Melano CC memperkenalkan Pencuci Muka Enzim Jenis Tiub Pertama di Pasaran

Melano CC memperkenalkan Pencuci Muka Enzim Jenis Tiub Pertama di Pasaran| Assalamualaikum.

Jenama pemutih esen No. 1 di Jepun, Melano CC telah memperkenalkan produk baharu mereka iaitu Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash. Ia dirumuskan sebagai penyelesaian yang berkesan untuk membersihkan liang pori yang tersumbat sambil mengekalkan kelembapan semula jadi kulit. 

Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash | Pencuci Muka Enzim Jenis Tiub Pertama di Pasaran




Melano CC Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash adalah pencuci muka enzim jenis tiub pertama yang dihasilkan untuk membantu pengguna untuk mengekalkan kulit licin berseri. Dengan campuran Vitamin C dan enzim protease, pencuci muka ini akan membantu mengurangkan bintik hitam dan sel kulit mati dengan lembut serta menanggalkan kekotoran untuk memberi keserian semula kepada kulit yang kusam. Teksturnya yang berkrim ini kaya dengan buih untuk membuka pori-pori yang tersumbat dan menjadikan kulit licin dan lebih bersih.

Bagaimana Enzim Membantu Menyihatkan Kulit?


Enzim adalah bahan pengelupasan berkesan yang membantu memecahkan protein keratin di dalam lapisan paling atas kulit untuk membuang sel-sel kulit mati dengan lembut menghasilkan kulit kelihatan licin dan sihat. Ia juga boleh membantu dalam mengurangkan jeragat dan pigmentasi.




Enzim mengandungi bakteria aktif, Melano CC menggunakan teknologi unik untuk mengurangkan kandungan airnya bagi menghalang enzim hidup daripada dinyahaktifkan semasa masih dalam tiub. Berbeza dengan pencuci muka enzim jenis serbuk di pasaran yang mengambil masa untuk berbuih selepas dicampur dengan air, pencuci muka enzim Melano CC jenis tiub dapat berbuih dengan lebih mudah dan pantas. Ia senang digunakan dan buihnya padat dan licin.

Melano CC Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash untuk kegunaan harian

Melano CC Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash sangat sesuai untuk kegunaan harian kerana ia mengandungi bahan yang tidak merengsakan kulit seperti:

  • Enzim untuk mengelupas dan menanggalkan sel kulit mati dengan lembut.
  • Tanah liat Kaolin untuk menyerap lebihan minyak, kotoran, dan kekotoran daripada liang-liang.
  • Vitamin C untuk mengekalkan kelembapan kulit, mencerahkan kulit dan mengurangkan kesan jerawat.
  • Bebas daripada bahan yang merengsakan seperti Alkohol, Paraben dan Silikon- sesuaiuntuk kulit sensitif.




Buih pembersih ini perlahan-lahan akan melarut dan akan membersihkan bintik hitam, sebum berlebihan, kotoran, dan kekotoran dari permukaan kulit, mendedahkan kulit yang lebih segar dan kelihatan lebih licin dengan kecerahan yang dipertingkatkan. Ia juga wangi dengan bauan wangian Yuzu yang menyegarkan menjadikan kulit cantik dan segar.

Cara Penggunaan Melano CC Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash



Cara penggunaan Melano CC Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash sangat mudah:

1. Picitkan jumlah yang mencukupi pada tapak tangan anda.
2. Buihkan dengan air.
3. Urut pada muka dengan lembut dan bilas dengan air bersih.

Produk Lain Melano CC di Pasaran


Rangkaian produk Melano CC sebenarnya pelbagai dipasaran. Anataranya ialah losen, esen, pelembap,  topeng muka, dan yang terkini ialah Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash iaitu pencuci muka enzim jenis tiub pertama di pasaran.

Dapatkan Melano CC Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash dengan Harga Mampu Milik




Dengan harga yang mampu milik iaitu RM39.90, Melano CC Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash boleh didapati di cawangan Watsons di seluruh negara dan juga di kedai dalam talian rasminya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk, log masuk ke www.facebook.com/MelanoCCMY.

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

2 Comments

  1. wah..pencuci muka berasaskan vitamiin C la. kita pakai serum dia pun dah best

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us