagus untuk kesihatan

    ReplyDelete
  8. Banyak bahan yang sihat yang selalu ami amik untuk tingkatkan kesihatan dalam jus ni. Mesti bagus kan jus ni.

    ReplyDelete
  9. Ada halia semua, ni kalau minum kompom lee melepas angin je kann, lepas minum tentu segar badan..

    ReplyDelete
  10. Bagus kalau amalakan minuman botani macam ni. Lagi mudah sebab dalamnya ada macam-macam bahan. Kalau dah serasi dengan badan baik amalkan selalu

    ReplyDelete
  11. Wow! Betul2 berkhasiat supplement ni ya tengok list ingredients dia. Wahh, this is the 2nd product yang I come across to have this Habbatus Sauda ni... super ingredient ni.. (Y)

    ReplyDelete
  12. Menggunakan bahan semulajadi ni yang bagus dan baik untum badan.. kita cari juga nak rekemen pada mak dan ayah kita dah uzurkan....

    ReplyDelete
  13. Dari bahan-bahannya, memang banyak khasiat dia untuk kesihatan dalaman kita kan. Rawlins dah kena start ambil nie hehe

    ReplyDelete
  14. Bahan-bahan yang ada dalam Jus Permata Zam Zam ni memang betul-betul untuk buang angin. Baagus ni. Macam boleh cuba je ni.

    ReplyDelete
  15. Wah banyak khasiat minum just permata zam zam ni, nanti sis nak check out their site.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us