Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur & Stress?



Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Masalah Tidur & Stress?



Assalamualaikum.

Waktu tidur adalah waktu penting bagi seseorang individu kerana pada masa itulah masa rehat sepenuhnya selepas seharian kepenatan bekerja. Jika waktu tidur tidak cukup, ia akan memberi kesan kepada tahap kesihatan dan produktiviti harian kita sendiri.

Walaupun tidur pada waktu malam yang mencukupi merupakan salah satu keperluan yang penting untuk manusia, sebenarnya ramai yang mengalami masalah sukar tidur. Bila waktu tidur tidak cukup, kita akan rasa tidak bertenaga dan mudah berasa tertekan (stress).

Kebiasaannya, mereka yang mengalami masalah ini adalah berpunca daripada terlalu banyak menonton TV atau terlalu banyak masa dengan telefon bimbit dan asyik melayari media sosial.

Jelas sekali masalah ini akan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal serta boleh menjurus kepada penyakit susah tidur malam iaitu insomnia, sekali gus akan mengganggu kelancaran rutin dan produktiviti kerja seharian.

Untuk jangka masa yang panjang masalah susah tidur akan menggangu kualiti hidup, justeru itu, penting untuk setiap setiap dari individu mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.

Masalah susah tidur ini boleh dihadapi oleh pelbagai umur tak kira muda atau tua. Apabila sukar tidur, seseorang individu akan memilih untuk berjaga dan membuat aktiviti seperti melayari sosial media sehingga waktu pagi.

Bahaya kan kesan susah tidur ni?



Eskayvie Mindtropic, Penyelesaian Tidur & Stress?


Disebabkan ramai yang mengalami masalah sukar tidur sehingga mengakibatkan stress dan anxiety, Eskayvie telah memperkenalkan satu produk baru yang akan membantu mengatasi masalah ini.

Persoalannya? Adakah ia benar-benar mampu menyelesaikan masalah sukar tidur & stress? Jom bersama selami lebih lanjut apakah fungsi dan kelebihan Eskayvie Mindtropic ni.




Eskayvie Mindtropic Ada 5 Bahan Nootropik ( Penggalak Minda ) Utama Bantu Masalah Sukar Tidur


Marsha sangat teruja dengan Eskayvie Mindtropic ini sebab ia dihasilkan oleh Dr Syid Ayob, formulator Produk Kesihatan Terlaris Di Malaysia iaitu Eskayvie Diffenz. Beliau berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan dan merupakan formulator yang telah menghasilkan semua produk berkualiti Eskayvie.

Apakah bahan utama yang beliau gunakan untuk Eskayvie Mindtropic kali ini? Jom kita tengok.



#1 PHOSPHATIDYLSERINE



Phosphatidylserine adalah komponen utama yang penting untuk pembinaan otak dan ia menggalakkan sel-sel otak untuk berhubung. Disebabkan beberapa faktor seperti pemakanan, penuaan dan stres berterusan telah menyebabkan bahan ini tak mencukupi sehingga boleh menjejaskan kesihatan minda.

Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA dari usia asal. Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir pada tahap optima.

Ia juga adalah Super brain booster yang amat penting bagi mengekalkan kesihatan dan menjaga struktur sel otak bagi menyokong daya ingatan, konsentrasi dan penyelesaian masalah.



#2 ASHWAGANDHA KSM-66




Ashwagandha KSM-66 adalah Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan memperbaiki daya tumpuan.

Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres). Ia membantu mengurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.

Selain itu, ia turut memberikan kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita. Bahan aktif berpaten dan berkualiti tinggi dari India ini bertindak sebagai adaptogen yang dapat mengurangkan simptom berkait stres, keresahan dan kemurungan.



#3 BACOPA MONNIERI




Tumbuhan herba yang digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog. Ia juga menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.

Selain itu juga ia menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap. Tumbuhan yang dikenali sebagai Brahmi ini dikaji dapat membantu dalam regenerasi sel otak. Herba yang kaya antioksidan ini menyokong fungsi kognitif, emosi dan memori.


#4 MAGNESIUM



Magnesium adalah Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak. Magnesium menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.

Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb). Ia merupakan komponen yang terlibat dalam lebih 600 tindak balas sel badan, sekaligus menjadikan mineral ini penting untuk kesihatan otak. Ia juga membantu pembelajaran dan meningkatkan kualiti tidur..


#5 SELENIUM




Selenium mengandungi kesan antioksidan yang tinggi dan anti-radang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb. Selenium memang terkenal dalam menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.

Ia juga bertindak sebagai 'neuroprotector' dalam mencegah kerosakan sel daripada stres oksidatif dan keradangan. Ia juga dapat melindungi otak daripada kemerosotan kognitif akibat penuaan



Kelebihan Eskayvie Mindtropic


Marsha sangat-sangat tertarik dengan kelebihan Eskayvie Mindtropic ini. Eskayvie Mindtropic mempunyai 5 kelebihan yang menjadikan ianya istimewa berbanding produk lain di luar sana.




#1 100% Bahan Semula jadi


Seperti produk viral sebelum ini, Eskayvie Diffenz. Dr Syid Ayob juga menghasilkan Eskayvie Mindtropic ini 100% daripada bahan semulajadi. Phosphatidylserine diekstrak melalui kacang soya, manakala Ashwaganda KSM-66 dan Bacopa Monnieri adalah daripada herba.

Jadi kita tak perlu risau untuk amalkannya. Khasiat bahan semulajadi ini ternyata lebih berkesan daripada bahan sintetik atau tiruan. Tambahan pula Eskayvie Mindtropic mempunyai sijil halal JAKIM dan disahkan bebas daripada bahan kimia.

#2 Tanpa Gula Tambahan

Eskayvie Mindtropic dijamin tidak mengandungi gula tambahan. Kalori Eskayvie Mindtropic pula hanyalah 4 kcal bagi satu tablet (1g). Oleh itu, kandungan gula dalam 1 tablet Eskayvie Mindtropic datang daripada sumber semula jadi. Jadi, jangan risau kerana kandungan gula ini kurang 1% dari keperluan kalori seharian. Kita hanya perlu bercakap 3-5 minit untuk membakar kalori ini.


#3 Rasa Tropika yang Enak


Marsha dah cuba Eskayvie Mindtropic ni dan sangat suka rasanya. Ianya tidak masam dan tidak terlalu manis. Ia mempunyai rasa tropika yang Marsha pasti akan menjadi kegemaran semua orang.



#4 Tanpa Perasa dan Pewarna Tiruan

Eskayvie Mindtropic dijamin diformulasi tanpa perasa dan juga pewarna tiruan. Kerana ia 100% diestrak oleh bahan semulajadi.


#5 Pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award

Marsha tumpang bangga kerana Eskayvie telah mendapat pengiktirafan kilang oleh European Quality Award. Bermakna, bukan sahaja Eskayvie Mindtropic yang mendapat pengiktirafan, malah semua produk berkualiti keluaran Eskayvie. Memang tak perlu ragu-ragu dah.



Manfaat Eskayvie Mindtropic






#1 Atasi Gejala Brain Fog


Kabut otak atau Brain Fog adalah salah satu keadaan perubatan yang berkaitan dengan gangguan otak yang perlu diberi perhatian. Gangguan ini biasanya dicirikan oleh keadaan ingatan yang lemah. Di mana penghidapnya mungkin menjadi pelupa atau lupa seketika kenangan atau kenangan yang sebelum ini boleh diingati dengan baik.

Bukan itu sahaja, gangguan kabut otak juga sering menyebabkan daya tumpuan yang lemah. Sudah tentu ini adalah simptom yang sangat mengganggu aktiviti harian. Lebih-lebih lagi jika anda terpaksa bekerja atau melakukan aktiviti yang memerlukan tumpuan dan ingatan yang tinggi.

Dengan pengambilan Eskayvie Mindtropic, ia akan membantu atasi gejala Brain Fog ini. Biasanya gejala ini dialami berikutan kesan long covid. Jadi Eskayvie Mindtropic sangat membantu bagi mengatasi masalah ini.



#2 Perkembangan Sel Otak

Semakin meningkat umur, sel otak akan berkurang jika kita tidak berusaha ‘mengasah otak’ kita sendiri. Bila sampai satu tahap umur, sebilangannya akan mengalami demensia ataupun nyanyuk.

Eskayvie Mindtropic mengandungi bahan semula jadi yang hebat yang membantu mengembangkan sel-sel otak dan membantu atasi gejala demensia ataupun nyanyuk ini.



#3 Memori yang Kuat

Bila sel otak semakin berkembang dengan baik, sekaligus otak akan mempunyai memori yang kuat. Pengambilan Eskayvie Mindtropic yang konsisten akan membantu menguatkan memori.



#4 Fokus dan Daya Tumpuan

Apabila kita stress dan tertekan dengan persekitaran sekeliling ataupun di tempat kerja. Kita mungkin akan kurang fokus dan ia menunjukkan daya tumpuan kita gagal berfungsi.

Ekayvie mindtropic membantu kurangkan stress dan kita akan mula fokus kembali terhadap kerja dan juga rutin harian.


#5 Mood & Emosi Terkawal

Bahan utama dalam Eskayvie Mindtropic membantu merubah mood dan emosi untuk jadi lebih positif. Jika sebelum ini, kita kurang tidur yang sebenarnya adalah salah satu punca stress, tetapi dengan pengambilan Eskayvie Mindtropic yang konsisten, ia akan membantu mengawal mood dan emosi kita.



#6 Tidur Lebih Lena


Eskayvie Mindtropic membantu individu yang sebelum ini susah tidur mengatasi masalah mereka. Mereka akan tidur lebih lena dan kurang bangun tengah malam.



#7 Lebih Ceria dan Gembira


Bila tidur cukup, dalam masa yang sama emosi juga akan lebih positif. Kita akan jadi lebih ceria dan gembira.



#8 Kesihatan Tulang & Otot


Walaupun Eskayvie Mindtropic difokuskan untuk membantu atasi masalah kurang tidur, stress dan juga brain fog ia juga membantu dalam kesihatan tulang dan juga otot. Jadi ia berfungsi untuk kesihatan yang optimum juga.



Cara Pemakanan Eskayvie Mindtropic




Cara pemakanan Eskayvie sangat mudah. Ia ada tablet boleh kunyah yang mempunyai rasa tropika yang sedap. Rasa macam makan gula-gula je tetapi gula-gula yang sihat & tiada gula tambahan. Ia sesuai diambil tanpa air.

Disyorkan untuk orang dewasa berumur 18 tahun keatas dan diambil 1 tablet, 2 kali sehari. Bagi remaja yang berumur 13-17 tahun pula disarankan mengambil 1 tablet sehari sekali selepas sarapan pagi.

Kanak-kanak 12 tahun ke bawah pula tidak disarankan mengambil Eskayvie Mindtropic tetapi boleh amalkan Eskayvie i-Qids untuk perkembangan otak anak-anak.


Feedback Sendiri: Stress Berkurangan & Fokus Kerja Makin Baik


Kalau korang nak tahu, Marsha mula amalkan Eskayvie Mindtropic lebih kurang sebulan yang lepas. Ini kerana Marsha mengalami masalah suka marah-marah walaupun perkara kecil. Marsha sedar, Marsha sebenarnya stress dan tertekan dengan rutin harian yang agak memenatkan memandangkan Marsha bekerja dan juga menguruskan rumahtangga dalam masa yang sama.




Risau dengan masalah ini, Marsha mencuba Eskayvie Mindtropic ini dan berharap ia akan membantu atasi masalah Marsha yang mudah stress ini. Alhamdulillah Marsha mengalami perubahan yang positif. Tidur Marsha lebih lena dan Marsha dah kurang marah-marah dan stress. Marsha lebih positif sekarang.



Alhamdulillah syukur sangat dengan perubahan ini.

Feedback Pengguna Lain


Bukan Marsha je yang mengalami kesan positif hasil daripada konsisten amalkan Ekayvie Mindtropic ini. Malah ramai lagi yang berpuas hati dengan Eskayvie Mindtropic ini. Jom kita tengok beberapa feedback pengguna yang menarik.

#1 Feedback Bergambar















#2 Feedback Video





Bila Tak Cukup Tidur, Asyik Nak Marah Je, Puan Siti Zubaidah, 39 tahun






Asyik Moody Je Kalau Badan Rasa Lesu , Puan Seriwati Ismail, 52 tahun




Susah Tidur Berikan Kesan Buruk Dalam Kerjaya Wanita Ini, Puan Wan Noor Saliha




Dulunya Sering Lupa Rakaat Dalam Solat Akibat Brain Fog, En Fadly Shah, 47 tahun



Menarik kan semua feedback daripada para pengguna Eskayvie Mindtropic ni?

Kebanyakannya punca awalnya ialah tidur dan keletihan. Otak kita pun akan penat dan stress. Jika kita dapat tidur yang berkualiti & rehat yang secukupnya Marsha pasti kita akan lebih positif & tidak stress.

Bagi Marsha, pentingnya pengambilan Eskayvie Mindtropic ini kerana pada waktu ini tekanan sangat mudah kita dapat. Dengan tekanan hidup, tekanan di tempat kerja, kurang rehat dan kurang tidur demi mencari rezeki untuk keluarga. Ia akan menjadi ‘parasit’ dalam badan kita sendiri dan akhir sekali memakan diri kita sendiri. Jadi Eskayvie Mindtropic wajib diamalkan dari awal untuk mencegah semua ini berlaku.



Bagaimana Nak Dapatkan Eskayvie Mindtropic Ni?

Jika korang berminat nak mencuba Eskayvie Mindtropic ini korang boleh rujuk pautan dibawah untuk maklumat lanjut ok!



Website:


FB PAGE: Eskayvie Malaysia


INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia






#EskayvieMindtropic #JanganStresStres



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

1 Comments

  1. Banyaknya bahan terbaik dalam produk ini...memang power la macam tu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us