Katakan Tidak Pada Pembakaran Rokok

Katakan Tidak Pada Pembakaran Rokok| Assalamualaikum. Marsha pasti semua sedia maklum yang merokok membahayakan kesihatan. Bukan perokok je, malah orang sekeliling juga akan mendapat kesan buruk dari pembakaran asap rokok. Kerajaan juga telah membuat pelbagai kempen untuk mendedahkan bahayanya rokok. Namun masih ada yang tidak peduli dengan kesan merokok dan juga tidak peduli dengan orang sekeliling terutamanya yang tersayang. Kalau korang nak tahu, pembakaran rokok itu sangat-sangat berbahaya tau. Kesan kepada orang sekeliling lebih buruk.

 

Katakan Tidak Pada Pembakaran Rokok 



Sumber gambar: antaranews.com



Fakta Yang Membimbangkan Akibat Merokok


Menurut rekod dari Kementerian Kesihatan Malaysia,


  1. 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah seorang perokok tegar dan di Kuala Lumpur sahaja, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  2. Sebanyak 25% daripada pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  3. 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok atau dikenali sebagai perokok pasif.
  4. Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  5. Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.

Semua fakta ini sangat membimbangkan tetapi hanya sebilangan kecil yang beralih ke alternatif untuk berhenti merokok atau mengurangkan kemudaratannya. Ia sangat membimbangkan kerana masih ada sebilangan besar perokok tegar masih tidak ambil peduli.


Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru



Kanser paru-paru hanyalah salah satu kesan merokok. Ia merupakan kesan merokok dalam jangka masa yang panjang. Terdapat pelbagai penyakit lain disebabkan merokok seperti sesak nafas, bronkitis kronik dan organ paru-paru tidak akan kembali kepada asal walaupun telah berhenti merokok dan mendapatkan rawatan intensif sekalipun. Rokok juga melemahkan sistem imun dan menyebabkan perokok mudah mendapat jangkitan paru-paru.


sumber gambar : iluminasi.com



Sebanyak 70-80% kematian disebabkan kanser paru-paru adalah dalam kalangan perokok. Namun, jika korang berhenti merokok sekarang, ia mampu untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru walaupun korang telah merokok bertahun lamanya.



9 Bahan Toksik Dalam Rokok Yang Boleh Membunuh


Telah dilaporkan bahawa terdapat 7000 bahan kimia di dalam rokok dan sebanyak 70 bahan yang dikenali menjadi punca kanser. Antara bahan-bahan utama rokok yang membahayakan ialah:
  1. Tar
  2. Karbon monoksida
  3. Arsenik
  4. Formaldehid
  5. Plumbum
  6. Benzena
  7. Kadmium
  8. Hidrogen sianida
  9. Aseton

Kesemua bahan toksik ini kesannya sangat merbahaya dan memberi kesan jangkamasa panjang kepada perokok tegar.


Kesan asap rokok pada perokok pasif

1. Kesan asap rokok kepada golongan dewasa

sumber gambar : thediagnosa.com





Kesan merokok kepada perokok pasif seakan-akan perokok tegar. Jadi golongan perokok pasif ini akan terdedah kepada penyakit-penyakit yang akan dialami oleh perokok tegar seperti berikut:

● Penyakit Kardiovaskular
● Penyakit Jantung
● Penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD)
● Kanser terutamanya kanser paru-paru.

Menurut kajian, perokok pasif yang tinggal bersama perokok tegar lebih cenderung untuk mendapat kanser paru-paru daripada mereka yang tidak tinggal bersama perokok tegar.


2. Kesan asap rokok kepada kanak-kanak

  1. Masalah jangkitan saluran pernafasan (Upper Respiratory Tract Infection - URTI).
  2. Jangkitan kuman di telinga
  3. Masalah pembelajaran dan kelewatan tumbesaran.

sumber: hmetro.com.my


3. Kesan asap rokok kepada bayi

Sindrom Kematian Bayi Mengejut (Sudden Infant Death Syndome - SIDS) adalah satu sindrom di mana bayi yang sihat meninggal dunia secara mengejut disebabkan oleh asap rokok.

4. Kesan asap rokok kepada ibu mengandung

  1. Risiko keguguran
  2. Kelahiran Luar Rahim (Ectopic Pregnancy)
  3. Tekanan darah tinggi (Pregnancy Induced Hypertension)

sumber gambar: Twitter KKM Malaysia

5. Kesan asap rokok kepada bayi dalam kandungan

  1. Berat badan lahir rendah (Low Birth Weight - LBW)
  2. Sekatan pertumbuhan intrauterine (IUGR)
  3. Kecacatan Kelahiran
  4. Kelahiran pramatang

 

Adik Marsha Seorang Perokok Tegar 

Marsha mempunyai adik lelaki yang merupakan seorang perokok tegar. Kalau tak silap, adik Marsha mula merokok semenjak dibangku sekolah menengah lagi. Masa sekolah dia merokok senyap-senyap sebab takut dekat abah. Tapi seorang ayah mestinya tahu sebab bibir dia nampak jelas kehitaman. Lagipun abah pun ada pengalaman merokok masa muda. Kalau nak tahu, abah pun dulu masa bujang juga seorang perokok tapi selepas mendirikan rumahtangga dengan emak, abah berhenti merokok.

Marsha ada juga bagi nasihat dan share pelbagai artikel tentang bahaya asap rokok secara tak langsung kepada adik Marsha. Namun mungkin belum terbuka hati untuk berhenti merokok. Marsha dapati adik Marsha agak sukar untuk berhenti merokok macam tu je, jadi Marsha ada buat research untuk cari alternatif yang kurang berbahaya dari rokok sebenar. Akhirnya Marsha menemui alternatif selain rokok iaitu produk Heart-Not-Burn (HNB).

Mengikut dari research yang Marsha jumpa, produk Heat-Not-Burn adalah satu produk dimana ianya tidak dibakar tetapi ia dipanaskan sehingga satu suhu yang tertentu. Tidak seperti rokok tradisional yang membebaskan lebih daripada 7000 bahan kimia bukan sahaja memudaratkan tubuh tetapi juga menyebabkan pencemaran udara, produk Heart-Not-Burn tidak menghasilkan asap atau abu, kerana produk Heat-Not-Burn ini tidak memerlukan api untuk membebaskan nikotin dari tembakau.


Alternatif HNB Kepada Perokok Untuk Berhenti Merokok


Rokok tidak mendatangkan apa-apa hasil ataupun manfaat walau sedikit pun. Jika korang merokok untuk menghilangkan tekanan, terdapat banyak cara lagi untuk menghilangkan tekanan yang tanpa memudaratkan kesihatan.

Marsha tahu, ada yang berniat nak berhenti merokok dan mula ambil peduli dengan orang sekeliling dengan merokok di kawasan kurang orang. Selain itu, bagi Marsha korang juga harus beralih ke alternatif lain yang lebih selamat seperti produk Heart-Not-Burn, rokok elektronik (vape), dan sebagainya. Ia masih memberikan kesan tapi kesan yang kurang daripada merokok .

Korang berhak untuk menjalani kehidupan yang sihat dan begitu juga dengan keluarga serta individu di sekeliling korang. Rokok bukan sahaja memudaratkan korang, tetapi juga mereka yang terhidu asap rokok korang. Berhenti merokok dapat menyelamatkan korang dan juga orang yang korang sayang.

Jika korang telah membuat keputusan untuk berhenti merokok dan susah untuk berhenti secara mengejut, korang boleh beralih kepada alternatif yang kurang berbahaya seperti vape atau produk Heart-Not-Burn. Ambil peduli dari sekarang untuk kesihatan diri dan orang yang tersayang.


Rujukan:



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

1 Comments

  1. Yang tak bestnya bila tempat dilarang merokok pun diorang masih merokok jugak..haishh

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us