Hasil Tekad Perjuangan Anak Muda, Mohamad Shazarul Ismail Antara 100 Usahawan Titan Richworks Berjaya Menerajui ENG'S POPCORN Sehingga Raih Jualan 7 Angka| Assalamualaikum. Seperti yang kita maklum, Islam amat menggalakkan umatnya untuk melakukan atau menceburkan diri dalam dunia bisnes atau yang lebih tepat lagi sebagai Usahawan. 90 peratus punca rezeki manusia adalah daripada hasil perniagaan.
Perjalanan sesuatu bisnes ini sangat-sangat mencabar sebenarnya. Walau dimata kasar nampak seseorang itu sangat berjaya dan nampak perjalanan mudah. Jangan lupa apa yang telah ditempuhi sebelum berada di puncak sebenarnya sangat berliku. Ditambah pula dengan pandemik yang melanda, cabaran menjadi lebih hebat. Hanya orang yang betul-betul nak berjaya akan bertahan.
Di zaman pandemik ini, cabaran adalah sangat hebat. Dengan penutupan premis akibat 'lockdown', ramai usahawan yang kecundang dan beralih kepada 'makan gaji'. Ini kerana secara realiti cabaran dalam dunia keusahawanan sebenarnya sangat hebat. Ianya bukan hanya melibatkan cabaran fizikal, malah cabaran mental dan juga tentangan dari pelbagai penjuru.
Tetapi tidak semua usahawan pasti kecundang. Malah ada yang masih terbang tinggi walaupun pandemik masih belum reda dan premis masih belum boleh dibuka. Dengan usaha tanpa jemu, lebih kreatif dalam bisnes dan juga yang paling penting semangat yang tak luntur untuk berusaha masih ada usahawan yang masih berjaya walaupun cabaran pada masa pandemik ini sangat-sangat hebat.
Seorang anak muda yang bermula dari bawah, Encik Mohamad Shazarul Ismail juga mengalami pengalaman naik turun yang sangat mencabar sebelum beliau berada ditempat sekarang walaupun diduga dengan pandemik Covid-19, memiliki satu bisnes sendiri ENGS LEGACY SDN BHD (ENG'S POPCORN) dengan hasil jualan mencecah jutaan ringgit dengan hanya menjual popcorn. Apakah rahsia beliau?
Sebelum kita menggali rahsia kejayaan salah seorang dari 100 usahawan Richworks Academy ini. Jom kita lihat bagaimana anak muda ini bermula.
Bagaimana Encik Mohamad Shazarul Ismail Memulakan ENG'S POPCORN ?
Anak kelahiran Kampung Muhibah, Peserai, Batu Pahat, Johor ini bukannya berasal dari keluarga yang senang. Namun minat beliau dalam perniagaan popcorn ini bermula semasa beliau masih bersekolah di Tingkatan 4, berusia seawal 16 tahun. Walau masih muda, beliau mempunyai banyak tanggungjawab di dalam keluarga dimana kawan-kawan lain masih fokus pada diri sendiri, beliau dah mula menjaga keluarga .Idea perniagaan popcorn ini tercetus bila kakak beliau menyertai kurus makanan dan membeli mesin popcorn tetapi tidak memulakan bisnes. Akhirnya mesin tersebut diberikan kepada emak beliau. Dari situ muncul minat beliau untuk cuba memasak popcorn dan mula mencuba nasib menjual di Hari Keusahawanan di sekolah tanpa ilmu bisnes.
Pada tahun 2016, setelah tamat SPM, asalnya dengan hanya suka-suka untuk makan sendiri, ianya jadi satu bisnes sampingan disebabkan jiran terbau bau popcorn yang sedap dan popcorn beliau mula ada permintaan.
Permintaan semakin bertambah dan beliau mula jual popcorn pada jiran dan cikgu di sekolah. Semasa di Tingkatan 5, beliau terpaksa hentikan perniagaan sementara kerana ingin fokus pada SPM. Beliau kehilangan ayahanda tersayang semasa menduduki kertas ujian terakhir SPM .
Namun begitu, cabaran terbesar pada masa ini ialah beliau mempunyai masalah membahagikan masa berniaga dan belajar kerana beliau juga salah seorang pelajar kolej di bawah kursus Occupational Safety & Health. Dalam masa yang sama beliau menghadapi masalah pengangkutan dan juga kewangan sehingga terpaksa berhenti pada Semester 3.
Tahun 2017 Encik Mohamad Shazarul Ismail Nekad Kembangkan Bisnes Popcorn
Tahun 2017 semasa berusia 19 tahun, Encik Mohamad Shazarul Ismail mula nekad untuk kembangkan bisnes popcorn beliau. Sambil bekerja sebagai pembantu kedai runcit, beliau mengorbankan masa rehat beliau memulakan bisnes popcorn semula pada waktu petang.
Asalnya niat hanya untuk menemani kakak ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) di Shah Alam, beliau mula mendaftarkan diri dan secara tak langsung menjadi anak murid Dr Azizan. Selepas balik dari Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) di Shah Alam, beliau sangat tidak menyangka akan dapat banyak ilmu tentang bisnes di IMKK.
Kesan dari IMKK, beliau membuat keputusan untuk berhenti kerja dan fokus untuk membina bisnes menjual popcorn. Beliau amalkan semua ilmu yang diberikan oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman dengan bersungguh-sungguh. Dalam masa yang sama beliau memberikan jenama Eng's Popcorn untuk bisnes popcorn beliau sempena nama ayahanda beliau.
Setahun Kemudian Beliau Hadir program Millionaire Marketing Mastery (MMM)
Setelah bisnes tahun pertama popcorn beliau mula nampak perubahan dari segi peningkatan jualan selepas IMKK, beliau mendaftarkan diri sekali lagi di richworks academy dan hadir ke program Millionaire Marketing Mastery (MMM) di Shah Alam pada tahun 2018.
Balik dari program Millionaire Marketing Mastery (MMM), beliau mendapat ilham dan mula bercadang membina sistem ejen dan stokis. Walaupun begitu, beliau diuji dengan cabaran untuk membina team sendiri. Beliau ragu-ragu untuk membuat tindakan dan keputusan serta masih tidak mahir menguruskan kewangan. Ini menjadi cabaran kepada beliau untuk memilih team yang hebat. Pada masa yang sama, beliau juga berdepan cabaran untuk meningkatkan sales kerana beliau masih kerana team masih belum ramai.
Tahun 2019, Bisnes Tahun Kedua Diterima Dalam 100 Senarai Titan Richworks
Pada tahun kedua bisnes beliau, bisnes Eng's Popcorn semakin berkembang dan semakin dekat dihati pelanggan. Beliau hadir Program Zero Kos Marketing (ZKM) di Shah Alam dan mengamalkan sepenuhnya ilmu Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
Balik dari Program Zero Kos Marketing (ZKM) di Shah Alam, beliau cuba memohon untuk menjadi ahli Titanium walaupun bisnes masih kecil menyebabkan ada perasaan rendah diri dan merasakan diri beliau tak layak. Namun sangat membanggakan kerana seawal umur 21 tahun beliau diterima dan menjadi antara ahli Titanium yang paling muda pada waktu itu. Hasil jualan Eng's Popcorn pula meningkat sehingga 7 angka iaitu lebih RM2 juta. Hebat betul kan?
Tahun 2020 Berjaya Memiliki Kilang Sendiri
Usaha penat lelah terbayar bila akhirnya setelah Encik Mohamad Shazarul Ismail dapat mengukuhkan sistem ejen, beliau berjaya membeli sebuah kereta Mercedes. Namun begitu, cabaran lain pula sebagai pengeluar apabila tempat operasi kecil untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.
Akhirnya beliau berjaya memiliki kilang sendiri dalam waktu pandemik dan mempunyai staf seramai 50 orang yang kebanyakannya lebih berusia dari beliau. Pada masa ini hasil jualan Eng's Popcorn memecahkan rekod tahun sebelumnya berkali ganda kerana beliau mempunyai staf-staf yang hebat.
Siapa sangka, anak muda yang berlatarbelakangkan keluarga yang bukan senang kini mampu mempunyai bisnes jutaan ringgit dan kilang sendiri. Malah mampu menggaji 50 orang staf di waktu pandemik yang masih belum reda ini.
Tahun 2021 Hasil Jualan Eng's Popcorn Kekal 7 Angka
Tahun 2021, walaupun masih berdepan dengan fasa pandemik yang belum berkesudahan, hasil jualan Eng's Popcorn masih kekal 7 angka. Memang hebatlah anak murid Dr Azizan ni. Semangat beliau yang sangat kental juga dengan hasil usaha penat lelah dari dulu akhirnya beliau dapat stabilkan Eng's Popcorn ini di pasaran setanding dengan jenama ternama.
Bagi Marsha, Encik Mohamad Shazarul Ismail adalah salah seorang usahawan yang betul-betul berusaha dan berdaya saing. Dengan tekad beliau, siapa sangka dalam usia muda iaitu 23 tahun, beliau mampu menjadi usahawan perusahaan kecil & sederhana (PKS) tempatan yang sangat berjaya.
Beliau juga telah mendapat penganugerahan dari Brandlaureate Award dan juga telah mendirikan rumah tangga dengan isteri tersayang. Pada tahun 2021 ini, hasil jualan Eng's Popcorn masih kekal 7 angka.
100 Usahawan Titan Summit 2021 Bakal Berkongsi Kisah Kejayaan Mereka
Kisah Encik Mohamad Shazarul Ismail adalah antara kisah kejayaan anak tempatan dalam perniagaan mereka melalui program Titan Summit 2021-10X Bina Bisnes Berjaya yang dianjurkan oleh RichWorks Academy bersama bimbingan mentorship yang dikenali ramai, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
Nama Datuk Wira Dr. Azizan Osman kini dah meniti di bibir-bibir rakyat Malaysia kerana beliau terbukti telah melahirkan usahawan jutawan tempatan di seluruh Malaysia. Beliau merupakan seorang Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No.1 Asia.
Dalam program ini, 100 usahawan jutawan yang merupakan titanium circle akan dihimpunkan untuk berkongsi kisah mereka. 100 usahawan jutawan ini merupakan sebahagian anak didik di bawah RichWorks dan bimbingan mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang terdiri daripada 20 industri yang berasal daripada seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak termasuk Australia, Singapura dan Indonesia.
100 usahawan jutawan juga ini bakal berkongsi pengalaman mereka dalam usaha dan tindakan mereka hingga berjaya membina perniagaan daripada kosong hingga capai 7 angka jualan meskipun ketika krisis pandemik masa ini.
Perhimpunan secara virtual dalam Program Titan Summit 2021 - 10X Bina Bisnes Berjaya ini dibawa khas bagi menunjukkan kepada orang ramai terutama usahawan bahawa mereka sebenarnya juga boleh berjaya.
100 usahawan ini adalah bukti hasil zero to million richworks berjaya. Meskipun cabaran bisnes tidak mudah, namun mereka mampu berjaya menjadi usahawan jutawan tempatan dengan tekad, usaha dan juga ilmu bisnes yang betul.
Daftar Program Titan Summit Sekarang!
Program Titan Summit 2021 akan berlangsung tak lama lagi iaitu pada 24 hingga 26 September nanti. Berapa harga kelas titanium Dr Azizan ini? Sebenarnya program ini PERCUMA dan terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks. Niat Datuk Wira Dr. Azizan Osman untuk membantu seramai boleh uasahawan tempatan. 100 Usahawan Jutawan, Satu Misi Bantu The Nation.
Memandangkan richworks on demand dari pelbagai latarbelakang usahawan, himpunan jutawan ini dibuat bagi memberikan inspirasi dan harapan kepada usahawan malah anggota masyarakat di luar sana bahawa mereka juga boleh berjaya dalam tempoh pandemik yang sangat mencabar ini.
Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan Richworks Academy telah banyak membantu dalam melatih dan memberikan bimbingan kepada ramai usahawan richworks bangkit sejak tahun 2008. Kebanyakan usahawan jutawan yang berjaya adalah dari Perusahaan kecil dan Sederhana ( PKS ).
Pada 13 -16 September lepas, seramai 300 lebih usahawan jutawan telah 'berkampung' dalam Inner Circle Meeting (ICM) RichWorks secara virtual bagi menimba ilmu bersama Menthor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
Marsha pasti, rakan-rakan circle Marsha juga ramai yang mempunyai bisnes sendiri kan? Sekaranglah peluang yang terbaik untuk menimba ilmu yang terbaik dari Datuk Wira Dr. Azizan Osman melalui Program Titan Summit 2021 yang bakal berlangsung nanti.
Nak mendaftar dimana? Korang boleh mendaftar link yang Marsha kongsikan dibawah:
DAFTAR PROGRAM TITAN SUMMIT 2021 SEKARANG
Pastinya harga seminar dr azizan 2021 PERCUMA dan ini peluang korang menimba ilmu yang tak ternilai ini. Jom!!
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
22 Comments
Seronok tgk anak muda berjaya. Mmg kena topup ilmu berniaga.. join richworks mmg power
ReplyDeleteSiapa sangka kan dgn jual pop corn saja mampu menjana pendapatan hingga 7 juta. Salute. Yg penting usaha berterusan & ada guide dari Mentor yg betul mcm Datuk Wira Dr Azizan Osman ni...
ReplyDeleteHebat muda lg dh jutawan
ReplyDeleteSyabas anak muda..
ReplyDeletewo hebat ssungguh anak muda ni inspiring dengar cite dia
ReplyDeleteKagum sangat-sangat. Jual popcorn boleh berjaya sampai macam tu sekali. Alhamdulillah rezeki beliau.
ReplyDeleteCongratulations to Shazarul. He works really hard. He deserves this success. Thanx to you for sharing this inspiring story.
ReplyDeleteTerharu baca kisah kejayaan beliau.... terbaiklah join titan summit dapat tingkatkan income perniagaan
ReplyDeletehebat nya dari.perjualan popcorn.. skrg dah memiliki empayar perniagaannya sendiri
ReplyDeleteWow. Semuda itu dah ada macam-macam harta. Sememangnya ini adalah sangat membangkit semangat untuk terus berusaha.
ReplyDeleteNak berjaya berniaga memang ada ilmu. Kalau ada rezeki iza pun nk belajar.
ReplyDeleteOoo dia ke foundernya, Sis pernah makan popcorn dia, jumpa di Petronas tak silap masa tu beli.. Tahniah buat anak muda ni.. bagus program DAO ni kan, bantu ramai muda belia untuk terus maju..
ReplyDeleteMmg terinspirasi dengan kisah2 kejayaan mereka ni
ReplyDeleteseronok pulak baca kisah dia. hebat dari form 4 dah bisnes kan. moga dia terus berjaya dan tak salah langkah
ReplyDeleteEng's Popcorn ni sedap. Ana dah try. Penuh isi caramel dkt popcorn tu. Then skrg baru tau anak didik DAO rupanya. Patut power bab marketing dia.
ReplyDeletewow hebat yer kisah dia ni. kagum sangat, walau terpaksa berhenti belajar dan nekad bisnes sendiri, akhirnya pengorbanan semua berbaloi, sangat memberi inspirasi.
ReplyDeletememang kagum tengok semangat peniaga ni, majukan bisnes dan buka peluang meniaga untuk orang lain juga
ReplyDeletethis is one of his best success testimonial from his people who had been taking his courses or his talks... really inspiring!
ReplyDeleteBusiness is not easy but if learn the right skills and motivation you will get there
ReplyDeleteBagus sharing macam ni, sangat inspiring and with the right knowledge and guidance semoga boleh berjaya
ReplyDeletesungguh memberi inspirasi, muda betul dah bergelar jutawan
ReplyDeletebangga betul dengan anak muda zaman sekarang yang boleh menjana pendapatan jutaan ringgit ni kan.Yang penting dia mencari ilmu untuk terus berjaya
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)