Set Lamb Shank Briyani Travelodge Ipoh Sangat Sedap dengan Porsi Yang Berbaloi

Set Lamb Shank Briyani Travelodge Ipoh Sangat Sedap dengan Porsi Yang Berbaloi | Assalamualaikum. 

Ada tak pembaca blog Marsha peminat Lamb Shank?

Lamb Shank ni jadi viral kan sekarang ni? Ramai yang mencari dan teringin nak mencuba lamb shank. Marsha pun tak terkecuali. Nak try Chef Ammar punya lokasinya nun di KL jadi kenalah bersabar kejap.  Sebabnya lamb shank ni kena betul-betul orang pro buat baru sedap.

Tapi akhirnya kesabaran tu terkoyak juga bila tahu The Lodge, Travelodge Ipoh ada menawarkan PROMO MERDEKA iaitu Set Briyani Lamb Shank. Marsha memang jenis individu yang suka mencuba makanan. Jadi apa lagi Marsha terus ke The Lodge, Travelodge Ipoh untuk mencuba rasa Set Briyani Lamb Shank sedap Ipoh. 


Set Briyani Lamb Shank bersama Teh Tarik Padu



Makan dekat hotel dengan bayaran RM65/set bagi satu pinggan Briyani Lamb Shank dan Teh Tarik padu memang sangat berbaloi bagi Marsha. Kalau kita makan dekat restoran pun harga nya lebih kurang je. Betul tak? Bagi Marsha, Travelodge Ipoh menawarkan harga makanan yang berbaloi dengan layanan hospitaliti setaraf hotel. Bukan calang-calang menu tau! Lamb shank tu....hihi

Sepanjang Marsha makan di Travelodge Ipoh ni hospitaliti mereka memang terbaik. Nak makan kat sini memang sangat selesa. Apa lagi bila ada promo best macam promo merdeka ni memang tak akan lepaskan peluang. Tambahan pula Travelodge Ipoh telah mendapat status HALAL JAKIM. Jadi memang tak perlu ragu-ragu lagi.


Promo Merdeka Briyani Lamb Shank Travelodge Ipoh






Kome yang berada di Ipoh atau yang berada luar Ipoh memang wajib cuba Set Briyani Lamb Shank ni tau sebab ianya 'limited time offer'. Promo Merdeka ini bermula 20 Ogos 2022 hingga 19 September 2022 sahaja. Lebih kurang sebulan je jadi wajib cuba ok!




Lamb Shank 'Juicy', Lembut dan Lekang Dari Tulang

Mula-mula sampai order Marsha, terkejut juga tengok porsi dia agak banyak dengan saiz lamb shank yang agak besar. Lepas tu dapat kuah berasingan untuk kita tuang atas lamb shank tersebut. Teh tarik pula warna dia memang on point!




Alhamdulillah bila Marsha cuba, memang sedap! Lamb shank dia 'juicy', lembut dan daging lekang dari tulang. Cukup makan dengan sudu dan garfu tak perlu pisau pun. Gravy yang disediakan pun sedap. Gabungan memang mantap. Sampaikan rasa dah hilang teringin lamb shank Chef Ammar sebab dah dapat yang sedap macam ni. Memang berbaloi sangat dengan harga RM65/set. Dekat Ipoh boleh dapat Briyani Lamb Shank sedap macam ni memang puas hati!

Teh tarik pula memang padu! Marsha memang peminat teh tarik dan Marsha boleh bagi 10 bintang untuk teh tarik ni. Rupa dia dengan rasa dia seiring. Memang padu!


Wajib Cuba Set Briyani Lamb Shank di Travelodge Ipoh


Buat korang yang berada di Ipoh atau yang nak bercuti dekat Ipoh sepanjang bulan Ogos ni sehingga 19 September 2022 ni, Marsha cadangkan korang masukkan Set Briyani Lamb Shank sedap Ipoh ni dalam wishlist korang. Kena cuba dan Marsha pasti korang sangat puas hati!

Untuk tempahan korang boleh rujuk pada maklumat di bawah ok! Selamat mencuba!


No Telefon: 

052428888

atau

Boleh terus whatsapp ke link : 









Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us