Datuk K Dedahkan Kejayaan Asyraf Khalid Disebabkan Azizan Osman

Datuk K Dedahkan Kejayaan Asyraf Khalid Disebabkan Azizan Osman | Assalamualaikum. Siapa yang tidak kenal dengan Datuk K, suami kepada penyanyi tersohor di tanah air kita iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Beliau bukan sahaja dikenali sebagai suami kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza malah beliau juga dikenali sebagai salah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia.

Kini, salah seorang anak Datuk K, Asyraf Khalid juga telah mengikut jejak beliau dalam dunia bisnes dan juga menjadi seorang usahawan yang berjaya di Malaysia seperti beliau. Datuk K juga telah mendedahkan, Perubahan Asyraf Khalid disebabkan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam satu majlis sambutan hari lahir Datuk K baru-baru ini.






Jelas bahawa Datuk Wira Dr Azizan Osman bukan saja bantu/bimbing bisnes usahawan malah kehidupan anak didiknya juga. Contohnya Asyraf Khalid, yg mana bapa dia sendiri - Datuk K yang luahkan sendiri.

Dr Azizan Osman Ubah Sikap Asyraf Khalid


Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf pada semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Azizan yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja.




'Big Why' Asyraf Khalid Untuk Banggakan Datuk K


Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu.

"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini."Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik,"

Asyraf juga berkongsikan luahan rasa beliau dalam satu hantaran di instagram beliau dan hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja.






Dulu Seorang Budak Nakal & Rasa Diri Tidak Berjaya


Asyraf juga menjelaskan dulu beliau merupakan seorang budak nakal. Beliau juga selalu mengecewakan bapanya. Kekecewaan bapanya membuatkan dirinya merasa rendah diri dan juga kecewa dengan diri sendiri kerana tidak dapat menjadi anak kebanggaan bapanya.

Asyraf juga tidak lari dari menyalahkan diri sendiri dan menganggap dirinya tidak berguna. Namun beliau faham perjalanannya masih jauh dan beliau bertekad untuk menuntut ilmu dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman melalui program Titan RichWorks memandangkan ia adalah salah satu kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks yang terbukti telah melahirkan bangsa usahawan berjaya.

Tanpa kenal putus asa dalam menuntut ilmu dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman dan mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari dalam bisnes beliau kini beliau boleh menarik nafas lega kerana berjaya meletakkan nama bisnes beliau di tahap yang membanggakan.






Dengan kejayaan ini, beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. "Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya.


"Datuk Wira Dr Azizan Osman Mentor Terbaik Saya", Asyraf Khalid







Menurut Asyraf, beliau melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya kerana beliau bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa.


"Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi.

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya.



Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan.

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.



Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya supaya  tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan.




“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.

Kejayaan Asyraf Khalid Sebagai Sumber Inspirasi

Kagum betul Marsha bila melihat kejayaan yang dikecapi oleh Asyraf Khalid. Ia menjadi sumber inspirasi buat usahawan diluar sana untuk berjaya seperti beliau. Kejayaan Asyraf Khalid membuktikan RichWorks mampu melahirkan bangsa usahawan yang betul-betul tekad untuk berjaya. Asyraf Khalid telah membuktikan seorang budak nakal boleh menjadi seorang bangsa usahawan yang berjaya.

Terbukti RichWorks lahirkan jutawan! Bagi yang berminat dengan kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks khususnya Titan RichWorks, boleh layari RichWorks.





Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger


0 Comments

Subscribe Us