Cosmoderm Luminous A Bantu Pudarkan Bintik Hitam & Hiperpigmentasi

Cosmoderm Luminous A Bantu Pudarkan Bintik Hitam & Hiperpigmentasi | Assalamualaikum. Pejam celik umur Marsha makin menghampiri 4 series beberapa bulan lagi. Bila dah menghampiri 4 series ni kulit semakin sensitif dan paling ketara jeragat mula muncul disebabkan Marsha selalu terdedah dengan cahaya matahari secara terus. Biasalah bila jadi guru bola baling dan guru penasihat kadet polis ni banyak kena berjemur di tengah panas. 

Walaupun tak pernah ketinggalan aplikasi krim pelindung matahari, kulit wajah juga perlu dijaga dengan pemakaian 'skincare' yang sesuai dengan kulit wajah. Tetapi jangan pula 'hangat tahi ayam' pula sebab hasil penggunaan 'skincare' mula berkesan seawal 30 hari secara konsisten. 

Jadi kali ni Marsha nak kongsikan dengan korang semua rangkaian produk penjagaan wajah terbaru dari jenama tempatan iaitu COSMODERM. Menggunakan warna rasmi iaitu MERAH, meh Marsha perkenalkan rangkaian produk terbaru COSMODERM iaitu COSMODERM Luminous A . Dengan 5 langkah mudah, masalah bintik hitam, pigmentasi dan juga garis halus juga insyaAllah dapat dikurangkan.

COSMODERM Luminous A Berjaya Bantu Pudarkan Bintik Hitam Dalam Masa 4 Minggu Penggunaan

Secara keseluruhan COSMODERM Luminous A sememangnya mempunyai 5 langkah, namun Marsha fokuskan untuk pudarkan bintik hitam dan pigmentasi jadi ia hanya mempunyai 4 langkah sahaja. Bermakna Marsha skip step yang ke 3.

Secara umumnya kita sedia maklum langkah dan rutin penjagaan mana-mana produk pun akan bermula dengan pembersih muka, toner, krim pelembap, krim pencerah dan seterusnya pelindung matahari. Untuk perkongsian kali ini Marsha nak fokuskan kepada 'Hero' COSMODERM Luminous A untuk bantu pudarkan jeragat iaitu step 4, Dark Spot Corrector Emulsion dengan formulasi khas dikenali sebagai Retinol Series. Fungsi Retinol sangat menarik. Ia membantu:
  1. Membantu dalam pembaharuan kulit.
  2. Membantu meningkatkan pengeluaran epidermis.
  3. Membantu memudarkan hiperpigmentasi.



Rutin penjagaan 4 langkah yang Marsha amalkan dengan COSMODERM Luminous A ini sangat senang. Bermula dengan :


Step 1: Luminous A Creamy Liquid Cleansing Gel

Step 2: Luminous A 3x Moisture Water Essence

Step 4: Luminous A Dark Spot Corrector Emulsion

Step 5: Luminous A Day UV Active Shield SPF25



Luminous A Dark Spot Corrector Emulsion

Cosmoderm Luminous A Dark Spot Corrector Emulsion diformulasikan dengan 0.2% Retinol dan 5% Niacianamide membantu Marsha untuk pudarkan bintik hitam dan hiperpigmentasi di kulit wajah Marsha.




Sepanjang penggunaan konsisten selama 4 minggu ia mampu untuk memberikan memulihkan kulit wajah yang rosak setelah terdedah pada pancaran sinar UV yang mengakibatkan masalah bintik hitam atau hiperpigmentasi di kulit wajah Marsha. Malah kulit Marsha yang kusam pun sudah nampak sekata dan glowing. Cuba lihat perubahan kulit wajah Marsha sebelum dengan selepas penggunaan Luminous A Dark Spot Corrector Emulsion secara konsisten selama 4 minggu.



Nampak perbezaan bukan? Walaupun ia tidak menghilangkan terus bintik hitam dan hiperpigmentasi, Marsha tetap gembira dengan hasil selama 4 minggu ini. Jadi Marsha akan teruskan sehingga 90 hari pula.

Sejujurnya dulu masa bujang dan awal-awal kahwin, Marsha abaikan penggunaan krim pelindung matahari sebab dulu kulit Marsha memang susah sangat nak 'burn'. Ini punca yang menyebabkan bintik hitam dan pigmentasi kulit wajah Marsha menjadi semakin teruk. 

Mujur Marsha diperkenalkan dengan rangkaian COSMODERM Luminous A ini sebab hasilkan sangat-sangat menggembirakan hati Marsha kerana bintik hitam dan pigmentasi makin pudar. Oh ya, harga yang ditawarkan juga sangat-sangat mampu milik tau. Untuk rangkaian COSMODERM Luminous A ni harganya:


Step 1: Luminous A Creamy Liquid Cleansing Gel (RM26.90 - 120 ml)

Step 2: Luminous A 3x Moisture Water Essence (RM27.90 - 100 ml)

Step 4: Luminous A Dark Spot Corrector Emulsion (RM59.90 - 30 ml)

Step 5: Luminous A Day UV Active Shield SPF25 (RM45.90 - 30ml)


Paling best semasa penggunaan rangkaian COSMODERM Luminous A ini ianya cepat menyerap dan tidak melekit. Semasa berpeluh pun memang tidak melekit. Memang sangat selesa. Jadi korang boleh dapatkan rangkaian COSMODERM Luminous A ni di drugstore atau farmasi pilihan dan lebih senang lagi korang layari terus laman web rasmi COSMODERM, www.cosmoderm.com.my. Selamat mencuba!

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

1 Comments

  1. Boleh tau x retinol 12345 blh pakai siang n malam everyday ke?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us