Eskayvie Phytax, Ikhtiar Kembali Sihat Tanpa Penyakit 3 Serangkai

Eskayvie Phytax, Ikhtiar Kembali Sihat Tanpa Penyakit 3 Serangkai|

Assalamualaikum.

Korang ada penyakit 3 serangkai tak? Kalau tak ada, mungkin ada salah seorang ahli keluarga atau pun saudara mara korang yang menghidap penyakit 3 serangkai ni kan?



Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019), kira-kira 1.7 juta penduduk di negara ini mempunyai tiga penyakit utama (tiga serangkai) iaitu diabetes, darah tinggi dan kolesterol. Kalau nak tahu, penyakit 3 serangkai ini merupakan punca utama kematian di Malaysia dan juga seluruh dunia.

Marsha setakat ini belum lagi menghidap penyakit 3 serangkai ini tetapi ahli keluarga terdekat ada yang menghidapinya iaitu mak dan abah Marsha dan ada juga saudara mara yang lain juga menghidapinya.

Mak Marsha merupakan pesakit diabetes (kencing manis) dan sekarang ni mak terpaksa cucuk insulin setiap kali sebelum makan. Berat badan mak pun semakin susut sekarang ni sebab mak Marsha menghidap penyakit diabetes saraf. Abah pula ada darah tinggi dan terpaksa bergantung dengan ubat dari klinik kesihatan sehingga ke hari ini. Doktor memang suruh abah makan ubat yang diberikan setiap hari untuk kawal tekanan darahnya supaya tidak terlalu tinggi. Bila dah terkena penyakit 3 serangkai ni, memang ia menjadi mimpi ngeri buat sesiapa yang menghidapinya. Mana taknya. Kehidupan yang dilalui terpaksa dikawal.

Sekarang ni bab makanan memang sangat perlu berjaga-jaga dan terpaksa ulang alik ke klinik untuk buat pemeriksaan. Makanan kalau masak pun kena pastikan kurang kandungan garam dan gula. Hari-hari memang kena periksa bacaan kandungan gula dalam darah mak dan ayah pula hari-hari kena periksa bacaan tekanan darahnya.

Faktor kebiasaan terjadinya penyakit 3 serangkai ini berpunca daripada cara hidup, persekitaran dan pemakanan seharian seseorang individu tersebut. Ada juga yang mengatakan ianya juga daripada faktor keturunan kerana terbawa-bawa gaya hidup dan pemakanan dari ibu bapa dan atuk serta nenek.

Jika korang telah disahkan doktor mengalami salah satu atau ketiga-tiga penyakit 3 serangkai ini, berikut adalah perkara yang perlu korang amalkan untuk memastikan kesihatan terkawal, dan korang mampu jalani kehidupan yang lebih sihat. Bila dah terkena nak sembuh sepenuhnya agak mustahil lagi-lagi kalau faktor usia. Cuma yang boleh adalah dengan mengawalnya dari bertambah lebih teruk.



1. Kerap Pantau Gula dan Tekanan Darah


Rujuk doktor apa yang perlu korang buat, apakah alat yang diperlukan untuk membolehkan korang pantau paras gula dan tekanan darah setiap hari di rumah. Korang juga kena tahu dan faham bacaan ideal dan tanda-tanda amaran serta langkah kecemasan yang perlu diambil jika berlaku apa-apa yang tidak diingini.



2. Kawal Pengambilan Makanan


Kita perlu cakna apa makanan yang boleh diambil dengan kuantiti banyak, mana yang hanya perlukan kuantiti sedikit dan juga waktu terbaik untuk makan. Dalam Islam, kita perlu bersederhana dalam pemakanan dan sebaiknya ikut pinggan sihat suku-suku separuh yang disarankan oleh KKM, dan makan sedikit tetapi kerap. Perlu kurangkan pengambilan gula, garam dan juga makanan berlemak.



3. Amalkan Gaya Hidup Sihat


Selain mengawal pemakanan, masih belum terlambat untuk korang mulakan gaya hidup sihat. Korang perlu tidur secukupnya dan makan makanan sihat. Jangan lupa untuk bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan kekal positif untuk minda yang sihat. Bila badan dan minda kita sihat, nilai kehidupan kita pun bertambah dan banyak aktiviti boleh dilakukan.



4. Buat Pemeriksaan Kesihatan


Jangan sesekali skip pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan atau hospital. Ramai sebenarnya yang sengaja skip buat pemeriksaan terutamanya golongan lelaki. Mereka anggap ianya sakit biasa sahaja dan tidak penting untuk buat pemeriksaan lebih-lebih lagi mereka yang anggap diri masih muda. Berjumpalah dengan doktor untuk dapatkan nasihat dan lakukan rutin pemeriksaan berkala untuk mengetahui status kesihatan diri.

5. Ambil Suplemen Tambahan


Selain daripada mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat, kita juga perlu dapatkan suplemen tambahan untuk bantu mengawal dan mengatasi penyakit 3 serangkai ini. Sekarang ni ada banyak produk-produk di pasaran yang dihasilkan khas untuk mengawal dan merawat penyakit 3 serangkai ini. Antara yang terbaik dan Marsha syorkan adalah Eskayvie Phytax.

Zaman sekarang ni, yang dijangkiti dengan penyakit 3 serangkai ni bukan sahaja orang yang berusia atau orang yang obesiti sahaja. Malahan orang orang muda pun boleh dijangkiti kalau tidak menjaga pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Kalau tengok dekat facebook, Instagram dan tiktok pun banyak makanan dan minuman yang viral semuanya yang manis-manis dan berkalori tinggi. Jadi tak mustahil orang muda sekarang ni, mudah dijangkiti dengan penyakit 3 serangkai ni. Jadi berhati-hati lah!

 

Eskayvie Phytax Bantu Mengawal Penyakit 3 Serangkai

 



 

Eskayvie Phytax merupakan salah satu produk berkualiti keluaran Eskayvie yang diformulasikan oleh doktor perubatan Dr Syid Ayob, yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. Ianya HALAL, selamat dan berkesan serta mempunyai rasa botani yang lazat. Eskayvie Phytax menggunakan bahan-bahan 100% semula jadi yang terdiri daripada 12 gabungan tumbuhan dan buahan yang berperanan dalam mengatasi masalah penyakit kencing manis, darah tinggi serta mengawal kolestrol di dalam badan.

 

3 Bahan Utama Dalam Eskayvie Phytax

 

1. Kulit Pokok Pain

 



● Pycnogenol mengandungi kombinasi unik antioksidan daripada procyanidin, bioflavonoids dan asid fenolik yang membantu atasi keradangan dan punca penyakit 3 serangkai
● Menyihatkan sendi
● Mengatasi sindrom metabolik seperti penyakit 3 serangkai.
● Menyihatkan salur darah
● Terbukti selamat dan mempunyai lebih 400 kajian klinikal
● Sukar diambil dalam diet harian

2. Biji Anggur

 



● Menyokong kesihatan salur darah
● Bersifat anti-radang
● Mempercepatkan penyembuhan luka
● Mengurangkan risiko strok
● Membantu masalah mata akibat kencing manis
● Menyihatkan jantung
● Meredakan bengkak kaki

 

3. Kulit Manggis

 



● Sumber antioksidan dan polifenol
● Meningkatkan metabolisma tubuh
● Mempunyai kesan anti-radang
● Menyokong kesihatan jantung
● Kandungan antioksidan Xanthone membantu menurunkan gula darah
● Menurunkan paras kolesterol jahat

 

Kelebihan Eskayvie Phytax Kepada Tubuh Badan

 

● Menstabilkan gula darah
● Melancarkan aliran darah
● Menstabilkan bacaan kolesterol
● Menyihatkan sel-sel sakit
● Mengurangkan masalah berkaitan kebas, masalah jantung dan buah pinggang
● Membekalkan nutrisi yang sukar diperoleh oleh pesakit kencing manis

 




 

Cara Pemakanan



 

Feedback Pengguna Eskayvie Phytax

 

Eskayvie Phytax ni dah ada di dalam pasaran lebih daripada 10 tahun dan ramai yang dah amalkannya. Di bawah ni Marsha kongsikan beberapa feedback pengguna yang amalkannya secara konsisten.

 

Bacaan gula selepas makan kini 6.7 berbanding sebelum amalkan Eskayvie Phytax yang pernah mencecah berbelas-belas bacaan.


 


 




Bacaan gula dalam darah ibunya kini bawah 6 dan badan ibunya juga semakin sihat selepas amalkan Eskayvie Phytax. Ibunya juga merupakan pengguna Eskayvie Diffenz sejak 2021 untuk sembuh daripada batuk dan selesema


 

Setahun pengguna ini menanggung derita kaki bernanah, bengkak dan membusuk. Tapi selepas amalkan Eskayvie Phytax secara konsisten dalam masa 10 hari, luka pada kakinya semakin pulih dan kering.




 

Ikuti perkongsian daripada Puan Azarita, seorang pengguna berumur 43 Tahun yang mengalami tekanan darah yang terlampau tinggi dengan bacaan 190 ke atas dan doktor beritahu, bila-bila masa sahaja boleh terkena strok. Alhamdulillah sejak amalkan Eskayvie Phytax ni, beliau semakin sihat.

 

Hidup Lebih Bererti Dengan Eskayvie Phytax


Tiada sesiapa di dunia ini yang ingin jatuh sakit lagi-lagi dijangkiti dengan penyakit yang boleh membawa maut. Tepuk dada tanyalah selera. Adakah dengan pemakanan dan gaya hidup kita hari ini adalah pemakanan dan gaya hidup yang sihat? Adakah kita juga selalu bersenam?

Nak makan makanan dan minum minuman viral tu tidaklah salah. Tapi kita perlu kawal diri untuk menghadkan pengambilannya. Jangan terlalu kerap makan dan minum makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula dan kalori. Masa muda la kita perlu beringat sebab kalau dah terkena salah satu atau ketiga-tiga penyakit 3 serangkai ni, ia akan menjadi mimpi ngeri kepada diri kita nanti.

Eskayvie Phytax merupakan antara ikhtiar yang boleh kita usahakan untuk mengawal penyakit 3 serangkai ini. Banyak feedback yang bagus daripada pengguna yang dah amalkannya. Korang boleh cari sendiri di media sosial.

 


Marsha sendiri merupakan Eskayvie Apprentice. Jatuh cinta dengan produk Eskayvie sejak cuba Eskayvie Diffenz. Mak dan abah Marsha juga amalkan Eskayvie Diffenz dan Eskayvie Phytax ni setiap hari.

Korang kalau berminat nak tahu lagi mengenai Eskayvie Phytax ni, korang boleh ke website dan media sosial Eskayvie untuk makluman lanjut.

 








#EskayviePhytax #KehidupanLebihBererti

 



 

Marsha 

Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us