Advertisement

Pengalaman Glamping Bersama Keluarga di Gopeng Glamping Park

Pengalaman Glamping Bersama Keluarga di Gopeng Glamping Park | Assalamualaikum. Kalau sebelum ni Marsha dan family camping, kali ni kami berubah angin ke glamping malaysia pula. Marsha sebenarnya lama dah teringin nak glamping Ipoh tapi asyik penuh booking dan juga sebab pandemik sektor perlancongan ditutup sementara. 

Balik dari camping tu kami lalu di depan Gopeng Glamping Park dan tak sangka tempat dia sangat cantik. Tapi dalam hati, maharnya mesti lagi mahal kan sebab glamping malaysia ni ala-ala dok hotel bezanya kita duduk dalam khemah yang mewah. Balik terus buka FB Gopeng Glamping Park dan Marsha ada juga baca beberapa review. Rupa-rupanya Gopeng Glamping Park ada buat promo untuk Perakian. Less 20% dari harga asal. Menarik! 

Pengalaman Glamping Bersama Keluarga di Gopeng Glamping Park


Alhamdulillah akhirnya rezeki Marsha, berjaya dapatkan tempat untuk kami glamping Ipoh di Gopeng Glamping Park. Pergi awal-awal masa dorang buka sebab risau nanti crowded pula kan. Sebab even kami dah keluar, kami masih lagi menjaga SOP. Risau juga sebab anak-anak masih kecil sebab tu kami prefer tempat yang tak ramai dan tak crowded.




Bayaran Dikenakan Untuk 2 Hari 1 Malam Untuk Quad Tent Termasuk 4X Makan

Kata glamping kan? Jadi Gopeng Glamping Park price pun nampak glamz la jugak...hihi. Tapi bagi Marsha ianya berbaloi sebab fullboard termasuk 4x makan ( Tea time, Dinner BBQ, Breakfast & Lunch). Bayaran mengikut per head bukan per tent sebab hari minggu semuanya fullboard. Harga per head asalnya RM188 tetapi kami dapat diskaun 20% untuk promo Perakian dan dapat harga RM158. Kalau tengok harga masih nampak mahal sebab dia kira per head, tapi sebenarnya ianya berbaloi dengan 4x meal yang disediakan. Makanan dia superb! Nanti Marsha story bab makan ok! 

Rate Weekend

Rate Weekdays



Kemudahan Di Gopeng Glamping Park

Marsha ada sharing tentang Gopeng Glamping Park ni di Instagram dan juga Facebook. Ramai yang tanya apa kemudahan yang ada di Gopeng Glamping Park ni. Banyak kemudahan yang ada dekat sini. Antaranya ialah:

Tent

Ada pelbagai jenis tent ikut pax. Ada double tent, Quad Tent dan Deluxe 8 Tent. Jadi Marsha dapat Quad Tent untuk 3 dewasa. Ada tent untuk 2-3 orang dan ada juga tent untuk 6 orang. Jadi besar tent tu berbeza.




Dalam tent juga disediakan 2 tilam saiz Queen, 4 bantal dan 2 selimut besar. Jadi tak perlu bawa peralatan nak tidur kecuali ada bantal busuk...hihi.

Kipas di Dalam Tent


Setiap tent disediakan 2 biji kipas tinggi. Jadi jangan risau panas. Even tak ada aircond, tetap selesa. Lagipun siang tak berapa sangat ada dalam tent sebab masa ni kami kat sungai mandi.

Plugpoint,  Lampu dan Air Purifier di Dalam Tent

Setiap tent ada plugpoint masing-masing beserta extension. Jadi nak charge hp ke, nak charge peralatan lain boleh sangat. Lampu juga disediakan jadi kita tak bergelap dalam tent. Kalau korang nak tahu, air purifier juga disediakan di setiap tent.


Hanging Rack, Troli Barang dan Meja Kecil di Dalam Tent

Baju serta peralatan personal tak perlu kita letak dalam beg. Sebab dalam tent juga disediakan hanging rack, troli barang dan juga meja kecil. Jadi kita boleh simpan barang-barang kita dengan kemas. Tak perlu nak simpan dalam beg.

Tandas

Tandas yang disediakan lengkap dengan kemudahan shower, tandas dan juga disediakan peralatan untuk mandi. Tandas dekat jenis berkongsi tapi ada tandas lelaki dan perempuan. Tandas dia banyak dan kami tak perlu menunggu nak ke tandas atau pun mandi.







Water Dispenser

Tak perlu risau untuk bekalan air minum. Water dispenser disediakan di cafe. Jadi hanya perlu bawak bekas air atau tumbler untuk ambil air bawa ke tent. Kita tak perlu masak air hanya ambil je dekat cafe. 



Free WIFI

Ada free WIFI disediakan dekat Gopeng Glamping Park ni. Jadi boleh je guna dan update social media korang masa dekat sana ok!

Parking

Parking disediakan secara percuma di hadapan Gopeng Glamping Park. Kita tak perlu risau sebab ada CCTV yang disediakan sekali.


Sharing Marsha di Instagram






Aktiviti Yang Boleh Buat di Gopeng Glamping Park?

Ini juga salah satu soalan yang banyak Marsha dapat dari kawan-kawan. Banyak sebenarnya aktiviti yang kita boleh buat dekat Gopeng Glamping Park ni. Jom Marsha divide kan pada 2, aktiviti percuma & aktiviti berbayar.

Aktiviti Percuma

  • Mandi sungai
  • Trampoline
  • Hammock
  • Traditional Board Game (Congkak,, Karom, Batu Seremban, Tarik Tali etc), Board Game, Puzzle, Chess, Dam Ular, etc
  • Archery
  • Fire Show - weekend only
  • Camp Fire
  • Music Band
  • Pet Zoo - Rabbit

Trampoline

Tufael seronok mandi sungai

Seronok Baihaqi Mandi Sungai

Hammock

Camp Fire




Aktiviti Berbayar

  • Berbasikal - RM 5/3 jam
  • Whitewater Rafting - RM 150/pax
  • Cave Exploration - RM 65/pax
  • Sunset Hiking - RM 50/pax
  • Waterfall Abseiling - RM 95 / pax
  • Fun Trip Rafting - RM 100/pax
  • Paintball - RM 80/pax
  • Adventure ATV - RM 180/pax








Marsha buat aktiviti percuma je dekat Gopeng Glamping Park ni sebab bawak anak kecil kan. Jadi tak boleh nak tinggal sangat.

Menu di Gopeng Glamping Park Setaraf Hotel

Haaa....jom Marsha cerita bab makan pula. Disebabkan Marsha dan family stay weekend, jadi kami sememangnya fullboard. Bagi Marsha lebih senang sebab kita tak perlu nak pikir dah tentang makan. Cukup masa kita ke cafe makan ikut waktu yang disediakan.




Dari segi SOP waktu makan di cafe, Marsha sangat suka sebab kami dan juga pengunjung Gopeng Glamping Park yang lain telah dikhaskan 1 meja / family di cafe dan kami hanya akan guna meja tu sahaja bila waktu makan. Meja kami sentiasa disanitize.


Dinner BBQ




Menu pula memang sedap-sedap. Banyak pilihan dan juga sedap-sedap. Bila berbual dengan owner Gopeng Glamping Park, rupanya mereka memang fokus pada 'food'. Patutlah menu dorang dari tea time, dinner BBQ, breakfast dan lunch tidak mengecewakan. Waktu tea time selain kuih muih kami dapat rasa roti jala panas-panas dibuat atas dapur, waktu dinner BBQ ada kambing, ayam, waktu breakfast pula dapat rasa nasi lemak sedap dan waktu lunch dapat rasa masak lemak daging salai dan juga ikan keli bakar fresh panas-panas.

Breakfast

Lunch




Marsha sebut tu sebahagian je tau sebab setiap kali makan ada pelbagai menu. Jadi korang kena merasa sendiri ok!...hihi. Overall bab makan memang Marsha bagi 10/10....yeay!!


Best ke Tak Dekat Gopeng Glamping Park ni?

2 Hari 1 Malam sebenarnya tak cukup tau! Haaa....dah tahu kan best ke tak? Bagi Marsha mewakili mak-mak yang nak bawa anak relax dan mak pun nak relax memang sesuai ke Gopeng Glamping Park ni. Tak perlu nak pikir cari makan ke apa...bawak baju dan keperluan peribadi je.

Environment di Gopeng Glamping Park ni sangat nice dan SOP dijaga dengan baik. Tandas bersih dan banyak. Tak perlu nak beratur tunggu lama untuk masuk tandas atau mandi. Memang hilang stress kat sini.  Untuk pilot drone kat sini boleh je nak fly drone. Jadi jangan lupa bawak drone korang ok!





Untuk maklumat lanjut dan booking korang boleh ke Website Gopeng Glamping Park ok!



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

Post a Comment

6 Comments

  1. Seronoknya Glamping. Dulu pernah glamping dengan adik beradik. Seronok juga tapi masa tu kat Janda Baik. Malam2 dengar deruan air terjun berdekatan dan unggas hutan....nanti nak kena try pula glamping kat sini.

    ReplyDelete
  2. Dah namanya glamping, semua harus GLAM kan. Best giler tengok ur pictures nie. Teringin gak nak glamping hehe

    ReplyDelete
  3. kena masuk dlm list ni.. nampak best dan menarik sgt.. kemudahan semua complete tu best juga

    ReplyDelete
  4. Serba serbi penceritaan dan gambar dapat bayangkan betapa bestnya lahaii glamping di sini.. Sis belum pernah lagi camping gini, one day nak juga try laaaa

    ReplyDelete
  5. wahh mcm best kan dduk dlm hutan dgr bunyi2 hutan. konfem tenang

    ReplyDelete
  6. Iza suka tengok tempat-tempat glamping macam ni. Cantik! Teringin betul nk pergi tapi tak sure sesuai ke tak nak bawak anak umur setahun. Huhuh. Dekat Gopeng ni banyak jugak aktiviti boleh buat. Bestnya!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)