Tasneem Marketplace Buka Peluang Suri Rumah Jana Pendapatan Sampingan

Tasneem Marketplace Buka Peluang Suri Rumah Jana Pendapatan | Assalamualaikum. Jika dulu, suri rumah hanya duduk dirumah jaga anak dan biasanya akan jana pendapatan melalui kerja-kerja fizikal seperti mengasuh dan juga menjahit pakaian. Tapi di zaman serba maju ini, ramai suri rumah mula menjana pendapatan sampingan dengan menjadi agen, platform online dan banyak lagi.

Memahami kos sara hidup sekarang yang agak tinggi dengan harga barang-barang keperluan makin meningkat . Tasneem Naturel mengorak langkah bersama-sama beberapa jenama untuk membantu suri rumah menjana pendapatan sampingan.

Kolaborasi Tasneem Naturel dan Beberapa Jenama Besar Malaysia Melalui Platform Tasneem Marketplace Bantu Ramai Golongan Suri Rumah Menjana Pendapatan Dengan Mudah





Korang pernah dengar tak produk balm Tasneem? Marsha mula mengenali produk Tasneem ni semenjak tahun 2017 masa anak kedua Marsha masih bayi. Sebab Marsha adalah pengguna setia balm Tassneem. Tasneem Naturel sudah tidak asing lagi dikalangan ibu-ibu di Malaysia ni.

Untuk pengetahuan korang, Tasneem Business Legacy adalah sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds yang banyak mempelopori perniagaan barangan bayi berasaskan bahan semulajadi telah mengumumkan usahasama baharu dengan beberapa jenama besar Malaysia seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyoo melalui penyatuan di dalam sebuah platform baharu yang dinamakan Tasneem Marketplace.




Bertujuan untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana, usahasama ini dibuat dalam usaha untuk menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik.

Selaras dengan objektif untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem Marketplace sangat mengalu-alukan individu yang berminat untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan TMP untuk mendaftar sebagai reseller TMP SECARA PERCUMA. Pihak TMP meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022.

Menarik juga ni sebab ianya tidak memerlukan modal langsung! Marsha pun teruja nak join sebagai 'part time'. Boleh juga jana pendapatan sambil-sambil walaupun Marsha ada kerja tetap. Jadi buat suri rumah diluar sana rugi kalau tak cuba sebab ianya zero kos modal.

Apa Yang Menarik Kalau Jadi Tasneem Marketplace Reseller ( TMPR ) ?


BETUL KE ZERO KOS MODAL?

Eh serius la gais! Tasneem Naturel dah buat pelancaran pun mestilah betul. Sebab tu Marsha nak kongsikan dengan korang peluang mudah untuk korang jana pendapatan dengan mudah.




Apa yang menarik kalau jadi Tasneem Marketplace Reseller ni? Marsha pasti korang mesti nak tahukan lebih detailkan apa kelebihan yang akan korang akan dapat kalau daftar sebagai Tasneem Marketplace Reseller (TMPR) ni.  Bila tahu kelebihan jadi TMPR ni, Marsha sendiri pun agak teruja tau! Dengan zero kos modal, dengan cara berniaga yang mudah dan dapat keuntungan yang tinggi pula tu. Ok jom kita tengok kelebihan sebagai Tasneem Naturel Marketplace Reseller ni:

  1. Daftar Percuma
  2. Modal tidak perlu dikeluarkan
  3. HQ uruskan semua postage
  4. Pelan pemasaran yang membantu untuk mendapatkan pendapatan dengan mudah
  5. Produk berkualiti dan sudah ada pasaran tersendiri
  6. Reward yang menarik.
  7. Bonus dibayar di awal 7hb bulan seterusnya
  8. Ada penyata pendapatan
Menarik betul manafaat yang semua Tasneem Naturel Marketplace Reseller dapat. Tak perlu simpan stok dan paling menarik ada slip gaji gais. Lepas ni senang kalau nak buat apa-apa urusan yang memerlukan slip gaji atau penyata pendapatan ni. Buka semua syarikat sediakan slip gaji tau. Apa-apa pun semua bergantung juga pada kita kan. Jadi usaha sangat penting dalam apa jua yang korang ceburi.

Kelebihan Untuk Tasneem Marketplace Customer (TMPC)

Bukan kelebihan untuk reseller je tapi Tasneem Naturel juga sediakan 'reward' atau kelebihan juga buat customer yang berbelanja di Tasneem Marketplace atau kita kenali sebagai Tasneem Marketplace Customer (TMPC).



Sesetengah indvidu memang tak berminat untuk berniaga. Tapi jangan risau, tak berniaga tak semestinya tak akan merasa 'reward' dari Tasneem Naturel ni. Kalau korang nak tahu, korang juga boleh menikmati 'reward' oleh Tasneem Naturel dengan menjadi customer Tasneem Marketplace. Apa yang korang dapat bila jadi Tasneem Marketplace Customer? Jom kita tengok :
  1. Daftar Percuma
  2. Minimum 3% cashback
  3. Komisen Kumpul point
  4. Postage direct HQ

Best ni! Dah membeli dapat pula cashback. Dapat pula kumpul point untuk next purchase. Dah banyak jimat tu. Memang untung sangat kalau kita berbelanja di Tasneem Marketplace ni. 


Tasneem Marketplace Pilihan Terbaik Suri Rumah Jana Pendapatan Sampingan







Bila kaji semua apa yang Tasneem Naturel tawarkan untuk Tasneem Marketplace Reseller dan juga Tasneem Marketplace Customer, Marsha dapat rasanya ianya salah satu platform yang terbaik suri rumah diluar sana patut cuba. Kalau korang masih bekerja dan mahu cuba pun tak salah sebab boleh buat secara part time. Sekurangnya ia akan membantu kewangan keluarga. Betul tak? Usaha tangga kejayaan. Dengan pelan pemasaran yang mudah, tak mustahil Tasneem Marketplace menjadi platform pilihan untuk jana pendapatan.






Jangan tunggu lama-lama sedangkan ada yang terus mencuba. Rugi korang tak cuba sebab ianya tidak memerlukan modal langsung. Jika korang berminat untuk join jemaah TMP ini, korang boleh terus klik link dibawah ok




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us