The Haven All Suite Resort Tawarkan Christmas Buffet Sempena 'Christmas Celebration'

The Haven Resorts Tawarkan Christmas Buffet Sempena 'Christmas Celebration' | Assalamualaikum & Hi.

Bulan Disember merupakan bulan yang sangat dinantikan oleh rakan-rakan yang menganut agama Kristian dimana mereka akan menyambut perayaan Hari Natal atau Hari Krismas pada 25 Disember 2022. Ia merupakan antara perayaan utama rakyat Malaysia seperti Hari Raya Puasa, Chinese New Year dan juga Deepavali.

Seperti perayaan besar yang lain, ia disambut oleh penganut agama Kristian dengan meriah. Ok tak perlu ulas lanjut sebab Marsha pun tahu korang pasti tahu perayaan Hari Natal ini. Kali ni Marsha nak kongsikan dengan korang terutamanya yang akan menyambut Hari Natal bersama keluarga promosi yang ditawarkan oleh The Haven Resorts yang berlokasi di Ipoh, Perak.

Nikmati The Haven Christmas Buffet Dengan Daging BBQ dan Ayam Belanda


Sambutan Hari Krismas atau Hari Natal tak lengkap tanpa Ayam Belanda. Kalau tengok movie berkaitan Hari Krismas memang hidangan utama mereka ialah Ayam Belanda. Memang Ayam Belanda antara menu wajib semasa perayaan Hari Natal.




Kali ni sempena Hari Natal @ Hari Krismas yang bakal tiba, The Haven Resorts menawarkan 'Christmas Buffet' yang sangat meriah buat korang yang akan menyambut Hari Natal. Bufet Krismas ini mewah dengan daging BBQ dan juga menu wajib sempena Hari Krismas iaitu ayam belanda. Bukan itu sahaja, pelbagai pencuci mulut dan minuman homemade juga akan disajikan.




Bufet Krismas ini akan disajikan hanya pada 24, 25 dan 26 Disember 2022 ini sahaja sempena perayaan Hari Krismas dari jam 7 petang hingga 10 malam sahaja

Harga Bufet Krismas

Marsha sangat cadangkan buffet di The Haven Resort kerana bahan masakan segar dari kabun mereka sendiri bebas dari racun bahan kimia. Menu-menu yang disediakan pun meriah. Harga bufet krismas seperti dibawah:

Dewasa (Adult ): RM 168++
Junior / Senior: RM 148++

Menu yang akan disediakan berbeza sedikit pada 25 Disember 2022 iaitu Hari Krismas. Jadi korang boleh tengok menu dibawah:




Paling mengujakan korang akan menikmati hidangan mewah dan enak bersama 30 Kaki tinggi Giant Santa di Helipad Garden. Menarik kan?





Christmas Stay Package

Bagi Marsha, sambutan Hari Krismas lebih bermakna jika satu keluarga bercuti dan nikmati suasana batu kapur yang berusia jutaan tahun yang indah dan juga tasik yang mengasyikkan.




The Haven Resorts juga menyediakan 'Christmas Stay Package' dimana dengan setiap tempahan bilik akan dapat bufet sarapan mewah dan juga bufet krismas secara PERCUMA. Berbaloi kan? Jadi korang boleh bawa keluarga keluar dari hiruk pikuk kota dan menikmati keindahan alam serta menyambut Hari Krismas bersama keluarga tersayang.

Sambil menyambut Hari Krismas, korang juga boleh menikmati pemandangan malam dengan 'LED Light Display' dekorasi sempena Hari Krismas. 



Menikmati Hidangan dan Dihiburkan Dengan Persembahan 'LIVE BAND' 

Bukan itu sahaja, The Haven Resorts juga menyediakan 'LIVE BAND' untuk menghiburkan para tetamu semasa bufet krismas nanti. Koir dengan melodi lagu Krismas oleh mini orkestra yang berada di dua tempat iaitu di tempat bufet dan juga di atas tasik. Menarik kan? Jadi korang boleh menikmati hidangan dengan gembira.







Apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk buat tempahan awal untuk mengelakkan dari kecewa sebab slot dah penuh. Serius! Korang patut ke The Haven Resorts untuk meraikan Hari Krismas bersama keluarga tersayang.


Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web The Haven Resorts: thehavenresorts.com dan juga facebook The Haven All Suite Resort . Selamat Hari Natal!


#TheHavenResorts #ChristmasParty


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

1 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us