Pengalaman Menginap di 32 Bishop Inn Hotel Bajet Penang Georgetown

Pengalaman Menginap di 32 Bishop Inn Hotel Bajet Penang Georgetown | Assalamualaikum. Semenjak border negeri dibuka, setiap minggu jalan highway memang penuh. Kebanyakannya mengambil peluang untuk jenguk keluarga dikampung dan ada juga yang bercuti bersama keluarga. Marsha pun tak lepaskan peluang juga untuk balik kampung dan juga bercuti sebab risau juga pandemik ni tak mustahil border negeri akan tutup semula jika kes makin meningkat.

Marsha dah balik kampung 2 minggu lepas, jadi last week Marsha ajak encik suami short vacay di Penang. Lokasi percutian yang tidak jauh mana dari Ipoh, lebih kurang 2 jam perjalanan. Jadi sesuailah untuk shortvacay 2H1M . Sebenarnya kami selalu juga shortvacay dekat Pulau Mutiara ni memandangkan mak mertua pun di Kulim. Jadi fokus kami kali ni kat Penang nak cari hotel dalam bandar yang 'walking distance' sahaja bila nak ke tempat-tempat menarik seperti Padang Kota, dekat dengan kedai makan dan lain-lain kemudahan. Kiranya tak perlu drive dah nak kemana-mana.

Sepantas kilat, Marsha mula google hotel bajet murah penang. Kali ni nak cari hotel bajet di Penang sebab kami plan nak bersiar-siar. Akhirnya pilihan Marsha dan suami ialah 32 Bishop Inn Penang yang lokasinya sangat strategik di bandar Georgetown. Bila tengok google map, memang lokasi pilihan kami lah. Apa lagi kami terus booking hotel murah penang sebab tak boleh lambat-lambat nanti full...hihi.

32 Bishop Inn Hotel Bajet Murah Penang di Georgetown

Hotel 32 Bishop Inn terletak di lokasi yang sangat strategik di Lebuh Bishop, George Town yang dikenali sebagai bandar yang agak sibuk. Kalau masuk bandar Georgetown ni memang kita terpaksa hadap jammed. Memang ia antara bandar yang sibuk. Jadi bila nak bercuti di bandar yang sibuk, pilihan hotel mestilah yang walking distance. Parking pun susah tau. Memang kalau yang tak tahan memang akan agak stress. Nak tempah GRAB atau teksi pula ia mestilah melibatkan pertambahan kos dalam percutian. 




Kalau korang merancang nak ke Prangin Mall dan KOMTAR. 32 Bishop Inn memang pilihan tepat sebab jarak hotel hanya 300 m dari Prangin Mall, 500 m dari Komtar dan 900 m dari Pinang Peranakan Mansion. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pula terletak sejauh 15 km sahaja. 32 


Jenis Bilik di 32 Bishop Inn


Kalau korang nak tahu, 32 Bishop Inn Hotel ni adalah hotel baru dan ia baru beroperasi pertengahan Oktober lepas. 32 Bishop inn mempunyai 68 bilik yang terdiri dari 5 jenis bilik seperti Superior Twin, Superior Queen, Deluxe Queen, Deluxe Family (3 pax) dan DeluxeFamily (4 pax ).

Semua 68 bilik di 32 Bishop Inn dekorasinya unik dan dihias indah dengan warna tanah yang hangat dan susunan bilik-bilik menawarkan suasana santai dan selesa serta kemudahan asas .

Superior Twin



Harga: RM135/Night

Deko bilik ini simple dan nampak luas sebab 32 Bishop Inn bijak menggunakan ruang yang ada. Bilik nampak lebih moden dan lain dari lain. Katil yang disediakan 2 single dengan kemudahan asas yang lain seperti televisyen, meja dan banyak lagi.


Superior Queen



Harga: RM135/Night

Harga sama dengan Superior Twin cuma jenis katil berbeza iaitu 1 katil queen. Kemudahan yang disediakan sama dengan bilik superior twin.


Deluxe Queen


Bilik lebih luas dari bilik superior tapi katil disediakan adalah katil queen untuk 2 pax. Lebih selesa untuk 2 orang.

Harga: RM150/Night






Deluxe Family (3pax) 



Harga: RM165/Night

Sesuai untuk family kecil 3 orang. Katil yang disediakan 1 queen dan 1 single. 


Deluxe Family (4pax) 



Harga: RM185/Night

Bilik Deluxe Family 4 Pax menjadi pilihan Marsha untuk menginap di 32 Bishop Inn sebab Marsha ada 3 orang anak. Jadi Marsha memilih bilik yang paling besar untuk keselesaan anak-anak. Kemudahan yang disediakan di dalam bilik Deluxe Family 4 pax:

Bilik:

  • 2 katil bersaiz queen
  • Penghawa dingin
  • 4 helai tuala
  • Keetle
  • Gelas
  • Almari pakaian
  • Meja
  • Kerusi
  • Cermin
  • City View
  • Air mineral
  • Wifi untuk 4 user

Tandas:
  • Heater
  • Toileteries.



Paling best bilik ni view dia betul-betul mengadap KOMTAR, mercu tanda Pulau Pinang yang terkenal. Memang waktu malam indah sangat bila tengok KOMTAR berwarna-warni.



Marsha pasti kemudahan yang disediakan sama di semua bilik cuma mungkin berbeza jenis katil dan bilangan tuala sebab ianya mengikut kapasiti bilik yang disediakan. Bilik Deluxe Family juga ada 'connecting room' dan jika korang ramai dan nak booking 2 bilik yang connecting room, ada diskaun tambahan yang akan diberikan. Kesemua bilik di 32 Bishop Inn ni adalah non-smoking.


Kemudahan di 32 Bishop Inn


Selain kemudahan di dalam bilik, 32 Bishop Inn juga menawarkan beberapa kemudahan asas seperti:

  • Lif
  • Sistem Keselamatan (CCTV)
  • Lobby yang selesa



  • Parking

Marsha tertarik dengan kemudahan parking yang disediakan. Jika menginap di 32 Bishop Inn ini. Parking yang disediakan bukan sahaja didepan lobby tapi korang boleh je parking di petak MBPP dan kos bayaran parking ditanggung oleh pihak 32 Bishop Inn. Menarik kan? Tak perlu nak pening kepala nak cari parking. Marsha tertarik sebab jarang jumpa hotel bajet murah Penang yang menawarkan perkhidmatan parking.





32 Bishop Inn Lokasi Yang Sangat Strategik

Keistimewaan 32 Bishop Inn ini adalah lokasinya yang strategik berdekatan dengan tempat makan dan juga tempat menarik di Penang. Jadi jom kita tengok tempat makan dan juga tempat menarik yang ada berdekatan 32 Bishop Inn ini.


Tempat makan terbaik berdekatan:

  • Nasi Kandar Merlin
  • Nasi Kandar imigresen


  • Dua masakan Perancis (Restoran Itali)
  • Kafe Toh Soon
  • Kannan Bamboo Masala Biryani (Makanan India)
  • Medan Selera Sri Weld (Makanan Cina)
  • Dan banyak lagi.

 

Tempat untuk dilawati berdekatan:

  • Fort Cornwalls
  • Muzium Wonderfood
  • Little India
  • Pemandangan Laut
  • Pemandangan Kapal Layar
  • Dan banyak lagi.
Jika korang kekurangan 'cash' di tangan, jangan risau bank dekat sini banyak. Macam-macam bank ada tau! Klinik juga ada berdekatan jadi memang tak perlu risau. Buat peminat barangan antik pula, korang boleh dapatkan barangan antik di kedai-kedai menjual barangan antik berhampiran.


Pengalaman Marsha Menginap di 32 Bishop Inn Hotel

Even menginap hanya 2H1M di 32 Bishop Inn Hotel ni, kami rasa sangat puas hati sebab bilik sangat selesa dengan kemudahan yang telah disediakan. Kali pertama jejak ke lobi hotel, rasa sangat best sebab konsepnya sangat unik. Lobi pun besar jadi selesa masa nak check in sebab kita masih pandemik jadi memang penjarakan boleh diamalkan. Bila masuk ke lobi je dah disediakan hand sanitizer dan juga mesin bacaan suhu badan untuk kita scan sebelum check in. 


Layanan staff juga sangat baik sebab staff sangat peramah. Ia buat kami rasa lebih selesa seperti berada dirumah. Bagi Marsha, walaupun 32 Bishop Inn hotel bajet murah penang tetapi ianya sangat selesa tak seperti hotel bajet pun. Anak-anak memang sangat happy. 





Jadi kalau korang plan nak ke George Town, Marsha sangat suggestkan korang booking hotel murah penang 32 Bishop Inn Hotel ni. Untuk maklumat lanjut:

Alamat: 32, Lebuh Bishop, 10250 George Town, Pulau Pinang.
Tel:         04-228 1024 
                017-484 9484 Mr.Khairul Izwan (Hotel Manager) - Whatsapp




Lokasi:




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

1 Comments

  1. Wah hotel baru. Suka konsep hotel cam ni. Next time ke Penang boleh lah check in sini

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us