Dedahkan Anak-anak Dengan Free Money Games for Kids Online Tanpa Download Masa Cuti Sekolah

Dedahkan Anak-anak Dengan Free Money Games Online Tanpa Download | Assalamualaikum. Kanak-kanak dengan game memang tak boleh dipisahkan. Walaupun sekarang ni dah ada aplikasi seperti tiktok tapi game tetap menjadi pilihan. Anak-anak Marsha suka sangat main game. Biasanya game yang dorang main download dari aplikasi tetapi ia akan makan space dalam telefon. Sekarang dah mula cuti sekolah kan? Jadi selain belajar, anak-anak akan main game.

Dedahkan Anak-anak Dengan Free Money Games for Kids Online Tanpa Download


Game ini sebenarnya ada kebaikannya juga. Janji kita pandai tentukan masa untuk anak-anak main game. Marsha sendiri pun suka main game sebenarnya. Tetapi Marsha main game bila Marsha nak rest dari rutin kerja harian yang sangat sibuk. Jadi Marsha ambil masa 20-30 minit untuk main game sekadar rest minda. Sama juga dengan anak-anak, Marsha akan tentukan masa yang sesuai untuk anak-anak main game biasanya selepas buat kerja sekolah untuk minda anak-anak rehat. Tambah musim cuti sekolah ni lagi lah dorang suka main game. Baik main game dari buat apa-apa yang tak berfaedah kan?

Disebabkan anak-anak mudah boring dengan game yang dorang main lepas tu handphone mula penuh dengan game yang dah tak main, Marsha cubalah tanya pendapat kawan-kawan yang suka main game online ni jadi ada kawan rapat Marsha cadangkan cari game yang tak perlu download senang untuk anak-anak main bila masa senggang mereka. Akhirnya terjumpa Free Money Games for Kids Online. Bila Marsha cuba tengok, Marsha rasa free money games online tanpa download ni menarik dan ia juga bantu anak-anak belajar ilmu tentang duit. Memang menarik.

Game yang Menarik & Sesuai Untuk Pembelajaran 

Sebelum dedahkan anak-anak dengan Free Money Games for Kids Online ni, mestilah ibu dia akan cuba main dulu untuk pastikan game ini sesuai untuk anak-anak. Bila dah cuba aduhai susah pula nak stop sebab game dia menarik.

Ada pelbagai game yang ada dalam Free Money Games for Kids Online ini dalam 7 kategori iaitu: Money Games, Real Estate Games, Food Bussiness Simulation Games, Bussines Simulation Games, Software Developement Games, Office Politics Games dan Other Fun Games. Jadi boleh pilih mana game yang korang suka.


#1 Cash Back





Game yang sangat simple tapi sangat membantu anak-anak kita memberi pendedahan dalam proses jual-beli dan juga mengenal nilai matawang. Ia adalah satu game dimana pemain belajar kira nilai barangan yang dibeli oleh pembeli dan memberikan baki yang betul menggunakan duit kertas dan syiling.




Ada 3 pilihan tahap kesukaran iaitu mudah, sederhana dan sukar. Jadi kita boleh pilih tahap kesukaran yang kita mahu. Sebelum bermula, boleh tonton dulu tutorial. Kita akan diberi panduan permainan melalui tutorial Jadi pemain boleh menjawab seberapa banyak soalan dengan betul yang boleh sehingga masa tamat.




Game Cash Back sangat sesuai untuk anak-anak yang baru nak mula belajar tentang nilai matawang dan juga pendedahan yang menarik untuk mereka. Dengan game ni anak-anak boleh belajar cara nak bagi baki dan banyak lagi. Jadi bila dah faham kita boleh ajar anak-anak di situasi sebenar pula. Betul tak? 


Masa cuti sekolah anak-anak tetap diisi dengan ilmu walaupun dalam game. Jadi Marsha tidak risau sangat. Nak cuba? Boleh terus bermain di 

>>>>>>> Main Games Online Cash Back <<<<<<<< 

#2 Grocery Cashier

Grocery Cashier pula adalah game yang memberi pendedahan kepada anak-anak cara untuk tambah dan tolak menggunakan nilai matawang. Paling best pemain akan jadi ‘cashier’ dan akan menguruskan pembelian secara maya dalam game ini.



Dalam game ini, pemain sebagai juruwang maya dikehendaki memasukkan harga barangan dalam mesin cash dan pada akhir skali harga barang akan dijumlahkan. Kemudian, pemain perlu memilih matawang mengikut harga barang yang akan dibayar. Jika menggunakan baucar, pemain juga diberi ujian samada perlu memberi baki atau tidak.


Lagi lama bermain, bilangan item yang ada akan meningkat tetapi had masa akan berkurangan. Ianya sangat menarik kerana ia memberikan pendedahkan kepada anak-anak bagaimana hendak melakukan transaksi menggunakan mesin cash dan juga transaksi jual beli. Menarik kan? Anak Marsha memang enjoy sangat.



Kalau korang nak cuba terus. Boleh terus main game di

>>>>>>> Main Games Online Grocery Cashier <<<<<<<<


#3 LEGO City Adventures Build And Protect



Anak-anak fan LEGO? Jangan risau, Free Money Games for Kids Online juga mempunyai game LEGO.  Dalam LEGO City Adventures Build and Protect pemain akan membantu Datuk Bandar Solomon Fleck membina sebuah bandar LEGO menggunakan pelbagai bangunan dan memperoleh hasil cukai. Kemudian cukai itu dibelanjakan untuk membina seluruh bandar. Menarik kan?



Marsha boleh jamin anak-anak mesti suka tambah pula memang yang minat karakter LEGO macam anak Marsha. Game LEGO City Adventures Build and Protect ini mendedahkan anak-anak cara yang baik untuk membina kota metropolis yang maju.




Menarik tentang LEGO City Adventures Build and Protect pemain kena pastikan setiap zon mempunyai sekurang-kurangnya satu pejabat polis dan bomba supaya boleh melindungi rakyat. Jika ada masalah kebakaran atau kecurian, hendaklah padamkan api dan juga hentikan pencurian untuk mendapatkan ganjaran tambahan dalam game LEGO City Adventures Build and Protect ini.


Ralit juga bila Marsha yang dewasa main. Memang menarik sangat game LEGO City Adventures Build and Protect ni. Kalau korang nak cuba boleh terus main kat sini

>>>>>>> Main Games Online LEGO City Adventures Build and Protect <<<<<<<<


Ni baru 3 game yang Marsha dan anak-anak rasa seronok sangat main dan dalam masa yang sama memberi pengetahuan yang baik terutama kepada anak-anak Marsha. Ada banyak lagi game dalam 7 kategori yang Marsha sebutkan diawal artikel tadi. 

Jadi tak salah kalau nak dedahkan anak-anak dengan education games macam ni sebab sambil main game, anak-anak juga boleh belajar dalam masa yang sama. Perkembangan otak mereka juga akan lebih bagus. Tetapi ada hadnya juga janji seimbang game dan juga pelajaran mereka. Lagi satu ianya tak perlu download jadi memang menjimatkan space telefon anak-anak.

Wesite : Free Money Games for Kids Online




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

2 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us