Jenama COSRX Harga Mampu Milik dan Berkualiti Untuk Semua Jenis Kulit di Threebs Malaysia

Jenama COSRX Harga Mampu Milik dan Berkualiti Untuk Semua Jenis Kulit di Threebs Malaysia| Assalamualaikum. Setiap orang tidak mempunyai masalah kulit yang sama disebabkan jenis kulit yang berlainan. Masalah kulit bergantung pada jenis kulit itu sendiri dan cara penjagaannya juga tidak sama. Seperti yang kita maklum, ada beberapa jenis kulit iaitu normal, kering, berminyak dan juga kombinasi. 


Jenama COSRX Pakar Kulit Kombinasi HOT di Threebs Malaysia

Marsha mempunyai kulit kombinasi dan Marsha memang mempunyai masalah untuk mencari skincare yang sesuai. Jika salah pilih, kulit akan mudah kering, mengelupas dan banyak lagi. 


Kulit kombinasi biasanya terdiri daripada kulit kering atau biasa dengan beberapa bahagian muka berminyak, biasanya di dagu, hidung dan dahi. Kebanyakan orang mempunyai jenis kulit kombinasi juga sering mengalami masalah dengan pori-pori yang luas,  dan kulit berkilat.


Paling leceh, kulit kombinasi memerlukan rawatan yang berbeza untuk setiap bahagian kulit wajah. Krim pelembab boleh menjadi terlalu lembab dan membuat hidung dan dahi lebih berminyak. Walaupun mask serap minyak berjaya menghilangkan minyak di kawasan T (dahi, hidung, dagu), tetapi menjadikan bahagian lain kering. 


Jenama COSRX Setanding Dengan Jenama Ternama


COSRX telah cuba menyediakan penyelesaian kepada semua pelanggan mereka di seluruh dunia sejak 2015 dan membuat produk yang memfokuskan pada bahan-bahan yang berkesan. Nama COSRX ni unik kan? Ia adalah singkatan dari Cosmetics + Rx(Preskripsi) untuk mencipta penyelesaian terbaik untuk pelbagai masalah kulit termasuk kulit kombinasi.


COSRX juga telah memfokuskan pada produk yang dirumus dengan baik dengan pembungkusan yang sangat minimalis, salah satu titik jualan utama COSRX ialah mempunyai produk dengan kepekatan aktif yang tinggi sambil mengekalkan harga yang berpatutan dan mampu milik. Dengan bahan-bahan mesra kulit yang melegakan kerengsaan kulit, COSRX mahu menyediakan hari esok yang lebih baik untuk pelanggan mereka.


Disebabkan itu, Marsha telah grab 2 produk COSRX setelah tengok kandungan dan juga beberapa review di website Threebs. Produk yang Marsha dapatkan ialah basic je, cleanser dan juga essence. Jadi inilah pilihan Marsha:


  1. Low pH Good Morning Gel Cleanser (150ml)

  2. Advanced Snail 96 Mucin Power Essence (100ml)




Ada banyak lagi produk di bawah jenama COSRX ni. Jadi korang boleh tengok dekat >>>  Produk COSRX



Tanpa buang masa, jom kita tengok dengan lebih dekat 2 produk yang Marsha pilih ni




Low pH Good Morning Gel Cleanser (150ml)







COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser adalah pembersih berbentuk gel yang mengandungi bahan botani yang tidak menghilangkan minyak semula jadi kulit korang, menjadikannya dengan tekstur yang jelas dan lembut.


Kandungan:


COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser merupakan pembersih yang sangat lembut pada kulit yang bagus untuk cucian muka korang waktu pagi. Pembersih gel formula pH rendah ini tidak menghilangkan minyak semulajadi kulit korang. Ia juga mengandungi bahan-bahan botani yang semulajadi dan asid lembut untuk membersihkan kulit korang dengan lembut kepada tekstur yang paling lembut dan jelas.


Cara Penggunaan:

  1. Untuk kali pertama penggunaan, korang boleh buat  'patch test' dengan sapu sedikit produk pada bahagian kecil muka, sebaik-baiknya di tempat yang mudah ditutup seperti di belakang telinga anda atau di bahagian bawah rahang korang, kemudian tunggu 48 jam untuk melihat jika ada  tindak balas,

  2. Basahkan kulit  dengan air suam

  3. Urut pembersih ke dalam kulit secara membulat

  4. Bilas dengan baik apabila selesai

  5. Lap muka dengan lembut dengan kain

  6. Kemudian boleh sapu toner dan pelembap


Advanced Snail 96 Mucin Power Essence (100ml)





COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence adalah essence tekstur ringan yang menyerap ke dalam kulit dengan cepat dan memberikan kulit bersinar semula jadi dari dalam.



COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence dibuat dengan penapisan rembesan siput domestik 96% semulajadi. Advanced Snail 96 Mucin Power Essence ialah 'Real Power Essence' yang merawat kulit sambil mengekalkan kelembapan dan menggalakkan kuasa sebenar kulit dalam cara sihat. Ia menambah nutrien kepada kulit untuk mencegah dan membaiki kerosakan dan mengisi kulit dengan keanjalan untuk kulit yang lebih sihat dan kelihatan lebih muda. .Panthenol dan sodium hyaluronate adalah humektan yang benar-benar membantu kulit anda menarik kelembapan ke kulit korang seperti magnet.


Kandungan :


Rembesan Siput telah dituras, Betaine, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sodium Hyaluronate, Panthenol, Arginine, Allantoin, Ethyl Hexanediol, Sodium Polyacrylate, Carbomer, Phenoxyethanol.


Cara Penggunaan:


1. Untuk kali pertama penggunaan, korang boleh buat  'patch test' dengan sapu sedikit produk pada bahagian kecil muka, sebaik-baiknya di tempat yang mudah ditutup seperti di belakang telinga anda atau di bahagian bawah rahang korang, kemudian tunggu 48 jam untuk melihat jika ada  tindak balas,

2. Sapukan titik-titik kecil COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence ke seluruh muka yang telah dibersihkan

3. Campurkan secara ringan dan cepat dengan 'dap dap' kan kulit korang yang telah dibersihkan dengan lembut untuk membolehkan serum menyerap

4. Kemudian selepas 1 minit boleh pakai pelembap 



Marsha dah mula gunakan 2 produk COSRX ni 3 hari dan memang kulit Marsha tak kering seperti sebelum ni. Tak sabar nak tengok perubahan yang lain. Memang susah nak jumpa produk yang serasi dengan kulit Marsha. COSRX ni memang buat Marsha in love!


Threebs Malaysia Platform Kecantikan Yang Mampu Milik

Sebenarnya Marsha pun dah lama mengenali platform Threebs Malaysia ni. Selalu ada kawan-kawan share tentang Threebs ni  cuma belum sempat nak tengok-tengok skincare yang ada kat website Threebs Malaysia. Bila dah buka dan tengok-tengok produk, Marsha memang tak sangka ada banyak produk dan pelbagai jenama rupanya ada dekat Threebs ni. Rambang mata oiii...hihi. 


Kalau korang nak tahu, Threebs adalah salah satu platform kecantikan yang dikira macam butik kecantikan online atau kita panggil one stop centre. Semua produk ada. Pelbagai jenama dan pelbagai jenis. Jadi korang boleh pilih je mana yang berkenan dan sesuai. Harga pula memang sangat-sangat mampu milik. Memang serius rambang mata bila masuk website Threebs ni dan pastinya cart akan penuh..hihi.



Maklumat Lanjut Tentang Threebs Malaysia


Website : https://threebs.co/


Facebook : threebs.co


Instagram : threebs.co

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us