SEARCH Akan Menggegarkan Setia Spice Arena Penang Pada 24 Disember 2022 Ini!

SEARCH Akan Menggegarkan Setia Spice Arena Penang Pada 24 Disember Ini! | Assalamualaikum.

Siapa tak kenal dengan kumpulan rock otai negara kita iaitu SEARCH yang kini masih berbisa. Marsha ingat lagi waktu Marsha masih dibangku sekolah lagi kumpulan SEARCH sudah pun popular dan ia antara kumpulan rock lagenda negara kita.

Tak lama lagi Search akan kembali menyengat dengan konsert mereka yang akan diadakan di Setia Spice Arena Penang. Marsha sempat beli tiket dan memang tak sabar yang ke konsert mereka. Dulu-dulu masih belajar jadi belum pernah ke mana-mana konsert. Jadi kali ni alang-alang buat dekat penang boleh la Marsha join sedut aura rock kumpulan lagenda Malaysia ni.

SEARCH Akan Menggegarkan Setia Spice Arena Penang Pada 24 Disember Ini Dengan Konsert Search Rockin Arena Penang ‘Live N Louder’ 2022!




Search ialah sebuah kumpulan muzik rock Malaysia yang terkenal semenjak dekad 1980-an. Semenjak penubuhannya, kumpulan  ini telah menghasilkan lebih 12 album yang laris dijual.  Semua lagu mereka didendangkan di corong radio dan tiket-tiket konsert mereka selalu sold out. Mereka adalah antara kugiran rock yang terunggul di Malaysia sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an dan pada waktu itu Marsha memang membesar dengan lagu-lagu Kumpulan SEARCH ini.

Jika dulu Search dibarisi oleh penyanyi utama Amy Search, Hillary Ang, Man Kidal dan Nasir. Kini Search dibarisi Denden Gonjalez sebagai penyanyi utama, Kid (Gitar Utama) , Din (Gitar Kedua) , Yan (Bass) dan Minn (Drum). Walaupun barisan ahli kumpulan rock lagenda kini dah berbeza, ianya masih menyengat dah evergreen.

Ini terbukti dengan Konsert ‘Live N Louder’ yang bakal menggegarkan Setia Spice Arena Penang pada 24 Disember 2022 nanti. Tak sabar rasanya nak menonton kehebatan setiap ahli kumpulan SEARCH ini nanti.

Meet & Greet Search Road Tour 2022

Baru-baru ini Marsha dan suami sempat bertemu mata bersama-sama ahli kumpulan Search dalam Meet & Greet Search Road Tour yang diadakan di AEON Kinta City, Ipoh. Bila tahu je kumpulan Search nak datang Ipoh, Marsha tak lepaskan peluang untuk berjumpa secara live lagenda rock negara ini.





Rasa bertuah datang sebab sempat bergambar dengan idola-idola Search dan melihat mereka secara dekat. Pada event ini, ada yang bertuah dapat tiket konsert free tau! Memang untung lah siapa yang dapat tiket free tersebut.

Beli Tiket Boleh Menang Motosikal 

Ini pula berita baik kepada semua pemegang tiket dan bakal pemegang tiket konsert Search pada 24 Disember 2022 ini. Terbuka untuk semua kategori tiket, korang berpeluang untuk memenangi salah satu dari 2 buah motorsikal Yamaha Y15ZR dan Modenas MR3.




Cabutan bertuah berdasarkan no siri di tiket korang. Jadi jangan lupa simpan tiket korang ok! Pengumuman pemenang akan dibuat selepas tamat konsert. Memang menarik ni!

Kat Mana Nak Beli Tiket Konsert Search Rockin Arena Penang ‘Live N Louder’ 2022?


Jangan tunggu lagi, dapatkan tiket-tiket Konsert Search Rockin Arena Penang ‘Live N Louder’ 2022 korang SEKARANG ‼️ Bukan sahaja dapat tengok konsert malah berpeluang memang salah satu motosikal tau. 



Korang boleh beli tiket online seperti link dibawah:

Tiket online : www.fenomenasearch.com


Atau korang boleh hubungi agen-agen tiket yang sah dalam poster dibawah




Tiket berharga :
RM148 | RM198 | RM268 | RM398 |

Terima kasih kepada pihak penganjur atas inisiatif untuk memeriahkan lagi konsert kali ini.

Untuk info tiket boleh cari AbgRudy atau 0192992509

DAPATKAN TIKET ANDA SEKARANG ‼️




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us